Skip to content
Nina Mirza
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

  • Home
  • Lifestyle
  • Resepi
  • Parenting
  • Review
  • Tips
  • Travel
  • Drama Movie
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

January 8, 2019October 3, 2023

Ahaa dah jumpa! Don’s Warong – Makan Sedap KL Restoran Masakan Johor

Laksa Johor ooo Laksa Johor!  Tekak Nina ni dah lama tak pekena Laksa Johor. Last makan masa Hari Raya Aidilfitri yang lalu. Biasanya rumah Mak Anjang Nina ada sajikan Laksa Johor. Yelah… Family kitaorang dari Johor…

Isi Kandungan hide
1 Kemaruk teringin nak makan Laksa Johor
2 Don’s Warong Plaza Damas KL
2.1 Apa yang best kat Don’s Warong
2.2 Don’s Warong yang santai selesa
3 Makan apa best kat Don’s Warong?
3.1 Bukan sekadar warong
3.2 Laksa Johor
3.3 Mee Rebus
3.4 Nasi Lemak Kukus Ayam Goreng Berempah
3.4.1 Ayam Goreng Berempah
3.5 Nasi Goreng Muar
3.6 Sup Tulang
4 Menu Western pun ada…
4.1 Chop Don’s
4.2 Ais Kacang ABC
4.3 Dessert – waffles ice cream
5 Don’s Warong KL Restoran Menu Masakan Johor Sedap . Tak payah dah cari sampai Muar!
5.1 Waktu perniagaan : 12pm – 11pm
5.2 Facebook – http://facebook.com/DonsWarong Instagram – http://instagram.com/DonsWarong
5.3 Don’s Warong Alamat: B-0-4 Plaza Damas, 60 Jalan Sri Hartamas, Kuala Lumpur, Malaysia
5.4 Related posts:
6 Yeayy... Dah pandai berenang! Kelas renang SWIMRUSH best!
7 Makeup Nina kekal lama masa travel sebab pakai ...
8 MADU SAFFRON IRAN KHASIAT BERGANDA UNTUK KESIHATAN SECAWAN SEHARI JE
9 Kat mana makanan Jepun Halal? KONICHIWA CAFE BANGI

Last month Geng pegi Muar lawat Pak Lah kembar ayahnya yang tak sihat. Alang-Alang dah sampai Muar, opkos laaa wajib beli kan tuk Nina kopi 434. Femes weyhh kopi 434 ni. Sedappp!

Kemaruk teringin nak makan Laksa Johor

Ahaa… Asal baca tajuk mula lah tu… Korang jangan lak ber syak wasangka bukan-bukan lak eh… Tingin tuu rindu, tergerak nak makan, tetiba tengok gambar teringat nak makan. Gitu! Clear your mind please… Hehee

Don’s Warong Plaza Damas KL

Sambil dok baca baca entri kengkawan, maka nak dijadikan cerita Nina terjumpa laaaa entri mamakembartiga nikmati sajian menu masakan Johor sedap.  Masa tu dok tercari kat Facebook mana menu johor sedap kat KL ni. Gambar Laksa Johor mama Nani cukup bikin hati ni meronta-ronta. Huwaaaaa…

Apa yang best kat Don’s Warong

Teruja bila Nani dok citer kesedapan Laksa Johor kat Don’s Warong. Meletop hati ni nak pi rasa!

Maka… Last weekend dok pujuk Geng bawa laaa daku pegi Don’s Warong.. Daku nak makan Laksa Johor! Sambil hentak hentak kaki gitu.. Cer bayangkan, comey kann.. Ok meluat! HAhaa..

Don’s Warong yang santai selesa

Ahaa dah jumpa! Don's Warong - Makan Sedap KL Restoran Masakan Johor

Usai sampai sini, Nina sukakan konsep restoran nya yang santai, minimalist. Selesa!

Hurmmm… Terdetik dalam hati ni, port kat Don’s Warong ni sesuai tuk lepak-lepak, chit chat sambil meng gossip membawang-bawang ni..!! Acececehhh.. Macam laaa ada masa nak lepak-lepak. Verangam jer laaa Nina ooiii… Hehe

Style kopitiam, kat meja ada button tuk panggil waiter. Terasa privacy nya kat sini. Depa hanya datang bila kita panggil aje. Relax kann…

Makan apa best kat Don’s Warong?

Bukan sekadar warong

Warong bukan sebarang Warong kat Don’s Warong ni tau.. Hidangan yang di sajikan memang ohsem! Dari segi presentation, serve, portion, dan opkos rasa dia yang uummphhh…!!

Laksa Johor

Menu yang paling menjadi tarikan kat sini telah memenangi hati Nina di lubuk paling dalam.

Sedap! Bak dialog dalam Jalan Jalan Cari Makan hastag “aku suka!” Serius weyhh….

Kuah Laksa Johor cukup rasa. Masam manis pedas. Yang penting kuahnya pekat dan kaya dengan isi ikannya. Perghhhhh… Tak done toleh geng kat sebelah! Dah makan separuh baru teringat nak tanya dia ” eh… Abang nak rasa?” hehee… Kejam tak?

Kuahnya yang pekat, terasa ikannya. Rempah tak yang berapa kuat Nina suka gini..!! Payah nak citer… Korang pi laaa rasa sendiri. Confirm terus rindu kampung kat Muar sana nun… Dekat sikit Segamat laaa… Huhuuu

Mee Rebus

Ahaa dah jumpa! Don's Warong - Makan Sedap KL Restoran Masakan Johor

Pilihan menu Nina yang kedua. Kesedapannya terletak kat Kuahnya yang perghhhhh.. Mantap!

Korang tengok sendiri bahan rencah atasnya. Mana nak dapat macam gini kat tempat lain?? Meriah sakan! Fuuhhh…. Tak cukup semangkuk awakkk

Nasi Lemak Kukus Ayam Goreng Berempah

Don's Warong Makan Sedap KL Restoran Menu Masakan Johor

Suapan pertama nasi Lemak ni dah buat Nina rindu kat arwah Tok Pompuan Nina. Orang Johor jarang panggil nenek. Tok Lelaki, Tok Pompuan.

Nasi Lemak nya cukup lemak dan paling syahdu Nasi Lemak nya terasa rasa halia nya. Tak kuat tapi cukup padu! Touchingnya… Memang orang kampung Johor suka masak gini. Nasi Lemak tu depa buh halia sikit tuk naik kan aroma nya.

Ayam Goreng Berempah

Ayam nya goreng Berempah sedap! Terasa rempah yang di adun meresap dalam isi ayam. Isi nya lembut dan sedang elok masak goregnya. Taburan bawang putih goreng kat atas lebih menaikkan rasanya. Sedap! Recommended..

Nasi Goreng Muar

Don's Warong Makan Sedap KL Restoran Menu Masakan Johor

Semangkuk nasi goreng muar ni Eilman sorang perabih kan. Sedap laaa tu! Eilman ni tekak dia cerewet macam mama dia gak. Ok. Tipu. Tak mau mengaku. Hehe…

Nina dapat laaa rasa sesudu dua. Jadi laaa tuk buat rasa. Boleh laaa citer ngan korang kannn.. Sedap! Ala ala nasi goreng kampung gitu. Tak pedas sangat sesuai laaa kalau nak share makan dengan anak-anak. Ada Sambal asing dia bagi kalau nak pedas .

Sup Tulang

Don's Warong Makan Sedap KL Restoran Menu Masakan Johor

Saja order Nasi putih Sup Tulang tuk Eilhan. Dia memang hantu Sup. Laju jer hadap sorang. Saja kacau dia makan nak rasa sikit. Jeling dia… Kata dia boleh habis kan..!!

Mmmm… Padan lah dia suka. Memang sedap sup tulang dia. Daging nya empuk! Ada di sertakan cili kicap dan bawang putih goreng. Memang kick laaa hirup hirupppp

Menu Western pun ada…

Chop Don’s

Ahaa dah jumpa! Don's Warong - Makan Sedap KL Restoran Masakan Johor

Biasa lah bila family ramai macam Nina ni citarasa pun pelbagai. Tekak ala omputeh memang akan ada sorang tiap kali makan luar. Ngade kannn…? Layankan aje..

Sos black pepper dia sedap. Nina suka sebab rasalada hitam nya tak berapa pedas. Laju laaaa anak-anak cecah makan dengan Chicken Chop Don’s nya.

Ais Kacang ABC

Don's Warong Makan Sedap KL Restoran Menu Masakan Johor

Ini pun antara menu kegemaran kami bila makan kat luar. Ending mesti nak order ABC. Setiap restoran akan ada specialist depan yang tersendiri .

Don's Warong Makan Sedap KL Restoran Menu Masakan Johor

Ini dalamnya banyak! Puas laaa nak perabih kan. Curahan sos coklat kat atas nya memang buat Eilhan si Hantu Coklat tak keruan. Kalau boleh dia nak hadap sorang jer..!! Siap jeling abahnya nak ambik sikit. Sabar jer laaa

Dessert – waffles ice cream

Don's Warong Makan Sedap KL Restoran Menu Masakan Johor

Anyonyo nyooo… Ini favourite Nina. Tidak mengecewakan.. Menepati selera cerewet Nina. Waffles yang sedap wajib rangup di setiap potongan! “hastag aku suka!” Syiokkk oooo waffle rangup pastu kena lak ngan ice cream yang sejuk. Perghhhh… Asyik!

Don’s Warong KL Restoran Menu Masakan Johor Sedap . Tak payah dah cari sampai Muar!

Overall sajian kat Don’s Warong menepati selera Nina sekeluarga. Dah jumpa ada Menu Masak an Johor kat area KL ni rasa bertuah sangat. Tak dah nak kena drive sampai Muar baru dapat yang sedap citarasa Johor sebenar. Korang cuba laaa dan rasa sendiri.

Ahaa dah jumpa! Don's Warong - Makan Sedap KL Restoran Masakan Johor

Waktu perniagaan :  12pm – 11pm
Facebook – http://facebook.com/DonsWarong
Instagram – http://instagram.com/DonsWarong
Don’s Warong
Alamat: B-0-4 Plaza Damas, 60 Jalan Sri Hartamas, Kuala Lumpur, Malaysia

Oh ya… Last but not last.. Cehhh cakap Omputeh. Jangan lupa order Kopi O Muar dia. Sedapnya… Hantu coffee macam Nina wajib rasa! Tak payah letak gula lagi terasa kenikmatan kopi sebenar. Peminat tegar JNT Johor wajib cuba!

Related posts:

Yeayy... Dah pandai berenang! Kelas renang SWIMRUSH best!

Makeup Nina kekal lama masa travel sebab pakai ...

MADU SAFFRON IRAN KHASIAT BERGANDA UNTUK KESIHATAN SECAWAN SEHARI JE

Kat mana makanan Jepun Halal? KONICHIWA CAFE BANGI

Lifestyle Review Tips Don's WarongInfo - Food ReviewInfo - SemasaJalan Jalan Cari MakanLaksa Johor Sedapmakan sedap KLMee Rebus Sedapmenu JohorNasi Lemak Kukus Ayam Goreng BerempahPlaza Damas

Post navigation

Previous post
Next post

Comments (32)

  1. cik nor says:
    January 8, 2019 at 12:17 pm

    sedap2 menu dia tu k.nina..nasib la jauh..kalau dkat dah lama terjah ni..:)

    Reply
  2. Julia Mahir says:
    January 8, 2019 at 12:42 pm

    Ya Allah nasi lemak dia tu…. buat perut berbunyi terus ni. Laksa johor susah nak carik yg sedap. ni nampak mengiurkan sangat. Boleh la nak try nanti. tempat pun nampak cozy je..

    Reply
  3. Azni says:
    January 8, 2019 at 1:07 pm

    Amboii lepas bella p, nina pulak perginyer. Tak aci .. tak hajak.. nnt bebila
    Boleh lah jejak kesinknif tersesat ke sana

    Reply
  4. Chaza Xiaojid says:
    January 8, 2019 at 1:44 pm

    Amboi menu dia! Dahlah antara favorite cx makan mee rebus, laksa kurang sikit. Makan tp tak berhantu heheh. Yg nasi lemak ayam berempah ti wow! Marbelous! Aku suka! Aicewah nak juga kan? Hahaha bab kopi tu cx bukan peminat kopi tp boleh try ni bila ada rakan blogger yg up.

    Reply
  5. ciklilyputih says:
    January 8, 2019 at 1:46 pm

    terbaeknya gambar laksa johor dia ek, semua lengkap bahan-bahannya. ini yang teringin nak pi ni.harga macam mana ok ke tak? kalau harga berbaloi dengan rasa why not kan. tapi ais kepal tuh cam sedap giler je.. jeles jeles wokehhh

    Reply
  6. Airah Syahirah says:
    January 8, 2019 at 1:50 pm

    sedapnya tengok semua menu dia lagi-lagi mee rebus memang favourite airah. nak kena datang cuba makanan diaorang jugak la ni

    Reply
  7. Ana Suhana says:
    January 8, 2019 at 3:43 pm

    Wah senang lah lepas ni bebila teringin nak rasa masakan johor boleh ke sri hartamas je. Tak yah nak drive sampai johor tu. Semua nampak sedap. Boleh lah bawa family ana makan2 dekat sini nanti.

    Reply
  8. amirnawawi says:
    January 8, 2019 at 4:34 pm

    Wah! sesedap semuanya. Teringin nak datang ke sini. Kacang Pool ada tak? Teringin nak makan kacang pool.

    Mee rebus tu pun nampak menarik. Teringin nak cuba rasa

    Reply
  9. Suria Amanda says:
    January 8, 2019 at 4:36 pm

    Alahai kak Nina…SA tengah craving mee rebus tau…mesti sedap mee rebus tu…dari beberapa bulan lepas SA memang teringat2..ntah bila la dapat rasa ni memandangkan masih dalam pantang menjaga pemakanan lagi…sedapnya yang lain2 makanan gak..venue pun cozy jer..penggunaan warna dan interior Dons Warong ni pun sangat2 menarik..

    Reply
  10. Mama Kembar Tiga says:
    January 8, 2019 at 7:19 pm

    Isshhh teringat teruih kuah mee rebus & laksa tu, sedapp! Hirup sampai ke titisan terakhir oooo

    Reply
  11. lisa nurulain says:
    January 8, 2019 at 8:54 pm

    mohon belanja lisa nanti please….

    Reply
  12. mieza s says:
    January 8, 2019 at 8:59 pm

    asuh sedapnya kak nina laksa joho. da lama xmkn. abc tu pun nampak cm meleleh gak air liur nengok

    Reply
  13. Haida says:
    January 8, 2019 at 9:01 pm

    Serius terliur ni Kak… Mee rebus tu macam memanggil je. Bila nak pegi KL nak merasa semua ni

    Reply
  14. SalinaJohari says:
    January 8, 2019 at 9:12 pm

    Masakan Johor memang tiada tolok bandingan .. memang sedap belaka. Iskhhh kena merasa gak ni sebelum pantang ..

    Reply
  15. Mimi says:
    January 8, 2019 at 9:17 pm

    Okay kalau saya kan kak Nina dapat pergi Don’s Warong ni kan saya akan pilih laksa johor.. lepas tu kan saya nak makan pulak western food. Memang favourite ever and ever tau. Semua menu yang dinual nampak sedap belaka.

    Reply
  16. azni says:
    January 8, 2019 at 9:58 pm

    oitt.. apa ni tunjukk makanan best best jer… tak hajak pung… takpe.. nanti i jejak juga.. pastu slefie khas untuk nina hahaha.. mood dengki ON

    Reply
  17. Alia says:
    January 9, 2019 at 1:05 am

    Kita pernah mkn laksa johor sekali ja. Sedap jugak tpi xtau la rasa ori kt johor mcm mana kan. Tengok menu2 yg nina makan semua sedap2.. Kecur air liur

    Reply
  18. cik puan ena says:
    January 9, 2019 at 2:01 am

    ena duduk muar. so memang wajib minum kopi 434 tu. haishh 1 hari tak dapat minum rasa takde energy nak buat kerja taw. lain macam energy minum kopi ni. hehe.. da duduk 5 tahun kat muo ni so jatuh cinta dengan menu dia. selagi suami tak kena transfer selagi tu la nikmati apa saje yang ada.

    Reply
  19. Hanny Abdullah says:
    January 9, 2019 at 7:01 am

    Aduhaiii..terus mengidam nak makan laksa johor, fav sis ni tau. Kalau ke johor memang cari laksa johor ni..nak cr kat kl susah nak dapat. Dah tau ada kat sini sure sis akan terjah

    Reply
  20. Jia Shin says:
    January 9, 2019 at 8:05 am

    Can’t wait to pay this warong a visit, food looks amazing, I love authentic Malay food, this will suit my appetite.

    Reply
  21. emi says:
    January 9, 2019 at 8:12 am

    Allah, dugaan betul. Emi ni memang peminat laksa johor. Tp kat kl ni nak cari kedai yg jual laksa johor yg sedap memang susah. Nanti nak terjah la kedai ni.

    Reply
  22. Tekkaus says:
    January 9, 2019 at 8:14 am

    I can’t tell if it was the food or your photography skills which stand out. The Laksa Johor really looks so different from the ones that we have over here. It must have tasted really yummy.

    Reply
  23. Penaberkala says:
    January 9, 2019 at 8:50 am

    Lawa je restoran ni. Paling penting, makanan dia kat sini nampak semuanya sedap sedap. Huwarggghhh, terliur. Nak kena pergi try jugak ni nanti. Dah la semua jenis makanan ada, masak an Johor. Western, dessert. Memang terbaik

    Reply
  24. Syafiera Yamin says:
    January 9, 2019 at 8:58 am

    Ya Allah menyesal baca menyesal baca, dah kenapa mee rebus dia nampak sangat mengiurkan. sup tulang tu why why why, dia punya nasi lemak ke tu over nya hiasan heee… nampak sangat membangkitkan deria selera kalau pergi sini, kedai pun nampak cantik gila…. nampak macam very stylish one,

    Reply
  25. henrytan says:
    January 9, 2019 at 9:21 am

    the food looks very tempting, or is it because of your photography skill! haha anyway i rarely had any masakan johor, wonder if there’s any difference in term of taste?

    How to deal with markets ups and downs?

    Reply
  26. Min says:
    January 9, 2019 at 9:37 am

    Kte memang suka makan kat warong don ni. Dah lama tahu sebab dulu selalu lepak plaza damas. So tiap kali ke plaza damas mesti lepak don

    Reply
  27. Mek Onie says:
    January 9, 2019 at 10:14 am

    Allahu, bestnya makanann orang Johor. Kita paling selera kalau dapat jumpa makanan Johor, nantilah kalau ke Johor nak try kedai makan ni ❤️

    Reply
  28. Wui Kathy aka Mouse Mommy Treats says:
    January 9, 2019 at 10:22 pm

    TQ info, nnt blh bawa famili pergi makan kat situ. Mouse mommy nak rasa jugak masakan johor ni. Ada beza dari segi rasa dan rempah ke ?

    Reply
  29. Zurainny Ismail says:
    January 13, 2019 at 1:18 pm

    Bila balik Muar, menu wajib kami ialah Mee Bandung Muar & sarapan sate. Tapi bila tengok gmbr2 ni, nampaknya akak akan terjah Don’s Warong time outstation kat KL nanti. 😀

    Reply
  30. Wan Syahida says:
    January 15, 2019 at 12:26 pm

    hadoi!!!! sedapnya… hilang terus diet ni kalau nampak makan mcm ni… sedapnya….

    Reply
  31. Ai says:
    January 18, 2019 at 3:00 pm

    Terliur tengok nasi goreng muar tu.

    Reply
  32. dyamohamad says:
    January 25, 2019 at 11:53 am

    okay nak pergi bila melawat sedara kt johor nanti:D

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CATEGORIES

  • Drama Movie
  • Lifestyle
  • Parenting
  • Resepi
  • Review
  • Tips
  • Travel

ABOUT ME

Nina Mirza

Lifestyle & Parenting Blogger since 2011.

Mendapat pendidikan dalam Business Management dan berpengalaman lebih 10 tahun dalam Banking, Property dan bidang Oil & Gas.

Blog NinaMirza.com adalah satu medium dimana Nina kongsikan segala resipi dan tips tentang masakan, kecantikan, parenting, travel dan review produk dan event.

Hubungi Nina untuk lebih lanjut
Email : nina.azlan1@yahoo.com

AWESOME BLOG

©2025 Nina Mirza | WordPress Theme by SuperbThemes