Skip to content
Nina Mirza
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

  • Home
  • Lifestyle
  • Resepi
  • Parenting
  • Review
  • Tips
  • Travel
  • Drama Movie
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

Tips Anak Rajin Bantu Buat Kerja Rumah
February 10, 2021March 11, 2022

Eilman masak? Ya anak lelaki pun perlu tahu masak dan buat keje rumah

Yeayyy…!! Cuti Sekolah Online aka cuti #PdPR . Sempena Chinese New Year sekolah bercuti dari hari ni 10 Februari hingga 15 haribulan Februari 2021. Makna nya Selesa depan baru mula PdPR semula. Tips anak rajin

Isi Kandungan hide
1 Tips ajar anak rajin buat keje rumah
1.1 Tak de beza girl ke boy. Semua sama! Kena tahu buat
1.1.1 Mula dari baby
1.1.2 Ajak anak buat keje rumah tugasan yang senang mudah dulu
1.1.3 Letak alatan di tempat asal nya semula
1.1.4 Ajar berdikari, buat sendiri keperluan diri sendiriBerikan kepercayaan dan yakin mereka mampu
1.1.5 Usia 4 tahun sediakan keperluan diriHobi yang bermanfaat
1.1.6 Berikan kebebasan anak membuat pilihan dan keputusan sendiri
1.1.7 Pupuk hobi yang bermanfaat
1.1.8 Usia 7 tahun ke atas bantu keje di dapur
1.1.9 Tahu sediakan sarapan sendiri
1.1.10 Usia 9 tahun bantu masak, gosok baju sendiri
1.2 Tips anak rajin bantu buat kerja rumah
1.2.1 Berikan pujian
1.3 Related posts:
2 Sinopsis Drama SAAT KAU TAKLUK CINTA INI
3 Resipi Viral Kuih Kerbau Guling sukatan cawan sedap mudah
4 JAKEL Promosi Baju Raya Design Terkini | rugi tak rebut peluang ini!
5 Kueh Dangai.. kueh paling ringkas dan mudah. Sedap lak tuu... Jatuh cinta dibuatnya~

Anak-anak seronok cuti sekolah! Sakan gumbira bila tak de homework. Tiada lagi jadual padat setiap hari bermula seawal jam 7.30am. Memang nampak anak-anak kepenatan dan tertekan belajar online. Tak di nafikan. .

Tapi bukan takat anak jer seronok cuti sekolah, sebenarnya Mak nya yang paling seronok. Setuju tak?

Yes opkos!
Jenuh weyhhh setiap hari Mak kena jadi
Guru Besar
Guru Kaunseling
Guru Displin
Guru PJ
Guru RBT dan banyak lagi . . . .

Bukan takat jadi
Guru jer,
Jadi Ketua Kelas
Ketua Kebersihan
Dan tak lupa

Jadi Makcik Kantin! HAhaa . . .

So hari ni pepagi lagi Eilman dan Eilhan kata derang nak masak!
Amboi . . . Berbunga-bunga hati mama! Seronok tak terkata. Senyum meleret jer ni. Hehee..

https://youtu.be/8m5NPWyxuMw

Untuk Nina – No comprise anak lelaki ke anak perempuan ke semua sama rata, kena tahu buat keje rumah, kena tahu masak, kena tahu berkebun.
Walau tak hebat or tak expect atleast tahu buat! Simple asas kena tahu.

As mama kena cekal hati, tak leh nak cerewet perfectionist sangat.  Mata, jiwa kena kebal. Ikutkan semua tak kena tu normal kannn.. Bukan mudah nak serapkan dalam diri, menerima hasil keje anak-anak.

Yelah . . . bebudak ni kadang buat keje tak semenggah tu normal.
Contoh bantu lap pinggan, ada yang lap betul-betul, ada yang kain lap pun nak yang dia punya kain favorite, ada yang asal lap sudah janji dengan kain bersih sudah…
Ada perfectionist nak pakai kain lap kayangan kain Norvex aje! Memacam kerenah. . . . Bila difikirkan memang boleh jadi stress. Lap pinggan jer pun.

Tapi

Bila dah anak 5 ni sikap nak semua perfectionist yang ada dalam diri Nina, lelama entah pi mata ntah! Belajar menerima

Setakat bantu potong bawang, potong sayur, senget sikit-sikit tu biasalah janji kebersihan paling utama! No compromise at all.

TIPS anak rajin bantu buat kerja rumah anak lelaki juga perlu tahu masak

Ok sedap Eilman masak!
Lagi sedap add sambal belacan yang Eilhan tumbuk. Eh! Eilhan tarik-tarik kelmarin.. Nanti ada masa Nina share peralatan favorite Nina buat sambal belacan. Sekarang ni seisi rumah dah reti buat sambal belacan. Senang keje Nina. HEhee

Tadi selesai makan, depa dok lat tali lat tamplom. kata nya sapa memang dia lak masak besok. Ada-ada jer derang ni.. Terhibur mama! Hahaa
Syukur Alhamdulillah . . .

Tips ajar anak rajin buat keje rumah

Ada mintak Tips ajar anak rajin buat keje rumah
Entah laa.. Nak kata tips sangat pun tak berani nak kata sebab Nina bukanlah pakar bab parenting ni. Takde ijazah pun bab keibubapaan pun. Nina hanya surirumah anak 5 yang kekadang kelam kelibut jugak uruskan derang ni. HAhaa.. Ada blog pun suam-suam kopi O. Oh my favorite kopi.
Eh! Dah melalut lak… Okies, Nina share sikit-sikit laaa ehh.. Share banyak Nina bukan orang yang tepat. Huhuuu

Tips Parenting Keibubapaan Anak Rajin Buat kerja Rumah

Tak de beza girl ke boy. Semua sama! Kena tahu buat

Memula sekali Nina dah set, takde special anak perempuan atau anak lelaki. Teruatama bab tugasan. Sebab bila kita sendiri dah set keistimewaan tu maka nanti dah besar jadi laaa

Do and Don’t , Can and Cannot dan nanti kita pula akan mempersoalkan Why Not? Hurmmm . . . . Terfikir kannn? Ok, sambung . .

Mula dari baby

Cuma anak-anak ni memang dari kecik dah pupukkan kerjasama antara satu sama lain. Small thing dari kecil dah ajar contohnya selepas buka pampers kena terus masukkan dalam tong sampah.

Ya sejak baby dah buat belajar kerja rumah sendiri. Masa baby sambil dukung kita kasitau pampers ni kita buang dalam tong sampah. So dah develop dalam minda kena buat apa.

Botol susu pun sama. Lepas minum terus letak sinki. So dah besar ni tak de lah botol susu sepah sana sepah sini. Begitu juga barang mainan mereka. Dah main kemas letak kat tempat nya semula. Memula buat sama-sama, lelama anak akan terbiasa keadaan kemas teratur tersusun. Maka dia akan kemas barang mainan nya sendiri.

Ajak anak buat keje rumah tugasan yang senang mudah dulu

So memula just ajak anak buat keje rumah dengan tugasan yang mudah dulu. Contohnya buang sampah. Nampak simple kann, tapi dengan cara ini yang betul anak akan di ajar bab kebersihan! Secara tidak langsung memupuk karektor pembersih.

Begitu jugak lepas makan. Pinggan terus letak dalam sinki. Cuci pinggan pun sama. Memula memang laaa tak seberapa hasilnya. Pelan-pelan ajar sehingga mencapai piawaian SOP kita. Gitu . . .

Letak alatan di tempat asal nya semula

Mungkin ada kata mudah jer ni. Tapi cuba bayangkan dari kecik tak di ajar letak alatan di tempatnya semula? Tentu banyak barang bersepah kann?
Contohnya mungkin sikat kat dapur
bag sekolah kat luar
kasut sekolah dalam rumah
sudu, cawan, jajan tepi TV,
berus gigi kat ruang tamu
bantal dalam bilik air!

Hah! Acaner? Meroyan tak? HAhaa

Ajar berdikari, buat sendiri keperluan diri sendiri
Berikan kepercayaan dan yakin mereka mampu

Usia 4 tahun sediakan keperluan diri
Hobi yang bermanfaat

Ya dari kecik, Geng yang banyak membantu bab ni. Contohnya besok sekolah, malam sebelum tido anak-anak perlu sediakan barang keperluan mereka sendiri. Kasut sekolah, bag sekolah letak depan pintu. Baju sekolah siapkan gantung untuk di pakai. Kasut sekolah pun basuh sendiri sebab sendiri nak pakai. Macam kejam eh? HEhee . . . Macam jer kejam tapi sebenarnya anak-anak ni suka jer main sabun. Mereka akan belajar berpuashati dengan hasil usaha mereka nanti.

Berikan kebebasan anak membuat pilihan dan keputusan sendiri

Begitu juga bila nak travel. Mereka yang sediakan sendiri baju apa nak pakai. Ibubapa just cakap berapa hari akan stay sana. Berapa helai baju tido, baju siang dan baju jalan. Disamping tu kita akan share apa aktiviti di sana nanti. Kalau ada mandi swimming pool so baju mandi kena bawak sekali. Biasanya mereka akan tunjuk dulu baju apa yang nak pakai nanti. Lulus baru masuk bag. Bag masing-masing. So anak-anak belajar membuat pilihan sendiri. Gitu laaa citer nya.

Resipi Sambal Belacan Mudah Sedap Gerenti Jadi

Pupuk hobi yang bermanfaat

Bayam brazil ni kitaorang tanam sendiri. Seronok bila dah besar banyak.
Sedap makan fresh. Rangup!

Memula senang jer – Belajar siram pokok.
So anak belajar proses pembesaran, jiwa, belaian. Subjek Sains ni. HEhee
Contoh Pokok perlukan air dan sinaran matahari untuk hidup. So anak belajar kehidupan. Pokok membesar membuahkan hasil. Boleh dipetik, boleh buat masak, boleh jual. Belaian ni macam teknik baja, ada pokok boleh siram gitu, ada pokok kena pakai spray air. Gitu laa ringkasnya…

Yang penting buat sama-sama! More fun sambil tu boleh citer khasiat bayam brazil so anak akan lebih suka makan sayur. Dia yang tanam, tentu dia more excited dan enjoy nak rasa hasil air tangan dia. Kannn?

Selain tu ajar anak sayangi haiwan. Contoh jaga kucing walaupun kucing jalanan. Secara tak langsung mereka akan fahami erti kehidupan, kasih sayang, keperluan.

SWiPEL Serai Wangi Hapuskan Kutu Kucing dengan Semulajadi selamat

Usia 7 tahun ke atas bantu keje di dapur

Sambil Nina masak, biasa Nina akan minta derang tolong. Simple jer..
Awal-awal usia Nina just minta ambikkan bawang, halia, bawang putih. Sayur, carrots, cili dan sebagainya. So anak-anak dah sedia maklum jenis bahan dan kat mana bahan tu berada

Tahu sediakan sarapan sendiri

Sebenarnya benda senang jer ni. Contohnya sebelum tido malam, anak-anak dah dibiasakan planning untuk besok. Antara topik hangat mereka ialah menu sarapan. So mereka dilatih buat air sendiri. Ikut laa nak minum apa, setakat nak buat tea O atau Milo dah reti buat sendiri seusia tadika. Menu makan paling simple roti dan jem, biskut, cereal, sandwich egg mayo pun mudah. Just hancurkan telur dan add mayonnaise. Belajar membuat keputusan. Nak menu lagi sedap kena laaa bodek abang kakak buatkan! HEhee..

Usia 9 tahun bantu masak, gosok baju sendiri

Dah besar sikit, boleh laaa minta tolong kupas, potong, cuci dan pastu ajar menumis. Kadang tu Nina menu yang derang nak makan, suruh derang google resipi, keluarkan bahan. Nina akan sediakan bahan siap cuci letak tepi dapur. Dan suruh derang yang masak, Nina diri sebelah dan pantau.

Video ni Eilman yang masak. Abah dia shoot.

https://www.youtube.com/watch?v=lmAYPK_XMXc

Lelama derang dah reti google resipi sendiri, sediakan bahan sendiri dan mula masak sendiri. Pelan-pelan laa… Benda ni bukan sehari dua buat terus pandai iyer tak? Macam kata tadi, sejak baby dah terapkan tahu buat keje rumah.

Tips anak rajin bantu buat kerja rumah

Actually benda ni terpulang pada setiap individu. Cara kita membesar pun tak sama, banyak faktor lain juga memainkan peranan. Buat yang dah sedia ada maid / bibik tentu nya lain cara nya begitu juga yang sejak kecil tinggal sendiri di rumah atau yang tinggal di rumah pengasuh.

Apa kita buat, itu laa yang anak-anak ikut.
Buat yang rasa nak berubah, pelan-pelan dan istiqomah. Kalau anak dah 12 tahun manja tak pernah buat apa-apa, mungkin kita terpaksa menunggu 12 tahun lagi untuk dia faham perkara tersebut dan belum tentu 12 tahun lagi dia mampu buat dengan betul. Sabar dan tabah!

Berikan pujian

Ya, just say “wah… pandainya!”
Anak rasa dihargai dan bila dipuji automatik minda rasa suka nak buat lagi. Macam kita juga, dipuji masak sedap, tentu besok rasa nak masak yang sama lagi kannn? HAhaa
Bila di puji cantik pakai makeup gini, tentu setiap hari nak makeup jer kannn? Betul kannn… Hah! Senyum meleret lah tu HAhaaa

Doa Doa Doa


Ya , Doa seorang ibu dan bapa pada anaknya InsyaAllah dimakbulkan.
Semoga contoh yang baik, amalan yang baik, usaha yang berterusan akan ada ganjarannya. Sesama kita berusaha!

Baca : Cara BerDOA yang betul , Moga doa kita dimakbulkan

The Joke Factory

Poyo lak gambar ni kannn?

Nina pun bukannya baik bagus mana pun. Sesekali selalu jugak jadi sherk, kadang dinosaur, kadang jadi dragon! HAhaaa

Korang ni suka ehhh Nina kongsi citer gini?
Actually Nina segan nak citer bab personal gini sebab Nina sedar ramai lagi kat luar sana dah berjaya jadi ibubapa yang hebat. Punya anak yang bijak pandai lagi soleh solehah. Doakan anak-anak Nina juga beroleh kejayaan, berjaya, cemerlang, soleh solehah dan jadi anak yang baik berbakti pada ibubapa, keluarga dan masyarakat. Aamiinnn…

Nak sambung lagi ke?
Apa topik yang korang nak Nina share? Eeerrkkk. . . larikkkkkkkk

Salam ikhlas,
Nina MIrza – Mak anak 5

Related posts:

Sinopsis Drama SAAT KAU TAKLUK CINTA INI

Resipi Viral Kuih Kerbau Guling sukatan cawan sedap mudah

JAKEL Promosi Baju Raya Design Terkini | rugi tak rebut peluang ini!

Kueh Dangai.. kueh paling ringkas dan mudah. Sedap lak tuu... Jatuh cinta dibuatnya~

Lifestyle Parenting Tips Aktiviti bijak bersama anak-anakBentuk Personaliti Anakcan and cannotCara Ajar Anak Buat Kerja RumahDo and DontKerenah Anakragam anakTIPS Anak RajinTIPS anak rajin bantu buat kerja rumah anak lelaki juga perlu tahu masakTips Anak Rajin Sejak KecilTips dan PetuaTips Didik AnakTips parentingTips Penjagaan BayiWhy Not

Post navigation

Previous post
Next post

Comments (18)

  1. ummi nani says:
    February 11, 2021 at 10:10 am

    samalah UN pun tak ada bezakan lelaki dan perempuan. semua kerja sama je. lagi anak lelaki la kena ajar urus rumah tangga, itu tanggungjawab mereka dewasa kelak bila jadi suami orang , saat tu tak kekok untuk urus rumah tangga mereka. kena sediakan mereka dari kecil untuk jaminan hidup masa depan. nnt ummi nak rasa nasi goreng ilhan k

    Reply
  2. Ardini Humaira says:
    February 11, 2021 at 10:26 am

    Bagusnya semua rajin. Anak dni suka masak juga tolong kat dapur cuma kecah dia lain macam bila dia tolong mama. Banyak akal

    Reply
  3. azni says:
    February 11, 2021 at 10:29 am

    anak laki laah lagi kita kena ajar kan .. supaya depa jadi orang yang bertanggungjawab bila besar nnt. mmg kak azni npun kerjakan iman tu cukup2

    Reply
  4. Dorsett Pink says:
    February 11, 2021 at 12:36 pm

    Bagus kak nina share tips ni. Saya pun tercari2 tips untuk mendidik anak2 rajin buat kerja rumah. So far masih on track. Cumanya belum lagi suruh si anak kupas bawang or sayur sebab tu kena pegang pisau kan. Takpe,esok nak suruh dia masak dulu, bahan2 saya yang prepare kan. Hihi

    Reply
  5. Zandra says:
    February 11, 2021 at 1:15 pm

    Nanti kalau ada anak lelaki, memang paksa jugak dia tolong buat kerja rumah. Harap tak ada orang kacau pulak kata ‘bukan kerja anak lelaki’. Babap karang.

    Bagus jugak kan step by step ikut umur 7 tahun, 9 tahun bagai. Tak lah bebudak terus rasa banyak benda nak buat.

    Reply
  6. Fadima Mooneira says:
    February 11, 2021 at 3:55 pm

    Wah……..bagus you latih anak2 lelaki dari kecil bab self-sufficient. Yep, house works are not just for girls and women. Boys and men must be good at it too. There’s always something to be proud of from that. Keep on the good work, sis.

    Reply
  7. bae roslan says:
    February 11, 2021 at 9:42 pm

    what a good parenting tips. sangat bermanfaat. terima kasih kak kongsi ilmu parenting ni. bookmark nanti ada anak boleh praktikkan. doakan saya dapat zuriat jugak ye aamiin

    Reply
  8. Izaramli says:
    February 11, 2021 at 11:25 pm

    Bagus tips ni. Terima kasih kongsi. Penting sebenarnya ajar anak dari awal. Tak kira lelaki or perempuan. Nanti bila dah besar terus dah tau buat.

    Reply
  9. Rawlins GLAM says:
    February 11, 2021 at 11:48 pm

    My mum ajar I memasak dari umur 7 tahun – masa tu lagi la sebab masak nasi guna dapur je. Haha. Even sampai now masih lagi boleh memasak nasi kat dapur kayu api ye.

    But bagus bila ajar anak lelaki memasak dari awal – begitu juga urusan penjagaan rumah. Takde la membesar tak reti mengemas rumah atau memasak heheeh

    Reply
  10. nadia johari says:
    February 12, 2021 at 12:34 am

    yes, ajar dari kecik. memang takda beza laki ke prempuan ke buat tanggungjawab bersama. Fariza dan farhanah pun dah ajar diaornag dari kecik, mengemas, bantu mak dia buat apa-apa la

    Reply
  11. Bella Jamal says:
    February 12, 2021 at 3:49 am

    Menarik entry ni. Setuju sama je both laki or girl kena kita ajar buat keje dr kecil. Kalau duduk menyewa, boleh nampak kawan kita jenis cmne kdg2 tu pinggan pun tak reti basuh. Bila diasuh dr kecik, masa besar lebih ada rasa tanggungjawab. Suka cari Nina didik depa.

    Reply
  12. Sunshine Kelly says:
    February 12, 2021 at 11:11 am

    Bagus! anak lelaki pun kena train untuk buat kerja rumah and masak. Besar nanti senan nak berdikari.

    Reply
  13. Marina says:
    February 12, 2021 at 4:34 pm

    Boleh cop buat menantu ni. Anak Marina semua gegirl. Hehehe. Bagus train anak-anak memasak dan buat keje rumah walaupun lelaki kan kak

    Reply
  14. sueizza says:
    February 13, 2021 at 6:18 am

    kan kakkkk,pejam mata je la walau tak sempurna kerjanya asalkan diorang buat,slow2 boleh baiki nanti yg penting buat,skrg pun dah ajar humaira ngemas,letak pinggan kotor dalam sinki,tolong kacau-kacau kuah time masak,buat kerja rumah yg basic2…biar dia tahu dia juga ada tanggungjawab kan.

    Reply
  15. Sis Lin says:
    February 14, 2021 at 8:49 am

    Betul Nina, anak lelaki ke perempuan ke semua kena buat kerja.. Bila mereka buat, kena puji dan ucap terima kasih.. kadang dulu laa, Sis selalu masak sedap aje, tapi anak bantu, nanti lama-lama dia seronok nak bantu kita..

    Reply
  16. Grace Ng says:
    February 15, 2021 at 9:30 am

    i love reading this article! so many useful tips on how to ensure our children grow into useful and proper adults in the future!

    Reply
  17. Ai says:
    February 16, 2021 at 4:04 pm

    Besar dah anak kak nina, dah boleh diharap.

    Reply
  18. Pingback: NASI LEMAK EILMAN | Anak lelaki pun kena tahu masak - Nina Mirza

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CATEGORIES

  • Drama Movie
  • Lifestyle
  • Parenting
  • Resepi
  • Review
  • Tips
  • Travel

ABOUT ME

Nina Mirza

Lifestyle & Parenting Blogger since 2011.

Mendapat pendidikan dalam Business Management dan berpengalaman lebih 10 tahun dalam Banking, Property dan bidang Oil & Gas.

Blog NinaMirza.com adalah satu medium dimana Nina kongsikan segala resipi dan tips tentang masakan, kecantikan, parenting, travel dan review produk dan event.

Hubungi Nina untuk lebih lanjut
Email : nina.azlan1@yahoo.com

AWESOME BLOG

©2025 Nina Mirza | WordPress Theme by SuperbThemes