Sayur Kangkung antara sayur pilihan ramai kerana harga sayur kangkung bukanlah golongan sayur yang mahal tetapi jika kena cara masakannya memang ramai yang suka. Kebiasaannya menu pilihan ramai adalah Kangkung Goreng Belacan. Setuju? Maka hari ni Nina kongsikan cara Nina masak Resepi Kangkung Goreng Belacan yang sedap lagi mudah. yang korang boleh cuba. Gabungan pedas cili padi, belacan, ikan bilis dan bawang yang dikisar membangkit aroma yang membuka selera. Tak cukup nasi nanti dibuatnya! Sila masak nasi extra. Take note tau! HEhee..
KHASIAT KANGKUNG
Korang tahu tak sayur kangkung ni ada 2 jenis. Ada jenis kangkung darat dan kangkung air. bezanya dari bentuk, warna dan batangnya. Tapi Nina pun tak expert, belasah je mana-mana pun. HEhee…
Sebelum Nina kongsikan Resepi Kangkung Goreng Belacan, seronok Nina nak share kebaikan dan khasiat sayur kangkung dengan korang. Lepas dah tahu kelebihan sayur kangkung ni, gerenti korang akan lebih sukaaaa nak makan sayur kangkung!
- Kaya Nutrisi : Kangkung mengandung banyak vitamin dan mineral, seperti vitamin A, vitamin C, vitamin K, asam folat, kalsium, dan zat besi. Vitamin A dan C berperanan penting dalam kesihatan mata dan sistem kekebalan tubuh, sementara vitamin K menyokong kesihatan tulang.
- Antioksidan : Kangkung mengandung berbagai antioksidan, termasuk beta-karoten dan flavonoid, yang membantu melawan radikal bebas dalam tubuh dan dapat mengurangi risiko beberapa penyakit kronik.
- Membantu Proses Pencernaan : Kandungan serat yang tinggi dalam kangkung dapat membantu melancarkan proses pencernaan dan mencegah sembelit.
- Menjaga Kesihatan Jantung : Kangkung mengandung potasium yang dapat membantu mengatur tekanan darah dan membantu kesihatan jantung dengan mengurangi risiko hipertensi.
- Anti-Inflamasi : Kangkung memiliki efek anti-inflamasi yang dapat membantu mengurangi peradangan dalam tubuh.
- Detoksifikasi : Kangkung juga diketahui dapat membantu proses detoksifikasi tubuh dengan mengeluarkan racun melalui ginjal dan hati.
- Menjaga Kesihatan Kulit : Kandungan vitamin C dan antioksidan dalam kangkung membantu menjaga kesihatan kulit dan dapat mempercepat proses penyembuhan luka.
- Meningkatkan Kekebalan Tubuh : Kandungan vitamin C dan beta-karoten dalam kangkung dapat meningkatkan sistem kekebalan tubuh dan membantu melawan infeksi.
Amacam? Banyak kann khasiat yang ada dalam sayur kangkung. Tapi walau apapun yang kita makan, sebaiknya biarlah bersederhana. Semuapun makanan yang segar punya kelebihan dan kekuatan khasiat masing-masing.
Cuba buat : RESEPI SAMBAL BELACAN GERENTI SEDAP
Korang cuba tau resepi sambal belacan yang Nina kongsikan ni, gerenti sedap bak angggg!
memang layan laa makan cecah sama ulam ulaman, ikan goreng pun layannn
Cara cuci kangkung
Kalau Nina jarang sekali nak order kangkung bila makan kat luar. Bukan apa, spoil rasa bila makan tergigit pasir. Hurmm… Itu kalau pasir, kalau TER menjelmanya ulat ke, cacing ke kat celah batang kangkung?? Oh-hoooo… haru! Extra protein of the day omputeh kata. Mau muntah hijo dibuatnya. Huhuu…
Sebab suka sayur kangkung, maka nya gigih laaa cuci bagai nak mendaki Gunung Everest ya!
Kangkung laa antara sayur yang makan masa agak lama proses cuci. Selain kangkung, bayam dan sayuran lain yang ditanam dalam tanah. Nina kongsikan cara Nina cuci sayur kangkung. kot laaa tak berapa tahu.
- Cuci potong cuci.
Sayur ni tak boleh basuh kat air lalu gitu², memang kena rendam baru pasir turun
Teknik Nina cuci sayur kangkung, sediakan besen yang agak besar, rendam sayur hingga tenggelam dalam air sambil kocak kocak. Teknik ini untuk mengasingkan pasir / kotoran akan turun ke dasar besen. Tukar air dan buat beberapa kali sehingga takde lagi pasir atau kotoran kat dasar besen. - Petik dedaun sayur belah letak dalam bekas lain. Asingkan dedaun dan batangnya. Dedaun rendam lagi dalam besen lain.
- Batang sayur kangkung, belah-belah 2 kesemuanya. Ini untuk pastikan takde ulat atau serangga yang menetap dalam lubang batang kangkung. Kalau terjumpa, memang terus geli geleman seluruh badan! Eeewww… tonat takmo terjumpa. Huhuu
RESEPI KANGKUNG GORENG BELACAN
Bahan-bahan :
Sayur kangkung 1 ikat
3 sudu besar minyak masak
sedikit kicap
garam dan gula secukup rasa
Bahan kisar kasar:
4-5 tangkai cili padi
1 biji cili merah
1 cm belacan
sedikit ikan bilis
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
Cara Masak Resepi Kangkung Goreng Belacan
- Bersihkan kangkung dan potong kasar. Asingkan bahagian batang dan daunnya.
Panaskan minyak. Tumis bahan kisar sehingga kekuningan dan naik bau. - Masukkan kangkung bahagian batang dan goreng sehingga sedikit layu, kemudian masukkan pula bahagian daun.
- Masukkan sedikit air, kicap, garam, gula secukup rasa.
- Kacau seketika, jangan sampai sayur terlebih masak sebab kangkung layu tak sedap. Angkat dan hidangkan
Tips cara masak kangkung sedap
Tips masak sayur kangkung sedap macam kat kedai TomYam mudah je.
Masakan sayur kangkung harus dimasak dengan pantas. Pastikan bahan-bahan semua sudah tersedia sebelum mula memasak. Jika terlebih masak, sayur akan lembik dan tak sedap! Mudah kann?
Cara tanam kangkung sendiri
Ada ke yang macam Nina suka sayur kangkung?
Teruja tak rasa macam nak tanam sendiri?
Yelah, bila korang tanam sendiri, lebih terjamin kebersihannya. Dan lagi lagi sihat sebab semestinya kita akan pastikan tanaman kita bebas dari racun perosak kann..? Next story Nina akan kongsikan cara tanam kangkung dalam baldi yang sebenarnya mudah je penjagaannya. Stay tune!