Skip to content
Nina Mirza
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

  • Home
  • Lifestyle
  • Resepi
  • Parenting
  • Review
  • Tips
  • Travel
  • Drama Movie
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

June 25, 2012January 26, 2016

Nasi Goreng Mangkuk Roti Untuk Eilyana

As’salamualaikum dan Salam Sejahtera …

Apa khabar semua? Nina harap semuanya sihat-sihat walafiat hendaknya. Amin…
Kanak-kanak merupakan pengkritik paling jujur. Mereka tidak pandai berbohong atau menggunakan ayat cover line. Apa yang mereka luahkan adalah sejujur-jujurnya ikhlas dari hati sanubari mereka.

Isi Kandungan hide
1 Related posts:
2 Biar betul?! ZERO KOS MARKETING buat peniaga kecil yang ingin berjaya. Cepat daftar!
3 Menu Open House Western Paling Senang ...
4 SUNWAY PUTRA MALL CNY BLOOMING HAPPINESS MERIAH
5 Resepi Telur Rebus Masak Kari Menu Paling Mudah Sedap

Kalau dalam bab makanan pula, mereka lah sebenarnya juri terhormat lagi terulung. Sedap atau tidak dalam setiap hidangan, kita akan tahu tindakbalas dari mereka secara automatik dari pandangan pertama mereka. Selepas sesudu suapan, dengan pantasnya akan terhasil respon dari raut wajah mereka. Kalau sedap pasti hidangan tersebut habis dimakan sehingga licinnnnn pinggan. Gumbiranya hati mama dia …..
Kalau kurang menepati citarasa selera mereka, jawabnya akan ada episod pujuk-memujuk, rayu-merayu malahan akan ada juga episod kejar-mengejar ~~~
Ahaks !!! Mesti tersenyum bila teringatkan situasi tersebut kannnnn ….


Tak semua kanak-kanak senang menerima setiap hidangan. Mostly semua kanak-kanak cerewet dalam bab makan nie. Sebagai ibubapa, kita haruslah kreatif dalam menghasilkan menu buat sikecil untuk menarik minat mereka untuk makan.

Untuk proses permulaan, biarkan mereka menikmati hidangan kegemaran mereka. Kita juga perlu hormat dengan citarasa mereka. Kemungkinan besar memang akan ada beberapa jenis menu yang tidak menepati citarasa mereka. Seperti kita yang dewasa ini juga, akan ada beberapa jenis hidangan bukan pilihan kita. Ianya lumrah … 
so dont be so sad and stress. 
Cari lah altenatif lain untuk sikecil mendapat khasiat yang seimbang dari menu yang berbeza. 
Contohnya sikecil tak suka minum susu, kita boleh gantikan kalsium dari susu dengan bahan lain seperti keju, soya (tahu, tempe), ikan bilis, brokoli dan juga pelbagai kekacang. Dengan altenatif yang berbeza, pasti sikecil akan mendapat cukup bekalan kalsium yang amat penting untuk tumbesar tulang dan gigi  mereka.

Hari nie Nina nak share salah satu idea untuk menarik minat mereka dalam menikmati hidangan buat sikecil. Walaupun kuantiti korbohidrat dalam hidangan nasi ini tak sebanyak mana sebab agak sikit untuk satu hidangan, tapi kita jangan lupa bahawa dalam sekeping roti juga banyak khasiat karbohidratnya. Sekeping roti bersamaan separuh mangkuk nasi. Kombinasi kedua-duanya akan memberi makanan yang berkhasiat untuk mereka. Dan, untuk yang dewasa juga ….

Nasi Goreng Mangkuk Roti

Nasi Goreng Mangkuk Roti
Resepi : Nina Mirza
Bahan-bahan
7 keping roti gardenia
2 mangkuk nasi
2 biji telur
1/2 cawan jagung
1/2 cawan carrot – dipotog kecil
1/2 cawan kacang peas
1/2 cawan udang bersize comel – dibuang kulit
1 sudu kicap lemak manis
2 sudu besar sos tiram
4 ulas bawang putih – Nina ketuk ajer
Beberapa titisan minyak bijan
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis
Sedikit butter

Cara penyediannya
1. Minyak diratakan ke dalam mangkuk muffin. Roti diletakkan dalam mangkuk muffin lalu tekankan roti tersebut. Sapukan sedikit butter disekitar atas roti. Bakar roti pada suhu 180c selama 10-15 minit hingga keemasan. Ketepikan.
2. Panaskan sedikit minyak, goreng udang setengah masak. Ketepikan
3. Telur digoreng dadar lalu dipecah-pecah kepada ketulan kecil. Ketepikan
4. Sediakan minyak untuk menumis, tumiskan bawang putih hingga kekuning-kuningan
5. Masukkan sos tiram, jagung, carrot, kacang peas, gaul rata.
6. Masukkan nasi bersama udang dan telur yang telah digoreng tadi dan kaup balikkan supaya rata kesemuanya. Masak dalam api besar seketika.
7. Rasakan dengan garam secukup rasa dan beberapa titisan minyak bijan
8. Dah siap nasi goreng, tuangkan nasi goreng ke dalam mangkuk roti tadi
9. Sedia dihidang …


Masa Nina serve Eilman & Eilyana Nasi Goreng Mangkuk Roti nie, lantas dia bersuara
“eh.. ehh …. Mama.. ada nasi,  ada jagung, ada carrot, ada telur, ada udangggggg dalam roti arrr” seronok dengar nada ceria dari mereka. Eilman & Yana makan nasi goreng dulu then baru dia makan roti nyer pula. .. Licinnn !! Alhamdulillah 😉




Related posts:

Biar betul?! ZERO KOS MARKETING buat peniaga kecil yang ingin berjaya. Cepat daftar!

Menu Open House Western Paling Senang ...

SUNWAY PUTRA MALL CNY BLOOMING HAPPINESS MERIAH

Resepi Telur Rebus Masak Kari Menu Paling Mudah Sedap

Lifestyle Resepi anak cerewet makanInfo - Parentingmenu anak susah makan nasiNasinasi gorengnasi goreng mangkuk rotiResepiresepi mudahresipiRotiTips dan Petua

Post navigation

Previous post
Next post

Comments (0)

  1. Rohah says:
    June 25, 2012 at 10:22 pm

    kreatif si Nina ni..versi mengenyangkan ni..

    Reply
  2. sury_masury says:
    June 25, 2012 at 10:31 pm

    ank kenyang kita senang hati,join sekaki lah nina..sedap nasi dan roti cam tu…;)

    Reply
  3. Nina Mirza says:
    June 26, 2012 at 5:21 pm

    terima kasih kak Rohah ….
    anak suka, makan dengan penuh selera, mama nya happy sangat 😉
    Alhamdulillah ….

    Reply
  4. Nina Mirza says:
    June 26, 2012 at 5:22 pm

    As'salam Sury ….

    betul3x …. seronok tengok anak-anak selera makan. Kita pun joint makan sekali laaaa…
    hehehe

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CATEGORIES

  • Drama Movie
  • Lifestyle
  • Parenting
  • Resepi
  • Review
  • Tips
  • Travel

ABOUT ME

Nina Mirza

Lifestyle & Parenting Blogger since 2011.

Mendapat pendidikan dalam Business Management dan berpengalaman lebih 10 tahun dalam Banking, Property dan bidang Oil & Gas.

Blog NinaMirza.com adalah satu medium dimana Nina kongsikan segala resipi dan tips tentang masakan, kecantikan, parenting, travel dan review produk dan event.

Hubungi Nina untuk lebih lanjut
Email : nina.azlan1@yahoo.com

AWESOME BLOG

©2025 Nina Mirza | WordPress Theme by SuperbThemes