Skip to content
Nina Mirza
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

  • Home
  • Lifestyle
  • Resepi
  • Parenting
  • Review
  • Tips
  • Travel
  • Drama Movie
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

tugas suri rumah
October 8, 2015October 25, 2023

TUGAS SURI RUMAH – Sakit, Perlukah MC untuk Surirumah?

Cuti sakit atau omputeh panggil MC – Selalunya bila dapat MC, maksudnya kita dapat cuti sakit , tak perlu pergi kerja, berehat dirumah. Oh indahnya! Tapi MC buat suri rumah seolah tak membawa apa-apa maksud sebab nya tugas suri rumah tetap perlu dilaksanakan. Setuju? 
Mmmm …..!! Buat wanita yang berkerjaya tentu rasa heaven lepas doktor check dan bagi MC cuti sakit kan? 
macam best jer kann, macam best jer kann..
Dah terbayang betapa indahnya nanti balik rumah dapat rehat, makan ubat dan terus lena tido tanpa gangguan.  Cukup rehat bangun nanti pasti segar dan Insya’Allah kembali sihat sediakala esoknya. 
surirumah sakit MC

Suri Rumah

Isi Kandungan hide
1 Suri Rumah
2 Tugas Suri Rumah
3 Peranan dan tanggungjawab Suami
4 Related posts:
5 Mee Goreng Mamak | menu ringkas, cepat dan segera. Janji adoo . . .
6 Kaswi Citrawarna
7 Resepi Puding Yeo's Yeogurt bersama Cincau | Mudah dan berkhasiat
8 Resepi Tauhu Bunga Terbalik Berinti yang mudah ...
Bagaimana ngan surirumah?
Bila tak sihat kena tunggu hubby balik sebelum pegi klinik, yelah nak kena ada 2nd mata tengokkan anak-anak. Pastu baru gi klinik, jumpa doktor – check-check dan dapat lak MC. 
Hah…!! Nak buat hapa ngan MC ni doktor >>??  
Nak tunjuk kat siapa? kan tak keje, tak kan nak bagi kat majikan hubby lak kan? poyo lah tuu..!! hahaa 
 
Jangan kata balik klinik nanti verangan nak rehat, makan ubat pastu tido lena.
Oh tidak tidak…! Jangan lah nak bermimpi disiang hari yea Cik Kiah, Cik Peah, Cik Timah
 
“Jadikan malam ku lebih indah, jadikan siang ku lebih terang”
Chewah ~ siap bernyanyi riang lagu Akim ya.. Sorry salah lagu..!! hahaa . . . .

Tugas Suri Rumah

Andai lah MC itu benar sijil cuti sakit, namun ianya tak bermakna apa-apa pun buat insan yang bergelar surirumah. Sebab apa >>>>>
 
Kalau MC nanti sapa nak jaga anak-anak? 
Sapa yang akan  masak?
Sapa yang akan suapkan anak-anak makan?
Sapa yang akan mandikan anak?
Sapa yang akan  buatkan susu anak?
Sapa yang akan redakan tantrum anak-anak?
sapa yang akan melayan kerenah permintaan anak-anak?

TUGAS SURIRUMAH

Sapa yang akan hantar jemput anak sekolah?
Sapa yang akan kemaskan rumah? 
Sapa yang akan sidai dan angkat jemuran?
Sapa yang akan buat hal ehwal lain? Apa tuu…. surirumah jer tahu miscellaneous work~ 
Hurmm  . . . . macam banyak jer, macam banyak jer..!!
Kalau nak  list lagi boleh tapi mau hari 3malam tak sudah. Cukuplah ini yang utama….
 
Alangkah indahnya andai bila isteri surirumah yang dapat MC dan suaminya berhak dapat cuti ihsan  dari majikannya. Atleast setahun beberapa hari kannn…. 
Ada ker?
Memang tak de laaa kan?? Verangan tak sudah~ hahaaa . . . .
Yang ada pun kalau masuk ward. Tak kan demam pun nak dok ward. Kaya giler gitu..!! Hahaha~
 
Habis tu macammana? 
Mesti ada yang kata, suami lah ambik emergency leave, MC ganti dan sebagainya.
Tapi macam tak adil lak kann…. suami yang kena tolak cuti, tipu MC! 
Haishh .. Tipu MC  tak baik! Tak berkat gaji nanti .
Dah dah dahh …… Udah ler dikusutkan fikiran dok memikirkannya. 

Buat Nina, Syukur Alhamdulillah diberi kesihatan yang baik setakat ini dan pandai lak demam menyinggah time weekend so MyGang lah yang banyak membantu menguruskan hal ehwal anak-anak dan rumah keseluruhannya. ..  Dapatlah Nina berehat, makan ubat ubat dan tido secukupnya. 

Peranan dan tanggungjawab Suami

 
Pernah juga Nina demam hari kerja, dan apa yang MyGang bantu, dia akan sediakan belikan breakfast dan lunch untuk Nina dan anak-anak. So Nina tak payah masak. 
Siap tolong sidaikan jemuran, sapu kemas rumah sebelum pegi keje.. Baiknya! Somi sapa lah tu… hehee
Siap pesan kat anak-anak dont disturb mama rehat, mama demam. Anak-anak  nina lak pesyen dengar cakap abahnya. Itu semua pun dah banyak bantu kannn. Yang lain-lain dia akan tolong sambung pas balik keje nanti. Beruntung Nina… Sayang Geng, muahhhhh!!!!
 
So disini, pepandai lah masing-masing menyelesaikannya sendiri ya.. Maklumlah, MC ni sensitif isu buat yang bekerja. Ketua keluarga tentunya lebih arif lagi bijaksana.  
Tepuk dada tanya selera .. #Eh ehh … itu tuk makan. Hahaha …. 
 
Peace no war. Sekadar luahan bebelan ala mak-mak sekali-sekala dan pesanan khidmat masyarakat dari Nina yang kengkonon penyayang gitu. Dan bagi pihak Persatuan Suri Rumah Malaysia 
Salam sayang dari Nina dan jaga diri korang selalu…
 

Related posts:

Mee Goreng Mamak | menu ringkas, cepat dan segera. Janji adoo . . .

Kaswi Citrawarna

Resepi Puding Yeo's Yeogurt bersama Cincau | Mudah dan berkhasiat

Resepi Tauhu Bunga Terbalik Berinti yang mudah ...

Lifestyle Parenting Tips Ceritera NinaCuti SakitInfoInfo - kesihatanInfo - ParentingSuri RumahsurirumahTips Pengurusan MasaTips rumahtanggaTugas Surirumah

Post navigation

Previous post
Next post

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CATEGORIES

  • Drama Movie
  • Lifestyle
  • Parenting
  • Resepi
  • Review
  • Tips
  • Travel

ABOUT ME

Nina Mirza

Lifestyle & Parenting Blogger since 2011.

Mendapat pendidikan dalam Business Management dan berpengalaman lebih 10 tahun dalam Banking, Property dan bidang Oil & Gas.

Blog NinaMirza.com adalah satu medium dimana Nina kongsikan segala resipi dan tips tentang masakan, kecantikan, parenting, travel dan review produk dan event.

Hubungi Nina untuk lebih lanjut
Email : nina.azlan1@yahoo.com

AWESOME BLOG

©2025 Nina Mirza | WordPress Theme by SuperbThemes