Skip to content
Nina Mirza
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

  • Home
  • Lifestyle
  • Resepi
  • Parenting
  • Review
  • Tips
  • Travel
  • Drama Movie
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

Korban Murah
May 10, 2023June 18, 2023

Korban Aqiqah Murah! UTS Trading menawarkan Pakej Qurban TERMurah Hanya RM320 seekor kambing

As’salamualaikum.. Masih tak terlewat Nina ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf zahir batin buat kengkawan semua. Pejam celik pejam celik tak lama lagi kita akan menyambut  Hari Raya Aidiladha atau ramai kata Raya Korban. Walaupun ibadah Korban Aqiqah tak wajib tapi sebagai umat Islam, paling tidak tentu kita sedaya upaya ingin melaksanakannya sebagai tanda ketaqwaan kita pada Yang Maha Esa. Mensyukuri nikmat kurniaan Allah dan berkongsi rezeki dengan umat Islam yang lain.

Isi Kandungan hide
1 Korban Aqiqah Murah!
2 Tujuan Ibadah Korban
3 Hukum Korban
4 Maksud Ibadah Korban
4.1 Pakej Harga Qurban
5 Korban di Tanah Suci Mekah boleh percaya ke?
6 UTS Trading
6.1 Korban Online ke mana daging korban di agihkan?
6.2 Korban Aqiqah Murah! UTS Trading menawarkan Pakej Qurban TERMurah Hanya RM320 seekor kambing
6.3 Pakej Harga Korban UTS Trading
6.4 Kelebihan pakej UTS Trading
6.5 Related posts:
7 FARM IN THE CITY SERONOK SAKAN ANAK-ANAK WALAU DAH 3 KALI DATANG SINI
8 Korang tahu tak adanya ZAKAT@FAMILY LZS ?
9 Sedapnya! SERUNDING ROYAL FLOSS pilihan terbaik Ramadhan dan Hari Raya
10 Drama HATIMU SEDINGIN SALJU FUll Sinopsis Episod Akhir Tonton Online

Korban Aqiqah Murah!

Ni dok survey survey harga, gulp! Makin mahal harga korban tahun ni untuk 1 bahagian..
Tapi rupanya ada tempat yang menawarkan harga korban yang lagi murah. Seekor kambing!
Serius ini benar. Menarik kannn? Mmm.. Baca sampai habis

Raya Aidilfitri tahun ni kitaorang tema Hijau. Raya kat KL je..
Gambar acah-acah kampung ni pun snap kat sebuah pondok di Masjid Wilayah Kuala Lumpur.

Tujuan Ibadah Korban

Tujuan ibadah korban di dunia ini bukanlah sekadar menyembelih lembu, kambing atau unta  sehingga kadang terlupa tuntutan sebenarnya (tujuan) ialah nak beri orang susah makan. Bila faham tujuan korban, setahun sekali pun kita sanggup (lakukan), hal ini kerana, memberi orang makan, antara amalan yang baik, sucikan jiwa.

Mengikis sifat tamak dan mewujudkan sifat murah hati mahu berbelanja harta yang dimiliki ke jalan Allah S.W.T. Kita perlu ingat bahawa harta yang dianugerahkan oleh Allah S.W.T kepada kita di saat dan ketika ini bukan hak milik mutlak kita sendiri malah di dalamnya ada hak-hak orang lain seperti golongan fakir miskin, anak-anak yatim dan sebagainya. Harta itu hendaklah disalurkan  untuk sedekah, infaq, zakat dan membantu mereka yang memerlukan melalui ibadah korban.
Menzahirkan tanda kesyukuran dan mengharapkan keredhaan Allah S.W.T.

Hukum Korban

Mayoritas ulama dari kalangan sahabat, tabi’in, tabiut tabi’in, dan fuqaha (ahli fiqh) menyatakan bahwa hukum korban adalah sunnah muakkadah (utama). IBADAH korban merupakan amalan yang sangat dituntut dalam Islam. Tujuannya adalah sebagai amalan untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT. Ia telah disyariatkan pada tahun kedua hijrah

Maksud Ibadah Korban

Korban atau qurban (Arab: قربان) dalam konteks ajaran Islam merujuk kepada perlakuan menyembelih binatang tertentu pada Hari Raya Aidiladha atau hari tasyriq dengan tujuan untuk mendampingkan diri kepada Allah S.W.T.. Binatang yang dibolehkan qurban ialah unta, lembu, kerbau, kambing dan biri-biri (kibas).

Menunaikan ibadah qurban juga adalah sebagai penebus dosa kecuali dosa besar. Malah kita akan mendapat kebaikan untuk setiap bulu haiwan yang kita qurbankan.

Nabi SAW juga telah bersabda yang bermaksud:

“Tidak ada suatu amalan yang paling dicintai oleh Allah daripada Bani Adam ketika hari raya Eidul Adha selain menyembelih haiwan korban. Sesungguhnya haiwan itu akan datang pada hari kiamat (sebagai saksi) dengan tanduk, bulu dan kukunya. Dan sesungguhnya darah haiwan korban telah terletak di suatu tempat di sisi Allah sebelum mengalir di tanah. Kerana itu, bahagiakan dirimu dengannya.” (Riwayat Tirmizi, Ibnu Majah dan Hakim)

Ibadah Korban ini dilakukan pada Hari Raya Aidil Adha atau hari-hari tasyrik iaitu 11, 12 dan 13 Zulhijjah.

Eembekkk.. Jangan senyum bing!
Senyuman tu macam perli je. Peribahasa kata senyum kambing. HAhaa

AQIQAH Online Anak Lelaki di Mekah mudah dengan AQIQAHCENTER

Pakej Harga Qurban

Ibadah korban dilaksanakan setahun sekali je tetapi ramai yang tidak dapat melaksanakan korban ni disebabkan kekangan kewangan. Nak kata apa, semua benda pun mahal sekarang ni kannn?

Kebanyakan kita selalunya ingin menyertai ibadah korban secara berkelompok iaitu berkongsi haiwan korban lembu yang dibahagikan kepada 7 bahagian. Akan tetapi harga untuk satu bahagian sekarang ni pun dah mahal.  Eermm.. Sejujurnya bila dah survey-survey harga, mau cecah ke RM800 satu bahagian! Tercekik air liur dibuatnya.  Huhuu

Selain tu banyak perkara perlu diuruskan. Nak fikirkan tempat korban, team sembelih, melapah,  agihan dan banyak lagi proses lain. Acaner? Niat dihati teringin nak buat Ibadah Korban tahun tapi congak congak harga jadi eerrkk . . . .

Qurban Murah Mekah

Eh Eh! Biar betul Qurban Tanah Suci hanya RM320 untuk seekor kambing?!

Ya betul awak!
Ini lah yang Nina teruja nak share ngan korang. Bukan 1 bahagian, tapi seekor kambing. So yang mana berhajat nak buat ibadah korban tahun ni, usah le pening risaukan sangat bab bajet. Ni dah ada pakej harga korban murah. Nikmat apa lagi yang kau dustakan? Cer citer cer citer..

Korban di Tanah Suci Mekah boleh percaya ke?

Ya, korban di Mekah boleh dipercayai. Sapa tak teringin kannn? Ibadah Korban kita di lakukan di Mekah!

Ok, tidak dinafikan antara soalan popular orang akan tanya boleh percaya ke?
Yelah dengan harga semurah RM320, proses sembelihan ibadah korban dijalankan di Tanah Suci Mekah so takkan lah kita kena terbang ke Tanah Suci pulak kann? Nak tengok live depan mata proses sembelihan dijalankan. Memang tidak laaa…

Ramai sedia tahu, sekarang ni memang banyak syarikat yang menyediakan perkhidmatan Qurban di Tanah Suci Mekah. Cuma nya kita lah kena berwaspada, ambil tahu dan siasat selidik terlebih dahulu sebelum membuat pilihan. Sebaiknya pilih syarikat yang telah beroperasi lebih dari 5 tahun. Mereka ini lebih berpengalaman dan semak berdasarkan review dan testimoni yang lepas boleh kita jadikan panduan.

UTS Trading

UTS Trading

Baru-baru ni kawan Nina share dengan Nina pasal UTS Trading. Tertarik Nina nak kongsikan dengan korang jugak. Mereka berpengalaman dah lebih 6 tahun dalam menguruskan ibadah korban di Mekah. UTS Trading ini lah yang sediakan pakej Korban yang murah!

Pihak UTS Trading berhubung terus dengan pembekal tanpa orang tengah. Sebab tu laa pakej mereka murah! Pusat Penyembelihan yang diiktiraf oleh kerajaan Saudi dan semua sembelihan adalah dijamin.

Kenapa kambing di Mekah murah sangat?

Tidak dinafikan ada suara-suara tepi yang mempertikaikan : “…Ada ke harga kambing di Mekah serendah RM400-500 seekor? “

Mereka yang bersuara tepi ni, yang dok memberi kenyataan-kenyataan di atas mungkin tak pernah pergi sampai ke ladang-ladang kambing di Mekah semasa hari korban yang dijalankan pada hari-hari Tasyrik, yang mendakwa juga tidak pernah menetap di Mekah bertahun-tahun dan mempunyai ilmu secukupnya tentang keadaan dan situasi di Mekah. Dalam kaedah islam, yang menuduh dengan dakwaan sesuatu tuduhan perlu memberikan bukti.

Namun hakikat faktanya kambing adalah makanan asasi di sana berbanding kita di Malaysia. Sebab tu lah   harganya lebih rendah. Kebanyakkan orang Malaysia acah-acah seram nak makan kambing. Risau kolestrol tinggi dan macam-macam lain padahal makan kambing pun bagus untuk kesihatan. Orang sana sihat belaka.  

Harga kambing di Mekah adalah pelbagai, mengikut jenis dan juga saiz seekor kambing tersebut. Ada kambing yang kecil sahaja, tapi harga mencecah SAR1300 seekor. Ada kambing besar dan gemuk, tapi harga sekitar SAR300- SAR350 seekor. Jenis kambing yang kami beli pula adalah kambing seberat 25 – 40kg. Arab panggil kambing jenis Harri. Kambing Harri ini juga ada yang mencecah sehingga SAR1000, contohnya seperti sub-baka “Balady”. 

Team UTS memilih kambing jenis Harri adalah kerana ianya adalah sempurna dari segi syarak, cukup umur, sihat dan berat yang melepasi syarat. Jelas dah kannn?

Korban Aqiqah Murah!

Korban Aqiqah

Korban Online ke mana daging korban di agihkan?

Untuk agihan daging, pihak UTS akan membahagikan lokaliti sembelihan mengikut tempat. Perlu difahami bahawa di Mekah ada 3 kategori tempat sembelihan. Tempat sembelihan rasmi Arab Saudi untuk kerajaan, untuk syarikat-syarikat swasta, dan yang ketiga adalah tempat sembelihan persendirian yang disewa seperti tanah lapang. Pusat sembelihan didalam tanah haram yang dilesenkan @ diberi permit. Untuk makluman korang, Pusat sembelihan yang ada di tanah haram kurang daripada 10.

Untuk haiwan korban yang disembelih di tempat sembelihan rasmi bagi syarikat-syarikat swasta, kebiasaannya daging korban tidak dibenarkan di bawa keluar dalam kuantiti yang banyak. Pihak berkuasa Mekah akan menyediakan beberapa buah lori ais bagi urusan pengedaran daging-daging qurban tersebut sebelum diagihkan kepada rumah-rumah anak yatim dan pusat-pusat kebajikan yang berdaftar.

Di UTS, kami akan mengagihkan daging-daging korban ke penduduk miskin dan memerlukan di lokaliti Mekah yang telah dikenal pasti, dan sebahagian daging-daging korban ini akan dihantar terus ke pusat-pusat kebajikan di sekitar Mekah. Daging korban dieadarkan dibeberapa negara islam yang miskin. Antara negara-negara islam yang miskin menerima daging korban :-
Azerbaijan Bangladesh – Burkina Faso – Chad – Comoros – Djibouti – Gambia – Ghana Guinea Bissau – Guinea Conakry – Iraq – Jordan – Lubnan Liberia – Mali – Mauritania Mauritania – Mozambique Niger – Pakistan – Palestin – Senegal – Sierra Leone – Sudan – Syria – Tanzania

Hah! Allahhuakhbar… Kita tak perlu fikir bab nak agih ke mana. Mudahnya!
Membantu sesama umat Islam tak kira dimana mereka berada, yang dekat mahupun yang jauh. Usah sempit kan fikiran dengan fikir apa orang kata. Bukan apa, dok fikir aje nanti sudahnya tak jadi apa. Huhuu . . .

Korban Aqiqah Murah! UTS Trading menawarkan Pakej Qurban TERMurah Hanya RM320 seekor kambing

Pakej Harga Korban UTS Trading

So far dari survey Nina , harga pakej UTS Trading paling murah!
Lagi menarik siap boleh bayar ansuran lagi. Allahuakhbar.. Dah murah, lagi memudahkan urusan..
Hanya RM113 sebulan je awak! 1.-  Harga termasuk seekor Kambing Qurban
2.-  Gambar dan video proses sembelihan secara umum
3.-  Sijil E-Digital tanda kenangan
4.-  Berpeluang memenangi cabutan bertuah

Harga Korban Akikah Murah Mekah

Kelebihan pakej UTS Trading

✅  Terbuka pada siapa sahaja yang nak buat qurban.
✅  Kami terima bayaran ansuran serendah RM113.60 sebulan
✅  Untuk Akikah juga diterima.
✅  Paling dipercayai dan berpengalaman
✅  Pihak UTS menguruskan ibadah qurban dari A to Z
✅  Harga yang hanya RM320 seekor sahaja
✅  Tiada hidden cost
✅  Ganjaran pahala berganda Qurban di tanah suci
✅  e-Sijil perlaksanaan akan diberi (sijil digital)
✅  Ada Cabutan Bertuah yang menarik

“Kalau aqiqah dapat video satu-satu, kenapa korban tak dapat?”

Secara purata, pihak UTS melaksanakan korban sekitar 4,000 hingga 5,000 ekor kambing setiap tahun. Ianya tidak termasuk pendaftaran korban unta dan lembu yang mana pendaftaran mencecah sekitar 60 ekor setiap tahun. Jadi, perlaksanaan yang banyak yang diwakilkan kepada pihak UTS akan dilaksanakan dengan sebaiknya dalam tempoh 3 hingga 4 hari sahaja pada Hari Tasyrik. 

Korban tidak sama seperti ibadah aqiqah yang mempunyai waktu yang lebih luas. Untuk aqiqah, keupayaan kami adalah melakukan sembelihan sekitar 150 hingga 300 ekor sehari, termasuk mengambil video (merakam) dan gambar bagi setiap penama peserta. Ianya akan mengambil masa dan melambatkan proses sembelihan, disamping ramai lagi pihak-pihak lain yang memerlukan ruang yang sama untuk penyembelihan. Berbeza dengan korban yang mana kami akan laksanakan secara pembahagian lokaliti dan proses perlu dijalankan dengan lebih cepat.

UTS Trading pakej Korban Aqiqah Murah Mekah

Kenapa? Kerana penggunaan tempat sembelihan adalah 10 kali ganda dari luar musim haji. Kalau aqiqah ianya lebih fleksibal, tetapi korban tempohnya hanya 4 hari sahaja. Sebab itulah Pihak UTS  tidak memberikan anda video dan gambar untuk setiap sembelihan, tetapi  laporan umum perlaksanaan dalam bentuk video (umum) dan gambar ada!  Apa yang penting amanah dan  tanggungjawab dilaksanakan sebaiknya.

Fakta lain yang korang perlu tahu :-
·  Jemaah Haji tahun 1444H 2 juta orang
· Purata sembelihan setiap orang Jemaah 1 ekor kambing iaitu sembelihan dam dan korban
· Sembelihan korban yang dibuat oleh penduduk setempat dan orang luar di tanah haram sekitar 1 juta ekor kambing
·  Menjadikan jumlah keseluruhan sembelihan dalam masa 4 hari iaitu 10,11,12, dan 13 Zulhijjah sebanyak 3 juta ekor kambing
·  Jumlah ini tidak memungkinkan pusat sembelihan memberi bukti berbentuk gambar atau video secara individu

Tetimoni UTS Trading

Antara sebahagian testimoni UTS Trading yang sempat Nina simpan share ngan korang. Ada banyak lagi, tapi Nina collage kan sikit kat sini.  Video penyembelihan pun ada
Yang lain korang pi mentelaah dan tonton sendiri kat page UTS Umrah tanah Suci eh..!

Korban Aqiqah Murah Mekah

Amacam? Menarik kannn?
Sebab tu laa Nina share ngan korang sebab Nina sendiri pun dah teruja nak buat korban tahun ni dengan UTS Trading. Korang boleh contact :-

-> http://korbanuts.wasap.click
Facebook : https://www.facebook.com/umrahtanahsuci
Website : https://utskorban.com/
Contact : 017-563 2633
Email : utstrading21@gmail.com

Ada bajet lebih boleh lah buat Ibadah Korban untuk Arwah, Keluarga dan diri sendiri. Tak payah share share bahagian dah, seekor kambing terus! Allahuakhbar..
Ibadah korban di luar negara adalah altenatif yang ada pada masa kini, dengan pakej harga korban yang lebih murah kita juga berpeluang bersama-sama menunaikan tanggungjawab kita sebagai tanda mensyukuri nikmat dan anugerah yang telah Allah kurniakan pada kita.

Related posts:

FARM IN THE CITY SERONOK SAKAN ANAK-ANAK WALAU DAH 3 KALI DATANG SINI

Korang tahu tak adanya ZAKAT@FAMILY LZS ?

Sedapnya! SERUNDING ROYAL FLOSS pilihan terbaik Ramadhan dan Hari Raya

Drama HATIMU SEDINGIN SALJU FUll Sinopsis Episod Akhir Tonton Online

Review Tips Travel Aqiqah OnlineHarga Korban MekahHukum KorbanKorban AqiqahKorban KambingKorban LembuKorban murahMaksid Ibadah KorbanPakej KorbanQurbanTujuan KorbanUTS Trading

Post navigation

Previous post
Next post

Comments (2)

  1. anamizu says:
    May 23, 2023 at 6:38 pm

    wahhhhh nak kena bgtahu mak ni hehe

    Reply
  2. yanieyusuf says:
    May 26, 2023 at 4:00 pm

    terima kasih kak sharing info ni. memang plan nak buat untuk adikfh ni

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CATEGORIES

  • Drama Movie
  • Lifestyle
  • Parenting
  • Resepi
  • Review
  • Tips
  • Travel

ABOUT ME

Nina Mirza

Lifestyle & Parenting Blogger since 2011.

Mendapat pendidikan dalam Business Management dan berpengalaman lebih 10 tahun dalam Banking, Property dan bidang Oil & Gas.

Blog NinaMirza.com adalah satu medium dimana Nina kongsikan segala resipi dan tips tentang masakan, kecantikan, parenting, travel dan review produk dan event.

Hubungi Nina untuk lebih lanjut
Email : nina.azlan1@yahoo.com

AWESOME BLOG

©2025 Nina Mirza | WordPress Theme by SuperbThemes