Skip to content
Nina Mirza
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

  • Home
  • Lifestyle
  • Resepi
  • Parenting
  • Review
  • Tips
  • Travel
  • Drama Movie
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

AWESOME KACANG POOL IPD SENTUL
November 20, 2020June 15, 2022

Kat mana KACANG POOL Sedap area KL Lembah Klang ni?

Sapa kata KACANG POOL Sedap ada kat Johor jer??

Isi Kandungan hide
1 Teh O Ais Laici FREE REFILL
2 Lokasi? Kat mana KACANG POOL Sedap KL
2.1 Tempahan hantar ke rumah
2.1.1 Tak cukup satu!
3 Related posts:

Nehi nehi…

Kat KL pun hado!
Ya , ada jer Kacang Pool yang sedap kat area KL Lembah Klang ni
Serius tak sangka ada dan sedap 😋
Perghhhh . . . Nina suka kuahnya yang light light tidak terlalu berempah. Roti bakar dia pun best!

Hah . . .Tengok jangan tak tengok!

KACANG POOL Sedap KL Lembah Klang Gombak Selangor Order Food Online Delivery

Ni dalam bekas untuk bungkus take away. Sedap weyhh makan panas-panas! Cili padi dan bawang tu memang penyedap dan wajib cecah sama roti bakar dia yang lembut. Bekas ni boleh jer korang nak hangatkan dalam microwave. Tapi Nina tak sempat der nak panaskan. Sampai jer rumah terus makan! HAhaa

Roti Special Cheese Order Food Online Delivery

Ini roti special, Roti Special Cheese nama dia. Makan satu set kenyang!
Dalam inti ada ayam kisar, sausage, chicken slice dan opkos cheese.
Rasa dia?
Wallaaa…!! 😋 😋

Bungkus Take Away Delivery KACANGPOOL Sedap KL Lembah Klang Gombak Selangor Order Food Online Delivery

Yang ni set kacang Pool Biasa. Ada kuah kacang pool dan roti biasa yang superb lembut lembut dalam dan rangup luarnya! Nina tayang 2 set jer.. Jangan tanya berapa Nina order. Sorang satu kononnya. Tapi sudahnya… Baca sampai habis  . ..HEhee

Harga amat berpatutan
Satu set hanya RM6 (Kacang Pool , Telur dan Roti bakar)
Roti Special Cheese macam atas tadi harga dia RM8

Ada banyak lagi menu lain yang sedap terangkat antara nya
Kacang Pool Garlic
Kacang Pool Garlic Cheese
Kacang Pool Crab Cheese
Kacang Pool Chicken Slice Cheese
Kacang Pool Mix Crab & Chicken Slice Cheese

Teh O Ais Laici FREE REFILL

Lagi best kat sini Air Teh O Ais Laici FREE REFILL (bayar sekali jer)
Sedap air dia! Oh my oh my.. Memang dok refill sokmo air dia  tapi segan jugak asyik Nina jer 🙈🙈🤤🤤 HAhaa.. larikkkkk

Lokasi? Kat mana KACANG POOL Sedap KL

Port dia ala Stall. Betul- betul seberang jalan depan IPD Sentul. Belakangnya Restoran Ishfan Sentul. Ala ala Stall Street Food. Depan kaki lima Restoran Ishfan. Konsep open stall gitu.  Ada disediakan meja dan kerusi buat yang nak makan kat sini.

Agaknya kaki moto tentu biasa area sini kot sebab belakang stall kedai  helmet. Cecantik helmetnya. Tepi nya pulak tuuu kedai Moto Zone. Cuci mata jer laaa . . .

AWESOME KACANG POOL IPD SENTUL

Hafal muka abam Awesome yang tengah bikin order Nina. Tiga empat kali dia ulang order Nina. Banyak kot…
Nak buat lagu mana, Nina dan Geng bersama 5 bala tentera.  Plus ari tu Nina beli lebih belanja Aunty Nina yang teringin nak makan kacang pool.

Nak datang sini senang sangat. Korang waze jer IPD Sentul. Confirm sampai.

Waktu perniagaan
8.30pm – 11.30pm
Hari Ahad tutup

Tempahan hantar ke rumah

Tak dapat datang don’t worry!
Ada delivery untuk kawasan sekitar katanya
So beruntung laaa yang dok area Sentul, Gombak, Batu Caves dan seangkatan sekitar dengannya!  Nak tahu lebih lagi, pepandai laaaa korang whatsapp  link bawah ni sebelum jam 7pm
http://www.wasap.my/+60177297376/KawanNinaNakOrderKacangPooL

Atau korang click jer FB Page ni, nanti terus ke messenger dia :-
Awesome Kacang Pool IPD Sentul

Nanti abam owner Awesome Kacang Pool at IPD Sentul akan ambil order korang dan terus hantar ke rumah. Tolong laaaa jangan pm dm Nina pulak, kita bukan PA Abam Awesome ni.. Kita just sharing jer apa yang kita suka

Tak cukup satu!

Nak pesan ni… Kalau order sila order extra sebab ari tu Nina order take away. Dah sampai rumah sedang enjoy nikmati kelazatan kacang pool  ni sekali

^

>

^

<

@

#

=

TAK CUKUP!
Tak puas makan. Huhuuu…
Rugi order sorang satu jer 🙈🙈 . Anak-anak pun laju jer berdesup perabih makan depa punya. Tak done mama nak share sikit.  nyampah tau

Yelah .. Pertama kali rasa, idok ler ku sangka ianya menepati citarasa dan selera Nina. Padan muka sendiri.

Masa tercuit cuit titisan kuah yang terakhir tuu, terus terfikir dan membayangkan betapa indahnya kalau makan kat kedai, boleh laaa tambah tambah tambah  order. Eh! Berapa kali tambah daaaa HAhaa

Disarankan korang datang awal sejurus dia bukak kedai. Macam Nina tu ari dalam 8pm Nina dah sampai. Over excited! Tengok fb tulis bukak 8.30pm, sebelum bukak Nina dah terpacak kat situ. Geng siap perli, nak tolong brother tu bukak kedai ker?? Memang geng tu, suka nau sakat isteri dia ni.  Oh Yes! I’m punctual person. terpuji diri sendiri lak Ok tipu. Sebenarnya Geng yang punctual, nina menurut jer HEhee

Dah sampai, tunggu sat abam awesome prepare opening kedai dan terus order. So tak lama nunggu.. Sempat laaa snap gambar sana, snap gambar sini keadaan sekitar acah-acah food review. Dah terbiasa gamaknya.. Gitu laa peel Nina.  Mujur Geng tak pernah jemu melayan isterinya ni suka nau  snap gambar sampai penuh storage.

AWESOME KACANG POOL IPD SENTUL

Menarik nya kat sini, abam Awesome akan prepare panas-panas as per order. Faham kannn? Korang order baru dia masak so sila pupuk ketabahan untuk sikit masa menunggu. Santai and relax yaaa
Beruntung yang makan situ akan nikmati makanan yang panas-panas. Perghh . . . memang asyik!

Nampak nya next time Nina kena makan kat sana. Nanti nak pegi bawak sekeluarga sama anak² sekali pass tamat PKPB. InsyaAllah…
Moga Awesome Kacang Pool IPD Sentul terus sukses! Aamiinnn

Ada ker yang belanja Nina makan sini? Nak rasa menu yang lelain pulak.
Eh! tertype lak HAhaa..

Related posts:

Jemput makan - Jemput-jemput ikan bilis
BUFFET RAMADHAN 2023 SELANGOR : RM88 100 SAJIAN DEWAN BANKUET MBSA TERBAIK
Sagu Bronok Kukus Ala Johor
Sinopsis Drama RAHIMAH TANPA RAHIM mengupaskan isu MRKH lakonan Puteri Aishah dan Azlee Khairi
Lifestyle Review Awesome KACANG POOL IPD SENTULBatu CavesDelivery FoodGombakJalan Jalan Cari MakanKat manamakan mana bestMakan SedapMakanan Hantar RumahService delivery KLTempahan Onlinetempat makan best

Post navigation

Previous post
Next post

Comments (23)

  1. Huda says:
    November 20, 2020 at 12:26 pm

    adudu…nape sedap sangat ni.. kat ganu macam x jumpe jer org jual kacang pool

    Reply
  2. ajumohit says:
    November 20, 2020 at 1:43 pm

    sedap kan kacang pool, dah lama betul tak makan ni, last makan masa kat johor dulu, first time rasa terus jatuh cinta dengan rasanya

    Reply
  3. Madam B says:
    November 20, 2020 at 1:58 pm

    Oh ni la rupa Kacang Full… Eh.. Kacang Pool. Layan foto dah tergugat ni tapi jauhnya nak capai buat masa ni. Issokay bosku kita akan usahakan nk rasa gak nanti. Ingat JHR je ada ni. KL pun ada.. Apalagi kan. Musteat List.

    Reply
  4. Ardini Humaira says:
    November 20, 2020 at 4:31 pm

    Sedapnyaaa

    Reply
  5. Liez says:
    November 20, 2020 at 4:33 pm

    Mmg susah nak dpt kacang pool kat kl ni.. selalu liez buat je. Boleh cuba nt

    Reply
  6. Marshaliza says:
    November 20, 2020 at 4:36 pm

    Kacang pool ni fav Marsha. Kalau ke johor memang menu wajib cari. Dah ada kat KL ni boleh la masuk wishlist yang KL pulak.

    Reply
  7. Nadia johari says:
    November 20, 2020 at 7:20 pm

    Seumur hidup tak pernh rasa lgi kacang pool.. Nak cuba rasa la.. Dia boleh delivery tak

    Reply
  8. mrspip says:
    November 20, 2020 at 8:39 pm

    tak pernah lagi makan kacang pool ni, nampak macam sedap.

    Reply
  9. Ummi says:
    November 21, 2020 at 1:56 am

    Laa.. ada rupanya kacang pool ni kat Lembah Klang. Susah2 le pegi sampai ke JB nak cari. Syok ni makan pagi2, dgn kopi o panas.

    Reply
  10. Ana Suhana says:
    November 21, 2020 at 8:12 am

    First time makan kacang pool masa g JB dulu. Masa tu terus jatuh suka. Boleh lah try ni pulak sbb dekat dah dengan area kita. Nak ke JB mcm mustahil masa PKPB Ni kan.

    Reply
  11. Sis Lin says:
    November 21, 2020 at 8:40 am

    Sis yang kat Johor ni pun jarang sekali makan kacang pool tau.. tak tau kenapa, ada mood je nak makannya, tapi kalau Suami yee, pantang nampak..

    Reply
  12. Ayu Rafikah says:
    November 21, 2020 at 10:14 am

    Sedapnya lama x makan kacang pool.. husband plg suka hidangan ni. Kalau ke sini bolehlah cuba

    Reply
  13. Rawlins GLAM says:
    November 21, 2020 at 10:43 am

    Percaya tak jika Rawlins confess yang Rawlins tak pernah lagi makan nie? Harapnya lepas PKPB ni boleh la rentas daerah dan try nie.

    Reply
  14. Firzz Radzi says:
    November 21, 2020 at 1:31 pm

    Banyaknya pilihan kacang pool

    Reply
  15. Hayati Suki says:
    November 21, 2020 at 1:52 pm

    Salah satu feberet sisyat ni.. tp selalu beli kat gerai depan uniten bangi. Yang tepi jalan tu..sedap sangat rasany

    Reply
  16. abgferoz says:
    November 21, 2020 at 8:14 pm

    terliur pulak tengok makanan ni.. tetibe rasa lapar..

    Reply
  17. Sunshine Kelly says:
    November 21, 2020 at 10:10 pm

    Wah best nyer Kacang Pool ni, terliur tengok. Kalau i ke area situ i will dropby to eat or takeaway juga.

    Reply
  18. anakdenesor says:
    November 22, 2020 at 7:49 pm

    omaiiii tengok gambar pon da cukup terliur.. alahai tapi jauh sanagt ha.

    Reply
  19. Ruby says:
    November 23, 2020 at 2:34 am

    Oh baru tahu ada kedai best kat situ. Akak pi makan sana? Mana gambar akak. Selalu review mesti ada muka akak makan makan. Akak kedai Kacang Pool ada dalam Food Panda / GRAB tak? Mudah skit nak order. Hehe

    Reply
  20. Dorsett Pink says:
    November 24, 2020 at 4:39 pm

    Nampak gambar tu macam sedap. memang sedpa pun kan

    Reply
  21. Aisya Ismail says:
    November 25, 2020 at 8:57 am

    Tak makan kacang pol. Tapi roti tu menarik hati.

    Reply
  22. mas saari says:
    November 28, 2020 at 12:14 pm

    Nampak sedap tapi tak pernah makan Kacang Pool, nanti nak cuba jugaklah!

    Reply
  23. wobble man says:
    January 15, 2021 at 2:53 pm

    sedapnyaaa

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CATEGORIES

  • Drama Movie
  • Lifestyle
  • Parenting
  • Resepi
  • Review
  • Tips
  • Travel

ABOUT ME

Nina Mirza

Lifestyle & Parenting Blogger since 2011.

Mendapat pendidikan dalam Business Management dan berpengalaman lebih 10 tahun dalam Banking, Property dan bidang Oil & Gas.

Blog NinaMirza.com adalah satu medium dimana Nina kongsikan segala resipi dan tips tentang masakan, kecantikan, parenting, travel dan review produk dan event.

Hubungi Nina untuk lebih lanjut
Email : nina.azlan1@yahoo.com

AWESOME BLOG

©2023 Nina Mirza | WordPress Theme by SuperbThemes