Alahai.. Stressnya!
Smartphone yang Nina gunakan selama ni dah mula buat perangai. Tetiba akan terkeluar dari apps yang kita sedang tengok. Dok nak google kat Chrome, baru nak type dia terkeluar dari home screen. Smartphone bajet murah best
Aargghhh…!! Nak buat keje ni..
Dok godek-godek dari tadi, storage penuh kot so delete gambar yang betapa banyak beribu riban dalam storage. Oh No! Banyak giler… Paling banyak gambar homework anak-anak. Maklumlah musim PKP. HAhaa.. Padan muka sendiri
Hp ni ada banyak sangat group whatsapp. Nina saja berpuluh. Dan di tambah dengan group whatsapp sekolah anak-anak yang 4 orang bersekolah. Dan di tambah lagi dengan pecahan group kelas depa, group per subjek depa dan group PKP Google Class Room depa. HAhaaa memang boleh buat giler
Alhamdulillah . . . Mujur tak hanggg!
Memang mama nya ting tong setiap pagi gigih baca sesatu group depa dan agihkan homework online. Kelas bermula jam 9am-tengahhari. Dan sesi sekolah agama bermula 3pm-5pm. Lepas tu baru Nina baca group Nina lak. Kekadang derang break rehat, curi-curi nak baca hp sendiri. HAhaa
Alhamdulillah cuti Raya ni, cikgu belum mula bagi homework. Mungkin minggu depan kot. Get ready mama! Siap laaa jadi singa lion king, dragon segala! HAhaa
Oppo ohhh Oppo
Hurrmm… Sedih jugak nak usha hp baru sebab Hp sekarang ni Oppo A77 dah lebih 2 tahun Nina pakai. Nina beli 2017 hasil duit blogging dan adsense. Ada kenangan di situ. Yelah, hasil titik peloh keringat sendiri. Puas jugak laaa ambik masa kasi penuh tabung blog. Syukur Alhamdulillah
ni gambar dari Oppo. Ok kannn?
Baca : Akhirnya terbongkar kisah nina yang korang nak tahu sangat tuuu
Yelah … Sapa sangka kannn, dengan berblog mampu jana pendapatan dan mampu memenuhi keperluan hakiki Nina. Mungkin bagi orang lain smartphone ni kehendak tapi ianya keperluan bagi Nina. Bagi Nina ini modal untuk cari rezeki.
Idok ler banyak mana pendapatan yang diperolehi, sekurangnya dapat memenuhi as reward for me and family. Janji aku tak menyusahkan, tak meminta-minta pada orang! i work hard for what i want Cehh… cakap omputeh lak
Smartphone pun ada expired?
Sayang memang laaa sayang kan Oppo ni tapi bak kata seorang kawan, kekadang smartphone ada jangka hayatnya dan mungkin Oppo Nina ni dah sampai tempoh expired dia. Sebab tu dah mula buat perangai. Eeerrkkk… mengadenya!
SmartPhone apa yang best dan bagus ehh?
Untuk kegunaan daily use. Sebab Huawei yang Nina ada ni as 2nd phone. Nina hanya gunakan untuk shoot gambar, video jer selama ni. Dan Nina bukan lah orang yang reti pasal gadget, teknologi terkini. Pakai laaa apa yang ada sampai lunyai. Gitu! HAhaa…
Huawei P20
Gambar Sambal Belacan ni dari Huawei P20 . Cun tak?
Ahaks! Perasan lawa snap pakai Huawei P20 … tolong jangan muntah sini, pi toilet sana. HAhaaa
Ikutkan rasa hati paling dalam, masih sayang nak jadikan Huawei ni as smartphone daily use. Sebab masih sukakan hasil gambar dan video dari Huawei ni. Sebab masih belum mampu beli seketul camera sebagai ganti. Sayang nak kasi dia keje keras. HAhaaa… Sayang baik simpan jer
Itu hari awal tahun Nina belanja Geng ganti smartphone dia. Pun sama… Hasil duit blog. Alhamdulillah.. Mur mur ajer…
Not bad , cantik jugak kannn hasil gambar dari Redmi Note 8 Pro ni?
Redmi Note 8 Pro
Cantik juga hasil gambar dia. Dan . . . Ada juga kami hasilkan video dari Redmi. Nina dah share kat Youtube. Not bad kannn?
Based pengalaman korang, smartphone apa yang kental kenyal lasak dan harga nya below RM1500? Eh… RM1000 laaa.. Nina kedekut dengan diri sendiri HAhaa
Lawa-lawa gambar k.nina.. Yaya pun baru tukar handphone. Yang lama dah uzur sangat. Setakat 2 minggu pakai Realmi 6 Pro ni puas hati la.. Harga bawah RM1500.
Tertakluk kepada penggunaan, klu lebih kepada kamera, mmg kne cari pro camera… bgi IQ, IQ lebih kepada branding….dan tahan lasak dia. Samsung bagi IQ the best la…bertahun da pakai
Murah atau mahal, bergantung kepada cara.guna juga. Kalau dah kreatif jadi juga wpun handphone murah kak. Anyway, kak nina sangat kreatif. Terbaik
Tengah survey2 juga ni nak cari phone baru.. tak tahu nak suggest model apa.. tapi buat masa ni aim brand oppo, samsung dan redmi.
Best oppo cantik je gambar
Nak tahan lasak huawei la tapi mahal sikit dari oppo.
Smart phone ni biasannya 2 tahun jer bertahan. Kalau lebih dari 2 tahun tu dikira bonus. Kak nina try la beli iphone kalau ada bajet..sesuai dengan kak nina yang suka ambik gambar
Ai punya hp pun jadi gitu baru-baru ni. Jenuh delete transfer gambar.
Tau dah ..Kak Nina ni sangat jimat orangnya kan . Moga bertambah rezeki kak nina selepas ni . Aamiin
Cantik gambar gambar nya. Walaupun orang kata telefon macam ni murah tapi kualitinya cantik macam telefon mahal.
Ana rasa samsung paling best kak. Walau dah pakai lama, dia tetap ok. Gambar tetap paling lawa.
Sis pakai NOTE10 je sekarang ni. Bolehlah nak kata terlalu cantik tu tidak la.. tapi boleh buat kerja dan ambil gambar. Sis tak tau nak cadangkan phone apa, tapi yang penting ikut cara penggunaan dan budget
NOTE 10 SAMSUNG best
Cantik-cantiknya gambar dia snap xkisah guna fon apa. Tererrr
Adehh..tak tahu la saya bab2 telefon nie..saya asal boleh pakai je..hahaa tapi vivo lawa gak gmbar kamera dia
Lawa betul hasil snap nina…boleh ajar kami yang tak berapa nak pandai snap ni
Nad pun semua handphone harga bawh rm1000.. Banyak jenis phone.. Realme pun ok kak..skill ambil gmbr tu yang penting
Wow..lawa2 gambar yg di snap..
Smartphone sekarang dh jd keperluan & mampu milik mengikut kemampuan kita
so nice la all the photo!!! my smart phone camera tak canggih sangat!
Huda bertahun setia dengan samsung. Tapi lately ada glitch bila buka apps dan phone jadi panas. Plan gak nk beli phone baru ni..
sy jns tak reti juga tgk spec phone..tapi setakat ni yg puas hati iphone..tapi iphone mmg mahal..org kata huawei utk gmbr mmg best
Sis pun selama harini amik gambar semua guna handphone je..mula blog guna Note3, kemudian terus bertukar ke ios, dari ip6 now dah ip11…pun puashati semua hasil kerja…tapi kadang tak kisah hp murah ke mahal, janji tau teknik nak amik gambar, kompom cantik punya, kan kann..
Marina kalau caro fon pon cari mp yg besar.ambik gambar,gambar akan jadi cantik. Yg penting harga mestilah kena ngan budget
Wow, cantiknya gambar dia? seriouslah dri phone oppo je? Bal macam tak guna sangat phone untuk tangkap gambar. biasa guna dslr je. Tapi kalu orang yang nak buat kerja memang full support dri phone memang dia kena cari phone yang macam Oppo ni. harga pun tak lah mahal sangat
Bergantung pada pengguna juga. Kalau kasar n tekan lelaju, jarang cuci storage, memang nazakla phone haha. Tapi kalau ada bajet lebih takpe cari yang berbaloi kan? hehe
tengok atas orang guna juga kan handphone ni. alau guna kasar, tak jaga, memang cepat la nazak dia. hihi
Kalau ikut study, handphone yang tahan lasak sistem dia laju orang kata IOS. Kalau ada bajet boleh menabung. Tapi kalau tak minat, Realme pun not bad..
wah lawa-lawa gambar..now iena pakai huaweei P30 ,lebih dari budget akak tapi gambar super cantiks..
kalau nak yg 1k maybe boleh cuba realme ke HP realme pun banyak yang kamera cantik and harga murah.iena ade pakai realme 5s jugak, not bad gambar dia ..harga bawah 1k.. hehe apa2 pun bergantung pada cara kita amek gambar and lighting juga nak dapatkan gambar cantik 🙂
erm macam2 gambar keluaq dah ni… hehe… tp mmg cantik & clear gambar2 nya!
Wow banyaknya group whatasapp yang kena layan kan.
Gambar yang diambil dengan huawei ni memang cantik cantik belaka. 🙂
pakai Huawei
In Sha Allah puas hati
hehehe