Resepi Bihun Sup Sedap Sempoi yang korang wajib cuba! Confirm anak-anak sukakannya.Tak perlu dah makan kat kedai, masak sendiri lagi puashati.
Selalunya bila tak tahu nak masak apa, Nina suka masak yang ringkas. Menunya bukan nasi. Sebab kalau nasi kena masak lauk dan anak-anak makan nasi agak lambat. Mungkin kena belek-belek lauk, kena suap nasi. Banyak stepnya kot. Hurmmm… Ada-ada jer
Menu ringkas biasanya pilihan Nina selain western, Nina suka masak mee atau bihun. Jenis berkuah lagi cepat habis berbanding goreng. Agak leceh sikit sebab yang berkuah ni kita kena rebus sat mee / bihun berbanding goreng lebur jer semua dalam kuali.
Bihun berkuah Nina suka masak ala chinese style. Warna putih, kaya dengan rasa asli bawang merah, bawang putih dan halia. Pastu air rebusan ayam. Titisan minyak bijan penyumbang kesedapannya. Kalau tak de, kurenggg kick kuah nanti.
Sebelum ni untuk kuah KungFu, biasanya Nina pakai Yee Mee. Boleh tengok terdahulu yang Nina dah pernah share Resepi Yee Mee KungFu mudah sedap. Jangan di tanya mana Bruce Lee nya. HAhaa ..
Resepi Bihun Sup Sedap Sempoi ala Chine Style
Kuah macam Yee Mee KungFu
Resepi : Nina Mirza
Bahan-bahan (untuk 5-7 orang)
1 paket bihun – rendam, rebus kejap untuk embutkannya dan tos ketepikan.
5 ulas bawang putih – mayang halus atau nak senang ketuk ajer
2 biji cili padi – diketuk (kalau nak pedas tambah lagi ikut kepedasan masing-masing)
1 biji cili merah – dihiris halus
1 inch halia – hiris halus
3 sudu besar tepung jagung dibancuh dengan air untuk memekatkan kuah
1 litter air rebusan ayam ( atau lebih ikut banyak mana kuah yang dimahukan)
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar serbuk lada sulah
1 susu besar serbuk lada hitam
2 kiub pati ayam
3 biji telur
Garam secukup rasa (jika perlu)
Minyak masak untuk menumis
1 sudu besar minyak bijan
Daun bawang untuk hiasan
Bawang putih goreng untuk tabur atas kuah masa nak makan
Bahan rencah
(terpulang ikut citarasa masing-masing)
Udang sederhana size
Sotong – potong bulat-bulat
Isi Ayam – dihiris nipis
Chicken ball – dibelah 2
Fish cake – dihiris nipis-nipis
Carrot – potong bulat-bulat
Bunga kobis
Sawi
Cara masak Bihun Sup Sedap Sempoi Chinese Style kuah ala Yee Mee KungFu
1.- Tumis bawang merah, bawang putih, halia dan cili padi hingga naik bau wangi. Kalau rajin, blend jer semua ni lagi sedap kuah nanti.
2.- Masukkan isi ayam, fish cake, fish ball goreng hingga brown-brown.
3.- Masukkan air rebusan ayam , kiub ayam dan sos tiram serta carrots. Boleh lah masukkan sekali serbuk lada sulah, serbuk lada hitam. Masak hingga air mendidih. Kuantiti air ikut citarasa.
4.- Masukkan air bancuhan tepung jagung utuk memekatkan kuah. Biarkan sehingga mendidih lagi.
5.- Pecahkan telur kacau-kacau sikit, masukkan bunga kobis, udang dan sotong. Masak seketika tak perlu lama. Seafood kejap jer dah masak dalam air panas mendidih.
6.- Perasakan dengan garam secukup rasa. Tambahkan sesudu minyak bijan. Biarkan seketika. Tutup api kuah sedia dihidang kan dengan bihun yang dah direbus tadi.
7.- Sedia dihidangkan dengan tabur hirisan daun bawang ke atasnya. Lagi sedap taburkan bawang putih goreng. Segera dinikmati panas-panas. Wallaa . . .
Selamat mencuba!
Masakan ala-ala cina ni sebenarnya rasanya biasa-biasa saja, sedang-sedang gitu. Cuma sedap dinikmati ketika masih panas.
Sedapnya kak nina..ni dah musim tengkujuh memang terasa nak hirup sup panas-panas.
Wah sedap2.. nk cuba
Nina ni masak apa pun sedap je nampak. Bila nak ajak sis drg rmh ? Hahah
senang je nak buat rupanya.. tq kak nina share resipi..
Sedapnyaaa.. Kak nina masak apa semua sedap.. Ehhehe
haish…lapar pulak tengok gambar kak nina masak ni. nak buat lah esok!
Nice. Resipi menarik musim ujan ni
Nampak sedap je bihun sup kak nina. Nak try weeekend ni.