Skip to content
Nina Mirza
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

  • Home
  • Lifestyle
  • Resepi
  • Parenting
  • Review
  • Tips
  • Travel
  • Drama Movie
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

ANXIETY Pantang Larang Makanan yang boleh dan tidak
November 19, 2021September 2, 2022

ANXIETY pantang larang makanan yang boleh dan tidak

ANXIETY Pantang Larang Makanan yang boleh dan tidak

Isi Kandungan hide
1 8 MAKANAN PENTING TANGANI ANXIETY Pantang Larang Makanan yang boleh dan tidak
2 ANXIETY Pantang Larang Makanan yang boleh dan tidak
3 Related posts:

Kecelaruan  keresahan atau dalam bahasa omputeh , anxiety neurosis atau anxiety disorder biasa berlaku dalam kalangan masyarakat. Tapi dalam kalangan kita , keresahan berlaku terlalu kerap sehingga ia mula bertukar menjadi satu gangguan yang tidak normal.

Antara tanda-tandanya, seseorang itu mengalami masalah bimbang sepanjang masa, sukar tidur, ketegangan otot dan masalah penghadaman yang kronik disebabkan gejala itu.

Ada juga yang mengalami nervous breakdown’ seperti tiba-tiba marah, menjerit, atau mengamuk hingga hilang rasa malu dan takut, hanya fokus kepada komen negatif, panic attack dan sukar menjalinkan hubungan dengan orang lain.

ANXIETY Pantang Larang Makanan yang boleh dan tidak

Pernah tak rasa macam di atas?
Nina ada Anxiety ke? Awat tulis pasal ni?
Ok, tak daya nak ulas panjang lebar bab Anxiety tapi sebaiknya rujuk pada yang pakar, jumpa doktor adalah jalan terbaik untuk klafikasikan samada kita ni ada Anxiety atau tidak. Atau ianya sekadar mainan minda. Yelah, laa ni ramai yang alami stress melampau so amat perlu tangangi emosi sebaiknya supaya tidak jadi lebih teruk.

Secara asas kita akan makan setiap hari kannn? Tahu tak apa yang kita makan mampu kawal emosi kita.
Kenali dan ketahui makanan yang boleh dan tidak yang mampu mencegah jadi lebih teruk.

8 MAKANAN PENTING TANGANI ANXIETY
Pantang Larang Makanan yang boleh dan tidak

Anxiety diterjemah sebagai kebimbangan, kerisauan. Kekhuatiran dan kecemasan.
Fenomena yang semakin meningkat dalam masyarakat. Perut memulas tanpa sebab. Dada berdebar kencang. Itu antara tanda penyakit ini.

Apabila kita ada anxiety makanan berikut perlu dielak.

1. Kopi, minuman energy, minuman berkafein
2. Smoothies, jus buah-buahan
3. Makanan mengandungi MSG
4. Gula-gula, minuman berkarbonat, cookies
5. Pemanis tiruan
6. Gluten yang terdapat dalam gandum dan sebagainya termasuk barli.

White Coffee Hazelnut Kopi Susu

Nina coffee lover! Payah nak tinggalkan coffee. Coffee memberi ketengangan pada Nina. Tidak dinafikan minum kopi ada kebaikkan nya. So pepandai kenali keperluan diri.

ANXIETY Pantang Larang Makanan yang boleh dan tidak

Makanan berikut pula boleh mambantu :

1. Makanan tinggi L-Tryptophan seperti ayam, pisang dan ayam belanda
2. Ikan seperti sardine, salmon, kembung
3. Nasi dari beras perang
4. Kacang pea, dhal
5. Walnut, badam dan gajus
6. Sayuran berdaun hijau seperti sawi, bayam hijau, daun salad
7. Ubi keledek
8. Oat (rolled atau regular – bukan segera atau instant dan bukan 3 dalam 1)

Resipi Eat Clean SALAD AYAM

Makanan ini banyak membantu mengawal dalaman kita. Yang perlu dielak sila elak. Yang perlu diambil, banyakkan.
Anxiety letaknya di dalam otak. Beri otak makanan yang sesuai. Otak akan tenteram. Aman damai.
Otak kita tanggungjawab kita.

Selain daripada gaya pemakanan yang harus di jaga, pakar nutrisi turut berkongsi bahawa terapi secara tradisional dan meditasi juga dapat membantu individu yang mengalami anxiety dan depresi.

Stress Susah Tido LAVENDER NANA MAHAZAN

Korang juga boleh cuba aromaterapi. Spray spray bauan yang menenangkan contohnya Lavender yang mampu membantu korang rasa relax dan mudah untuk tido lena.

Justeru itu, dalam apa jua masalah yang di hadapi sayangi diri anda dan ikuti diet pemakanan yang sihat untuk mengecapi mental dan fizikal yang sihat.

Perkongsian list makanan tadi dari DrRizal
Semoga asbab perkongsian ni sedikit sebanyak membantu kengkawan mengawal emosi dan minda. Yang baik Nina share dan ini juga sebagai selfreminder untuk Nina. Jaga emosi, jaga hati..

Jika korang ada rasa ragu sama ada korang ada mengalaminya, boleh lakukan Ujian Saringan Minda Sihat (DASS) secara online sebagai langkah awal. Saringan ini akan menilai tahap stres, risau atau depresi yang dialami. Keputusannya akan dihantar melalui email.

Jika keputusannya memerlukan korang untuk mendapatkan rawatan, berjumpalah doktor seperti biasa dan nyatakan masalah anda. Selepas pemeriksaan, rujukan akan di buat jika ada indikasi. Boleh klik UJIAN SARINGAN ANVIETYini untuk menjalani ujian saringan tersebut.

Jaga emosi, jaga hati.. Zikir lah selalu!
Buat lah apa yang kita suka, bukan apa yang orang lain suka. Elakkan fikir pasal orang lain, apa orang kata dan sebagainya. As long apa kita buat tak menyalahi undang-undang dan tidak terpesong dari tuntutan Tuhan.
Semoga kita semua sentiasa dalam lindungan Yang Esa. Aamiinnn…

Related posts:

DRAMA NUR 2 Full SINOPSIS - Samarinda TV3
Cake paling senang... Orange Blended Cake...
Bendi masak apa? Asam rebus paling mudah dan sedap...
Ikan sekarang mahal kan? Ikan murah goreng berlada sambal cili hijau padang sedap weyy
Lifestyle Tips ANXIETYAnxiety Punca dan RawatanCara Meredakan AnxietyInfo - kesihatanMakanan Penyebab AnxietyMakanan Untuk AnxietyMaksud AnxietyPantang Larang AnxietyPunca Anxiety

Post navigation

Previous post
Next post

Comments (7)

  1. Saidila Abdul Rahman says:
    November 20, 2021 at 1:10 pm

    baru tahu yang anxiety pun ada pantang larang makanan yer…..bagus info ni nina….

    Reply
  2. Julia Johari says:
    November 23, 2021 at 9:35 am

    Baru tau dalam barli pun ad gluten, huh kajian bab nutrisi makanan ni memang susah kan sis, ilmu kena selalu update baru tau mcm mana nak tangani nanti. Tq kak sharing.

    Reply
  3. sueizza says:
    November 23, 2021 at 11:38 am

    oooo kena pantang makan juga rupanya huhuuu

    Reply
  4. Mrs. A says:
    November 29, 2021 at 12:43 pm

    Setuju tu jaga hati, jaga emosi, zikir selalu
    dan
    sentiasa beristighfar kepadaNYA untuk ketenangan jiwa

    Reply
  5. Pingback: SAKIT DADA BELAH KANAN SAMPAI SUSAH NAFAS Sakitnya sebab
  6. Pingback: Cara buang angin dalam badan perut kepala dengan cepat tanpa ubatan
  7. Pingback: 16 KHASIAT CUKA KURMA OXYMEL : TIPS ELAKKAN SAKIT PERUT KETIKA PUASA - Nina Mirza

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CATEGORIES

  • Drama Movie
  • Lifestyle
  • Parenting
  • Resepi
  • Review
  • Tips
  • Travel

ABOUT ME

Nina Mirza

Lifestyle & Parenting Blogger since 2011.

Mendapat pendidikan dalam Business Management dan berpengalaman lebih 10 tahun dalam Banking, Property dan bidang Oil & Gas.

Blog NinaMirza.com adalah satu medium dimana Nina kongsikan segala resipi dan tips tentang masakan, kecantikan, parenting, travel dan review produk dan event.

Hubungi Nina untuk lebih lanjut
Email : nina.azlan1@yahoo.com

AWESOME BLOG

©2023 Nina Mirza | WordPress Theme by SuperbThemes