Skip to content
Nina Mirza
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

  • Home
  • Lifestyle
  • Resepi
  • Parenting
  • Review
  • Tips
  • Travel
  • Drama Movie
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

January 3, 2019July 1, 2022

Yeayyy… !! Nina dah reti makeup! Cantik tak? Inspire Makeup Class by MUA Mak Andam Kiri

Teknik Asas Makeup Class MUA Mak Andam Kiri Lamar Wedding

Isi Kandungan hide
1 Teknik Asas Makeup Class
2 Teknik Asas Makeup Class MUA Mak Andam Kiri Lamar Wedding
2.1 Kelas Asas Teknik MakeUp Mak Andam Kiri
2.2 Primer
2.3 Teknik lukis kening
2.4 Foundation
2.4.1 Teknik Asas Makeup Class MUA Mak Andam Kiri Lamar Wedding
2.5 Shading
2.6 Loose Powder
2.7 Eye Shadow
2.8 Eye liner, Mascara dan eye lasher
2.9 Blusher
2.10 Highlighter
2.11 Lipstick
2.12 Last … Finishing Face Mist Spray
2.13 Inspire Makeup Class by MUA Hayati Hashim Mak Andam Kiri
2.14 Video Tutorial Basic Makeup Class Mak Andam Kiri
2.15 Teknik Asas Makeup Class MUA Mak Andam Kiri Lamar Wedding
2.16 Related posts:
3 Sinopsis Drama WAKAF DOSA TV3 tonton online
4 Cahaya gadjet bahaya? Tak risau dah adanya KOOL OPTIX melindungi mata dari sinar BLUE LIGHT
5 Resepi Kurma Ayam Ala Rempah Tanjong | Lain dari biasa, sedap seyhhh.....
6 Resipi KEK BATIK Sedap Mudah Sukatan Cawan Tanpa Telur , Kos Murah 4 bahan jerr

Nina suka tengok orang cantik lawa! Yang nampak cantik jerrr bila wajah depa dah make up. Berseri-seri! Dalam hati ni dok kata, pandai nya dia lukis kening, cantik terbentuk, pandai nya dia adun foundation, rata jer pastu tak crack pun, pandainya dia shading muka dia, blusher dia soft jer, belum part eye shadow! Macam-macam warna ada buat mata dia lagi memukau. Alahai… apa tu smokey eye? Gitu laaa kot namanya.

Tapi Nina mana reti buat semua tu.. Huhuu… Risau nanti main bedal jer entah apa jadi muka ni. Mau jadi badut kot! HAhaa… Buat jadi bahan orang gelakkan jer nanti. Sendiri malu. Tak mau laa…
Teringin nak belajar make up tapi dengan sapa.. Wishlist berlalu sepi…

Teknik Asas Makeup Class 

Ahaa.. Amacam? Lawa tak kita dah makeup? Nina makeup sendiri ni tau! Serius rasa bangga weyhhh sebab akhirnya Nina  mampu makeup kan diri sendiri secantik ni. Ingatkan susah lerrr sangat. Rupanya idok ler susah mana pun, yang penting tahu teknik yang betul. Bak kata Kak Hayati, make up 15 minit pun boleh cantik meletop you! Adalah tips nya… Baca sampai habis naaaa..

31hb Disember yang lalu, kenangan yang bermakna dalam hidup Nina. Pucuk di cita ulam yang mendatang sekali pakej sambal tempoyak ikan bilis petai. Eh! Cakap pasal makan lak. HEhee…

Alhamdulillah.. Rezeki buat Nina dan beberapa kawan blogger berpeluang belajar make up dengan MUA yang hebat. Beliau dah lebih dua puluh tahun berpengalaman dalam bidang ni. Teruja Nina belajar make up dengan beliau.

Teknik Asas Makeup Class MUA Mak Andam Kiri Lamar Wedding

Bertempat di Taman Selaseh Batu Caves, lokasi basic make up class ni dalam Spa beliau. Selesa! Kelas bermula sekitar jam 2:30pm dan berakhir dalam jam 6pm lebih. Yang seronoknya Kelas make Up ni santai jer… Relax dan menyeronokkan..

Nina panggil beliau kak Yati jer… Sempoi jer orangnya. Cantik lawa awet muda! Nama glamer dia Mak Andam Kiri. Walaupun Kelas Make Up ni asas jer tapi banyak tips dan trick make up yang Kak Yati turunkan tuk kami. Selain tu, paling berharga buat Nina bila dah tahu foundation apa yang sesuai dengan muka Nina. Penting oooo foundation ni. Silap warna, silap blend terus jadi Hantu Kak Limah. Acaner? Kannnn… HAhaaa…

Kelas Asas Teknik MakeUp Mak Andam Kiri

Kat belakang Nina tu laaaa kak Hayati aka Mak Andam Kiri. Cantik kannn? Awet muda tau dia. Anak dah besar panjang semua.  Adore you kak!

Bila seketul Nina yang tak reti bab make up ni maka datang kelas dengan muka plain jer laaa gamaknya. Apa pun Nina tak pakai. HAhaa.. Gini laaa muka Nina tanpa sebarang bedak. Orang kata muka bogel. Hehee…

Primer

Bendalah ni yang memula kak Yati suruh buh kat muka. Katanya penting untuk make up tahan lebih lama dan lebih cantik nanti. Tapi kalau setakat make up daily tak buh tak pun tak pe. Kalau untuk majlis tertentu, pi kenduri ke sebaiknya pakai laa… So, eerrm…. Buat masa ni Nina skip dulu laaa beli primer dulu. Budget non hado..

Kata kak Yati, amat penting pilih primer mengikut jenis kulit muka. Samada muka oily ke, kombinasi ker, atau sangat kering. Silap pakai akan memberi kesan tak smooth, bercapuk, berminyak nanti. Tak lawa laaa.. Kenali jenis kulit sendiri dulu.

Teknik lukis kening

Secara asas kami di ajar cara buat kening. Kak Yati buat kat model , kami tengok jer pastu dah tengok kena cuba usahakan buat kat diri sendiri. HAaa Hambik! Senget ada, terpanjang sebelah ada nasib baik tak de yang jadi ulat bulu jer kat kening tu..

Teknik Asas Makeup Class MUA Mak Andam Kiri Lamar Wedding

Kening ni penting , sebab silap warna dan bentuk muka boleh jadi ala Cikgu BEdah yang dalam Citer Adik Manja tu… Garang! Silap teknik tertebal nanti dah rupa kening Chin Chan lak. Buruknya! Bukan lawa mana pun kening hover gitu tau. HAhaaa..

Kak Yati bagi kami tips camner nak bagi kening tu cantik kemas tersusun … Tak payah cukur kening pun tetap cantik! Sebelum ni Nina hanya ada pencil eye brow jer, nampaknya ada beberapa alat penting seperti sikat kening, gam kening,  Nina kena ada untuk jadikan kening yang cantik kemas! Idok lerrrr cantik mana, sekurangnya tidak laaa bersepah. Hehee…

Foundation

Ahaa… Ini yang paling terpenting bagi Nina. Tak tau laaa pendapat korang lak camner. Sebab bagi Nina andai salah pilih warna, salah adun, salah tepek dan salah jenama yang mungkin tak sesuai dengan kulit wajah kita, hasilnya nanti keseluruhan muka rosak dan buruk! Setuju tak?

Teknik Asas Makeup Class MUA Mak Andam Kiri Lamar Wedding

Teknik Asas Makeup Class MUA Mak Andam Kiri Lamar Wedding

Frust tau dah make up cecantik konon laa cantik, baru sejam muka dah macam kena simbah minyak goreng ayam. Terutama part hidung kannn selalu berkilat over! Tak suka tak suka… Nina pernah Nampak ada orang tu cantik make up nya Cuma kesian sebab maybe silap foundation kot ada laaa penampakkan garisan-garisan halus yang dalam kat garisan senyum. “Eh eh… Muka awak dah crack, retak tuu dah  pecah macam rumah nak runtuh laaa..!!” Ok tipu! Tak pernah laser tegur orang cakap gini.  Huhuuu..

Shading

Serius Nina langsung tak reti bab shading. Eh eh… Memang Nina tak reti apa pun pasal make up ni. HEhee… Satu teknik yang bagi Nina sangat ohsem. Dengan teknik shading yang betul, korang dapat hasilkan muka yang wow! Hidung kemek macam Nina ni boleh laaaa Nampak mancung sikit, pipi tembam muka bulat macam Nina ni, pass shading boleh laaa sorok sikit pau yang ada kat pipi ni. Nampak laaa sikit runcing. Subhanaallah… Hebatnya kuasa shading.

Tapi kena tau celah mana nak di shading kan… Kak Yati ajar kami tips dan trick nya. Bukan apa, silap bikin nanti dah rupa macam jalan berlopak lopak siap berlecak air! HAhaaa… Ada kadang tuu hilang terus rupa paras sebenar empunya badan. Kesian…

Loose Powder

Hurmmm… Nina tak reti gak. Dari tekstur macam serbuk so kira kalau Nina biasa pakai bedak baby jer buat tepek-tepek kat muka ni lepas Nina pakai BB Cream. Sian kita kannn..?? HAhaa..

Pemakaian loose powder yang betul akan memberi efek longlasting pada make up kita. Mulanya Nina ingta tepek sikit-sikit jer sekali kak Yati kata buh jer banyak-banyak. Biar laaa jadi tepung gomok! Huh?? Jangan derhaka.. Ikut jer cakap cikgu.. Baik!

Peralatan makeup kena laaa ada. Jangan macam Nina ni… satu apa berus pun tak de. HEhee… Pasni Nina beli sebab guna peralatan yang betul akan memberi impak pada hasilnya nanti.

Eye Shadow

Teknik yang kak Yati ajar kami make up harian. Paling mudah cepat dan yang boleh jer pakai tuk ke mana-mana. Pi office ker, pi majlis kenduri kendara ke, pi interview ker, Hari Raya ke atau jengjalan mana-mana. Pandai touch up lebih sikit boleh laaa apply tuk photoshoot.

Yang pasti teknik ni menjadikan mata kita nampak memukau gitu. Bukan nak pukau sesapa HAhaa.. sekadar nampak cantik, berseri bermaya tak de eye bag gitu. Tanpa eye shadow dan teknik yang betul mata seakan kosong kosong kosong… Teringat Najwa Latif lak.. femes lagu ni dulu.

Eye liner, Mascara dan eye lasher

Dua benda yang akan memberi efek wow pada make up kita. Eye liner akan membuat mata kita lebih menyerlah dan dengan pemakaian eye lasher Che Ta dan mascara lagi meletop make up korang nanti. Macam Nina yang non hado bulu mata ni sadis sungguh. Ada laaa tapi idok lerrrr panjang dan melentik. Nak pakai mascara pun entah celah mata nak di calitnya. Huhuuu… Maka eye lasher tuk Nina sangat membantu.

Teknik Asas Makeup Class MUA Mak Andam Kiri Lamar Wedding

Blusher

Nina ada blusher! Beli jer.. Tapi tak reti gak nak buh camner… Selama ni yang Nina tau buh jer kat atas tulang pipi yang tembam ni. Rupanya ada teknik yang betul sebab salah tepek laaa muka jadi makin bulat! OOoooooo… Pastu bukan sesuka buh banyak mana, warna merah menyala.. Nanti dah rupa Ronald Duta Mc Donald lak. Macam badut. Nehi nehi nehiii… Siannnnn.. Huhuuu

Highlighter

Mmmmm…. Rupanya highlighter ni laaa yang beri efek glowing bersinar kat muka retis. Selalu Nina tengok awat laaa cantik jerr make up depa. Nampak licin jerk at pipi tuu.. Penambahan highlighter kat tulang pipi, atas bibir dan hidung memang superb make up. Tapi rasanya setakat macam Nina ni nak pi jemput anak balik sekolah tak usah lerrrr dok ber highlighter bagai kannnn..?? HAhaa…

Lipstick

Selama ni Nina dok pakai lip balm jer. Bibir Nina ni jenis sensitive maka lip balm penyelamat Nina. Tak berani nak pakai apa pun lipstick. Huhuuu… Nak berseri sikit maka Nina pilih lip balm yang ada warna pinkish sikit tuu…

Kak Yati ajar nak bibir menarik pakai laaa Lip Liner dulu dan pastu baru pakai lipstick. Baru laaa nampak kemas dan lebih menyerlah. Macam bibir Nina ni senget sikit lip liner sangat membantu katanya. Lukis laaa kasi tak nampak senget. Garisan tuu besar kan kat bibir yang kecik senget tu. Bibir Nina ni senget sebab gigi Nina yang berlapis-lapis ni laaa… Nina kannn ada gigi taring terlebih.

Kalau Nina senyum korang akan nampak gigi terlebih tu. Tu laaa sebabnya. Haippp! Jangan lak pasni korang pi tenung gambar Nina. Malu kita awakkkk…! Tapi kak Yati kata kita semua punya muka yang tak balance sebelah. Antara perasan dan tidak aje. HEhee..

Last … Finishing Face Mist Spray

Ini untuk mengekalkan make up tahan lama sepanjang hari. Ia bertindak sebagai lapisan perlindungan optimum untuk mengelak make up tu cair meskipun terdedah pada faktor sekeliling seperti peloh dan minyak muka sepanjang hari.

Dalam jarak lebih kurang 20cm, pejamkan mata, halakan botol face mist spray ke muka dan tekan spray. Kita akan rasa fresh nyaman jerr masa spray tu. Macam ada satu aura yang menyerlah kan efek konfiden dah siap make up! Haaa gitu sekali feel dia awakkk.. Hehe..

Inspire Makeup Class by MUA Hayati Hashim Mak Andam Kiri

Teknik Asas Makeup Class MUA Mak Andam Kiri Lamar Wedding

Nah … Tengok hasil make up yang Nina oleskan sendiri kat wajah Nina. Tengok cikgu buat kat model pastu hands on buat sendiri kat wajah sendiri. Onz tak onzz..?? Sila jawab cantik!

Seronok belajar make up dengan Kak Yati .. Nanti boleh laaa Nina jadi MUA lak. Acecehhhh… yang basic ni pun masih terhegeh-hegeh. Ada hati nak open booking MUA. Ahaks! Biasalah Nina kannn suka verangan. InsyaAllah … Ada rezeki nanti nak cuba belajar advance make up lak….

Video Tutorial Basic Makeup Class Mak Andam Kiri

Okies… Nina yang baik hati lagi cantik manis belanja kroang video sepanjang Nina belajar makeup hari tu.  Kot tak minat tak payah tengok tapi amat rugi korang tak tengok.. eh mana satu daaaa HAhaa..

Lamar Wedding merealisasikan impian bakal pengantin

Ni nak citer ngan korang, Kak Hayati bukan aje MUA yang berpengalaman malah beliau ada butik pengantin gak tau! Dia laaa founder Lamar Wedding. Kat lamar Wedding juga ada menyediakan Wedding Planner dan khidmat lain-lain gak. Bilang aje apa mau… Semua bisa di uruskan!

Kot korang teringin nak belajar basic make up ke, advance make up ke, contact kak Hayati eh.. Ada banyak tips teknik yg Nina tak share 🙈🙈🙈 tuk jadi make up cantik longlast meletop! Korang nak tahu, pi laaa book class ngan kak Yati ehh… Hehee

🏤 Lamar Wedding & Event Managemnt
No. 2A, Jln. Selaseh 18
Tmn. Selaseh Fasa 2
68100 Batu Caves

📱Yati: www.wasap.my/60174562645
🌎Waze/maps: Sentuhan Bussaina, Taman Selaseh
FB: https://www.facebook.com/lamarwedding/
Instagram: https://www.instagram.com/bussaina.rias73/
FB: https://www.facebook.com/profile.php?id=100009198164901
Catwalk Class: https://www.facebook.com/InspireWithinFan/

👰Wedding planner, Event Management, Catering, Modelling Agency, Catwalk Class, Make-Up Class, Spa etc.-apa nanti korang contact sendiri kak Hayati eh…

Teknik Asas Makeup Class MUA Mak Andam Kiri Lamar Wedding

Yeayyy … Kami semua dah pandai make up muka sendiri.. PAsni ada event ker, photoshoot ker tak payah dah panggil MUA. Tonyoh jer muka sendiri. Charge MUA pun bukan murah kann… Opkos laaa skill tu yang mahal.

Ada sesapa nak book MUA dari kami? Cepat, sementara jadual masih kosong. Acecehhhh… HAhaa

Related posts:

Sinopsis Drama WAKAF DOSA TV3 tonton online

Cahaya gadjet bahaya? Tak risau dah adanya KOOL OPTIX melindungi mata dari sinar BLUE LIGHT

Resepi Kurma Ayam Ala Rempah Tanjong | Lain dari biasa, sedap seyhhh.....

Resipi KEK BATIK Sedap Mudah Sukatan Cawan Tanpa Telur , Kos Murah 4 bahan jerr

Lifestyle Review Tips Butik Pengantin Batu CavesKelas Belajar Make UpLamar WeddingMUAMUA Hayati Hashimnak cantikSpa Batu CavesTeknik asas SolekanTips Make UpWedding Planner

Post navigation

Previous post
Next post

Comments (22)

  1. Azni says:
    January 3, 2019 at 4:45 pm

    Kemain cik nina kita. Pasnih g pasor pun make up yerr

    Reply
  2. TENGKUBUTANG says:
    January 3, 2019 at 5:09 pm

    wahhh cantikkkk.. pandai nina makeup! nampak berza.. wah.. kiranya tangan nina ni tak la keras mana pun.. masih boleh melentuk menyolek wajah gituu.. silap2 jadi MUA kot satu hari nanti..

    Reply
  3. khai artzfar says:
    January 3, 2019 at 5:52 pm

    wah! cantik2 semua. the power of MUA! tq recommend. nanti boleh la suggest kat kawan2 yang nak try. lepas ni semua cantik la melaram kan> all the best semua ya

    Reply
  4. Suria Amanda says:
    January 3, 2019 at 7:33 pm

    Wah wah…bukan main cantik lagi ha kak nina kita mekap..suka mekap macam tu looks natural..best la kak nina experience make up class macam ni..banyak ilmu dapat belajar kan…

    Reply
  5. Mama Kembar Tiga says:
    January 3, 2019 at 7:53 pm

    Cantik! Berseri seri muka nina, berseni tangan. Pasni leh tlg makeup kan i lah plak hehe

    Reply
  6. Huda Halid says:
    January 3, 2019 at 11:01 pm

    Cantik lah kak nina.. sama lah kita memang tak reti langsung make up2 ni. pakai bb cream dan bedak jer la yang bese buat. Leh la booking kak nina jadi tukang make up huda nanti.hehe…

    Reply
  7. Mimi says:
    January 3, 2019 at 11:08 pm

    Saya memang suka kalau terlibat dengan kelas kelas mekap macam ni. Boleh tambah skill mekap. Tapi tak berkesempatan nak join. Tapi seriuslah kak Nina memang nampak lain sangat muka kak Nina tau. Naik serri gitu

    Reply
  8. Hanny Abdullah says:
    January 4, 2019 at 12:59 am

    Wahhh cantiknya lepas makeup. Sis pun bukan tahu makeup2 ni tapi teringin nak makeup cam model2 tu..hahaha. Bestnya dapat belajar. Teringin pulak sis nak belajar kat sana..belajar untuk makeup diri sendiri je, senang kalau ada event apa2. Rasa2 mahal ke idok belajar kat sana?

    Reply
  9. Saidila Rahman says:
    January 4, 2019 at 2:09 am

    lawa betul nina..beza sungguh…nampak soft dan nampak muda …memang fresh look..suka tauuu…next time nak belajar jugaklah…tak sangka kan belajar sehari pun dah boleh pandai mekap macam mua profesional….

    Reply
  10. Min says:
    January 4, 2019 at 9:09 am

    Wah leh la rekmen MUA ni kat member2 nanti sbb nampak kemas je solekan yg dia ajar apply tu

    Reply
  11. Kayathre says:
    January 4, 2019 at 9:29 am

    You look good. You are really talented in makeup. I wish i can do makeup too but i am not good in it. Whenever i try i will end up look like a disaster.

    Reply
  12. Rawlins GLAM says:
    January 4, 2019 at 9:52 am

    Serius memang cantik. Pasni makin bergaya sakan la pergi events ye tak. Rawlins masih lagi gagal buat kening – now sibuk study online (tutorial youtube) cara nak buat kening.

    Reply
  13. The Malaysian Trivia says:
    January 4, 2019 at 10:07 am

    Love the makeup. Flawless. Glowy. No too thick. Hebaaaat.

    Reply
  14. Penaberkala says:
    January 4, 2019 at 10:12 am

    Terbaiklah Kak Nina pi kelas make up. Cantik Dan gojes make up tu. Bagus juga kelas macam ni,dapat belajar teknik make up yang betul Dan berkesan

    Reply
  15. Nadia Johari says:
    January 4, 2019 at 12:14 pm

    Tu dia, semua ada teknik sendiri..kene pandai pilih je..kene makeup sellau ni kak nina..hehehhe..baru tak lupa step dan cara..amik anakpergi sekolah , hantar anak, pakai makeup…hehehe..Nad ni masih tak pakar teknik kening je..metsti jadi shinchan

    Reply
  16. nikkhazami says:
    January 4, 2019 at 1:55 pm

    cantiknya nina makeup.. nampak natural dan tak tebal sangat.. heheh dah lama dah nak belajar make up ni tak asyik xde masa je.. huhu

    Reply
  17. Tekkaus says:
    January 4, 2019 at 2:49 pm

    The makeup looks really beautiful and natural. Then again I know it takes a lot of time, sweat and pain to be a skilled at make up right? Till this day, I am glad that I am a man who does not need to make up at all. 😀

    Reply
  18. Wui Kathy says:
    January 4, 2019 at 3:55 pm

    cantik dan cun. Makeup ni nampak anggun dan just nice je, x keterlaluan. Terima kasih bagi tutorial ni. Byk membantu ni.

    Reply
  19. henrytan says:
    January 5, 2019 at 1:42 pm

    good that now you learn how to make up and make yourself prettier, eventhough i always think that natural is the best! haha

    Reply
  20. Racheal Loh says:
    January 8, 2019 at 10:42 am

    waooo… you look so gorgeous… i never know u can look so great after make up because in my mind you are always the cute one… but now u turn into ever more beautiful gorgeous lady..

    Reply
  21. ina says:
    January 18, 2019 at 8:34 am

    cantik kak nina..Ina pun dah ada highliter juga,cuma kurang guna.Memang tak dinafikan haritu pakai nampak glowing skit..ehehe.. pencil putih apa nama dia? kat mana nak beli? menarik pula

    Reply
  22. dyamohamad says:
    January 25, 2019 at 11:54 am

    fuhh merecikssssss

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CATEGORIES

  • Drama Movie
  • Lifestyle
  • Parenting
  • Resepi
  • Review
  • Tips
  • Travel

ABOUT ME

Nina Mirza

Lifestyle & Parenting Blogger since 2011.

Mendapat pendidikan dalam Business Management dan berpengalaman lebih 10 tahun dalam Banking, Property dan bidang Oil & Gas.

Blog NinaMirza.com adalah satu medium dimana Nina kongsikan segala resipi dan tips tentang masakan, kecantikan, parenting, travel dan review produk dan event.

Hubungi Nina untuk lebih lanjut
Email : nina.azlan1@yahoo.com

AWESOME BLOG

©2025 Nina Mirza | WordPress Theme by SuperbThemes