Nasi Lemak Oh Nasi Lemak… Ini antara juadah rakyat Malaysia tak kira masa. Ikut suka nak makan waktu bila. Ada yang suka makan Nasi Lemak tuk sarapan, lunch dan ada yang suka pekena nasi lemak waktu dinner. Tak kurang yang suka makan sewaktu lepak midnight malam buta atau supper memang layan. Tapi … Macammana cara masak Nasi Lemak Paling Sedap tapi Senang ?? Hurmm…
Ada juga Nasi lemak nya biasa-biasa aje rasanya, tapi dah nama nasi lemak kita beli dan makan jer walaupun nasi nya tak berlemak. Kann….? Hurmm.. Nak membebel lebih pun tak guna sebab sekarang ni apa pun mahal. Jual mahal nanti ada yang mengomel up status kat fb laa… Kesian makcik jual nasi lemak yang tak bersalah tu. Berpadanan lah ngan harga iyer tak? Nak sedap sila masak sendiri.. Letak lah 3 bungkus pati santan baru kick lemaknya! hehe…
Nasi Lemak Sedap nasi nya kena sedap lemak
Kalau makan kat kedai mamak, memang tak cukup sebungkus! Ciput sangat. Kalau geng, sekali ngap dah settel. Dia makan memang marathon. Laju giler. Pastu part paling bagus, dia makan tak pernah tak habis! Sentiasa licin. Kalau Nina masak banyak, maka . . . Rezeki yang ada tak pernah membazir. Alhamdulillah… Sebab tu kot size dia semakin sihat. Its ok Abang, sayang suka! Janji Abang sihat walafiat.. Muahh…
Sebelum ni Nina masak Nasi Lemak cara Emak yang simple tapi kali ni Nina tambahkan halia dan bawang besar. Ternyata dengan kombinasi santan pekat dan bahan tambahan memang uumphhh….!! Kalau tak sedap tak kan orang tuu dok ulang-ulang tambah nasi. Sapa ntah?!
Ok laa… ikut citarasa masing-masing nak sedap kan nasi lemak korang. Yang penting Nasi Lemak yang sedap harus ada santan baru lah berlemak. Berapa banyak lemak nya pula ikut lah selera masing-masing. Sedap tuu kan subjektif 🙂 yang penting idok ler rasa nasi putih semata
Ketahui TIPS Petua Nasi Lambat Basi
Cara Masak Nasi Lemak Paling Sedap Senang Style Nina
Bahan-bahan 1 kg beras / 4cawan beras
Santan (1cwn beras = 1 cawan santan – 3/4 santan pekat dan 1/4 santan cair)
Secubit garam / 1 sudu teh garam untuk 4 cawan beras
1 sudu minyak masak
1 biji bawang besar
2 inch halia
2 helai daun pandan di simpul
Cara Masak
1- Basuh beras sebersihnya. Nina rendam kejap dalam 5-10minit beras bersama sikit garam. Ini untuk nasi tuu nanti lebih lembut. (tak suka nasi keras)
2- Campurkan kesemua bahan dalam periuk nasi
3- Tanak hingga macam biasa hingga masak. Setelah masak, kacau rata dan dibiarkan lagi hingga nasi masak sepenuhnya
4- Sedia dihidangkan bersama sambal, ikan bilis goreng, timun, dan telur rebus. InsyaAllah, Allah yang bagi sedap.
Senang sangat bila masak nasi lemak gini. Masak pepagi boleh makan tuk sarapan, lunch, dan boleh jer sekali harung tuk dinner sekali. Hambik….!! Ternak lemak sepanjang hari. Erti kata lain, m a l a s nak banyak banyak kali..!! Hahaha
Kalau orang diet yang makan dok kira kalori tuu, agak-agak lah kan…. sepanajang hari makan nasi lemak gini, korang nak kena lari berapa kali pusing padang ehh..?? Oopss…!! Tak sanggup i you. Sila bertabah jer laa… Haha
Fuh…Sedapnya..
Ada nampak daun pandan dekat atas nasi lemak tu..
Cuma warna jer tak hijau macam nasi lemak pandan…
Kalau cenggini simple n sedap, mmg syok layan hujung minggu nih.
Yg risaunya, sekali makan 2 pinggan nasi lemak, duduk kat sofa. Lelap.
Bangun, pi dapur, makan nasi lemak lagi. Duduk sembang2 menguap balik.
Ate, bila masa nak shopping barang dapur ? hihi …
Ohh letak minyak masak & rendam beras dulu ye? Tak pernah buat camtu, lepas ni nak try lah
sedapnya..kalau dapat buat sambal kerang pun best kan kak…
memang, bila buat nasi lemak..seharianlah makan nasi lemak tu selagi tak habis…
wow resepi ni mesti cuba, terima kasih atas perkongsian ^_^
Sedapnya. Saya jarang makan nasi lemak, nak bakar balik tu lama 🙂
senangnya.. bila la nak rajin ni. hahahha
Eeeiii rajin nya makcik kecik ni.. respek ah!