Skip to content
Nina Mirza
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

  • Home
  • Lifestyle
  • Resepi
  • Parenting
  • Review
  • Tips
  • Travel
  • Drama Movie
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

November 20, 2011January 11, 2016

Nasi Lemak Emak Bersama Sambal Sotong Kering

Good Morning !! 

Isi Kandungan hide
1 Related posts:
2 Sotong Goreng Kari
3 ALAMAK BATERI KONG! NASIB BAIK ADA Carput BATERI ONLINE MUDAH SANGAT
4 Berbuka puasa ditemani mentari senja di PNB PERDANA KL BUFFET RAMADHAN cukup indah!
5 Syoknya! Terapi sambil mandi dengan SYAIRAH'S Homemade Soap Lavender
Salam ceria di hari minggu. Hujung minggu nie pasti ramai yang bersantai-santai bersama keluarga atau pun pasti ramai yang menghadiri majlis perkahwinan. Maklum lah, cuti sekolah dah bermula. Banyak jemputan yang perlu dihadiri. Termasuk laa Nina. Sejak dari minggu lepas, Sabtu & Ahad dah penuh jemputan walimatul urus. Wajib pergi tuuu jika tiada halangan. Weekend nie Nina ada majlis yang harus dihadiri. Insya’Allah, tiada halangan Nina dan keluarga pasti sampai. 
Tahniah di ucapkan buat pengantin. Selamat mengharungi liku-liku masam manis alam berumahtangga……. Harunginya dengan tabah yea adik-adik.

Nasi lemak merupakan makanan kegemaran semua. Semestinya nasi lemak pilihan dihati semasa breakfast. Malahan, sekarang nie Nasi Lemak boleh dimakan bila-bila masa sahaja. Tak kira pagi, tengah hari mahupun malam. Time supper pun ada…… paling sedap Nasi Lemak yang di alas daun pisang. Wangiiii ajer aroma nyer dan nampak sangat menyelerakan.  

Nina nak kongsi resipi Nasi Lemak yang simple dan sedappp !!! Rasanya tak lah lemak sangat dan just nice untuk selera tekak Nina dan keluarga. Nina nie sebenarnya agak cerewat tang makan Nasi Lemak sebab kalau yang ada rasa-rasa halia dan tak berlemak,  memang Nina reject – tak gemar. Bagi Nina nasi lemak mesti ada rasa lemak bukannya rasa macam nasi kosong ala-ala nak jimat santan. 
Kecewa sungguh !! Yang nie, Alhamdulillah sesedap rasa :))




Nasi Lemak Emak 
Bahan-bahan untuk Nasi Lemak Emak

1 kg beras
Santan cair  (1cwn beras = 1 cwn air santan) Nina pakai santan kotak ajer pastu Nina tambah air
1 inc halia dititik
3 ulas bwg merah – dihiris
2 ulas bwg putih – dihiris
Secubit garam
1 sudu kecil halba
2 helai daun pandan di simpul.

Cara-cara
  • Basuh beras sebersihnya
  • Campurkan kesemua bahan dalam periuk nasi
  • Tanak hingga masak
  • Selelah masak, kacau rata dan dibiarkan lagi hingga nasi masak sepenuhnya
  • Sedia dihidangkan bersama sambal, ikan bilis goreng, timun, dan telur.

Sambal Sotong Kering
Bahan-bahannya
1/2 kilo sotong kering, dibersihkan buang tulang dan potong ikut citarasa lalu direndam dengan abucang semalaman
1 cawan air (ditambah sekiranya perlu)
1/2 cawan air asam jawa yang pekat
seketul gula melaka
1/2 cawan gula pasir
garam dan serbuk perasa
1 cawan minyak

Untuk Dikisar
40 tangkai lada kering
3 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
4 batang serai
1 cm lengkuas
2 cm belacan

Cara-caranya

  • Bersihkan sotong yang telah direndam semalaman dan toskan airnya. Didihkan air dan masukkan sotong dan masak untuk 15 minit. Kemudian toskan airnya.
  • Panaskan minyak di kuali, tumis bahan-bahan yang dikisar sehingga naik bau. 
  • Masukkan gula melaka, gula pasir, garam, serbuk perasa dan air asam jawa. Kacau sehingga sebati. 
  • Kemudian masukkan 1 cawan air dan masukkan sotong. Masak sehingga sotong empuk dan rempah kering. Kalau sotong belum empuk boleh ditambahkan dengan sedikit air lagi. Kalau suka berkuah tambah air….
  • Masukkan garam atau gula secukup rasa.
  • Sedia dimakan bersama Nasi Lemak Emak, nasi impit atau cecah roti pun sedappp !!





Related posts:

Sotong Goreng Kari

ALAMAK BATERI KONG! NASIB BAIK ADA Carput BATERI ONLINE MUDAH SANGAT

Berbuka puasa ditemani mentari senja di PNB PERDANA KL BUFFET RAMADHAN cukup indah!

Syoknya! Terapi sambil mandi dengan SYAIRAH'S Homemade Soap Lavender

Lifestyle NasiSeafood

Post navigation

Previous post
Next post

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CATEGORIES

  • Drama Movie
  • Lifestyle
  • Parenting
  • Resepi
  • Review
  • Tips
  • Travel

ABOUT ME

Nina Mirza

Lifestyle & Parenting Blogger since 2011.

Mendapat pendidikan dalam Business Management dan berpengalaman lebih 10 tahun dalam Banking, Property dan bidang Oil & Gas.

Blog NinaMirza.com adalah satu medium dimana Nina kongsikan segala resipi dan tips tentang masakan, kecantikan, parenting, travel dan review produk dan event.

Hubungi Nina untuk lebih lanjut
Email : nina.azlan1@yahoo.com

AWESOME BLOG

©2026 Nina Mirza | WordPress Theme by SuperbThemes