Resepi Kari Daging Sedap Mudah Pekat ni wajib korang cuba, gerenti sampai menjilat jari! Amboi.. Yakin sedap! HAhaa.. Kari Kari Kari . Ya, kari masak apa pun sedap. Kuah kari yang pekat , sedap dibuat cecah sama roti. Sebuku roti pun tak perasan dah licin. Nak nak kalau kuah karinya sedap pekat melikat sampai menjilat jari! Kannn?
Kuah kari yang sedap tuu camner ehh?
Payah nak cerita. Kuah kari ni kategori subjektif. Setiap orang punya selera yang berlainan. Ada yang suka Kari Style Mamak, style baba nyoya dan ada yang suka yang simple. Tak lupa ada yang suka Kuah Kari yang Pekat Menjilat Jari. Asalkan ada rasa kari! Hehehe.. Tepuk dada tanya lah selera.
Kari Daging
Tips masak : Daging cepat empuk

Sebenarnya masak Kari ni subjektif sangat. Tak kira lah korang masak ikut Resepi Che Nom ke, Resepi Khairul Aming ke, ataupun Resepi Sheila Rusly semuanya pun sedap. Kita yang masak so pepandai lah adjust ikut citarasa memasing. Bukan apa, kadang kita dah ikut betul-betul resepi mereka tapi tak kena lak citarasa dan tekak kita maka ikut lah cara memasing. InsyaAllah ikhlas … Okies, ni resepi dan cara Nina masak KARI
Resepi Kari Daging Sedap Simple Mudah Pekat Menjilat Jari
800gm daging – potong nipis & kecil. Senang dan cepat nak empuk.
3 – 4 ulas bawang merah – dihiris halus
2 ulas bawang putih – dihiris halus
1 batang kayu manis
1 biji cengkih
2 biji bunga lawang
Garam secukup rasa
Sedikit air – ikut citarasa nak kuah pekat & banyak mana
Daun kari beberapa helai
Cara masak Kari Daging Paling Mudah Sedap
2. Panaskan minyak dan tumis kayu manis, bunga lawang, cengkih sampai naik bau dan kemudian masukkan bawang merah, bawang putih dan halia yang telah dihiris. Tumis sehingga layu dan naik bau.
3. Selepas itu, masukkan pes kari (serbuk kari yang dah dibancuh dengan sedikit air) bersama daun kari. Tumis hingga berbau wangi dan terbit pecah minyak.
4. Masukkan daging yang dah direbus tadi bersama air. Masak hingga mendidih. Kuantiti air terpulang pada citarasa masing-masing. Biarkan mendidih sebentar. Nina suka kuah kari yang pekat so airnya sikit. Kuah pekat sedap buat cecah sama roti.
5. Masukkan kentang yang telah dipotong tadi, masak hingga kentang hampir empuk.
6. Kemudian masukkan santan. Kuantiti santan juga terpulang pada citarasa masing-masing.
7. Akhir sekali masukkan garam secukup rasa. Tutup api dan sedia dihidangkan..

Ada dalam 13 Resipi Daging antara nya Sup Tulang Merah, Daging Black Pepper, Daging Korban Berempah, Daging Singgang special untuk yang berdiet eat clean, Western food untuk anak yang picky eater Resipi Meatballs Ikea homemade, Daging Masak Kicap style Nina, Rendang Daging, Sambal Goreng Pengantin Singapore Menu Raya Nina, Daging Masak Kurma dan banyak lagi

Masak KARI apa lagi sedap ?
Yang punya extra bajet kari udang, kari ketam lagi syiokkkk..!! air udang sama air ketam yang keluar sebati dalam kuah memang lain macam sedap kuah kari nya nanti. Sesekali ok laa, kalau selalu mau kad bank pun terpatah sendiri.
Kari Telur Rebus
Paru Masak Kari
Cuba lah! Sedap jugak..

mantap nih resep karinya, nanti malam langsung di coba mumpung di rumah lagi ada daging
kenapa air rebusan daging xpaya d buang?
Nanti air rebusan daging akan digunakan semula untuk kuahnya. Resepi no.4
Sayang dibuang, air rebusan daging kaya dengan khasiat dan rasa daging sebenar.
Terima kasih banyak2 utk perkongsian resepi ini…
Kenapa masak kari daging kena pakai daging??
kenapa kapal terbang boleh terbang?
lol lah kau tanya soalan…wkawka
Pakai kinzir pun ok ..
This curry-sauce is subjective, everyone has different tastes and to whom it will not show much tasty or sharp.
ade cengkih.. nyumm sedap terangkat ni
Like the combination of two dishes, got to try to make it
Thanks for the helpful information you shared with us.
Got to try this once looks so yummy, thanks for sharing the recipe
The content of your article page, I find the content quite interesting and useful to me, thank you for sharing