Skip to content
Nina Mirza
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

  • Home
  • Lifestyle
  • Resepi
  • Parenting
  • Review
  • Tips
  • Travel
  • Drama Movie
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

Kedai spek murah viral KL
June 27, 2020August 9, 2020

Spek Mata untuk Mama. Pilihan terbaik di Eye Pro Vision Kedai Cermin Mata Murah KL

Cermin Mata Murah Untuk Mama
Isi Kandungan hide
1 Cermin Mata Murah Untuk Mama
2 Kedai Cermin Mata Murah Viral KL – Eye Pro Vision Sungei Wang Plaza
2.1 Power rabun silau Mama tinggi..!!
2.2 Eye Pro Vision – staff helpful! Jimat masa buat pilihan bingkai terbaik
2.3 Bingkai cermin mata pilihan mama!
2.4 Sun Magic Alpha Blue Lens – Cermin tukar gelap hanya RM270
2.5 Cepat siap. Sejam jer…
2.6 Berapa harga cermin mata lens tukar gelap?
3 Related posts:

“Along, tu hari masa mama drive tetiba hujan lebat. Lebat sangat long … Pastu cuaca gelap. Gelap sangat. Mama tak nampak jalan, so mama Mama drive slow-slow sangat. Kete belakang asyik hon hon jer laaa…”

“Allahu . . . Tak nampak? Laaa… Bahaya nya mama! Tak nampak camner, silau ke? Tak boleh dibiar jer ni.. . Kita pegi check mata mama laaaa, along rasa mama kena pakai spek mata ni. Sebab dulu kannn mama pakai spek tapi lepas berhenti keje dulu mama dah tak pakai spek. Mungkin power mata mama dah naik kot..”

“Boleh laaa Long… Tapi mahal tak? Biasa dulu kalau buat spek mata mau cecah ribu. Risau jugak bajet tak de ni.”

Kedai spek murah viral KL

Along bawak mama pegi Kedai Cermin Mata Murah ni.. Gerenti murah dan kualiti tip top! Dah bertahun Along buat spek kat sini. Spek yang Along pakai ni buat sana laaa.. 

Baca : Kat Mana Kedai Cermin Mata Murah kat KL . Nak buat spek tukar gelap transition ala sunglasses tapi nak murah.

Kedai Cermin Mata Murah Viral KL – Eye Pro Vision Sungei Wang Plaza

Maka . . . Nina pun bawak laaa Mama kesayangan pi Eye Pro Vision kedai Oppa encem William yang pernah viral last year. Kedai Cermin Mata Murah ni terletak di Sungei Wang Plaza. My favorite kedai cermin mata

Mama Nina dah berusia 70 tahun, dan hampir 20 tahun kot Mama dah tak pakai spek mata. Mungkin lepas berhenti keje, dok rumah jer kannn, tu yang mama malas pakai spek. Lelama dah terbiasa dengan pandangan yang agak kabur.

Usai sampai, terus Nina ceritakan masalah mata Mama dengan William. Risau seram takut semua ada.. Yelaaa mama kannn

Power rabun silau Mama tinggi..!!

“Makcik, tinggi power makcik ni.. Silau juga tinggi ooo…!! Aduhhh makcik, banyak bahaya Makcik drive macam ni punya power.. ” – William

Ya, power mata Mama tinggi..!! Power rabun jauh hampir 400 dan silau cecah 200 lebih. Allahu… Nangis dalam hati …

Sedihnya rasa rupanya selama ni penglihatan Mama kabur. Macammana laaa Mama drive ke hulu ke hilir selama ni. Allah … Syukur Alhamdulillah Allah jaga Mama dari sebarang musibah. Tak mo citer atau bayangkan lelebih, takut!

Eye Pro Vision – staff helpful! Jimat masa buat pilihan bingkai terbaik

Malas nak buang mata dok pilih bingkai, terus jer kasitau dengan staff mereka jenis pilihan bingkai yang kita nak. Senang! Shortcut masa.. Depa cari ikut size muka, so kita yang pakai tudung ni tak perlu risau bingkai yang over size kembang kat tepi. Dont worry!

Kedai cermin mata murah EYE PRO VISION Sungei Wang

Pilihan design yang cecantik sangat banyak! Korang kalau nak pilih sendiri mau berejam-jam  kena spend masa. So Mama kasihau Mama nak bingkai yang fleksibel tak akan patah. Nak yang ringan dan selesa di pakai. Dan opkos tak kembang tepi.

Sekejapan staff dah beri dalam 5 pilihan. Sangat jimat masa. Ini antara servis paling Nina suka kat sini. Bukan apa, kalau kat tempat lain mau berejam sampai 2-3 jam dok pilih bingkai saja. Sudahnya penat dan akhirnya pilihan kita tak menepati citarasa. Pernah jadi kannn…??

Bingkai cermin mata pilihan mama!

Kedai cermin mata murah ukar gelap transition

Pastu untuk lens, citarasa lens Mama high-taste gak ….
Dia nak ala-ala sunglasses you! Nak yang tukar gelap bila kena matahari. Nampak vogue katanya 😬

Sun Magic Alpha Blue Lens – Cermin tukar gelap hanya RM270

Nina setuju bila mama pilih lens SUN MAGIC Alpha Blue 240 – tukar warna gelap bila kita berada di outdoor panas lit-lit. Bagus jaga mata!
Cepat tukar warna gelap dalam 10 saat dan kembali asal pun cepat.

Cepat siap. Sejam jer…

Kat Mana Kedai Cermin Mata MURAH KL Spek Viral

Lega rasa bila Mama dah jelas penglihatan nya. Terpancar kegembiraan pada wajah Mama. See! Senyum simpul mama.. Aduyai, berbunga-bunga hati ini…

Alhamdulillah Nina masih dapat memberi pada Mama walaupun hadiahnya idok lerr seberapa. Spek murah jer pun… Jadi laaa
Nak hadiahkan emas permata intan berlian Nina pun tak mampu… Moga pemberian tuk Mama ni mempermudahkan segala urusan Mama. Aamiinnn…

Spek murah + Alpha Blue 240 RM125

Alang-alang dah sampai Eye Pro Vision, Nina ambik sekali spek mata yang Nina booking last month. Kita pun tak mo kalah, pilih lens Sun Magic jugak 😂😂
Cer tengok, vogue kannnnnn? Saat pakai dah fefeeling acah-acah model , retis gitu 🙈🙈ok poyo. HAhaa 😂😂

Berapa harga cermin mata lens tukar gelap?

Ya ampun… Tak mahal pun awak. Hanya RM270 siap ngan bingkai. 
Ya all in one. Cermin Mata tukar gelap ni Lens Alpha Blue , lens yang bagus anti silau tu.  So far dah bertahun Nina guna lens jenis Alpha BLue ni, cukup puashati ..! Paling best dah takde masalah silau lampu LED waktu malam masa bawak kete. Cahaya lampu jadi seketul seketul bulat. Love love! 

Baca : Apa bagusnya Alpha Blue Lens

Kat mana buat spek mama?
Opkos dia Eye Pro Vision Sungei Wang Plaza.
Korang datang sini cari William tau, kita dah kawwtimmm special diskaun tuk korang. Sebut nama Nina Mirza patploh juta kali eh..

EYE PRO VISION ,
G111 Ground Floor Sungei Wang Plaza
Tel : 016-377 1304
Waktu Perniagaan : 11am – 7pm
(dekat dengan Biskut wangi semerbak tu Famous Amours tuh!) musnah diet lalu sini. Huwaaaaa. . . .
FB : Eye Pro Vision

Nah … Layan sat kenangan Nina bersama Mama Nina. Walaupun ianya tak seberapa, namun moment bersama tu yang paling bermakna. Setuju tak?

Ikhlas,
Secebis insan bernama Nina Mirza yang terharu touching dapat memberi sesuatu yang bermakna buat Mama..
Along Sayang Mama! 💋

Related posts:

Tak pernah baking? Meh try buat muffin pandan .. Simple, mudah, cepat!
4 Tips To Help You When Decorating For An All-White Room
Cuti Sekolah Disember kat Bangi Wonderland ThemePark Gempak Giler laaa...!!
BUNGA TELANG Bukan Sekadar Biru! Banyak Khasiat nya
Lifestyle Hadiah Untuk MamaKedai cermin mata murahKedai spek murahmana kedai Cermin Mata Murah KLSpek Murah Tukar GelapSun Magic Alpha Blue Lens 420Sungei WangTransition Sunglasses

Post navigation

Previous post
Next post

Comments (21)

  1. Rawlins GLAM says:
    July 29, 2020 at 1:00 pm

    Nie yang terbako nie bila tengok lens vogue gini harga murah kasih sayang plak. Rawlins pun nak buat satu untuk diri sendiri la – maybe weekend nie boleh melawat heheh

    Reply
  2. Nadia johari says:
    July 29, 2020 at 10:51 pm

    Nampak muka senyum mama tu.. Hehehe.. Suka dia dpt spek dengan jelas penglihatan dh. Ehhehe. Kaka nina pun vogue habis

    Reply
  3. Mohamad Khairil Bin Hassan says:
    July 29, 2020 at 10:55 pm

    wah murahnya cermin mata! dah lama dah teringin nak tukar cermin mata baru, tapi asyik terlupa je. haha duit dah memang simpan untuk buat baru. in shaa Allah nanti boleh buat disini 🙂

    Reply
  4. farhana jafri says:
    July 29, 2020 at 11:55 pm

    cantiknya shade nina untuk drive tu! Sesuai sangat dengan muka nina. Nak pergi sana lah nanti, geram tengok review semuanya best2

    Reply
  5. Ruby says:
    July 30, 2020 at 12:18 am

    Wahhh nampak cun anak beranak berspek mata baru. Akak pun kalau pi buat spek mesti ke Sungei Wang. Sebab memang rabun dr 20-an. Kalau pi kedai luar mahal gilos.

    Reply
  6. Ayu Rafikah says:
    July 30, 2020 at 8:26 am

    Happy mama tu dapat spek baru.. tapi mmg agak berbaloi dan murah kan kedai ni

    Reply
  7. Halimah says:
    July 30, 2020 at 3:59 pm

    Wah.. murahnya cermin mata dia, tgk dah ramai yg review tpt ni nti nak gi sana cek mata

    Reply
    1. AlongMurni says:
      August 4, 2020 at 12:44 pm

      Haaa.. Pucuk d cita ulam mendatang.. Mmg dok cari sebab AM nak tukar spek n tambah silau mlm.. Leh la cuba.. Tambah menarik bila ada promo

      Reply
  8. Ienaeliena says:
    August 1, 2020 at 9:38 am

    Wahh iena suka kalau murah murah ni. Nanti kalau nak tukar spek mata bolwh lah pergi kat sini.

    Reply
  9. Ai says:
    August 3, 2020 at 12:08 pm

    Banyaknya pilihan. Confirm rambang mata.

    Reply
  10. Racheal Loh says:
    August 3, 2020 at 1:03 pm

    i cant wait to go now!! i love specky so much and always cost me a lot of money.. glad I can find some place for my budgets now

    Reply
  11. Sis Lin says:
    August 4, 2020 at 10:11 am

    Ada gaya laa makcik…cun! Sis orangnya suka gak buat spek tau, hampir kesemua handbag ada cermin matanya sendiri so takde le kalut kalau tertinggal.. hehehehe tapi geram plak dengan harga eye pro vision ni, murah nauuu…

    Reply
  12. ika says:
    August 12, 2020 at 10:17 am

    nanti nak kne ajak adik la buat spek dekat sini sbb murah kan. compare dengan tempat lain.

    Reply
  13. Pingback: Cermin Mata Kanak-Kanak Anti Blue Light MURAH di EYE PRO VISION
  14. Pingback: gui hang di my
  15. Pingback: mein-tierschild.de
  16. Pingback: kardinal stick
  17. Pingback: onafhankelijk energie vergelijken
  18. Pingback: Bassetti Kissenhüllen Online Shop
  19. Pingback: sbo
  20. Pingback: TIPS PERSEDIAAN SEBELUM SELEPAS VAKSINASI WAJIB TAHU

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CATEGORIES

  • Drama Movie
  • Lifestyle
  • Parenting
  • Resepi
  • Review
  • Tips
  • Travel

ABOUT ME

Nina Mirza

Lifestyle & Parenting Blogger since 2011.

Mendapat pendidikan dalam Business Management dan berpengalaman lebih 10 tahun dalam Banking, Property dan bidang Oil & Gas.

Blog NinaMirza.com adalah satu medium dimana Nina kongsikan segala resipi dan tips tentang masakan, kecantikan, parenting, travel dan review produk dan event.

Hubungi Nina untuk lebih lanjut
Email : nina.azlan1@yahoo.com

AWESOME BLOG

©2023 Nina Mirza | WordPress Theme by SuperbThemes