Selamat Hari Rabu !! Waktu Lunch hampir tiba ….. Pasti kengkawan terfikir-fikirkan menu yang perlu disediakan untuk Lunch nanti. Nak makan apa kejap lagi? Hrrmm … Hari-hari makan nasi pasti jemu kan.. Apakata hari ni kita cuba style chinese food – Resepi Yee Mee Kung Fu pula. Macam menarik iyer tak?
Ini antara menu kegemaran Nina semasa time sekolah menengah dolu-dolu. Kalau gi makan kat Restoran Tom Yam pasti menu Yee Mee Kung Fu menjadi pilihan. Agaknya masa nie pengaruh drama Bruce Lee, Jet Lee dan Jackie Chan banyak mempengaruhi zaman remaja Nina. Tentunya kengkawan Nina time zaman sekolah menengah sedia maklum akan kenangan terindah sewaktu zaman remaja kita dahulu. (tak perlu lah di story mory kan semula ehhh) Ahaks !! Malu laaa .. hehehe . . . .
Semalam Nina ada perasan kat fb kawan Nina – Azlina makan Lunch Yee Mee Kung Fu. Hhrrm…… terliur lak rasanya dan dah lama tak makan Yee Mee Kung Fu. Kebetulan stok Yee Mee ada kat rumah so apalagi Nina pun segera lah masak. Tak der lah kempunan nanti. Hehehe …
Resepi nie lebih kepada resepi main campak-campak ajer ….
So sukatannya more or less ikut citarasa masing-masing. Pandai-pandai laaa adjust ehh..
Agak-agak dah rasa macam kat Restoran Tom Yam consider passed lah tuu ;))
Jom tengok resepinyer ……. Zassszz >>>>>
Resepi Yee Mee Kung Fu
4 gulung Yee Mee
5 ulas bawang putih – mayang halus atau nak senang ketuk ajer
2 biji cili padi – diketuk (kalau nak pedas tambah lagi ikut kepedasan masing-masing)
1 biji cili merah – dihiris halus
1 sudu besar serbuk lada sulah
1 susu besar serbuk lada hitam
1 sudu besar serbuk pati ayam Knorr
Garam secukup rasa (jika perlu)
Minyak masak untuk menumis
1 sudu besar minyak bijan

Yee Mee ni selain sedap berkuah Kung Fu, korang wajib cuba Resepi Yee Mee Sizzling Mudah Sedap macam kat Food Court Mall. Buat sendiri puashati makan seisi keluarga!
Cara masak Yee Mee Kung Fu
- Goreng chicken ball dan fish cake lalu ketepikan
- Panaskan minyak tumis bawang putih sehingga naik bau
- Masukkan air bancuhan tepung jagung dgn air rebusan tadi. Biarkan sehingga mendidih.
- Kuah akan menjadi sedikit pekat lalu masukkan carrot, sos tiram, serbuk lada sulah, serbuk lada hitam, dan serbuk pati ayam Knorr dan garam secukup rasa (jika perlu). Biarkan mendidih lagi.
- Pecahkan telur dan kacau rata
- Setelah kuah mendidih lagi, masukkan bunga kobis, udang dan sotong bersama chicken ball dan fish cake yang telah digoreng tadi.
- Tambahkan sesudu minyak bijan. Biarkan seketika
- Tutup api kuah.
- Tuangkan kuah ke atas Yee Mee (sebaiknya satu pinggan satu Yee Mee)
- Sedia dihidangkan dengan tabur hirisan daun bawang ke atasnya.
- Segera dinikmati panas-panas !!
Selamat mencuba …
Yee Mee masak apa lagi sedap?
Buat yang tak berapa gemar mee jenis Yee Mee, korang boleh je follow Resepi Bihun Sup Sedap Sempoi ala Chinese Style yang mudah. Cuba tau! InsyaAllah tak mengecewakan..
terliur Nina…lama sudah tak makan yee mee..
Alamak Kak Rohah ..!!
Yee Mee nie tak berniat nak menggoda kak Rohah.
Kalau dah lama tak pekena, nampaknya harus buat yee mee mlm nie tuuu!
HEHEE . . .
Slm sis nina.sy nk nanye yee mee tu kena rebus ke.nie peertama kali nk cuba
Hai Liyana,
Tak payah rebus, yee mee tu macam mamee snek tu, kena kuah panas nanti dia lembut
Nampak sedap sangat 🙂 Saya tinggal di Jerman sekarang dan merindui negara asal saya, dan makanan kami…
wah nampak menarik dan mudah nak masak. boleh try ni