Skip to content
Nina Mirza
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

  • Home
  • Lifestyle
  • Resepi
  • Parenting
  • Review
  • Tips
  • Travel
  • Drama Movie
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

Perapan Chikeboomm Kambing Ayam Frozen
November 24, 2020November 24, 2020

Perapan CHIKEBOOMM Frozen padu beb!

Kambing ohhh kambing! Kambing bakar memang sedap. Antara menu favorite yang Nina akan terjah dulu bila pi Buffet.Tak kisah laaa buffet hotel atau kenduri kendara. Dengar jer ada kambing, terus tuju situ dulu. HAhaa  . . Perapan Chikeboomm Frozen

Isi Kandungan hide
1 Perapan CHIKEBOOMM Frozen padu beb! Kambing Ayam Perap Sedap bersama sos black pepper
2 Related posts:
3 Sinopsis Drama TITIAN TAKDIR TV3
4 Great Destination for Getaways | This City is Known as the Nearest City to the Border of Malaysia an...
5 Hai laaa hati. Hati Ayam masak apa sedap? Hati Ayam Goreng Berempah
6 Day 6 - Eilhan Tadika

Kambing ni paling Nina suka masak bakar jer. Kena gaya perapan nya memang tak toleh kiri kanan tatkala makan. Nak lagi kalau sos pencecah nya Sos Black Pepper ke, Mushroom Sos ke.  Perghhh… layannn

Hitung punya hitung, dah lama tak makan kambing bakar.  PKPB ni nak ke mana-mana pun terhad. Memang terperap jer kat rumah. Tahun ni pun tak ke mana Ramadhan yang lalu. Masa tu PKP.  Tahun sebelum ni merasa laaa pi Buffet Ramadhan. Enjoy makan kambing bakar! Laa ni makan kat restoran pun tak. Yelah… Anak-anak tak boleh keluar kann…

Dok teringat-ingat . . . saja laa suara kan luahan anak tekak ni kat Geng.
Dengan harapan nanti dia belikan kambing slice dan nanti Nina buatkan perapannya dan sos mushroom black pepper. Lepas perap boleh laaa makan-makan bersama family.

Tada . . .!!

Tetiba jer sampai depan pintu rumah!
Rupanya geng order ngan jiran. Harum semerbak tatkala bukak jer bekas Perapan Chikeboomm ni..

Senang sangat cara nak masak Kambing Perapan Chikeboomm ni..
Cer tonton sikit video sempoi Nina ni . . .

Perapan CHIKEBOOMM Frozen padu beb!
Kambing Ayam Perap Sedap bersama sos black pepper

Amacam? Mudah jer kannn.. Ada disertakan sekali sos black pepper tapi lupa nak letak! Tak sabar nak makan gamaknya. Makan gitu aje pun asyik! Sedap . . .

Perapan Chikeboomm Frozen Kambing Ayam Perap Sedap

So pasni kot teringin lagi nak makan kambing bakar, Nina suh jer Geng order dari jiran. Dekat jer..  Dikala zaman PKP ni, apalah sangat support  jiran kengkawan niaga.

Apa kata Nina ?
Not bad! Kuantiti puashati, dan sedap. Lembut moist cukup perapan.
Berpatutan dengan harga.

Harga Perapan Chikeboomm
Kambing RM35
Ayam RM25

Cara masak :-
Mudah jer.. Nyah beku pastu bakar.
Dalam magic pan atau oven pun boleh.

Seronok makan seisi keluarga 😋😋

Untuk tempatan WhatsApp :-
012-676 1442 Faizal
019-237 1624 Linda

Beruntung untuk yang dok area Gombak, Batu Caves dan seangkatan dengannya. Jejauh luar kawasan ni rasanya depa tak hantar kot. Sebaiknya korang call tanya dulu ehh . . .

Tapi kannn

kann

kannn

Kalau korang order, selit laa sebekas tuk Nina ehh.. Lanjer please! HEheee
takmalu HAhaa

Perkongsian ikhlas,
Nina Mirza

Related posts:

Sinopsis Drama TITIAN TAKDIR TV3

Great Destination for Getaways | This City is Known as the Nearest City to the Border of Malaysia an...

Hai laaa hati. Hati Ayam masak apa sedap? Hati Ayam Goreng Berempah

Day 6 - Eilhan Tadika

Lifestyle Review Ayam BakarBatu Cavesfrozen foodGombakkambing bakarMakanan Hantar RumahResipi Homemade

Post navigation

Previous post
Next post

Comments (17)

  1. Aisya Ismail says:
    November 25, 2020 at 8:23 am

    Selalu terliur tengok kambing bakar. Tapi setakat tu je lah sebab x makan daging kambing.

    Reply
  2. mamatisya says:
    November 25, 2020 at 11:37 am

    kambing perap mmg menu fav…ramai skarang org jual stock frozen kambing perap ni…mudah disediakan utk dinikmati bersama keluarga

    Reply
  3. ajumohit says:
    November 25, 2020 at 1:09 pm

    kalau beli tak cukup sebekas ni nina, anak kami 5 orang tu pun hantu kambing bakar, last week kami buat barbeque tepi rumah, kambing paling laju habis hahaha

    Reply
  4. farhana jafri says:
    November 25, 2020 at 2:10 pm

    eh murah harga kambing perap dia, boleh try jugak nanti sebab suka makan kambing bakar jugak. Ni menaip pun tengah terliur ni hahaha

    Reply
  5. Nik Ainaa says:
    November 25, 2020 at 2:42 pm

    Ainaa tak makan kambing tapi family semua suka, dapat pulak kambing bakar memang semua hantu la haha

    Reply
  6. Mahamahu says:
    November 25, 2020 at 5:19 pm

    Ya Allah sedapnya tengok ayam perap macam ni hehehe kita pun ada tak masak lagi hehehehe tunggu lah nak buat makan special sikit wakakkaka mudah dan cepat sangat ni…

    Reply
  7. ummi nani says:
    November 25, 2020 at 5:20 pm

    menariknya tengok..rasa pun mesti lagi menarik tertarik..huhuh terliur aihh

    Reply
  8. mrspip says:
    November 25, 2020 at 9:09 pm

    harga is reasonable dengan saiz kambing tu.
    confirm sedap ni dan boleh repeat order.

    Reply
  9. Huda Halid says:
    November 25, 2020 at 11:37 pm

    aduhai..menyesal tau baca malam2 gini..kan dah craving! esok pagi kena g cari kambing!

    Reply
  10. Bonde Zaidalifah says:
    November 26, 2020 at 1:03 am

    Nampak sedap perapan kambing tu… hadoi buat terliur jer singgah blig Kak Nina memalam ni., nanti kalau berminat nak beli bolehlah saya call penjual dekat nombor yg Kak Nina kongsikan tu..

    Reply
  11. Nadia johari says:
    November 26, 2020 at 1:35 am

    Suka makan kambing siap perap.. Tinggal masak je.. Dah siap.. Sedp tengok

    Reply
  12. Mas FVOME says:
    November 26, 2020 at 6:22 am

    sedap lahai kambing perap..satu tak cukup ni

    Reply
  13. Sis Lin says:
    November 26, 2020 at 9:07 am

    Adeii deiii sedapnyaa… nasib baik laa malam tadi dah makan kambing perap juga hahahaha/.
    Nak try tengoklah, ada tak kat Johor.. boleh cuba yang ni pulak..

    Reply
  14. Min says:
    November 26, 2020 at 10:04 am

    Nampak sedap ye..harga pun ok la RM35 & RM25, masih reasonable la kan..if sekali sekala rasa nak makan yang perapan camni leh la try

    Reply
  15. Rane Chin says:
    November 26, 2020 at 10:57 am

    wow it looks so delicious, macam dari 5 star hotel la! the price is affordable, everyone gonna try it out

    Reply
  16. Ayu Rafikah says:
    November 26, 2020 at 6:15 pm

    Nampak pun tahu sedap giler. Nanti nak cubala.. dahla jns perap2 ni kita mmg suka heheh

    Reply
  17. MESSARAH says:
    November 28, 2020 at 8:11 am

    sedapnya dapat kambing. kalau beli perapan macam ni senang je boleh terus buat sendiri kan

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CATEGORIES

  • Drama Movie
  • Lifestyle
  • Parenting
  • Resepi
  • Review
  • Tips
  • Travel

ABOUT ME

Nina Mirza

Lifestyle & Parenting Blogger since 2011.

Mendapat pendidikan dalam Business Management dan berpengalaman lebih 10 tahun dalam Banking, Property dan bidang Oil & Gas.

Blog NinaMirza.com adalah satu medium dimana Nina kongsikan segala resipi dan tips tentang masakan, kecantikan, parenting, travel dan review produk dan event.

Hubungi Nina untuk lebih lanjut
Email : nina.azlan1@yahoo.com

AWESOME BLOG

©2026 Nina Mirza | WordPress Theme by SuperbThemes