Skip to content
Nina Mirza
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

  • Home
  • Lifestyle
  • Resepi
  • Parenting
  • Review
  • Tips
  • Travel
  • Drama Movie
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

Khasiat Peria menu dalam pantang bersalin
August 23, 2016June 27, 2024

Menu sayur dalam pantang. Setiap hari PERIA , Peria peria peria …!! Oooo… banyak khasiat dan kebaikkan Peria rupanya

Khasiat dan kebaikkan PERIA |  Ramai dok tanya dan minta Nina kongsikan menu Nina sepanjang Nina pantang bersalin ni.. Tak de apa yang istimewa pun. Rasanya lebih kurang sama macam orang lain jugak menu pantang bersalin Nina. Sebenarnya segan nak share.. ngada kan hahaha . . . Kot ada yang Nina langgar pantang, naya Nina kena hentam! Gggrrrr….

Isi Kandungan hide
1 Menu SAYUR pantang bersalin
1.1 Sayur PERIA
1.2 Khasiat dan kebaikkan PERIA Menu sayur dalam pantang bersalin
1.3 Khasiat dan kebaikan Peria dalam makanan
1.4 Khasiat kebaikan Peria untuk ubat-ubatan
1.5 Related posts:
2 Udang Masak Hitam Berempah Mamak Style. Walla..
3 Nasi Goreng Yunan - Chinese Style
4 Orange Oh Orange... Orange Cake !!
5 Lega batuk dah baik! Berkesan petua minum air rebusan Daun..

Sebenarnya tiap orang punya pelbagai petua sepanjang mereka dalam pantang. Ada yang pantang beria bersungguh-sungguh dan ada juga yang ala kadar. Ada jugak yang tak pantang pun. Pantang nampak makanan dia dia makan! hehehe . . .

Menu SAYUR pantang bersalin

Nina? sederhana aje… Ok, meh Nina kongsikan menu sayur yang Nina makan sepanjang Nina dah berpantang 3 minggu ni. Yeayyy….!! Dah lepas 3minggu..!! Hehee… ok berbalik pada menu pantang Nina – Setiap hari Geng dok sedia kan PERIA aje!

Peria Goreng Rangup Sedap Menu Sayur Pantang Bersalin

Gini laa nasib … Pantang sendiri kat rumah, hubby yang jaga so makan aje apa yang dia sediakan. Kalau nak tahu, Nina sebenarnya tak reti makan peria ni. Dulu tak suka langsung. Tak sedap, pahit lak tuu…!! Tapi kali ni reti lak makan sampai licin! hehehe . . . (itulah penangan air tangan suami agaknya…) Tak de special pun, dia akan goreng gitu aje.. Tanpa garam dan sebagainya. Huhuuu . . .

Sayur PERIA

Peria ni banyak khasiat tau. Meh Nina kongsikan ngan korang kebaikkannya. Manalah tahu, sapa yang tak makan peria macam Nina pun boleh jadi kemaruk Peria tiap hari. Sedap gak tau kalau dah hari-hari makan. Akan terasa kerinduan syahdu sendu kalau sehari tanpanya… chewah! hahaa…

Jom baca khasiat dan kebaikkan Peria

khasiat dan kebaikkan PERIA Menu sayur dalam pantang bersalin

Khasiat peria yang dikenali juga sebagai kambas sudah diketahui sejak zaman dahulu lagi. Ketika itu, peria digunakan untuk merawat beberapa penyakit seperti kencing manis, darah tinggi dan buasir.

Khasiat dan kebaikkan PERIA Menu sayur dalam pantang bersalin 

  • Air rebusan peria boleh digunakan untuk menyejukkan bahagian dalaman tubuh. Bagi yang mengalami buasir, disarankan rebus daun peria dan campurkan ke dalam segelas susu atau minuman setiap pagi.
  • Pengidap kencing manis, disarankan mengambil peria sebagai menu harian bagi penjagaan kesihatan kerana ia mengandungi insulin yang berfungsi mengawal kadar glukosa dalam darah.
  • Begitu juga bagi wanita yang baru bersalin, disyorkan mengamalkan makan peria ketika berpantang, lebih-lebih lagi apabila sudah kehilangan banyak darah sewaktu melahirkan anak. Pakar perubatan China menggunakan air rebusan peria untuk merawat penyakit asthma dan haid yang terlewat.
  • Peria juga dikatakan memberikan manfaat dalam penjagaan kecantikan terutama kulit. Peria dapat membantu menghalang jerawat tumbuh berleluasa pada kulit muka kerana mengandungi ciri penulenan darah.
  • Peria juga boleh mengatasi masalah darah kotor yang menyebabkan bisul, kudis buta dan rasa gatal. Yang perlu dilakukan, campur segelas perahan peria dan secamca teh perahan limau. Ia perlu diminum sedikit demi sedikit setiap hari selama empat hingga enam bulan. 

Khasiat dan kebaikan Peria dalam makanan

  • Buahnya yang belum masak dijadikan sebagai sayur yang digoreng, dibuat sup, dikukus, direbus, masak kari dan sebagainya.
  • Buah, pucuk dan bunganya dijadikan sebagai perisa dalam masakan.
  • Buahnya boleh dijadikan sebagai jeruk, dikeringkan dan ditinkan.
  • Mengandungi khasiat makanan kerana mengandungi banyak mineral dan vitamin.
  • Isi yang meliputi biji peria boleh dibuat manisan.

RESEPI PERIA GORENG TELUR

Cuba : Resepi Peria Goreng Telur

Khasiat kebaikan Peria untuk ubat-ubatan

  • Semua bahagiannya boleh dijadikan sebagai jus sebagai ubat luaran untuk penyakit kulit, serta dimakan bagi mengubati penyakit artritis, demam panas, masalah hati, reumatisme, asma, membunuh cacing dalam perut dan urus serta masalah kaum wanita.
  • Sebahagian bahagian tumbuhan boleh membantu melawaskan buang air besar.
  • Buahnya dimakan atau direbus sebagai ubat harba antimikrob, antitumor, membunuh cacing dalam perut dan usus, cirit-birit, mengecutkan otot, minuman tonik, tonik perut, ubat kencing manis, merawat kulit terbakat, luka-luka, sampu dan sakit perut.
  • Buah yang dimasak sebagai lauk boleh mengubati batuk, bengkak sistem penafasan dan banyak kahak.
  • Jus buah hijaunya diminum bagi mengubati cirit-birit dan bengkak usus besar.

Lebih menarik, kajian di luar negara mendapati masalah ketagihan alkohol juga boleh diatasi dengan meminum air daun peria. Di Australia dan Amerika Syarikat, peria kini menjadi bahan penting bagi merawat penyakit leukimia, HIV dan AIDS.

Biarpun setakat ini, belum ada kajian sepenuhnya dijalankan bagi menguji keberkesanan peria dalam menangani penyakit-penyakit tersebut, terdapat beberapa kes yang menunjukkan bahawa tumbuhan pahit tersebut boleh membantu menghentikan dan ada kalanya membaikkan penyakit tersebut daripada merebak. Peria didapati boleh meningkatkan semula kiraan sel CD4 (sel imun) dalam tubuh manusia.

Sumber : Berita Harian

Amacam… banyakkan khasiat dan kebaikkan Peria? So lepas ni mana yang tak tahu nak makan apa masa pantang, tiru macam saya – makan Peria! hehee . . .

Tips dan cara nak banyakkan SUSU IBU susu badan dengan berkesan
Ini lah lobak putih kot korang tak kenal … Sedap buat sup!

Selain Peria, boleh juga makan Sawi, Lobak Putih, dan Ulam-Ulaman Pegaga, Ulam Raja. Tapi idok lerr boleh cecah ngan sambal belacan atau sambal tempoyak yaa… Makan gitu aje! Sila lah tabah… hehee…

Ketahui TIPS Cara banyakkan susu ibu dengan berkesan tanpa ubat

Related posts:

Udang Masak Hitam Berempah Mamak Style. Walla..

Nasi Goreng Yunan - Chinese Style

Orange Oh Orange... Orange Cake !!

Lega batuk dah baik! Berkesan petua minum air rebusan Daun..

Lifestyle Parenting Resepi Tips Kambaskebaikkan periaKhasiat Periamelawaskan sistem pembuanganmenu dalam pantangmerawat kencing manissayur dalam pantangSayur Peria

Post navigation

Previous post
Next post

Comments (10)

  1. Lia UmmiIrfan says:
    August 23, 2016 at 8:26 am

    banyaknya khasiat peria ye.. lepas ni nak makan jugak.. sebab sebelum ni takmo makan, peria ni pahit.. hehe..

    Selamat Pagi dan semoga ceria2 selalu.. :))

    Reply
  2. cik nor says:
    August 23, 2016 at 9:12 am

    good sharing kak nina..:)

    Reply
  3. Anuar says:
    August 23, 2016 at 9:45 am

    Selamat berpantang…
    Makan sayur peria memang bagus untuk orang yang sedang berpantang…. Masa isteri saya tengah berpantang hari tu kebetulan pula ramai kawan-kawan dia yang datang nelawat…

    Masa tu wife saya suruh cari lauk dan sayur untuk menjamu kawan-kawan makan…. Bila teringat isteri saya kena makan sayur peria masa tu, saya pun belilah peria goreng sebanyak-banyaknya dengan harapan tetamu yang datang juga boleh makan sayur yang sama… Kesian dekat dia orang… hehehe

    Reply
  4. YB Shehan says:
    August 23, 2016 at 4:05 pm

    takut lagi nak cuba. huhuhu..

    Reply
  5. Ubai says:
    August 24, 2016 at 3:22 pm

    selamat berpantang kak 🙂

    Reply
  6. Nurul says:
    August 25, 2016 at 2:10 pm

    Good sharing! Salam dari KBBA9!

    Reply
  7. ema says:
    August 25, 2016 at 4:31 pm

    boleh makan peria goreng tepung yg digoreng garing-garing tu je,..lain-lain tak boleh sebab pahit sangat..walhal pahit itulah ubat sebenarnya.

    Reply
  8. Shiqeen sattar says:
    August 25, 2016 at 11:28 pm

    Alamak SS mmg x suka makan sayur huhuhu

    Reply
  9. zulhilmi tempoyak says:
    August 30, 2016 at 2:02 am

    cc bini2 ku nanti sng

    Reply
  10. nadia johari says:
    September 29, 2016 at 9:00 pm

    peria la sedap..

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CATEGORIES

  • Drama Movie
  • Lifestyle
  • Parenting
  • Resepi
  • Review
  • Tips
  • Travel

ABOUT ME

Nina Mirza

Lifestyle & Parenting Blogger since 2011.

Mendapat pendidikan dalam Business Management dan berpengalaman lebih 10 tahun dalam Banking, Property dan bidang Oil & Gas.

Blog NinaMirza.com adalah satu medium dimana Nina kongsikan segala resipi dan tips tentang masakan, kecantikan, parenting, travel dan review produk dan event.

Hubungi Nina untuk lebih lanjut
Email : nina.azlan1@yahoo.com

AWESOME BLOG

©2025 Nina Mirza | WordPress Theme by SuperbThemes