Skip to content
Nina Mirza
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

  • Home
  • Lifestyle
  • Resepi
  • Parenting
  • Review
  • Tips
  • Travel
  • Drama Movie
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

May 26, 2023May 31, 2023

JANGAN SEDIH LAGI! INI CARA PALING BERKESAN HILANGKAN PARUT JERAWAT BERLEKUK BERLUBANG MENGGERUTU

Jerawat! Hurmm… Sapa aje tak pernah ada jerawat kat muka kannn? Semua orang pernah ada jerawat. Stress sungguh! Tidak dinafikan Nina sendiri pun stress tiap kali Miss J (jerawat) muncul. Sejak pertama kali jerawat bertahta kat muka ni masa remaja, Nina selalu pujuk jari jemari ni jangan usik jerawat! Bukan apa, sekali tersentuh, maka kita akan rasa puashati tengok jerawat tuh pecah kannn? Rasa puas tu membuak-buak nak belek-belek je jerawat tiap kali jerawat tu muncul. Puas bila dapat pecahkan jerawat tuh! Padahnya > > > PARUT JERAWAT !

Isi Kandungan hide
1 PARUT JERAWAT
1.1 Cara Hilangkan Parut Jerawat
1.2 Bagaimana Parut Jerawat Terjadi?
1.3 Jenis-Jenis Parut Jerawat Berlekuk
1.4 Rawatan Muka Terapi Laser
1.5 Rawatan Muka Chemical Peel
1.6 Rawatan Parut Jerawat Microneedling
1.7 Rawatan Parut Jerawat Dermal Filler
1.8 Rawatan Muka Microdermabrasion
1.9 Rawatan Muka Terapi laser CO2 fraksional (Fractional CO2 laser therapy)
1.10 Rawatan Muka Terapi Laser Pico (PICO Laser)
1.11 Dapatkan rawatan kulit dari klinik yang bertauliah, berdaftar
2 KLINIK AVICENNA
2.1 Rawatan yang ditawarkan di KLINIK AVICENNA
2.2 Related posts:

Dah laa sakit hati dengan kemunculan jerawat, double triple stress parut jerawat bertapa selamanya. Huhuuu . . . Lagi parah, kesan parut jerawat hok jenis hitam, berlubang berlekuk dengan pakej menggerutu! Huwaaaa… Rasa down giler, hilang keyakinan diri, rasa nak menyorok takmo keluar rumah pi memana pun.

Tapi hidup perlu diteruskan. Semua orang samada perempuan mahupun lelaki mahupun inginkan kulit muka yang halus mulus, flawless licin sekata tanpa sebarang noda kann? Tentu aje mereka yang mengalami masalah parut jerawat akan cuba segala petua mak nenek kebayan , tips hilangkan bekas jerawat , pelbagai produk kita akan cuba kann?

Nampak flawless kannn? Acececehhhh… Tayang muka helok. HEhee
Ya nampak laa flawless, tona sekata. Cam cantik je, camm cantik je! Ok perasan HAhaa
Sebenarnya kulit muka Nina ada je bekas jerawat tapi dah ditutup dengan teknik asas makeup class yang Nina pernah belajar dulu. Bukan senang weyhh! Berlayer-layer jugak + step by step yang betul untuk dapatkan result gini makanya nampak lah macam flawless. Huhuuu… Tapi tak kan selamanya nak kena tepek make up kannn?

PARUT JERAWAT

Cara Hilangkan Parut Jerawat

Tidak dinafikan ada pelbagai cara hilangkan parut jerawat namun apabila rawatan tradisional segala petua tips dah dicuba tapi parut jerawat masih bertapa! Aarghhh… Stress kecewa! Faham rasa tu…
Memang bukan mudah nak hilangkan bekas jerawat. Nak pudarkan pun struggle apatah lagi nak hilangkannya. Usah berhenti berusaha!

Sapa yang alami parut jerawat teruk yang berlekuk berlubang menggerutu, disarankan tak payah dah korang bazir duit ribu riban pi cuba entah apa produk sapu-sapu, tepek-tepek bagai dah.. Nina rekemen korang cuba test try rawatan kecantikan dari Doktor Pakar. Dapatkan rawatan dermatologi profesional. Kalau korang belum pernah cuba, rekemen to do! Dermatologi akan menawarkan rawatan yang canggih seperti terapi laser, kupasan kimia, dan mikronedling yang dapat menargetkan dan mengurangkan penampilan parut dengan berkesan.

Penting untuk berunding dengan seorang dermatolog yang berkelayakan untuk menentukan rancangan rawatan terbaik untuk jenis kulit dan keparahan parut korang. Dengan penjagaan profesional, korang akan dapat mencapai kulit yang lebih jelas dan sihat.

Berikut adalah beberapa rawatan dermatologi profesional untuk menghilangkan bekas jerawat.

Bagaimana Parut Jerawat Terjadi?

Parut jerawat berlekuk terjadi disebabkan oleh kehilangan tisu dan kolagen yang terjadi daripada proses penyembuhan yang berlaku dibawah permukaan kulit. Parut jenis ini tidak boleh dirawat hanya dengan menggunakan produk, dan harus dirawat secara klinikal.

Parut Jerawat Berlekuk Muka berlubang menggerutu

Jenis-Jenis Parut Jerawat Berlekuk

1. Ice Pick Scar
2. Box Scar
3. Rolling Scar
4. Hypertrophic Scar

Ya , faham! Yang punya bekas jerawat berlekuk ni tentu ada rasa stress, malu, kurang berkeyakinan diri bila berada di tempat awam sebab bekas jerawat berlekuk ni akan buat wajah kita tampak tidak licin, menggerutu, gelebeh. Kalau make up pun still akan nampak lekuk, lubang-lubang tu kannn?

Kalau setakat bekas jerawat tanda hitam-hitam tuu ok laa lagi nak di cover dengan concealer tapi hurmm… sambung sendiri je lah! Sapa yang tak nak muka halus mulus flawless iyer tak

Rawatan Muka Terapi Laser

Rawatan ini menggunakan tenaga cahaya yang diarahkan untuk menargetkan tisu parut dan merangsang pengeluaran kolagen, yang membantu untuk melicinkan dan menyelesaikan tekstur kulit. Terapi laser dapat sangat berkesan untuk parut yang dalam dan hiperpigmentasi.

Rawatan Muka Chemical Peel

Rawatan ini melibatkan penggunaan larutan kimia pada kulit, yang menyebabkan lapisan terluar kulit yang rosak mengelupas, memaparkan kulit yang lebih lembut dan cerah di bawahnya. Kupasan kimia boleh berkesan untuk merawat parut jerawat yang cetek dan dalam, serta hiperpigmentasi.

Parut Jerawat Berlekuk

Rawatan Parut Jerawat Microneedling

Rawatan ini melibatkan penggunaan alat dengan jarum kecil untuk mencipta kecederaan mikro pada kulit, yang memicu proses penyembuhan semulajadi tubuh dan merangsang pengeluaran kolagen. Dengan penghasilan kolagen yang baru, ia dapat membantu untuk mengurangkan penampilan parut dan memperbaiki tekstur kulit. Mikronedling boleh sangat berkesan untuk parut jerawat yang cetek hingga sederhana.

Rawatan Parut Jerawat Dermal Filler

Rawatan ini melibatkan penyuntikan bahan seperti gel di bawah kulit untuk mengisi parut yang terdepresi dan mencipta permukaan kulit yang lebih licin dan rata. Penukaran dermal sangat berkesan untuk jerawat parut jerawat yang dalam.

Rawatan Muka Microdermabrasion

Rawatan ini menggunakan alat khas untuk mengupas lapisan terluar kulit secara perlahan, mengeluarkan sel-sel kulit mati dan menggalakkan pertukaran sel. Mikrodermabrasi dapat membantu mengurangkan penampilan parut jerawat yang cetek dan memperbaiki tekstur kulit.

Rawatan Muka Terapi laser CO2 fraksional (Fractional CO2 laser therapy)

Rawatan ini menggunakan laser khusus untuk mencipta kolom haba kecil pada kulit, yang merangsang pengeluaran kolagen dan membantu meningkatkan penampilan parut jerawat. Terapi laser CO2 fraksional dapat sangat berkesan untuk merawat parut jerawat yang dalam dan hiperpigmentasi.

Rawatan Muka Terapi Laser Pico (PICO Laser)

Rawatan Pico Laser boleh digunakan untuk mengatasi parut jerawat dengan memecahkan pigmen yang terkumpul dalam kulit dan meningkatkan produksi kolagen. Ini membantu memperbaiki tekstur kulit dan menghilangkan parut jerawat, memberikan kulit yang lebih rata dan cerah.

Rawatan Parut Jerawat

Kepentingan Rawatan Awal dan Pencegahan Parut Jerawat

Rawatan awal dan pencegahan parut jerawat penting untuk kulit yang sihat dan cerah. Merawat jerawat dan parut dengan cepat dapat mencegah parut yang lebih parah dan menghilangkan bekas jerawat dengan lebih mudah. Untuk mendapatkan hasil terbaik, disarankan untuk mencari klinik kulit yang sesuai dari pakar kulit yang berpengalaman dalam merawat parut jerawat dengan cepat.

Dapatkan rawatan kulit dari klinik yang bertauliah, berdaftar

Rekemen korang pegi klinik yang bertauliah! Ini paling penting supaya masalah dapat diselesaikan dengan berkesan dengan bantuan pakar dalam bidangnya. Yelah kann… Kalau tengok kat timeline banyak bethol sponsored post entah dari memana klinik yang menawarkan rawatan yang sama. Jadi lah pengguna yang bijak, survey dulu latar belakang klinik yang korang nak pegi nanti.

KLINIK AVICENNA

KLINIK AVICENNA ditubuhkan dengan matlamat memberi rawatan untuk penyakit kulit dan estetik yang terbaik untuk semua. Sejak 2018, KLINIK AVICENNA mula berkembang dan menjadi pilihan ramai. Rawatan daripada doktor-doktor terlatih yang profesional dan berpengalaman menjadikan KLINIK AVICENNA pilihan utama untuk semua.

Klinik Avicenna

Di KLINIK AVICENNA, anda boleh mendapatkan pelbagai jenis rawatan Estetik. Dengan kelengkapan mesin-mesin laser terkini, yang mendapat kelulusan dari FDA , rawatan di KLINIK AVICENNA diberi khusus terhadap masalah yang anda hadapi, supaya anda beroleh kulit yang lebih cantik, sihat dan berkualiti.
KLINIK AVICENNA adalah klinik yang berdaftar dibawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan mempunyai taraf LCP Certified Clinic.

Rawatan yang ditawarkan di KLINIK AVICENNA

✅Acne (jerawat)
✅Acne scar (parut jerawat)
✅Melasma, freckles, solar lentigen (jeragat)
✅Enlarged pores (pori)
✅Wrinkle (kedut)
✅Panda eye (dark circle)
✅Whitening
✅Lip
✅Hair problem (growth/ hair loss/ hair removal)
✅Keloid/ burn scar
✅Laser
✅Botox, Filler, Skin Booster, ThreadLift
✅Slimming & Fat meting Injection
✅Skin diseases (Eczema, Skin Infections, Psoriasis, Fungal Infections, Allergy)
✅Sexually Transmitted Diseases (Syphillis, Gonorrhoea, Chlamydia, Genital Wart)
✅Minor Surgery (Cyst, Lipoma, Mole, Xanthelasma, Milia, Keratosis, Syringoma, Wart)

Waktu Operasi KLINIK AVICENNA:
Rabu – Ahad : 10 pagi – 6 petang
Isnin : 10 pagi – 3 petang
Selasa : Cuti

Untuk pertanyaan dan temujanji di Klinik Avicenna, sila hubungi Klinik Avicenna
Website: www.klinikavicenna.com.my
Facebook: https://www.facebook.com/klinikavicennajitra
Instagram: https://www.instagram.com/klinikavicenna
Youtube : https://www.youtube.com/@klinikavicenna6094
Whatsapp:
JITRA, KEDAH: http://www.wasap.my/60102166003/KLINIK
SHAH ALAM, SELANGOR: http://www.wasap.my/60102054003/KLINIK

ALAMAT KLINIK AVICENNA

1. KLINIK AVICENNA JITRA KEDAH
NO 4, BANDAR DARULAMAN JITRA,06000 KEDAH.
(SEBELAH DOMINOS PIZZA DAN MYKORI JITRA KEDAH)
Contact No: 04 – 917 6003

2. KLINIK AVICENNA SHAH ALAM
R-02-05 (TINGKAT 1), EMIRA, JALAN AKUATIK A13/64A,40100,
SHAH ALAM SELANGOR.
(DEPAN AEON MALL SHAH ALAM)
Contact No: 03 – 5038 4478

3. KLINIK AVICENNA BANGI – Coming soon…stay tuned. 😊

Untuk korang yang masih ada masalah yang sama atau any problem dengan masalah kulit boleh sahaja Whatsapp terus ke nombor klinik untuk mendapatkan rawatan dan pertanyaan lanjut 😊

Jom dapatkan rawatan di Klinik Avicenna! Nina sendiri teruja nak cuba rawatan yang ditawarkan di Klinik Avicenna. Cer korang teka Nina nak buat rawatan apa nanti?

Related posts:

Haishhh ... Betul ke Steamboat dan Seafood Lambak sedap kat Ampang BEST Sedap?!
Inisiatif CSR BOB ROCK Plus Size Clothing sempena CNY wajar dicontohi
Roti Canai Kayu Arang Melaka wajib singgah Sarapan pagi sedap
Allahu... Eilhan, Bangun sayang!
Review Tips Bekas Jerawatcara hilangkan parut berlubangDermal FillerHarga RawatanJenis Parut JerawatKLINIK AVICENNAKlinik DermatologiKlinik EstetikKlinik Rawatan Parut Jerawatparut jerawatPICO LaserPunca Parut JerawatRawatan MicroneedlingRawatan Muka Terapi LaserRawatan Parut JerawatTips kecantikan

Post navigation

Previous post
Next post

Comments (4)

  1. Eyqa Hasnan says:
    May 31, 2023 at 8:56 am

    Macam kena cuba nie. Sekarang jerawat dan takde tapi parut Ya Rabbi, geram je tengok!

    Reply
    1. Farah Samad says:
      May 31, 2023 at 9:02 am

      memang jadi kakNina. saya buat microneedling. nipis dah parut. alhamdulillah

      Reply
  2. Moha says:
    May 31, 2023 at 1:48 pm

    Boleh try bawak anak bujang buat rawatan kat sini nanti…

    Reply
  3. geometry dash online says:
    September 12, 2023 at 11:52 pm

    Great post!

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CATEGORIES

  • Drama Movie
  • Lifestyle
  • Parenting
  • Resepi
  • Review
  • Tips
  • Travel

ABOUT ME

Nina Mirza

Lifestyle & Parenting Blogger since 2011.

Mendapat pendidikan dalam Business Management dan berpengalaman lebih 10 tahun dalam Banking, Property dan bidang Oil & Gas.

Blog NinaMirza.com adalah satu medium dimana Nina kongsikan segala resipi dan tips tentang masakan, kecantikan, parenting, travel dan review produk dan event.

Hubungi Nina untuk lebih lanjut
Email : nina.azlan1@yahoo.com

AWESOME BLOG

©2023 Nina Mirza | WordPress Theme by SuperbThemes