MARRYBROWN TOM YAM CHICKEN Memang BEST!
Nyum nyummm sawadikap!
Sapa rindu travel ke Thailand?
Rindu nak makan yang pedas² ala Tom Yam ?
Tadaa
Menu baru Marrybrown Tom Yam
Memang best!
Sapa pun tahu kannnn, Marrybrown is the largest homegrown Halal fast-food chain!
MARRYBROWN TOM YAM CHICKEN Baru Memang BEST
Sempena 40 tahun anniversary MARRYBROWN , mereka melaksanakan misi mereka untuk menawarkan ‘sesuatu yang berbeza’ kepada pelanggan mereka. Bersempena dengan Ulang Tahunnya yang ke-40 tahun ini, rangkaian makanan segera Halal terbesar tempatan telah membawa peminat ‘seluruh dunia’ bermula dengan Korea dan Itali pada awal tahun memperkenalkan makanan istimewa yang diilhamkan dari negara tersebut sambil memenuhi citarasa rakyat Malaysia.
Terkini Menu Dari Thailand
Tu hari Nina dah share Marrybrown Eatalian Sedap , dan Oktober ini, untuk peminat Memang Best, Marrybrown akan membawa penggemar makanan ini untuk menikmati perjalanan yang lazat ke Thailand dengan hidangan Tom Yam yang dijamin akan digemari oleh semua!
“Tidak kira muda atau tua, Thailand adalah syurga bagi rakyat Malaysia untuk menemui masakan lazat dan makanan jalanan, untuk menyelami budaya berwarna-warni dan membeli-belah sepuasnya. Kami berharap dapat mencipta semula perasaan gembira itu apabila kami mengembara ke Thailand pra-pandemi dengan memasukkan rasa Tom Yam ke dalam menu inspirasi Thailand baharu kami,” kata Dato’ Joshua Liew, Ketua Pegawai Eksekutif Marrybrown.
Apa kata Nina
Okey, Nina dah rasa. Fall in love sama Tom Yam Chicken. Rasa YAM-miness so nyummy! Pedas masam dia cukup rasa! Isi ayam moist lembut dengan perapan. Luarnya rangup rasa Tom Yam kawwww. Asyik makan. Tak cukup seketul
Paling BEST lagi Tom Yam Porridge!
Ya Ampunnnn… Korang should try. Membuka selera sungguh buat yang tak de selera makan. Isi ayam pun banyak. Tak sangka anak Nina pun suka. Portion nya agak banyak juga tau, Eilhan boleh habiskan sampai licin! Siap mintak Nina punya lagi. Terpaksa laaa kongsi. Huhuuu
Korang boleh dapatkan Marrybrown Tom Yam Chicken bermula hari ini. Banyak menu yang boleh korang pilih antaranya seperti :
Marrybrown Tom Yam Chicken Bucket
Untuk Ayam Tom Yam yang dihidangkan dalam bucket ni, korang boleh dapatkan dengan harga bermula dari RM 31.50 Rasa Ayam Tom Yam yang disalut dengan gabungan rasa pedas dan masam yang membuatkan ia terasa istimewa. Rasa ayam dia memang padu!
Tom Yam Chicken Burger
Korang juga dijemput untuk mencuba Burger Ayam Tom Yam berair yang terdapat dalam Kombo Burger Ayam Tom Yam dari RM 14.90, disertakan dengan kentang goreng dan Nestlé Pink Lemonade, yang disediakan secara eksklusif dalam Marrybrown. Burger kalau ayam di dalamnya jenis ranggup memang sedap la. Tambah pula dengan perasa tom yang YAM-my memang kena la dengan rasanya.
Tom Yam Big Box
Korang juga boleh memilih menu Tom Yam Big Box yang dilengkapi dengan seketul Ayam Tom Yam, Burger Ayam Tom Yam, enam keping Nugget Ayam Tom Yam dan semestinya kentang goreng dan penghilang dahaga Nestlé Pink Lemonade berharga dari RM 25.80. Jarang dapat rasa nugget perisa tom yam. Macam menu ini, semua ada. jadi korang dapat rasa ayam, burger dan nugget.
Something different, korang should try Tom Yam Fries Marrybrown sebab rasa adia wow! Confirm tak cukup satu korang makan. Korang juga boleh memilih untuk menaik taraf kentang goreng asli kepada Tom Yam Fries pada mana-mana kombo dari hanya RM 1.00 atau menikmatinya sendiri daripada RM 5.00! Serius kena cuba.
Marrybrown Tom Yam Porridge
Kalau yang teringin makan bubur, boleh cuba Tom Yam Porridge. Rasanya memang sedap, tahu-tahu perut rasa panas sahaja sebab pedas. Bubur kalau makan panas-panas masa tekak rasa tak sedap memang terbaik. Di tambah pula dengan air Nestlé Pink Lemonade, fuhhh…terangkat!.
So rekemen to try!
Ya di ulang, sila pegi grab cepat-cepat sebab Nina dah rasa memang BEST! Padu rasa Tom Yam dia. Puashati laaa
Harga MB TOM YAM CHICKEN
Okey, Marrybrown Tom Yam Chicken ni didatangkan dalam set / combo atau ala carte pun ada.
Baik hati Nina senaraikan tuk korang so mudah laa korang nak plan nak rasa yang mana dulu or set mana lagi berbaloi korang grab! Kalau tanya Nina, rekemen korang order Tom Yam Chicken Bucket or Combo. Puashati makan!
💜 Tom Yam Chicken
○ à la carte (comes in bucket when order 5pcs or more)
■ Tom Yam Chicken 2-pc – price from RM12.70
■ Tom Yam Chicken 5-pc – price from RM31.50
■ Tom Yam Chicken 9-pc – price from RM55.80
○ Combo
■ Tom Yam 2-pc Chicken Combo – price from RM17.90
■ Tom Yam 3-pc Chicken Combo – price from RM21.90
● Tom Yam Chicken Burger
○ Single – price from RM7.90
○ Tom Yam Chicken Burger Combo – price from RM14.90
Jangan lupa cuba!
● Tom Yam Porridge
○ Single – price from RM7.80
○ Tom Yam Porridge Combo – price from RM16.50
● Tom Yam Chicken Nuggets ○ 6-pc – price from RM9.50
○ 12-pc – price from RM17.00
● Tom Yam Big Box – price from RM25.80
● Tom Yam Fries
○ Upgrade on combo – price from RM1.00
○ Single – price from RM5.00
● Promotion:
Buy 6-pc Tom Yam Chicken Free 6-pc Tom Yam Chicken Nuggets – price from RM37.80
Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang Marrybrown, makanan di seluruh dunia, promosi dan perkhidmatan penghantaran, sila layari:
IG : @marrybrownmy
FB : @marrybrownmalaysia
Twitter : @MarrybrownMY
TikTok : @marrybrownmy
Website : https://marrybrown.com
Mana nak beli MB TOM YAM CHICKEN
Delivery: http://mbdelivery.com.my
Yes! Order je delivery lagi mudah! Dan lebih selamat dari berada di luar tatkala kini.
Atau Marrybrown Tom Yam Chicken boleh didapati disemua cawangan Marrybrown seluruh Malaysia bermula 28 Ocotber 2021
Tak dapat travel ke Thailand, jommm kita menu baru Marrybrown – MB TOM YAM CHICKEN!
Menarik nie. Rawlins nak try this weekend dengan rakan-rakan la. Terus terasa rindu nak pergi ke Bangkok.
Marrybrown ni tau time LH pergi tak ada pula product baru. Time LH dah tak ingat pasal dia, dia datanglah balik. Gerram tau. Dahlah tak boleh tak cuba. Hati tak tenang
cara nina cerita pon dah cukup menarik hati mencubanya..dah boleh bayang rasanya…insyaallah boleh cuba nanti,,,
Wah!!! MB new flavor tom yam macam best dan pedas. Kita pun tak sabar nak singgah MB
Harini angannya nak pi beli laaa, memang tak miss kalau MB ni kuar flavour atau menu baru..sedap ayamnyaa..
Paling suka bubur ayam tu. Sedap! Semangkuk besar makan sorang je.
Sedap kan Tom Yam version ni! Confirm puas hati ahhh! Lagi2 tengah rindu sesangat nak travel kat Thai.. ada perisa tomyam ni pun jadi la for now
Emmmm… Dapnyer…
Selalu beli yang biasa jer
Terliur tengok. Cadang nak beli. Tapi, Semalam dah makan TEXAS Chicken, takkan nak makan MB pulak hari ni. Postpone next week jelah.
area tmpt cik nur xda marrybrown
kalau pegi mana2 mall yg ada baru ada change mkn he hee
Ayam tu nampak sedap! Teringin nak rasa gak.
Burger dia ai paling suka , memang sedap dan rasa tomyam dia. Ayam pun sedap kalau makan panas. Bubur jer tak rasa. Tapi kalau dah ada perasa tomyum memang jamin sedap jugak.
nice post thank you for the information