As’salamualaikum dan Salam Sejahtera …
Selamat hari Selasa ..!! Dah breakfast ker? Makan apa tadi….?
Kalau belum makan, sila lah isi perut atau bak kata orang tua-tua dolu-dolu – alas perut sebelum lunch nanti. Walaupun diet, jangan skip breakfast yea…
Hari nie Nina nak share resepi yang mudah dan ringkas. Kalau selalu kita dok beli kat kedai kek – King’s, Deli France atau yang seangkatan denganya… hari nie kita buat sendiri.
Nina ambil resepi nie dari kak Sasha Rahmat atau lebih mesra dipanggil Kak Cha. Lepas tengok Kak Cha post kat fb sebelum nie, dengan segera gi Giant beli puff segera keluaran jenama Kawan. Bila dah balik dan simpan dalam freezer terus terlupa tentang puff tersebut. Dan hari nie baru lah….. memulakan operasi percubaan..
Terima Kasih Kak Cha di atas perkongisian resepi yang cukup mudah dan sedap dimakan. Alhamdulillah ….. suka sangat !!!! Anak-anak dan Hubby pun suka…
Ok laaa… jom tengok resepinyer… Nina copy paste dari blog kak Cha..
Untuk pengetahuan, gambar penyediaan step by step Nina copy dari beliau juga – (Nina dah minta permission tau~~~ Bukan ambil sesuka hati……)
Hehehee . . . .
Yang ini gambar Nina yea~~~ |
SARDINE PUFF
Resipi : Kak Sasha Rahmat
Bahan-bahan
1 tin sardine kecil – toskan sosnya (sosnya x digunakan)
1 biji bwg besar – dadu halus
1 ulas bwg putih – cincang halus
sedikit halia – cincang halus
10 kpg (atau secukupnya) puff pastry
Bahan-bahan
1 tin sardine kecil – toskan sosnya (sosnya x digunakan)
1 biji bwg besar – dadu halus
1 ulas bwg putih – cincang halus
sedikit halia – cincang halus
10 kpg (atau secukupnya) puff pastry
Cara2
Tumis bwg putih & halia..(jika suka pedas boleh tumiskan sekali 2 sd makan lada kisar)
Masukkan sardine , hancur2kan, masukkan bwg dan masak hingga inti sedikit kering.
Tutup api & ditoskan intinya.- sejukkan & ketepikan.
Potong 4 puff pastry.
2 keping daripada puff , di terap dgn bentuk bulat
Ambil 1 keping untuk dijadikan dasar dan lekatkan puff pastry yang di terap.
Jumlah 3 lapis puff pastry.
Susun di tray dan sapukan dengan bancuhan telur
Bakar pada suhu 180c selama 15minit atau hingga kekuningan
Keluarkan pastry dari oven dan sudukan inti ke dalamnya
Jika nak inti tahan lama, bakar sekejap lagi lebih kurang 3-5 minit.
ini pun gambar Nina ~~~ |
Senangkan buat nyer ~~~~
Selamat mencuba !!
wahhhh mmg nmpk pastrynya naik dan fluffy ler nina…. ni nk mkn pun senang jer ni..one bite jer ekekekeke..tq nina for trying…<3 from kk cha:)
Let me try it first let me know how it tastes.
Kak Cha …
Sedappppp …!!! Suka suka sukaaaa sangat ~~
A'ahh kak, sekejap ajer dah licin. Next round kena beli pastry lagi
banyak-banyak simpan dalam freezer. Bila2 free akan dibuat lagi~~~
nmpk cam senang nak buat pastry tu….elok jer naiknya….bole cuba nie…:)
sedap nyer sardin puff tu..de lagi ke nk rasa sikit ..hehhehe..
Asyifa ….
memang mudah ..!!! cuba jangan tak cuba~~~ 😉
As'salam Sury ….
sedapppp !!! tak tifu punyerr~~~
Alamak~ dah licin laaaa . . . sekejap ajer dah habis! 😉