Skip to content
Nina Mirza
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

  • Home
  • Lifestyle
  • Resepi
  • Parenting
  • Review
  • Tips
  • Travel
  • Drama Movie
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

SUPERFOOD KUATKAN IMUN SISTEM
August 22, 2024August 22, 2024

10 SUPERFOOD KUATKAN IMUN SISTEM ANAK WAJIB ADA DI DAPUR

Anak demam memang merisaukan! Bukan apa bila anak mudah sakit, sedikit sebanyak akan memberi kesan pada tumbesarnya. Sapa yang nak anak sakit kann? Bila anak sakit, automatik kita pun rasa sakitnya kannn… Korang tahu tak, dengan mengamalkan minum air kelapa seminggu sekali mampu meningkatkan sistem imun kita sekeluarga. Macam menarik kann? Teruja Nina nak kongsi dan simpan sini perkongsian bermanfaat dari Dr Mazliana tentang 10 SUPERFOOD kuatkan imun sistem anak yang kena ada di dapur bagus untuk anak dan kita yang dewasa ini.

Isi Kandungan hide
1 APA ITU SUPERFOOD
2 10 SUPERFOOD INI TINGKATKAN SISTEM IMUN ANAK WAJIB ADA DI DAPUR
2.1 TIPS AMALKAN SUPERFOOD BANTU BOOSTER SISTEM IMUN ANAK
2.2 Air kelapa
2.3 Air mineral
2.4 Pisang
2.5 Avokado
2.6 Elakkan bahan ini merosakkan kesihatan anak
2.7 Related posts:
3 Ppssttt.. Khas untuk wanita. Penyelesaian Miss V gelap! Sumber Ayu 3X Whitening Pearly White
4 Tips pilih ayam segar, Ayam masak apa sedap?
5 Janin yang berusia 15minggu hidup didunia. ...
6 Sinopsis Drama BIDADARI SALJU TV3

Kesihatan anak bermula dari pemakanan yang bagus selain kebersihan dan persekitaran yang sihat lagi bersih. Paling penting sebagai ibubapa kita perlu cakna tentang pemakanan apa yang baik untuk anak kita. Makanan yang bagus akan membantu meningkatkan sistem imun anak. Bila anak sihat, maka anak lebih ceria gembira, mudah belajar, bijak pandai, aktif dan membesar bagai juara! Eh.. dah macam iklan Miii Loooo pulak. HAhaa

SUPERFOOD KUATKAN IMUN SISTEM

APA ITU SUPERFOOD

“Superfood” – real food adalah istilah yang digunakan untuk menggambarkan makanan yang dianggap sangat berkhasiat dan bermanfaat bagi kesihatan kerana kandungan vitamin, mineral, antioksidan, dan nutrisi lainnya yang tinggi. Tapi tidak lah nak kata makanan ini je superfood, yang lain nya tidak cuma superfood yang dikongsikan ini dianggap dapat meningkatkan kesihatan. Pengambilan ‘superfood’ dapat membantu mengurangkan risiko penyakit-penyakit kronik, dan menjadikan seseorang lebih sihat.

Makanan superfood korang biasa je lihat, cuma mungkin ada yang tak berapa suka. Mungkin bila dah tahu kelebihan dan manfaat superfood ini pasti korang akan lebih teruja nak makan. 10 bahan superfood ini mampu kuatkan sistem imun untuk kita sekeluarga bila diamalkan secara berkala. Korang kena cuba amalkan dan tengok sendiri keberkesanannya.

10 SUPERFOOD INI TINGKATKAN SISTEM IMUN ANAK WAJIB ADA DI DAPUR

Bahan-bahan ini, selayaknya ada di dapur kita. Tidak lah wajib ada
sebab kita sendiri faham ekonomi kita bukan semua orang sama. Sekurangnya dalam bajet bulanan kita, kita jadikan bahan makanan utama ini untuk food intake kita sekeluarga. Antaranya :-

Kurma bagus untuk ibu mengandung Air Nabeez
  1. Kurma – Bantu lawan radang dalam tubuh anak. Bagus untuk otak anak jugak
  2. Telur – Omega 3 untuk kesihatan otak anak, cerdik, bijak, kuatkan memori.
  3. Keledek – Untuk kesihatan mata, kulit dan rambut anak.
  4. Pisang – Sumber tenaga express, tenangkan mood anak, bantu mudahkan tidur.
  5. Air kelapa – Air imuniti, kena cari bila anak mula tak sihat. Bantu hidrasi tubuh, tinggi mineral.
  6. Madu – Terkenal dengan sifat antibakteria dan antiviral, pun baik untuk otak anak juga.
  7. Minyak kelapa – Lemak baik yang boleh bantu kuatkan imun anak.
  8. Minyak sapi – Lemak baik untuk naikkan berat berkualiti anak.
  9. Avokado – Antara buah yang padat dengan vitamin dan mineral, juga ada lemak baik untuk berat badan berkualiti anak.
  10. Air putih – Yang paling penting, tapi ramai yang lupa. “Air imuniti” paling murah untuk anak-anak kita
RESIPI TELUR REBUS MASAK KARI SEDAP MUDAH

TIPS AMALKAN SUPERFOOD BANTU BOOSTER SISTEM IMUN ANAK

Amacam, semua bahan superfood dalam list atas ni mudah je didapati kann?
Senarai superfood ni yang paling mudah dimakan kanak-kanak. Ikutkan selain list di atas, brokoli, bayam, berry juga antara superfood yang bagus tapi tak semua anak suka makan sayur kann? So bagi Nina perkongsian Dr Mazliana ini sangat simple. Mudah didapati, mudah dibeli dan mudah dimakan.

Air kelapa

Dalam Air Kelapa ada kandungan mineral dan nutrien :- Iron, Chloride, Pottasium, Sodium, Phosphorus, Magnesium, Lauric acid, Calsium. Khasiat Air Kelapa : Detox badan, bantu elakkan kecacingan. bantu melawan jangkitan kuman, kuatkan tulang, kekal hidrasi, bantu penghadaman, sihatkan kulit.

Nak jadikan rutin amalkan superfood ni tak susah pun sebenarnya. Macam Nina akan usahakan seminggu sekali contohnya hari Jumaat, Nina akan belikan air kelapa taknak gula untuk anak-anak minum termasuk kita yang dewasa ni. Bila dah jadikan rutin, automatik akan terbiasa hari jumaat je kena minum air kelapa.

AIR MINERAL SUPERFOOD

Air mineral

Air putih memang air minuman anak-anak bekal setiap hari ke sekolah. So far Alhamdulillah, anak-anak tak berapa minum air manis melainkan terpaksa bila berada di tempat yang tak dapat dielakkan. Orang dah jamu kita minum je laaa… Tidak terlalu cerewet / tegas menolak pelawaan orang. Jamah laa sikit. Gitu laa adab sesama kita.

Tips anak suka minum air putih – Nina cadangkan korang istihar kan setiap hari Isnin adalah Spritzer day!
Bermaksud hari Isnin adalah hari minum air mineral. Anak-anak akan bawa sebotol air Spritzer ke sekolah pagi dan sebotol lagi ke sekolah petang. Malam pun minum lagi sebotol. Air mineral Spritzer mempunyai kandungan salika yang tinggi amat bagus untuk kesihatan dan kecantikan. Cuba lah! Korang akan terpesona dengan manfaatnya.

Pisang

Pisang paling mudah diamalkan! Pisang mengandungi kandungan potassium, dan kaya dengan vitamin B6. Kat rumah korang hari apa ada pasar malam?
Atau setiap hujung minggu, singgah market beli lah sesisir pisang. Jadikan pisang menu sarapan anak setiap hari. Mudah kann? Kalau bosan makan gitu, korang olah lah jadi pisang goreng ke, cekodok pisang ke, pisang milkshake ke, pisang salut chocolate ke. Ahaa… Nina kongsikan resepi kek pisang mudah viral pakai blender gerenti jadi !!

Cuba : RESEPI KEK PISANG MUDAH PAKAI BLENDER GERENTI JADI

Avokado

Dalam list atas tu, avokado je Nina tak done nak layan. Maklum lah harga kayangan!
So Nina skip je menu avakado. Kenapa nak pening-pening, bukan wajib pun. Sekurangnya kita dah usahakan semampunya. Lain lain seperti madu, Nina tak berapa amalkan sebab risau terbeli yang tiruan. Yelah, sekarang ni banyak bahan tiruan dipasaran. Risau manis madu tu manis gula je! So Nina elakkan.. Minyak kelapa, minyak sapi, keledek dan telur adalah bahan yang mudah disediakan , masukkan je dalam masakan. Dah settel.

SUPERFOOD KUATKAN IMUN SISTEM

Elakkan bahan ini merosakkan kesihatan anak

Paling penting elakkan GULA!
Selain tu pangkah terus jajan, MSG, perasa, perisa, pewarna, pengawet semua tu. Takde kebaikan manfaat pun benda-benda tu semua masuk dalam badan anak kita. Makan lah natural food. Sedap je masakan tanpa semua tu. Percaya lah.. Sedap tu sebenarnya Allah yang bagi sedap. Haa… Nina dah mula tazkirah , jadi ustazah pulak. HEhee.. Oh tidak! Ok, short story kita yang mencorakkan kesihatan generasi kita. Buat dulu dan tengok hasilnya. Anak akan kurang demam dan semakin sihat dan ceria. Pilihan di tangan kita. Jom ubah!

Related posts:

Ppssttt.. Khas untuk wanita. Penyelesaian Miss V gelap! Sumber Ayu 3X Whitening Pearly White

Tips pilih ayam segar, Ayam masak apa sedap?

Janin yang berusia 15minggu hidup didunia. ...

Sinopsis Drama BIDADARI SALJU TV3

Lifestyle Parenting Tips anak sihatapa itu superfoodbahan makanan merosakkan kesihatanDr Mazlianaimun sistemsuperfoodtingkatkan imun sistem anaktips pemakanan

Post navigation

Previous post
Next post

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CATEGORIES

  • Drama Movie
  • Lifestyle
  • Parenting
  • Resepi
  • Review
  • Tips
  • Travel

ABOUT ME

Nina Mirza

Lifestyle & Parenting Blogger since 2011.

Mendapat pendidikan dalam Business Management dan berpengalaman lebih 10 tahun dalam Banking, Property dan bidang Oil & Gas.

Blog NinaMirza.com adalah satu medium dimana Nina kongsikan segala resipi dan tips tentang masakan, kecantikan, parenting, travel dan review produk dan event.

Hubungi Nina untuk lebih lanjut
Email : nina.azlan1@yahoo.com

AWESOME BLOG

©2025 Nina Mirza | WordPress Theme by SuperbThemes