Biskut Raya! Biskut Raya! Apa Biskut Raya Viral sekarang ni? Opkos makMak sekarang tengah pulun dok buat Biskut Raya kannn? Apa Biskut Raya kegemaran korang? Opkos makmak akan buat Biskut Raya Viral kegemaran anak-anak kannn? Biskut Milo Viral
Tak tau laaa nak kata apa!
Biskut Milo ChaKiss ni dah patploh juta kali dok buat. Asal buat jer pas buka puasa licin. Sokmo licin! Aduyai . . . Anak-anak. Mama capek
Maka . . . Nina ajak anak-anak sesama buat Biskut Milo ChaKiss ni. Enjoy sakan depa. Korang tengok ada pelbagai bentuk hado! Ada nak terap bentuk star, bentuk ice-cream, bentuk patsegi paling senang. Potong je dengan pemotong agar-agar. HAhaaa . . .
Resipi Biskut Raya Viral
Biskut Milo Chakiss
Resipi : Nina Mirza
Bahan-bahan¾ cawan gula castor
1 ¼ cawan butter
2 biji telur kuning
½ cawan Serbuk milo
½ cawan tepung jagung
2 tutup esen vanilla
3 cawan tepung gandum
1 biji putih telur
Coklat Rice
Cara Buat Biskut Milo ChaKiss
1-. Masukkan gula castor dan butter dalam bekas. Pukul pakai senduk jer untuk kacau rata sehingga gula dan butter sebati. Bekas besar senang nak pukul. Nanti nampak butter jadi ringan smooth tapi tak terlalu kembang pun tak pe. Bukan nak buat kek.
2-. Kemudian masukkan kuning telur. Kacau rata.
3-. Lepas tu masukkan Serbuk milo, kacau rata. Masukkan tepung jagung. Kacau rata. Semua pakai senduk jer… Dah rata masukkan esen vanilla. Kacau rata lagi
4-. Kemudian masukkan tepung gandum. Masuk sikit demi sikit. Kacau rata sampai semunya sebati. Last tepung tu pakai tangan jer senang sebab nak jadikan doh.
5-. Wrap plastik, simpan dalam fridge dalam 10 minit.
6-. Keluarkan doh, canai dan tekapkan bentuk kesukaan. Kalau malas sangat, buat jer bulat-bulat pastu tekan ngan garfu ala Biskut German Cookies. Tapi nanti cam sama lak bentuk. Tak syok lak kannn
7-. Sapukan putih telur dan susuli tabur coklat rice atasnya.
8-. Bakar pada suhu 160-170c selama 20 minit. Suhu dan masa bergantung pada oven dan bentuk biskut korang. Kalau besar gabak lama laaa sikit proses pembakarannya.
9-. Dah siap simpan dalam beas kedap udara. Sebaiknya sorok dalam gobok dulu sehingga 1 st day Raya. Bukan apa, kalau tak jenuh laaa korang macam Nina ni haaaa… Patploh juta kali dok buat jer habis.
Okies! Selamat mengukiss..
Jommm sesama buat dan rasai sendiri kenapa bebudak ni suka nauuu Biskut Milo ChaKiss ni. Moh pakat-pakat share sebarkan ilmu pada yang memerlukan.
Kot tak mo ketinggalan, korang boleh laaa buat antara Resipi Biskut Raya Paling Mudah Sedap Sukatan Cawan yang korang wajib cuba buat ni
Resipi Biskut Raya German Cookies Paling Mudah Senang Kos Murah
Resipi Cornflakes Madu Rangup Crispy
Resipi Buskit Raya Oat Kismis Healthy Sihat
Biskut Susu Samperit Dahlia gerenti jadi
Nina dah share link, pepandai korang click dan intai resipi Biskut Raya Mudah yang mana korang nak try buat eh…
Selamat Menyambut Hari Raya, Maaf Zahir Batin
Salam ikhlas,
Nina Mirza
patut lah viral sebab sangat comey ja rupa bentuk dia tu ^_^
Nak buat lah..senang jer bahan2 yer
Bahan nampak mudah dan cara buat pun simple. Ada kelapangan Sal nak try buat kak. Harap menjadila ..
SELAMAT HARI RAYA!!! Best entry ini 🙂 done follow, follow me back.. thanks http://acuyuhan.blogspot.com/