Alhamdulillah . . . Dah hari ke-5 kita semua berpuasa. Tentu ramai yang dok masak sendiri pelbagai juadah dan menu tuk buka puasa kannn..? Ada yang dah buat Roti John Homemade ke? Aha..! Hari ni Nina nak sare Resipi Roti John Homemade untuk korang. Puashati buat sendiri
Roti John Homemade antara menu wajib buat tiap kali Bulan Ramadan.
Atleast setahun sekali feel buat sendiri tu satu kepuasan. Roti John tak susah pun buat sendiri. Lagi sedap sebab boleh letak inti daging banyak-banyak! Puas makan.. Kannn..??
Ini antara menu yang Nina sekeluarga dok ulang-ulang buat. Sorang seketul cukup mengenyangkan! ALhamdulillah . . .
Resipi Roti John Homemade Mudah Sedap
Bahan-bahan
2-3 keping daging burger – dinyah bekukan dan cincang halus
2 biji saiz sederhana bawang besar – potong dadu
2 ulas bawang putih – cincang halus
1 inch halia – ketuk dan cincang halus
1 sudu besar rempah kari
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam (hari ni tak letak)
3 biji telur
3 sudu besar sos tiram
daun bawang – dipotong 1cm
Timun – hiris-hiris
Kobis – hiris-hiris
Tomato – hiris-hiris
1 pack roti sausage Gardenia (ada 6 kat dalam tuu)
Cili sos
Mayonnaise
Garam secukup rasa – jika perlu
Cara penyediaan Roti John Homemade
1- Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis bawang besar, bawang putih dan halia hingga keperangan dan wangi
2- Masukkan rempah kari dan kacau rata sehingga naik bau
3- Kemudian masukkan sos tiram di ikuti daging burger, pecah-pecah daging menjadi ketulan-ketulan kecil. Gaul hingga sebati
4- Setelah itu, masukkan serbuk lada hitam dan kacau rata. Masak hingga kering.
5- Tutup api, ketepikan dan dibiarkan sejuk
Semasa menunggu bahan utama sejuk, bahan-bahan sampingan seperti timun, kobis dan tomato disediakan dengan dihiris nipis-nipis.
Kemudian, adunan burger tadi dimasukkan dalam mangkuk lalu pecahkan telur kedalam mangkuk adunan burger bersama daun bawang.
Roti sausage dibelah dua tapi tidak putus.
Nina dah siapkan video tutorial nya . Korang tengok ni ehh…
Nina kongsi kan tuk korang 30 RESEPI BERBUKA PUASA MUDAH TANPA NASI
Contohnya Mee Pasta Roti Kuey Teow. So dapat lah korang pelbagaikan menu sempena 30 hari Ramadhan ini.
Selain tu … untuk menu Open House pun sesuai semua menu ni.
Buat yang ber DIET, Nina ada 15 Resipi Mudah Buka Puasa Sahur MENU EAT CLEAN diet senang dimasak
Salam Ramadhan buat semua, maaf zahir batin. Nikmati dengan penuh kesederhanaan dan kesyukuran.
So jangan lupa SHARE!
Korang berbuka puasa apa tuu hari ni?
Okay ni nak kena try buat! haritu dah cuba murtabak . Roti John ni nampaknya bakal menyusul la hehe.
Thanks for the recipe.
sedapnyaaa feveret gak ni tapi tak padan nak buat,dua org je makan hehehe
Excellent. Good blog. Keep sharing.
I like many delicious food but I like at most Chicken BBQ and ice cream. your recipe each and everything very well. Every recipe very delicious and very yummy. Let me tell you about winter attire. This Hoodie is very stylish and fashionable for this winter