Dah agak lama tak nampak Aiman Hakim kannn? Suka lakonan beliau!
Setelaha sekian lama, kali ni Aiman Hakim bergandingan dengan Nabila Razali dalam Drama Komedi yang mencuit hati. Sinopsis Drama BIAR MEREKA CEMBURU
Seperti biasa, Aiman membawakan watak lelaki bergaya berharta. Mungkin raut wajah nya, penampilan, style nya memang sesuai watak sebegitu kann? Tak kisah laaa, janji lakonan dia superb dan natural so watak apa pun in to drama.
Nabila Razali walaupun seorang penyanyi namun memang dia punya bakat dalam bidang lakonan. Tak di nafikan beliau berjaya menjiwai watak yang dilakonannya. So far paling best tengok dia lakonkan watak gile-gile! Menghiburkan memek muka dia tuuu…
Sinopsis BIAR MEREKA CEMBURU
Nadia Salleh lakonan Nabila Razali – satu-satunya food delivery gugirl di Tajol’s 1985 Restaurant, KL yang paling sempoi selamba. Penampilannya agak kasar macam tomboy! Tapi kalau dirapikan penampilannya, pakai cantik-cantik, agaknya berduyun-duyun lelaki yang jatuh cinta. Nadia amat minat bidang photography dan sastera. Tetapi dalam kesederhanaannya itu jugalah, dia masih berjaya menambat hati dua orang jejaka. Wow hebat!
Dia hijrah dari kampung ke bandar metropolitan sejak berusia 16 tahun dah mula bekerja demi menyara keluarga selepas kematian ayahnya. Dia bercita-cita menjadi jurugambar profesional so dia bekerja keras untuk mencapai impiannya demi seketul camera!
Seorang rakan kerja dan seorang lagi anak Tengku yang menagih cinta dari Nadia. Dia keliru hendak memilih cinta yang mana satu sedangkan hendak bercinta pun dia tidak tahu!
Rostam lakonan Izzat Mushtaq – rakan kerja yang malu tapi mahu orangnya. Selalu ada bersama di sisi Nadia. Walaupun mulut kata sayang Nadia seperti adik tapi jauh dalam lubuk hati sayangnya lebih dari itu. Cuma punyalah berat mulut Rostam ni hendak meluahkan perasaan kepada konduktor basnya sendiri.
Apabila datang kekuatan dalam diri untuk berterus-terang, datang pula pesaing yang membuatkan dirinya rasa tercabar. Dia perlu cepat melafazkan kata-kata cinta tetapi sempatkah dia?
Tapi jangan tak tahu, dia juga ada peminat fanatiknya sendiri. Tiap-tiap hari mengajaknya kahwin! Perempuan berani mati yang sanggup terjun bas apabila dia menolak cinta perempuan itu. Dasyat seyhhh!
Tengku Iedil lakonan Aiman Hakim – seorang lelaki yang punya segala-galanya. Karektor dia sikit blur blur, sengal dan gila-gila. Termasuklah kekasih hati. Tetapi entah bagaimana, boleh pula dia berkenan dengan budak food delivery seorang ini. dan Nadia pula hatinya bergetar tatkala dekat dengan Tengku Iedil. Aduhh . . .
Penangan cinta Nadia, dari berkereta besar sampai sanggup Tengku Iedil tiap-tiap hari ke order food delivery di Tajol’s Restaurant. Siap suruh kawan baiknya si Reza check jadual keje Nadia semata-mata mahu berjumpa dengan si cantik ini. Hebatnya Nadia ni..!! Nampak tak kuasa hati Tengku Iedil dah meronta-ronta. HAhaaa
Tapi bukan senang! Sebab dia kan sudah ada kekasih hati yang dikenalinya sejak dari kecil yang tak kurang hebatnya! Cantik menawan bernama Marsha lakonan Rubini. Marsha sanggup lakukan apa saja demi mendapatkan Tengku Iedil dan bertindak diluar batasan kemanusiaan bilamana hatinya disakiti.
Bak kata pepatah – Di sana menanti, di sini menunggu. Di kota Paris, Nadia membuat istikharah. Jauh nya nak buat istikharah! HAhaaa
Dapat kah Nadia membuat keputusan dalam memilih jodohnya?
Siapakah pilihan di hati Nadia?
Mampu kah Nadia berada dalam keluarga Tengku Iedil sedangkan Nadia serba sederhana orangnya.
Di Paris sesuatu berlaku yang membuatkan Nadia sedar bahawa cintanya hanya untuk __________ ? . Kena tonton baru thrill. HAhaaa..
Pada hari yang sama, satu kemalangan telah meragut nyawa salah seorang yang mendambakan cinta Nadia. Tanpa disangka dua hati berdegup dalam satu jasad apabila jantung tersebut didermakan buat kekasih hati Nadia.
Siapakah yang terkorban?
Nantikan drama adaptasi novel ‘Biar Mereka Cemburu’ karya Anuar Darwisy di slot Megadrama, Astro Ria. Menampilkan gandingan Aiman Hakim, Nabila Razali dan Izzat Mushtaq. Drama komedi romantik arahan MP Roslin Sharif, terbitan Global Station Sdn Bhd. Akan datang bulan November nanti.
JUDUL : BIAR MEREKA CEMBURU
TARIKH TAYANGAN : November 2020
WAKTU SIARAN : Isnin-Khamis, 10:00 malam
SIARAN TV : Megadrama (Astro Ria)
PENULIS NOVEL : Anuar Darwisy
PENGARAH : Roslin Sharif
PRODUKSI : Global Station Sdn Bhd
PELAKON : Aiman Hakim Ridza, Nabila Razali, Izzat Mushtaq, Bella Dowanna, Rubini Sambanthan, Hasmira Azmi, Syahir Shafein, Adam Malek, Aedy Ashraf, Shah Rezza, Mas Anizan
WATAK PELAKON
Aiman Hakim Ridza sebagai Tengku Eidil
Nabila Razali sebagai Nadia
Izzat Mushtaq sebagai Rostam
Rubini sebagai Marsha
Aedy Ashraf sebagai Fetri
Bella Dowanna sebagai Nabila
Hasmira Azmi sebagai Sofea
Syahir Shafein sebagai Reza
Adam Malek sebagai Nabil
Shah Rezza sebagai Tengku Alauddin
Mas Anizan sebagai Engku Zulaikha
Korang kena tonton Drama Komedi yang pasti menghiburkan korang ni. Lakonan Nabila Razali memang selamba jerr..!! Suka tengok..
Semuanya kerana Nadia. Drama yang menerapkan persahabatan, setiakawan dan keyakinan. Walaupun drama komedi, akan ada sikit-sikit adengan yang akan menyentuh emosi. So touchingggg….
Kalau korang terlepas episod, korang boleh jer tonton Online Drama BIAR MEREKA CEMBURU di saluran iQIYI banyak lagi Drama BEST. Pepandai korang search kat sana yaaa
Regardless of your situation and reason for being single, it’s important for you to identify what being single means to you, especially if you do see/think of yourself in a relationship in the future.
Practice not always needing another person’s validation or understanding. Learn to be comfortable being alone, and practice loving and accepting yourself as a single person.