Malaysia Halal Expo 2019 di Kuala Lumpur Convention Centre
Hujung minggu kalau tak keluar memang rasa lemau. Nak tak nak kena gak keluar ambik udara luar. Walau hakikatnya setiap hari pun ada keluar dari rumah gak. Tapi setakat hantar jemput anak sekolah jer. Yelah, Nina kan surirumah cum supir. Cam bosan jer kannn rutin kita? Hehe..
Bagi Nina aktiviti outing ni penting tuk Nina release dari tugas hakiki. Selain tu Surirumah pun kena lah berilmu dan up to date dengan isu semasa. Haaa gitu. Kurlasss kann. Hehe
Tu hari malam Khamis yang lepas, tengok berita kat TV kata dekat Kuala Lumpur Convention Centre ada Malaysia Halal Expo 2019. Dengan Tema ‘Malaysia ke Jepun bagi Olimpik 2020’, Malaysia Halal Expo 2019 mengetengahkan banyak produk hasil industri kecil dan sederhana.
Malaysia Halal Expo 2019 kat Kuala Lumpur Convention Centre ni berlangsung dari 24hb – 26hb Jan 2019. (10am to 6pm). Masuk percuma!
Malaysia Halal Expo 2019 for Olympics 2020 Japan
Malaysia Halal Expo dengan kerjasama SME Corp Malaysia ni merupakan usaha untuk membawa produk-produk halal ke mata dunia pada sukan Olimpik di Jepun yang akan datang.. Wahhh….. Menarik ni..!!
Nina suka expo sebegini. Pendedahan yang bagus untuk kita tahu apa yang ada kat pasaran sekarang terutama produk dna servis Halal.
Pagi pagi Sabtu Nina dah bersiap awal nak pi KL Convention Center. Naik Putra LRT dari Gombak, turun KLCC. Kejap jer.. Senang naik public transport ni, tak perlu hadap jammed. Tak perlu cari parking, bayar parking, stress memandu. Sampai Stesen KLCC jalan kaki dalam Mall terus ke KL Convention Centre pintu masuk Hall 4.
Canggih seyh…. Tak payah daftar kat kaunter!
Pertama kali Nina datang expo tak perlu daftar kat kaunter. Online jer! Tak payah bersesak. Tak payah beratur panjang panjanggggg. Terbaik laaa… Relax!
Cara daftar masuk MHE 2019
1. Memula kena laaaa bawak handphone. Tak kan tak de. HAhaa..
Pastu pastikan handphone ada internet.
2. Kemudian buka mhe.1reg.my pastu masukkan email yang biasa korang gunakan.
3. Daftar sebagai public visitor andai korang datang sebagai pengunjung atau jika mewakili syarikat , terus isi segala permintaan di situ. Opkos laaa pengunjung kannn…
4. Selesai isi , korang akan dapat email confirmation. Di situ akan ada diberikan QR Code pastu scan dan print pass masuk. Masuk adalah PERCUMA ! Itu aje… Senang kannnn?
Kot korang tak reti gak, Staff yang ada kat sini sangat helpful. Bagus!
Dah daftar dapat sticker tu sila laaa pakai. Tepek kat mana korang suka. Ikut kewarasan orang normal tepek kat baju atau tudung dan bukannya kat pipi eh…. Hehee
Malaysia Halal Expo 2019
Kuala Lumpur Convention Centre
Malaysia 2 Japan for 2020 Olympics
Ada 6 kluster kat MHE 2019 ni
Food & Beverages
Ingredients
Cosmetics
Logistics
Biotech
Personal Care & pharmaceutical
Terdapat 320 booth usahawan kita mempromosikan produk dan servis mereka yang bakal di export ke Japan nanti.
Wahhh… Banyak nya produk Halal!
Aduyai… Usai masuk aje rambang terus mata ni. Dok terbeliak sana, terbeliak sini. Semua nak pi terjah. Buruk nau perangai.
Dah laaa booth kat ruang pertama tu Celebrity Produk. Cuma kurengnya Nina datang awal pagi, artis founder produk belum sampai lagi kat booth. Tak de laaa Nina berkesempatan selfie ngan artis.
Tak pe, tak pe…. Tu bukan tujuan utama datang MHE 2019 pun. Nina nak up to date kan diri apa yang ada kat pasaran sekarang. Idok ler nanti orang ramai dah cuba Nina serba tak tahu.
Beruntung datang MHE 2019, Harga produk kaw kaw murah!
Memang beruntung datang Malaysia Halal Expo 2019 ni sebab banyak booth boleh dikatakan kesemua booth bagi harga terlajak terjunam murah! Tak kan dapat harga promosi ni kat pasaran.
Ni paling banyak Nina borong. Sedap seyh.. Senang lak tu cara penyediaan nya. Rendam jer dalam air panas dalam seminit dua, pastu tos dan gaul rata udon bersama rencah yang sedia ada dalam paket tu. Senang bawak travel ni…
Dok rasa sana sedap – beli , dok rasa sini sedap – beli. Aduyai… Beli sokmo! HAhaaa.. Kopak duit geng. Tapi tak pe, kita laaa pembeli yang bijak. Bijak berbelanja beli yang terbaik, sedap dan murah berbaloi. Tak rasa rugi pun. Korang? Expo ni dah terlepas so memang korang rugi. HEhee..
Nah…. Tengok laaa sendiri, macam-macam ada!
Tu Yaki Udon yang Nina dok borong Jangan tanya berapa Nina beli. RM2 sepaket, RM5 dapat 3 paket. Murah giler!
Aduyai… Tengok Paru Goreng Berlada dia memang sedap seyh! Sepaket tu hanya RM10 jer… Depa offer tadi RM25 dapat 3 pack. Jahat kannn…? Nafsu membeli dok bisik-bisik tanpa henti. HAhaaa
Jeruk fofular semalaya, Jeruk Pak Ali pun ada tadi… Memang kena bawak duit berkepok-kepok!
Produk dan skincare Halal yang baru bakal fofular di pasaran.
Set kelengkapan Umrah dan Haji dari El-Hajj pun ada.
Cosmoderm pun ada! Murah murah… Rugi kalau lepaskan peluang harga terlajak murah yang tak akan dapat di pasaran. Sakan borong tadi!
Kemudahan di MHE 2019 terbaik!
Apa yang Nina nampak, kemudahan yang disediakan untuk pengunjung lengkap. Dalam Expo ni dah tersedia toilet, tong sampah, air-cond cukup sejuk, ruang rehat di tambah dengan susun atur booth yang kemas, buat kita rasa selesa ada dalam Expo ni.
Ruang jalan antara booth cukup luas, walau pengunjung ramai, dengan stroller lagi tapi cukup selesa. Anak siap berlari-lari dalam tuh! Tepuk dahi mama ya. Huhuuu
Tong sampah banyak! Bagus bagus.. Setiap. Kluster ada lebih dari 2 ke 3 tong sampah di sediakan.
Kat dalam Expo ni pun ada Cafe tau. Dah penat jalan, nak melepaskan lelah kejap sambil minum kopi makan sat apa yang dah di borong tadi. Pastu dah makan belian tadi dah tinggal sikit, sambung borong lagi! HAhaa… Sapa suh bawak duit lebih. Padan muka sendiri.
Mudahnya Apps Verify Halal
Subhanallah…. Satu benda baru yang Nina belajar masa ada dalam MHE 2019 ni. Untuk korang yang selalu pi travel tu bagus download apps Verify Halal ni. Dari sini korang boleh check status Halal kat mana pun korang berada.
Bukan setakat produk makanan minuman jer korang boleh check, kelengkapan seharian, kosmetik, restaurant, apa jua korang boleh semak status Halal samada dalam Malaysia mahupun luar negara. Nampak , tak susah pun nak cari yang Halal. Mudah kannnn?
Untuk maklumat lebih lanjut, korang layari
Website: http://halal-expo.my
Facebook: @ Malaysia Halal Expo 2019
Instagram: @mhe2019
Di harap akan ada lagi Expo sebegini di masa akan datang. Tahniah penganjur MHE 2019
Banyak nya makanan.. Best woo.. Sayang betul ai ta dapat pergi. Kalau tak memang memborong je lah jawabnya..
alaaaa napa hari kita pi artis tak ramai hahahhah bestkan harap2 ada lagi nanti
tak puas pusing rasanya..walaupn lama gler kot yanie kat stu tp ada gak produk yg xsempat yanie tgk huhuh
Menarik sangat kan kak.. Knpala dia tak bjat sampai hari ahad haritu kan kak.. Huhu
Dapat pegi masa hari pertama je.. Kalau pegi masa last day mesti lagi banyak hasil tangkapan.. hehehe
Bestt kann! Pergi jgk. Berbaloi betul!
Banyak produk.. Tak sempat pegi ari tu
ramai yer org ke snaa
Menarik.. Banyak produk.. Tak sempat pegi
mohon buat lagi please …. MHE 2019 memang terbaik dan semoga produk Halal Malaysia mendapat tempat di persada antarabangsa
Ramai kata mhe ni best. Ruginya saya tak pergi.huhu
Dah pergi.. rambang mata dibuatnya..banyak betul produk menarik nak beli.. tapi tangan tak cukup nak bawa kalaulah ada troli, sakan shopping
Bestnyaaaaa betul gak dah lama tak keluar rumah. selain dari g aeon tgok wayang best jugak ada activiti mcm ni
Wah..Bestnya dpt pergi ekspo ni…Macam2 ada..
Amboii..mcm best je Expo ni..Ni mesti Nina blanja sakan…
Waaahhh bessstt !!
Wah Kak Nina,terbaik lah, ashik merayap jejalan aje yer..
airah tak berkesempatan nak pergi sini huarghhh bestnya tengok macam-macam ada. tengok gambar je ramai yang terjah dengan beli macam2. harap next time ada la rezeki nak datang sini
Memang banyak produk halal yang terdapat di sini kan. kalau tak pergi memang rugi lar. 🙂 Yang tu kopi amy search ke? 😀
Waaaaaahh, seronoknya dapat pergi expo. Expo halal pulak tu.
So bila masuk situ nak membeli apa pun tanpa was was perasaan tu kan..
Kalau datang expo memang kena penuhkan purse. Hehe
Kalau tak, balik dalam perasaan menyesal je.
Menariknya tengok sis share dekay entry ni .cx mmg tak pernah pergilah ke sini huhu macam² ada ya? Dahlah register online je. Bagus jimat masa dan tenaga. Harga pula ditawarkan murah². Memang tk rugi kalau pergi ,mcm² boleh borong. Siapa tknk shopping kan? Lagi² berbaloi. Terbaik sis
Tu lah kenapa pergi lambat hehehehe kita lagi menyesal sebab tak sempat nak pergi baru tahu ada expo halal macam ni banyak barang yang best dan menarik baru nak try hehehehe tak sangka banyak produk Halal Malaysia ni yer hurmmm next expo bila lak… hehehehhee
Ingatkan pasal makanan je. Rupa ya macam-macam ada
hebat!! takpayah beratur panjang yea.Ada mesin scan..
menyesal xbawa duit lebih untuk shopping
Murahnya mee itu. RM2 saja dan nampak sedap. You try it out and let me know if it is nice, the next round of food fest dan kalau ada, nak beli juga.
Banyak betul produk keluaran terbaru tempatan. I memang terlepas ni. Rancang memang nak pergi . Last last I terlupa date. Next year harap ada lagi. I bet I borong sakan kalau pergi ni.
wahhh ada kopi amy search..best best….tak perasan ada expo ni..kalau tahu lama …harus ku terjah sebab mmg suka kalau jumpa produk2 halal…boleh buat stok makanan kat rumah
Hajat di hati memang nak pergi, dah pasang impian nak beli macam-macam..hehehe. Tapi apa nak dikata, sebab ada urusan lain terpaksa le berputih mata..huhuhu. Sure macam2 produk halal kat sana kan?
Akak menyesal pergi lambat saya menyesal tak owrgi langsung. Hahahaha.. kalau saya memang rambang mata nak beli barang apa. Macam macam ada kan kat sana. Beli banyak banyak buat stok.
MHE dengan Halal Fest tu benda sama ke eh? Dulu selalu pergi Halal Fest yang dorang buat kat The Mines Convention Centre. Yg MHE ni emi x tahu pun. Kalau tahu dah pegi dah.
sayang acaranya sudah berlalu padahap penasaran dengan makanan halal di malayysia dan produk kuliner lainnyta