As’salamualaikum dan Salam Sejahtera,
Sabtu lalu -3hb October 2015 Nina sekeluarga bersama-sama sebahagian family besar #KelabBloggerBenAshaari telah diundang merasai Masakan Kampung air tangan Ummiza Cafe yang terletak di Hulu Dengkil, Selangor.
Sehari sebelumnya Nina demam panas dan siap termimpi-mimpi seolah Nina tak daya nak pergi namun semangat untuk menerokai sendiri Masakan Ummiza Cafe menguasai diri. Ku gagahkan jua diri ini…. Chewahh!!
Yelah, kengkawan lain ada yang dah pernah makan kat sana dan dok khabarkan kat halwa telinga ni akan kesedapannya – ala-ala masakan mak di kampung. “Haishhh….. tak boleh jadi ni, nak rasa jugakkk…!!”
Seperti yang dijanjikan, akhirnya Nina sampai juga. Alhamdulillah….
(Sila jangan tenung lelama gambar muka Nina ya, nampak tak Nina bawak apa tuu….. Bag! Mana..mana..?? Tuuuu Eye Bag! Penangan tak cukup tido~ huhuuu . . . )
Sampai aje sana, teruja sungguh pandangan Nina bila dapati banyaknya menu yang disajikan. Rasanya lebih kurang 17 jenis menu lauk-lauk masakan kampung. Semuanya menyelerakan. Nina yang sakit ni tetiba terus segar bugar nampak makanan!! Hahaa…. buruk perangai
Jom Nina belanja gambar antara menu yang disajikan untuk kami. ***Sila jangan jilat screen ya!** Ini amaran keras!! Bukan apa, buruk nau perangai tuu | walaupun tak de orang nampak! Hahaa….
Ok, perkenalkan menu pertama yang menggugat diet.
Tadaaa ….. Ini namanya Gulai Siput Sedut. Sroott sroottt~~ Buat yang tak reti sedut amatlah rugi…!! Anak Nina yang kecik tadika pun pandai sedut ya. hehee .. . .
Sila belajar sedut pasni. . .. Sedap, tak pedas sangat. Seperiuk pun boleh layan~
Ini sambal ikan bilis. Terangkat seyhh… kalau ada roti mau tak perasan dah habiskan sebuku roti buat cecah ngan sambal bilis ni.
Sapa tak kenal menu ni kita babab dia…!! Ini Asam Pedas untuk dia. hehee…
Asam Pedas Ikan Tenggiri. Nina suka isi ikan nya yang fresh dan sedang elok masaknya. Hirup kuah sampai lupa air ke kuah ni…. erkkk~~ layan seyh kuahnya.
Menarik tak?
Ini pula antara menu lain yang masakan kampung yang pasti memukau citarasa uolss. Jom cuci mato~
Ni nak habaq mai, Eh ehh…. awat tetiba slang utara. Haishh…. sambil type entry ni sambil tengok drama TV ini lah gamaknya. ok!
Sambal Udang dia sedap! Udang dia fresh! saya suka.. saya suka…..
Gulai Daging terangkat
Gulai Ayam Kampung memang membuatkan rindu masakan mama..
Ikan Kembung Berlada – garing ikannya. Suka!
Hah..!! favorite ramai…. Usah pertikaikan selera tekak Melayu. Orang dok oberci pun ngaku tau~
Ikan Keli Berlada Cili Hijau, Ayam Masak Merah, Ayam Kicap Berlada – anak Nina suka! Ikan Kembung Goreng – Nina buat gatah jer… hehee
Ini pula antara menu sayur yang disediakan. Semuanya menggugat citarasa selera semua. Memang sayur kampung !! Ada ulam-ulaman bersama sambal belacan, rebung masak lomak cili api. Wallaaa~~
Tidak ketinggalan, kami disajikan kueh mueh tradisional. Ada donut, karipap, seri muka, kawsi
Maaf lah ya, gambar dari pinggan Nina jer sempat snap. Kat tray lupa lak! hehee…
MMmm….. kekenyangan dibuatnya. Syukur Alhamdulillah.
Ummiza Cafe ni berlokasi di Kampung Jenderam Hulu Dengkil, Selangor. Dari Nilai pun dekat. Berdekatan MIAT dan UniKL, Sepang. Tepi jalan aje dah boleh nampak signboard Ummiza Cafe ni. Kalau uolls nak Waze pun boleh, type aje Ummiza Cafe.
Terus terang, Nina sukakan konsep Ummiza Cafe yang santai, ringkas dan selesa. Ruang makan yang luas dan minima dekorasi. Selain itu, pihak Cafe juga menyediakan bilik solat yang selesa untuk kemudahan pelanggannya. Terbaik!
Sukacita Nina maklumkan, pihak Ummiza Cafe sedia menerima tempahan catering untuk 300 orang kebawah contohnya majlis makan keluarga/pejabat/harilahir dan majlis ulangtahun atau sebarang majlis keramaian lain.
Harga pula berdasarkan harga dipasaran dan kuantiti lauk yg ditempah. Mudahkan… So boleh lah order ikut keperluan atau kehendak citarasa masing-masing. Senang citer, ikut budget. Terang lagi jelas kann? Hehee…
Untuk tempahan dan bincang-bincang boleh hubungi :
Puan nor – 0196682069
Ain – 01110602569
Ummiza Cafe
No 229 Batu 29 Kampung Jenderam
Hulu Dengkil, Selangor
Dibuka setiap hari Isnin -Sabtu dari jam 7pagi – 3petang
Tutup : Ahad dan Cuti Umum
Kesempatan ini, Nina mengucapkan ribuan terima kasih buat pihak Ummiza Cafe di atas jemputan dan layanan terbaik buat kami semua.
Diiringkan Doa semoga Ummiza Cafe akan terus mengorak langkah mencapai kejayaan dalam bidang ini dan dilimpahi rezeki berterusan hendaknya. Aamiin…
Macam biasa sebelum sirih pulang ke gangang dan sebelum pungguk merindukan sang bulan, kami #KelabBloggerBenAshaari seperti biasa acara penutup akan snap beribu-ribu picture non-stop buat kenang-kenangan. Giler tak ambik gambar tuk setiap event kannn…~ Memori Terindah tuu.
Yeahh….!! Disini – di Ummiza Cafe kenangan antara kami tercipta lagi bersama sebahagian family KBBA. Alhamdulillah
Ikhlas,
Nina Mirza