Skip to content
Nina Mirza
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

  • Home
  • Lifestyle
  • Resepi
  • Parenting
  • Review
  • Tips
  • Travel
  • Drama Movie
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

TRANSFORMERS ONE ROADSHOW AEON MALL
August 27, 2024September 3, 2024

TRANSFORMERS ONE Roadshow di AEON MALL | Rugi tak join!

Sapa minat Transformers One? Saya saya! Bukan kanak-kanak je suka, tapi golongan dewasa lagi laaa suka! Kann…? Filem ‘TRANSFORMERS ONE’ merupakan sebuah filem animasi CG pertama dalam siri Transformers dan ia menceritakan tentang kisah asal-usul yang belum pernah diterokai tentang dua watak ikonik, Optimus Prime dan Megatron. Diarahkan oleh Josh Cooley, filem Transformers One bakal menemui anda di pawagam pada 12 September 2024 di seluruh Malaysia. Good news buat peminat TRANSFORMERS ONE sebab AEON MALL mengadakan kempen terkini TRANSFORMERS ONE Roadshow di AEON MALL yang terpilih!

Isi Kandungan hide
1 Kempen TRANSFORMERS ONE Roadshow AEON Mall
1.1 OOTD bersama model TRANSFORMERS ONE
1.2 CARA TEBUS TIKET EKSKLUSIF FILEM TRANSFORMERS ONE
1.3 ROADSHOW TERKINI DI AEON MALL BERTEMAKAN TRANSFORMERS ONE
1.3.1 Selangor/Kuala Lumpur
1.3.2 Johor
1.3.3 Penang
1.3.4 Perak
1.3.5 Negeri Sembilan
1.3.6 Melaka
1.4 AKTIVITI MENARIK HUJUNG MINGGU DI AEON MALL
1.5 Related posts:
2 Sinopsis CURI CURI CINTA - Astro
3 Cepat rebut dan Menang Hadiah !! kat Booth Traveloka di KL2017
4 Akhirnya..... Tauhu celop tepung ajer. Senang!
5 HALAL ke ubatan yang korang makan?

Ya, Transformers One ada kat AEON Mall. Gempak seyhh… Rugi ooo tak join kempen ini, bukan selalu Transformers One didatangkan kat Malaysia. Haaa jomm kita!! Bila bila?

TRANSFORMERS ONE FILM 2024

Kempen TRANSFORMERS ONE Roadshow AEON Mall

Kempen ini eksklusif!
Berlangsung dari 19 hingga 30 Ogos 2024
Kat mana? Nina ada kongsikan kat bawah cawangan AEON Mall yang join kempen ini.

OOTD bersama model TRANSFORMERS ONE

Peminat tegar filem animasi CG Transformers pasti teruja nak OOTD bersama model transformers kegemaran korang dan paparan besar prop filem ini. Opkos laaa kannn sebab bukan selalu ada kat sini.
Nina notice kannn, AEON Mall prihatin dengan kehendak jiwa kanak-kanak. Sebelum ni Nina ada bawak anak-anak Nina masa AEON star rewards ulang tahun 100 Disney . Best, anak-anak seronok! Kali ni kempen Transformers One pulak! The Mirza boys sure suka nih, entah-entah Abahnya yang overrrrr. HAhaaa

TRANSFORMERS ONE Roadshow di AEON

CARA TEBUS TIKET EKSKLUSIF FILEM TRANSFORMERS ONE

Sempena pembukaan tayangan filem Transformers One ini tak lama lagi, korang boleh menebus tiket filem TRANSFORMERS ONE yang eksklusif. Syaratnya mudah sangat! Korang hanya perlu berbelanja di AEON Mall

  • RM300 (bukan Ahli AEON) atau
  • RM200 (Ahli AEON)

Pembelian boleh digabungkan dalam tiga resit pada hari yang sama dari mana-mana kedai di AEON MALL yang menyertai peraduan ini untuk melayakkan diri bagi ganjaran menarik ini.
Amacam mudah je kannn?
Berbelanja di AEON Mall, lain-lain floor pun takpe. Beli kat market, beli baju, beli kelengkapan rumah, beli cadar, toto, sarung bantal ke pun boleh. Gabungkan resit dah boleh tebus tiket eksklusif FILEM TRANSFORMERS ONE .

TRANSFORMERS ONE ROADSHOW AEON MALL

ROADSHOW TERKINI DI AEON MALL BERTEMAKAN TRANSFORMERS ONE

Selangor/Kuala Lumpur

AEON Mall AU2 Setiawangsa
AEON Mall Cheras Selatan
AEON Mall Metro Prima
AEON Mall Bukit Raja
AEON Mall Bukit Tinggi

Johor

AEON Mall Bukit Indah
AEON Mall Kulaijaya
AEON Mall Tebrau City
AEON Mall Bandar Dato Onn

Penang

AEON Mall Bukit Mertajam

Perak

AEON Mall Ipoh
AEON Mall Ipoh Klebang
AEON Mall Ipoh Station 18
AEON Mall Kinta City
AEON Mall Taiping
AEON Mall Seri Manjung

Negeri Sembilan

AEON Mall Seremban 2

Melaka

AEON Mall Bandaraya Melaka

#AEONMALL
#AEONMALLXTRANSFORMERSONE
#TRANSFORMERSONE
#HASBRO
Tertakluk kepada terma dan syarat.

Untuk maklumat lanjut korang boleh layari :
• Facebook : @AEONMallMY
• Instagram : aeonmallmalaysia
• Tik Tok : aeonmall.malaysia
• Website : www.aeonmallmy.com

TRANSFORMERS ONE Roadshow di AEON

AKTIVITI MENARIK HUJUNG MINGGU DI AEON MALL

Kempen ni dah start dahh, sampai 30 Ogos ini.
Buat peminat Transformers tentu tak akan lepaskan peluang datang sini.  Pelbagai barangan eksklusif limited edition ada dijual di AEON Mall. Smart laaa pulak tengok cap tuh kannn! Boleh laa beli buat koleksi.

Selain OOTD, ada banyak aktiviti menarik bersama keluarga hujung minggu, cuti sekolah ni korang boleh enjoy di AEON Mall! Paling seronok datang bersama anak-anak sebab pelbagai aktiviti dan permainan yang menarik disediakan. Korang juga berpeluang untuk memenangi hadiah yang hebat! Acara eksklusif ini sekali seumur hidup di AEON Mall tau! Pastinya akan menjanjikan keseronokan dan kegembiraan untuk seluruh keluarga.

So  jangan lepaskan peluang untuk join acara TRANSFORMERS ONE Roadshow yang luar biasa di AEON MALL! Hujung minggu ni kannn cuti Hari Merdeka dan hari Malaysia, Nina tak sabar nak bawak anak-anak join pengembaraan kempen ” TRANSFORMERS ONE : AEON Celebrates All Malaysians as One ” hujung minggu ini. Jom laa korang , kita OOTD, main game, shopping kat AEON Mall! Jumpa nanti..

Related posts:

Sinopsis CURI CURI CINTA - Astro

Cepat rebut dan Menang Hadiah !! kat Booth Traveloka di KL2017

Akhirnya..... Tauhu celop tepung ajer. Senang!

HALAL ke ubatan yang korang makan?

Lifestyle Tips Travel AEONAEON MallAktiviti menarik hujung mingguCara tebus Tiket TRANSFORMERS ONEFilem 2024Filem TRANSFORMERS ONEHari MalaysiaHari MerdekaInfo - SemasaRoadshow AEON MallTRANSFORMERS ONE

Post navigation

Previous post
Next post

Comment

  1. Slope says:
    August 29, 2024 at 5:21 pm

    Thanks for the nice blog. It was very useful for me. I’m happy I found this blog. Thank you for sharing with us,I too always learn something new from your post.

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CATEGORIES

  • Drama Movie
  • Lifestyle
  • Parenting
  • Resepi
  • Review
  • Tips
  • Travel

ABOUT ME

Nina Mirza

Lifestyle & Parenting Blogger since 2011.

Mendapat pendidikan dalam Business Management dan berpengalaman lebih 10 tahun dalam Banking, Property dan bidang Oil & Gas.

Blog NinaMirza.com adalah satu medium dimana Nina kongsikan segala resipi dan tips tentang masakan, kecantikan, parenting, travel dan review produk dan event.

Hubungi Nina untuk lebih lanjut
Email : nina.azlan1@yahoo.com

AWESOME BLOG

©2025 Nina Mirza | WordPress Theme by SuperbThemes