Skip to content
Nina Mirza
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

  • Home
  • Lifestyle
  • Resepi
  • Parenting
  • Review
  • Tips
  • Travel
  • Drama Movie
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

RESEPI PERIA GORENG TELUR
June 27, 2024August 4, 2024

RESEPI PERIA GORENG TELUR

PERIA antara jenis sayur berwarna hijau yang mempunyai bentuk seakan timun, mempunyai kulit yang mengerutu dan berwarna hijau muda ketika muda dan akan bertukar warna kuning apabila matang. Tahu tak korang, sayur peria merupakan tumbuhan sub-tropika yang tergulung sebagai  sayuran  buah yang paling pahit di dunia. HAh! See … No wonder laa masa Nina kecik memang tak suka langsung sayur peria sebab rasanya yang sangat pahit. Tapi bila dah remaja purba kini, dan sekarang dah tahu pulak khasiat sayur peria makanya sebab tu dok ulang ulang masak Resepi Sayur Peria Goreng Telur. Sedap weyhh..

Isi Kandungan hide
1 PERIA
1.1 Jenis Peria ada 2 jenis.
2 RESEPI PERIA GORENG TELUR
2.1 Cara Masak Peria Goreng Telur
2.2 TIPS
2.3 KHASIAT SAYUR PERIA UNTUK KESIHATAN
2.4 Related posts:
3 Ohh CHIA SEED. Nak start amalkan semula sebab
4 TIPS Berkesan Untuk Merawat Kulit Muka Yang Rosak Sebab Sunburn
5 Wajib cuba! Resepi Milo Oreo Jelly gerenti sedap
6 SLEEPING MASK | RUTIN KECANTIKAN PALING MUDAH SEMASA TIDUR

Eh Eh.. Kenapa pulak dah suka?
Atau adakah daku dah terkena sumpahan sayur peria?! Orang dulu-dulu selalu kata, jangan benci nanti sayang. Eh! HAhaa . . .

Khasiat Peria menu dalam pantang bersalin

PERIA

Ok, antara faktor utama kerana sayur peria yang pahit ini mempunyai banyak khasiat untuk kesihatan. Yang pahit itu lah ubat! Setuju?
Jom Nina kongsikan untuk korang Khasiat Peria untuk kesihatan. Manalah tahu kot lepas ni korang pun akan terjebak sama macam Nina, in love with sayur Peria pulak. HAhaa

Jenis Peria ada 2 jenis.

  • Satu yang besar bersaiz dalam 20-30cm berasal dari China. Kulit dia sikit licin dan berkilat.
  • Yang kedua – Peria kecil sikit , ada panggil nama dia Peria Katak. Kulit menggerutu berasal dari India. Biasa kedai makan Mamak ada jual, Peria digoreng garing memang sedap!

Resepi Peria Goreng Telur ini cukup yang ringkas dan sedap. Peria antara sayur kegemaran Nina. Ramai mengatakan sayur Peria ini bagus dimakan terutama untuk penghidap kencing manis dan Peria juga dikatakan kaya dengan khasiat untuk kecantikan kulit.

Tips : Untuk menghilangkan rasa pahit peria yang terlalu kuat, rendam hirisan peria di dalam air garam seketika. Bahagian akhir content ni ada Nina kongsikan tips cuci peria.

RESEPI PERIA GORENG TELUR

Bahan-bahan
1 biji peria saiz besar, buang biji dan hiris nipis
1 sudu besar cili kisar
1 biji telur
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
sedikit garam dan gula utk menambah rasa
3 sudu besar minyak masak
Bahan-bahan tumbuk kasar:
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
2-3 sudu besar ikan bilis

Cara Masak Peria Goreng Telur

  • Panaskan minyak masak dan tumis bahan tumbuk kasar sehingga kekuningan dan naik bau. Masukkan cili kisar. Kacau sebentar sehingga cili masak.
  • Pecahkan telur dan biarkan beberapa saat, kemudian kacau sehingga hancur. Masukkan serbuk kunyit.
  • Masukkan peria dan kacau sehingga masak sempurna. Tambahkan sedikit air untuk kuah (jika suka).
  • Perasakan dengan garam dan sedikit gula secukup rasa. Angkat dan hidangkan.

TIPS

  • Bersihkan peria dan potong dua. Buang biji dan hiris nipis kemudian rendam di dalam air bergaram selama 15 minit (anggran 1 sudu besar garam). Setelah direndam, bilas dengan air bersih dan toskan. Tips ini untuk mengurangkan rasa pahit peria. Cuba tau!
Khasiat Peria menu dalam pantang bersalin

KHASIAT SAYUR PERIA UNTUK KESIHATAN

Berikut dikongsikan khasiat peria katak dan manfaatnya untuk kesihatan:

  1. Kaya Nutrisi – Tinggi kalsium, zat besi dan vitamin C
  2. Mencegah Kanser – Kaya dengan antioksida, bersifat anti-kanser
  3. Membantu Mengawal Berat Badan – Rendah kalori, tinggi serat dan membantu pemendapan lemak
  4. Menurunkan Paras Gula – Rendah indeks glisemiks dan sekaligus boleh membantu mengurangkan kandungan gula dalam darah
  5. Menurunkan Kolesterol – Beberapa kajian mendapati ekstrak peria katak berpotensi membantu mengawal paras kolesterol jahat (LDL)
  6. Membantu Melegakan Asma / Radang – Dalam perubatan tradisional Cina, air rebusan peria digunakan untuk melegakan penyakit asma dan menyejukkan panas radang
  7. Mengatasi Masalah Berkaitan Haid – Air rebusan peria juga dikatakan boleh diminum untuk mengatasi masalah haid yang terlewat

Menarik kannn khasiat yang ada dalam sayur Peria? Ada banyak lagi khasiat sayur Peria.
Baca : KHASIAT DAN KEBAIKAN SAYUR PERIA | MENU SAYUR PANTANG BERSALIN
Jom amalkan ..

Related posts:

Ohh CHIA SEED. Nak start amalkan semula sebab

TIPS Berkesan Untuk Merawat Kulit Muka Yang Rosak Sebab Sunburn

Wajib cuba! Resepi Milo Oreo Jelly gerenti sedap

SLEEPING MASK | RUTIN KECANTIKAN PALING MUDAH SEMASA TIDUR

Resepi Tips Cara Masak PeriaIdea Nak Masak ApaInfo - kesihatanKhasiat PeriaPeriaPeria Goreng TelurPeria masak apaResepiresepi mudahSayur PeriaTips hilangkan pahit Peria

Post navigation

Previous post
Next post

Comments (3)

  1. Pingback: khasiat dan kebaikkan PERIA Menu sayur pantang bersalin
  2. Ammi says:
    June 28, 2024 at 7:56 am

    Ammi dari kecik suka peria. Tapi dulu arwah mama selalu guna peria yg besar licin sikit tu. Jadi kurang sikit pahitnya. Mama buat kari, goreng pecah telur, sambal, masak lomak eh macam2lah

    Reply
  3. LADYBIRD says:
    June 29, 2024 at 3:00 pm

    ldy x pernah makan peria ni.. sebab baunye pun sudah menunjukkan kepahitannya..

    arwah bak dlu suka makan… dan che pandai masak.. nmpk sedap tp tkt nak jamah.. huhuhu

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CATEGORIES

  • Drama Movie
  • Lifestyle
  • Parenting
  • Resepi
  • Review
  • Tips
  • Travel

ABOUT ME

Nina Mirza

Lifestyle & Parenting Blogger since 2011.

Mendapat pendidikan dalam Business Management dan berpengalaman lebih 10 tahun dalam Banking, Property dan bidang Oil & Gas.

Blog NinaMirza.com adalah satu medium dimana Nina kongsikan segala resipi dan tips tentang masakan, kecantikan, parenting, travel dan review produk dan event.

Hubungi Nina untuk lebih lanjut
Email : nina.azlan1@yahoo.com

AWESOME BLOG

©2026 Nina Mirza | WordPress Theme by SuperbThemes