Skip to content
Nina Mirza
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

  • Home
  • Lifestyle
  • Resepi
  • Parenting
  • Review
  • Tips
  • Travel
  • Drama Movie
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

June 20, 2011January 11, 2016

Puding Mangga

Alhamdulillah …. Cuaca baik hari nie. Panas !! Dengan harapan kain jemuran cepat kering. Nina ada basuh toto hari nie. Lagi pun kejap lagi jika ada kelapangan nak ziarah sepupu yang dengar khabar masuk hospital kelmarin. Moga2 tiada yang serius hendaknya.. amin ….

Cuaca yang panas gini Nina memang suka buat puding. (konon2 untuk sejukkan badan & tekak). Kebetulan dalam peti ais ada beberapa biji mangga yang dah masak. Boleh laaa dibuat puding “mangga”. Anak2 Nina memang suka makan mangga. Lagi satu, anak Nina yang sulung – Eillya  memang hantu makan anggur. Puding anggur memang mama tak buat yea …. Mahal !! Dan nanti dapatnya isi nyer sikittt ajerrr…. baik makan gitu ajer yea …


PUDING MANGGA

bahan-bahan

10g serbuk agar-agar
4 cawan air
1 cawan gula
1 tin susu cair
2 biji mangga yang dipotong dadu



Cara-cara nya ;

  • masukkan serbuk agar-agar, gula, air dalam periuk.
  • masak hingga mendidih
  • tutup api
  • masukkan susu cair & potongan buah mangga
  • kacau rata
  • tuang dalam acuan/ loyang
  • sejukkan 
  • sedia dihidang ~~~


Isi Kandungan hide
1 Related posts:
2 OCD bukan gila! Sinopsis Drama PELINDUNG SEORANG PUTERI
3 Resipi Puding Karamel Tanpa Telur Paling Senang Sedap
4 Kaswi Citrawarna
5 Chicken Soup Chicken Pox
Nina suka buat puding masuk dalam bekas yang berlainan.. Nanti nak makan rasa seronok tengok bentuk yang pelbagai rupa. Anak2 pun sukaaa …..



Yang ini pula, Nina masukkan dalam tupperware biasa. Nampak mangga yang banyak kat dalam.  Eermmm ….. menyelerakan !!!


Selamat mencuba !!!




Related posts:

OCD bukan gila! Sinopsis Drama PELINDUNG SEORANG PUTERI

Resipi Puding Karamel Tanpa Telur Paling Senang Sedap

Kaswi Citrawarna

Chicken Soup Chicken Pox

Lifestyle Dessert

Post navigation

Previous post
Next post

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CATEGORIES

  • Drama Movie
  • Lifestyle
  • Parenting
  • Resepi
  • Review
  • Tips
  • Travel

ABOUT ME

Nina Mirza

Lifestyle & Parenting Blogger since 2011.

Mendapat pendidikan dalam Business Management dan berpengalaman lebih 10 tahun dalam Banking, Property dan bidang Oil & Gas.

Blog NinaMirza.com adalah satu medium dimana Nina kongsikan segala resipi dan tips tentang masakan, kecantikan, parenting, travel dan review produk dan event.

Hubungi Nina untuk lebih lanjut
Email : nina.azlan1@yahoo.com

AWESOME BLOG

©2025 Nina Mirza | WordPress Theme by SuperbThemes