Apa menu masak kari favorite korang? Eermm… Bagi Nina menu apa pun sedap dimasak Kari. Samada Kari daging, ayam, ikan mahupun telur. Semua pun sedap dan terpulang ikut citarasa selera masing-masing. Antara menu kari yang Nina dok ulang masak adalah Resepi Telur Rebus Masak Kari . Korang suka tak telur rebus masak kari?
Kalau Nina, selalu gak masak Kari sebab balance kuahnya Nina akan buat cecah ngan roti. Favorite Nina dan Geng.. Berbuku-buku roti kasi boleh belasah sampai licin! Hehe
Kali ni Nina share menu paling simple – Telur Rebus Masak Kari. Nak prepare kuahnya pun Nina bikin simple as can. Maklumlah, kalau yang remeh temeh memang tak kuasa nak buat. Sekali sekala memang layan menu simple mudah gini. Rare kan…??
Masak telur rebus ni senang je sebenarnya. Tapi tahu tak ada tips masak telur rebus supaya telur rebus kita cantik licin je lepas kupas. Bukan apa, ada orang telur rebus nya masa kupas kulit melekat-lekat pastu hasilnya telur rebusnya menggerutu sopak sopak telurnya. Kan patutnya licin halus mulus kan cantik gitu. Aduhhh… rasa tak kekecewaan disitu?
Resepi Telur Rebus Masak Kari
Beberapa biji telur – rebus dulu kemudian kupas kulitnya
3 – 4 ulas bawang merah – dihiris halus
2 ulas bawang putih – dihiris halus
Halia – 1 inci – dihiris halus
1 batang kayu manis
1 biji cengkih
2 biji bunga lawang
3 sudu besar rempah kari – dibancuh dengan sedikit air menjadi pes
1 kotak santan segera – terpulang pada citarasa kepekatan kuah kari uolss.
Garam secukup rasa
Sedikit air – ikut citarasa nak kuah pekat & banyak mana
Daun kari beberapa helai
Cara penyediannya
1. Beberapa biji telur dicuci bersih lalu direbus hingga masak. Kemudian kupas kulitnya dan ketepikan.
2. Panaskan minyak dan tumis kayu manis, bunga lawang, cengkih sampai naik bau dan kemudian masukkan bawang merah, bawang putih dan halia yang telah dihiris. Tumis sehingga layu dan naik bau.
3. Selepas itu, masukkan pes kari (serbuk kari yang dah dibancuh dengan sedikit air) bersama daun kari. Tumis hingga berbau wangi dan terbit pecah minyak.
4. Masukkan masukkan air. Kuantiti air terpulang pada citarasa masing-masing. Biarkan mendidih sebentar. Nina suka kuah yang pekat so airnya sikit. Kuah pekat sedap buat cecah sama roti.
5. Kemudian masukkan santan. Kuantiti santan juga terpulang pada citarasa masing-masing.
6. Akhir sekali telur rebus tadi. Masak hingga mendidih. Kalau selalu dan kemudian masukkan garam secukup rasa. Tutup api dan sedia dihidangkan…
Tapi kann.. Kadang tu busy sangat, Nina masakkan aje telur masak kicap menu paling cepat sedap kegemaran anak-anak. Telur goreng mata ni, mama masak pun depa kata sedap. Tak faham betul! HAhaa
Hakikat nya kita pun sama, mak kita masak apapun waima telur goreng pun sedap. Betul lah tu. HAhaa
Really helpfull for cooking..tq soo much…
Good Recipe… Thanks!! I will use this every month!!
Kak Nina Resep elur Rebus Masak Kari nya sangat bagus dan membantu sekali, semoga sukses selalu yaa .. Aamiin
Tq kak nina syg bg tips menu masak kari@kicap seriously menjadi plk kari saya kak nina
MasyaAllah..!! Happy nya dengar. Alhamdulillah, Allah yang bagi sedap masakan awak tuu
Terima kasih sudi singgah blog kak nina dan cuba resepi yang kak Nina kongsikan. Singgah selalu dan take care