Menu Ayam lak ada pelbagai menu favorite anak-anak. Ada yang suka Ayam Masak Kurma , Ayam Masak Masam Manis , Ayam Goreng Kicap lemak Manis , Ayam Masak Halia ataupun sekadar ayam goreng!
So hari ni, Mama mummy tak perlu risau sebab penyediannya ringkas, cepat, mudah dan result anak-anak suka dan makan dengan licin dan jayanya!
Ini lah antara dugaan nya buat anak-anak yang punya mama blogger masakan. Bila siap aje masak, kena tunggu sat mama nak snap picture dulu. Itu yang kadang dah lewat siap, kemaruk dah nak makan – tak sempat pun nak snap picture bagai. Belasah aje makan. hehee..
Jom tengok resepi ringkas Nina.
Nak buat Nasi Ayam Nina – memula kita kena sedia kan supnya dulu. Kalau nak ringkas macam Nina just rebus ayam sampai separuh masak. Semuapun masuk jer dalam periuk. Tak perlu tumis bagai….
Untuk nasi pun Nina tak der tumis…
Ayam pula, tak der nak perap memerap…. ringkas dan mudah 🙂
1 1/2 ekor Ayam – dicuci bersih
air secukupnya
3 inc halia – dititik
2 sudu besar serbuk sup – jadikan pes dibancuh bersama sedikit air
garam secukup rasa
** kalau nak lagi sedap, tambahkan 2-3 ketul kiub Ayam Knorr** Terpulang… Selalunya Nina tak letak
Cara penyediaan Sup Ayam :-
1- Masukkan air dalam periuk bersama halia dan pes serbuk sup
2- Air mendidih, masukkan ayam masak sampai separuh masak.
3- Rasakan sup dengan garam secukup rasa.
4- Toskan ayam letak tepi.
Ok … dah siap sup ayam, kita prepare ayam nyer pula.AYAM GORENG
Setelah ditoskan, tabur sikir garam atau perasa. Nanti goreng dengan api sederhana dengan menggunakan minyak yang banyak. Ala-ala deep fried gitu …
Dah sejuk sikit, ketuk macam kat kedai tuu pastu potong-potong. Time panas jangan diketuk, nanti ayam tu hancur.NASI AYAM
bahan-bahan
4 mug beras
4 1/2 mug air rebusan ayam (sukatan air ikut macam masak nasi biasa)
2 inci halia – diketuk jer
2 helai daun pandan
4 sudu minyak masak – tak letak pun okCara penyediaan Nasi Ayam Nina yang Ringkas :-
1- Bersihkan beras dan rendam seketika. Letak garam sikit. Nina rendam dalam 15minit. (tak nak rendam pun tak apa – just tips) Nina rendam supaya nanti nasinya lembut, besar dan cantik. Masak nasi biasa pun Nina buat gini kalau ada masa.
2- Kemudian, toskan beras dan masukkan air rebusan ayam bersama halia, daun pandan dan garam secukup rasa dan minyak masak. Kalau nak, masukkan sikit serbuk kunyit. sikit jer~ **kadang tak letak pun**
3- Tutup periuk nasi. Tanak nasik seperti biasa hingga nasi masak.
CILI SOS
Tumis halia dan bawang putih. Kemudian masukkan cili sos kegemaran dan sikit air rebusan ayam tadi. Tambahkan sedikit gula jika mahu. Masak hingga mendidih. Siap!
Tuang atas ayam goreng tadi.
KICAP
Nina guna kicap Jalen Lemak Manis ajerrr…. senang kan….
SAMPINGAN
Timun, tomato (tak nak letak pun ok. Nina & MyGang jerrr pun yang makan)
Dah ready semua…. Sediakan pinggan, senduk nasi, letak ayam yang dah ketuk dan potong, curah sikit cili sos, sipikan timun dan tomato. Ceduk kuah sup tabur bawang goreng – Eilman tak suka bawang goreng! Yana nak sup banyakkkk! dan daun sup sikit. Daun ketumbar letak banyak-banyak. Nina suka daun ketumbar!! macam-macam perangai hehe
Ready to eat~~ ringkas kan?
Selamat mencuba!