Skip to content
Nina Mirza
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

  • Home
  • Lifestyle
  • Resepi
  • Parenting
  • Review
  • Tips
  • Travel
  • Drama Movie
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

CARA BATAL MATIKAN PAYWAVE DEBIT CARD
November 14, 2022November 14, 2022

CARA BATAL MATIKAN OFF FUNGSI PAYWAVE DEBIT KAD

Baru-baru ni kecuh  bila sorang brother ni cuai tertinggal debit card dia di kaunter makanan selepas buat pembayaran secara PayWave. Malang tidak berbau, pelanggang yang beratur dibelakang dia ‘terguna’ debit card brother tersebut lalu membuat pembayaran secara PayWave menggunakan debit card tersebut. Huhuu… Isu nya sekarang sebagai pengguna apa kita kena buat? Ternyata ramai pengguna dah mula cuak takut lalu ramai dok search CARA BATAL MATIKAN OFF FUNGSI PAYWAVE DEBIT CARD. Yelah… kisah tersebut harus dijadikan pengajaran bersama buat pengguna PayWave debit card sedia ada. Kannn?

Okies, stop tunding jari. Ya memang brother tu salah, cuai. Kunfayafun! Allah kata jadi maka jadi lah ia. Setiap apa yang berlaku semuanya dengan izin DIA Yang Maha Mengetahui. Brother ni pun sedar yang debit card dia hilang setelah mendapat notification SMS selepas beberapa transaksi. Kemudian baru lah dia telefon bank untuk batalkan debit card dia. Mujur dia tengok notification SMS yang masuk. Sebab ramai je yang tak endah SMS masuk kannn?

Dan akak tudung biru yang berdiri belakang brother tu pun tak seharusnya membuat keputusan ‘terguna’  debit card bukan hak milik dia. HARAM! Tolak tepi bab ni sebab perkara pun dah selesai secara baik. Alhamdulillah.. Tahniah pada pihak Woodfire dan page JDTFC yang telah sama-sama membantu menyelesaikan masalah ini dengan pantas.

PAYWAVE SELAMAT KE ?

CARA BATAL MATIKAN PAYWAVE DEBIT CARD

BAYAR DEBIT CARD PAYWAVE KE PIN NO ?

Secara asasnya pengguna debit card sukakan sesuatu yang mudah, ringkas, cepat!
Kita mungkin biasa berbelanja dengan menggunakan kad debit. Tak payah bawak cash tebal-tebal. Haishhh… Zaman bila tuu pi shopping bawak cash?! Takkan lahh nak shopping di SELLECTION.COM Butik Branded Handbags bawak duit berkepok-kepok kannn?

Eermm.. Perlu ke buat perangai ‘no kurlasss’ semata-mata content sebab nak tunjuk duit depa banyakkkkkk.. Ooppsss! So cara pembayaran yang mudah sama ada melalui masukkan no pin ataupun secara PayWave. Inilah 2 cara yang ada bila nak bayar menggunakan kad debit.

Melalui No Pin, kita kena tekan 6 digit no sebelum membuat pembayaran dan berbeza secara PayWave. Hanya perlu letakkan kad debit korang di atas mesin debit tanpa masukkan apa-apa no atau kod pun. Terus pembayaran dibuat. Swipe swipe swipe je.. Cepat mudah!

Nampak mudah dan cepat kan? Letak sahaja dah settle buat pembayaran. Korang suka yang mana, PayWave ke masukkan pin no?

KEBURUKAN BAYAR PAKAI PAYWAVE DEBIT CARD

Tetapi kalau dilihat dari sudut lain, sepertinya kad debit tersebut boleh digunakan oleh sesiapapun untuk bayar secara PayWave. Ini disebabkan tak perlu masuk no pin pun. Jadi cuba bayangkan kalau kad tersebut tiba-tiba hilang dan ada mereka yang berniat jahat menggunakan kad debit korang? Acaner?! Ayooo ama apaaa. Nangis pun tak guna

Habis duit lesap begitu sahaja kan…?

Jadi bagi mengelakkan perkara buruk ini berlaku, dinasihatkan matikanlah fungsi PayWave di kad tersebut, lagi-lagi kepada mereka yang selalu lupa atau cuai lagi-lagi berkaitan kad debit atau wallet sekali pun. Asyik-asyik lupa letak kat mana. Banyak makan semut gamaknya kot. Huhuuu

BAGAIMANA CARA NYAH AKTIF OFF FUNGSI PAYWAVE ?

Cara Matikan OFF Fungsi PayWave
Okey, Nina kongsikan cara nya tapi cara ini spesifik kepada kad debit Maybank jer ehh
Untuk kad debit bank lain, mungkin korang boleh pergi laman web mereka. Tak payah laa call bank, bukan senang dapat pun talian mereka busy sokmo kann! Sekarang ni semuanya dihujung jari, pepandai laa google. Lagi bagus korang pi je website bank korang, cari baca dan hadamkan sendiri.

Untuk pengetahuan, kebiasaannya semasa korang buat debit card pihak bank akan tanya samada korang nk guna servis PayWave atau tak. Dan bila setuju biasanya had penggunaan swipe swipe PayWave hanya dilimitkan kepada transaksi tidak lebih RM250 sehari. Jika lebih daripada itu, anda perlu gunakan No Pin. Bagi fungsi ini ada 2 cara anda boleh matikan iaitu melalui mesin ATM dan juga website Maybank2U

Cara matikan fungsi PayWave di  Mesin ATM

  • Pergi ke mana-mana lokasi mesin ATM
  • Masukkan kad dan pilih Other Transactions
  • Kemudian pilih Change Limit > Purchase Limit
  • Pilih No Purchase
  • Masukkan nombor kad pengenalan dan kita akan diminta untuk sahkan pilihan “No Purchase”
  • Cara ini sekali gus mematikan fungsi kad debit itu sendiri. Tapi kalau untuk matikan fungsi PayWave sahaja anda hanya perlu Set 0 limit je kalau still nak pakai debit card atau lebih mudah call customer care di talian 1300-88-6688

CARA BATAL MATIKAN PAYWAVE DEBIT CARD

CARA BATAL MATIKAN OFF FUNGSI PAYWAVE DEBIT CARD

Cara matikan fungsi PayWave melalui Website Maybank2U
Korang  juga boleh nyahaktfikan fungsi paywave secara online melalui Maybank2u

  • Login seperti biasa menggunakana Username dan Password di website www.maybank2u.com
  • Kemudian klik pada Setting
  • Pilih tab Cards
  • Scroll ke bawah sedikit nanti nda akan nampak CONTACLESS LIMIT. Default limit yang diletakkan adalah rm1000, jadi disini anda boleh letakkan limit yang anda mahu sahaja, atau letakkan pada RM0 (untuk matikan PayWave) untuk keselamatan anda.
  • Request TAC untuk confirmation bagi selesaikan transaksi anda sebentar tadi. Settel

HANYA PERLU BATAL MATIKAN OFF PAYWAVE
BERALIH KE CARA BAYAR  TEKAN NO PIN LEBIH SELAMAT

So lepas ni pepandai laa tekan sendiri No PIN password setiap kali berbelanja. Alahai tak susah mana pun tekan tekan setakat 6 digit no je. Biar lah orang kata tak stylo laa tekan pin macam orang tua. Pedulikan! Duit aku bukan duit kome. Walaupun tak berbillion pun dalam account. Tapi duit jugak demi kelangsungan hidup yang makin mencabar. SEMUA PUN MAHAL!

SILA TENGOK NOTIFICATION SMS

Lagi satu, bukan apa.. Kekadang selepas transaksi , notification SMS  idok ler cepat sangat pun masuk. Bergantung pada kelajuan telco korang. Kot nya korang dok dalam gua, memang ler slow like a snail. Dan tidak dinafikan bukan semua orang pun rajin nak tengok SMS. Kalau wasap masuk laju ke tengok. Iyer tak?

APA PERLU BUAT BILA TERJUMPA DEBIT CARD TANPA TAHU SIAPA EMPUNYA

Ok paling mudah bila terjumpa barang bukan kita punya harus lah dipulangkan. Ni bukan rezeki terpijak ke hapa! HARAM! So kalau terjumpa debit card nak pulangkan kat sapa? Contohnya terjumpa dikawasan kondominium atau Mall  misalnya, takkan nak bagi kat Pak Guard, Tok Penghulu, Cashier kaunter pertanyaan?
Boleh percaya ke? Entah… Zaman sekarang ni sapa pun takleh percaya. Nanti entah sesapa lak mengaku itu debit card dia. Huhuu…

So paling mudah, potong debit card tersebut.
Ya potong. Ini adalah tanggungjawab kita sebagai orang yang menjumpai debit card yang hilang tapi tak tahu sapa empunya. Supaya orang lain yang jumpa tak boleh dah pakai card tersebut. Mudah kannn?

Rasa tak cukup membantu? Advance giler tahap tanggungjawab korang so boleh laa pi serah debit card yang dah dipotong tu ke memana cawangan Bank card tersebut atau call aje no careline belakang debit card untuk inform. Pihak bank boleh laa maklumkan pada empunya card bahawasanya debit card dia dah dijumpai dan dia kena lah replace card baru. Setuju?

So, korang dah nyah aktif PayWave debit card korang ke tuuu?
Bukan marah tapi nasihat. Pesanan khidmat masyarakat.
Berpada-pada, berhati-hati, jaga diri sendiri.

Related posts:

SUCHI Set Travel Umrah Haji HALAL | Wajib bawa dan sesuai sebagai hadiah buat bakal jemaah
Resipi Mudah Eat Clean : Sup Ayam Jernih | Clear Chicken Soup
Hadoi . . . Dia dah buat perangai!
Buffet Ramadhan 2017 di 'Halaman Haji Saad' , Seri Pacific Hotel KL terkenang kampung halaman nun ja...
Tips Apa nak buat terjumpa debit cardBayar secara PayWaveCARA BATAL MATIKAN OFF FUNGSI PAYWAVE DEBIT CARDDebit Card Hilangkeburukan PayWavekelebihan PayWaveMaybank2UPAYWAVEtips jimat berbelanja

Post navigation

Previous post
Next post

Comment

  1. harry says:
    November 14, 2022 at 7:45 pm

    z

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CATEGORIES

  • Drama Movie
  • Lifestyle
  • Parenting
  • Resepi
  • Review
  • Tips
  • Travel

ABOUT ME

Nina Mirza

Lifestyle & Parenting Blogger since 2011.

Mendapat pendidikan dalam Business Management dan berpengalaman lebih 10 tahun dalam Banking, Property dan bidang Oil & Gas.

Blog NinaMirza.com adalah satu medium dimana Nina kongsikan segala resipi dan tips tentang masakan, kecantikan, parenting, travel dan review produk dan event.

Hubungi Nina untuk lebih lanjut
Email : nina.azlan1@yahoo.com

AWESOME BLOG

©2023 Nina Mirza | WordPress Theme by SuperbThemes