Skip to content
Nina Mirza
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

  • Home
  • Lifestyle
  • Resepi
  • Parenting
  • Review
  • Tips
  • Travel
  • Drama Movie
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

Resipi Swedish meatballs ala ikea
March 30, 2016June 18, 2023

Resipi Swedish Meatballs ala IKEA … senang jer!

Sapa pernah makan Swedish Meat Ball kat IKEA? Sedap ker? Ramai dok memuji kesedapannya. Hurmm…. Tak cuba tak tahu kann… Nina?? payah nak rungkaikan dengan kata-kata  sebab Nina ni part makan tolak kayu dan batu aje! hahhaa . . . .  isteri sapa lah tuu Baru ni Nina cuba buat Resipi Swedish Meatball ala Ikea dan Alhamdulillah menjadikkkk! So happy nak share ngan korang

Isi Kandungan hide
1 Boring gak dok makan nasi jerr….
2 Western Food – tak susah masak pun sebenarnya
3 Resipi Swedish Meatball ala IKEA Homemade
4 RESIPI SWEDISH MEATBALL ALA IKEA HOMEMADE
5 Cara buat meatball
6 Cara buat Swedish Meatball ala IKEA homemade
7 Related posts:

Boring gak dok makan nasi jerr….

Sekali sekala bosan dok masak nasi dan lauk pauk kann? Hari-hari pun asyik nasi, nasi, nasi …!! Lauk aje yang bertukar menu setiap hari. Betul tak? Kita yang memasak ni lagi jemu sebenarnya tapi apakan daya… sob sob sobbb~  Tak masak nanti tak makan lak anak-beranak! Beli?? Sekali sekala ok laaa… Sila jangan selalu sangat Malas hokey!

Memandangkan dah boring makan nasi lauk, nasi lauk, mee, bihun, dan  . . . . Nina godek-godek bahan yang ada dalam fridge termengidam lak nak masak Meatball Swedish yang bersos ala kat IKEA tu. Geng dan anak-anak dok puji kata sedap! Yelah sesekali pekena menu simple ringkas gini memang syok.  Giler berani cakap tak sedap! Penat tau masak ni…!! hehee . . . .

Western Food – tak susah masak pun sebenarnya

Nak prepare menu western ni tak susah pun. Depa omputeh sukakan yang simple, ringkas dan cepat dan mudah. Nina pernah kongsikan resipi ini sebelum ni, tapi masa tu Nina match kan bersama spaghetti. Boleh tahan juga kombinasi pasta spaghetti dan Swedish meatball ni.. Pi intai  kat entry Anak tak mau makan nasi kena masak menu western food spaghetti meatball baru suka mau makan  

Resipi Swedish Meatball ala IKEA Homemade

Meh Nina ulang tayang salin resipi Swedish Meatballs ala IKEA kat korang. Mana yang dah jemu makan nasi, kot kot nak tukar selera western kengkonon omputeh cuba resipi mudah ni…. Jimat pun jimat. Kos tak mahal mana pun berbanding makan kat luar. Dengan hanya RM20+ boleh makan satu keluarga!

Resipi Swedish meatballs ala ikea

RESIPI SWEDISH MEATBALL ALA IKEA HOMEMADE 

Bahan-bahan untuk meatball
600g daging kisar
1 biji bawang holland
2 keping roti putih
5 sudu besar /75 ml susu full cream
1 biji telur
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
1/2 sudu kecil serbuk lada putih
1 ulas bawang putih
1/4 sudu kecil rempah mixed spice
3/4 sudu kecil garam
Minyak, untuk menggoreng

Cara buat meatball

  • Cincang halus bawang holland dan bahagi 2. Potong roti dan rendam dengan susu.
  • Tumis 1 bahagian bawang holland. Goreng sampai lembut.
  • Masukkan dalam mangkuk yang besar daging kisar, bawang holland tumis dan bawang holland mentah, roti putih, telur, serbuk lada hitam, serbuk lada putih, bawang putih parut, rempah mixed spices dan garam.
  • Gaul anggaran 1-2 minit atau sampai adunan melekit.
  • Sukat daging dengan sudu dan bentukkan menjadi bebola sama saiz. Rehatkan
  • Panaskan minyak (boleh tambah butter sikit) dan goreng meatball sampai habis.

Tapi kalau malas sangat korang boleh gantikan dengan Meatball sebarang jenama.
Meatballs digoreng tanpa minyak dengan api sederhana. Pastikan selalu balik-balikkan. Jangan sampai hangus. Nak senang guna non-stick pan atau magic pan.

Kentang goreng secukupnya
1 sudu jem strawberry/blueberry/mixed fruit (yang ini Nina tak letak)

Bahan Sauce Gravy
2 sudu butter
1 1/2 sudu tepung gandum
1 biji bawang besar kuning – didadu kecil
2 biji tomato sederhana besar – didadu kecil
1 1/2 cwn air sejuk
100 ml susu segar/susu cair
3 sudu sos tomato
3 sudu sos tiram
2 sudu kicap manis
2 sudu sos lada hitam/serbuk lada hitam
1 kiub pati ayam
1 sudu gula
serbuk beef gravy segera/1 kiub pati daging

Resipi Swedish meatballs ala ikea

Cara buat Swedish Meatball ala IKEA homemade

1-  Cairkan butter guna api perlahan. Tumis bawang hingga bawang layu dan warna kecoklatan. Jangan sampai garing.
2-  Masukkan tepung gandum. Kacau hingga berubah warna sedikit coklat. Masukkan tomato dan biar hingga tomato layu.
3-  Masukkan air sejuk, susu segar, sos tomato, sos tiram, kicap manis, sos lada hitam, kiub pati ayam, gula dan beef gravy. Kacau rata dan biar sampai mendidih.
4- Sentiasa kacau bagi tak berketul. Perasakan dgn garam jika terasa tawar. Kalau kuah terlalu pekat, campurkan sedikit air, dan jika cair, tambah sedikit air tepung jagung.
5- Kacau sebati. Tutup api, blender gravy tadi hingga halus. Tuang semula dalam periuk dan didihkan sebentar. Kacau sentiasa. Apabila sudah mendidih, tutup api dan tuang atas meatball.

Yummy! Selamat mencuba!

Related posts:

Jangan skip Sarapan! Susu Dutch Lady dan Kellogg's ringkas mudah berkhasiat
Day 5 EGG MAYO SANDWICH Menu Mudah Bekal Sekolah Eilhan
Resipi Cara Buat ICE CREAM Ala MAGNUM HOMEMADE
Pppssttt... Khas untuk anak dara dan Mak dara!
Parenting Resepi Tips menu anak susah makan nasimenu anak-anakMenu Ringkasresepi mudahresipiSwedish Meatballs ala IKEAWestern Menu

Post navigation

Previous post
Next post

Comments (7)

  1. Umminani says:
    March 30, 2016 at 11:12 am

    Buat sendiir atau mkn kt ikea..hahaha bab ni nani pilih makan di ikea
    Kahkahkah

    Reply
  2. JMR says:
    March 31, 2016 at 10:38 am

    rupa dah sama cam ikea punya ni..

    Reply
  3. YB Shehan says:
    April 3, 2016 at 8:17 am

    Leleh. Rajin betul akak..

    Reply
  4. farah dafri says:
    April 10, 2016 at 12:00 am

    senang jee cuma tinggal rajin dgn malas je nk buat haha

    Reply
  5. zara says:
    December 5, 2016 at 12:48 am

    dah cuba resepi ni . mmg trbaikkk

    Reply
  6. Khairie says:
    August 26, 2017 at 6:09 pm

    Terima.kasih banyak atas perkongsian resepi . Resepi ni memang.terbaik…love it.

    Reply
  7. Miki says:
    November 3, 2018 at 10:17 pm

    Sile tukar title, resepi sauce meatball bukan resepi meatball. Kalau cakap beli meatball ready made baik x payah. Misleasing title

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CATEGORIES

  • Drama Movie
  • Lifestyle
  • Parenting
  • Resepi
  • Review
  • Tips
  • Travel

ABOUT ME

Nina Mirza

Lifestyle & Parenting Blogger since 2011.

Mendapat pendidikan dalam Business Management dan berpengalaman lebih 10 tahun dalam Banking, Property dan bidang Oil & Gas.

Blog NinaMirza.com adalah satu medium dimana Nina kongsikan segala resipi dan tips tentang masakan, kecantikan, parenting, travel dan review produk dan event.

Hubungi Nina untuk lebih lanjut
Email : nina.azlan1@yahoo.com

AWESOME BLOG

©2023 Nina Mirza | WordPress Theme by SuperbThemes