Skip to content
Nina Mirza
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

  • Home
  • Lifestyle
  • Resepi
  • Parenting
  • Review
  • Tips
  • Travel
  • Drama Movie
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

ZAKAT SELANGOR KEMPEN BERBAHAGIA DENGAN MEMBERI
December 19, 2018August 10, 2023

KEBERKATAN REZEKI Berbahagia Dengan Memberi ZAKAT SELANGOR

Amboi..  Seronok nya memasing hujung tahun dapat bonus? Berapa bulan korang dapat bonus? Gerenti ada yang 5 bulan, 7 bulan bah kan setahun bonus pun ada kann? Sapa tu..? Malu ehh nak ngaku. Kita tak dapat, surirumah jer.. Mana ada bonus. Sedih! Tahu tak perihat bonus ini adanya keberkatan rezeki berbahagia dengan memberi ZAKAT SELANGOR SKIM BERKAT memudahkan urusan zakat kita.

Isi Kandungan hide
1 KEBERKATAN REZEKI Berbahagia Dengan Memberi ZAKAT SELANGOR SKIM BERKAT
1.1 Bonus gaji dah tolak zakat?
1.2 Rukun Islam ke 4 – Mengeluarkan Zakat
1.3 Zakat pendapatan
2 Berbahagia dengan memberi
2.1 Sedekah
2.2 SKIM BERKAT LEMBAGA ZAKAT SELANGOR
2.3 Apa nak buat ni baru tahu tentang Zakat Gaji / Zakat Pendapatan ?
2.4 KEMPEN BERBAHAGIA DENGAN MEMBERI LEMBAGA ZAKAT SELANGOR
2.5 Tak akan jatuh miskin dengan membayar zakat.
3 KEBERKATAN REZEKI Berbahagia Dengan Memberi ZAKAT SELANGOR SKIM BERKAT
3.1 Syarat -syarat penyertaan
3.2 KEBERKATAN REZEKI Berbahagia Dengan Memberi ZAKAT SELANGOR SKIM BERKAT
3.3 Related posts:
4 Orange Cake lagi ~~~~ sempena CNY. Hehehe . . .
5 Terkini! UTC dah tukar waktu operasi 2019 seluruh Malaysia
6 Ayam Masak Pedas Bergajus Chinese Style ... tapi tak pedas pun~
7 Menganggur? Nak tukar keje atau cari keje lain? Meh apply ada lebih 10,000 jawatan kosong kerajaan t...

Secara logik nya bonus yang staff dapat bergantung pada prestasi keje korang dan juga prestasi syarikat yang korang keje. Setidaknya paling minima 2 bulan gaji kann..? Mmmm… Indahnya rasa kehidupan ni bak semua pun milik kita. Syukur Alhamdulillah

KEBERKATAN REZEKI Berbahagia Dengan Memberi ZAKAT SELANGOR SKIM BERKAT

ZAKAT SELANGOR KEMPEN BERBAHAGIA DENGAN MEMBERI

Bonus gaji dah tolak zakat?

Hurmmm … Hurmm.. Hurmm…. Salah ke soalan Nina? Kerrr… Tetiba terfikir sambil dok pegang dagu atau tetiba gatal rambut yang padahal tak gatal pun. Kannnnn…?? Income tax dah memang sedia tolak kannn, tapi zakat? Cer semak diri..

Rukun Islam ke 4 – Mengeluarkan Zakat

Tak perlu kot Nina nak terang tentang Rukun Islam yang wajib korang sedia maklum. Kita bukan Ostazah pun.. Zakat tak semestinya dibayar sewaktu bulan Ramadhan jer bah kan hakikat yang kadang terlepas pandang atau pura-pura eh eh iyer ker? Gaji pun perlu bayar zakat.

Zakat pendapatan

Tak banyak pun gaji yang perlu di tolak untuk Zakat pendapatan ni, hanya 2.5% itu pun belum di tolak perkara-perkara lain.

Berbahagia dengan memberi

Sedekah

Pernah tak sambil jalan-jalan terpandang orang susah tepi jalan peminta sedekah. Kebetulan sewaktu tu terdetik niat sesuci murni seikhlas hati nak hulurkan sedekah.

Lalu kita pun beri lah RM5. Lepas tu tentu ada sekelumit rasa kepuasan dapat bantu orang kann? Niat di hati kita sedekah kan pada orang tersebut dengan harapan duit yang kita beri dapat meringankan bebenan si peminta tadi untuk waktu itu. Bagus!

Tindakan kita tu betul, tak de salahnya. Ada rezeki lebih beri lah lagi, bantu laa mereka. Cuma konsep sedekah dan zakat dua perkara yang berbeza terutama dari segi agihan kepada yang memerlukan.

Ketahui Cara BERDOA yang betul . Mohon pada Allah agar segala urusan kita dipermudahkan dan dilimpahi rezeki yang mencukupi lagi berkat agar kita dapat berkongsi rezeki dengan yang memerlukan.
Waktu paling Mustajab DOA sebelum Berbuka Puasa dan Sahur

SKIM BERKAT LEMBAGA ZAKAT SELANGOR

ZAKAT SELANGOR KEMPEN BERBAHAGIA DENGAN MEMBERI

Dengan SKIM BERKAT yang ada di Lembaga Zakat Selangor , kita telah memberi pada saluran yang lebih layak menerimanya. Golongan Asnaf. Dengan zakat yang kita keluarkan, membantu mereka bukan setakat hari ini , waktu ini, malah berterusan…Sememangnya mereka insan yang memerlukan.

Keberkatan zakat amatlah hebat. Tersentuh hati bila terbara satu kisah ni yang pasti ada jer di antara kita yang mengalami situasi gini tanpa sedar.

baca : kisah AKU BERDOSA! RUPANYA SELAMA 9 TAHUN NI AKU BERHUTANG DENGAN ZAKAT.

Dah baca? Fuuhhhh … Menghela nafas yang panjanggg… Kesal? Rasa nak menangis? Hentikan laaa.. Syukur Alhamdulillah, sekurang nya sekarang korang dah tahu dan dah sedar kewajipan menunaikan zakat gaji. Huhuuu . . .

Apa nak buat ni baru tahu tentang Zakat Gaji / Zakat Pendapatan ?

Buat syarikat yang belum pernah mencarumkan pekerjanya zakat pendapatan atau namanya Skim Berkat boleh lah daftar online dan  buat syarikat yang tidak aktif dah lebih setahun senyap sepi tanpa khabar berita dari membayar zakat juga amat di alu-alukan berbuat demikian.

Syarikat yang membantu staff nya dalam membuat potongan zakat melalui gaji berjadual bukan sahaja dapat pahala memudahkan urusan staff mereka tapi syarikat juga berpeluang menang hadiah. Menarik kann..??

Sempena Kempen terbaru Zakat Selangor ada hadiah bakal dimenangi untuk syarikat yang daftar SKIM BERKAT. Hadiah tu nanti boleh lah beri pada pekerja yang paling berdedikasi. Menarik kannn..??

KEMPEN BERBAHAGIA DENGAN MEMBERI LEMBAGA ZAKAT SELANGOR

Korang yang bekerja pun boleh terus maklumkan pada HR untuk tindakan susulan pembayaran zakat gaji untuk setiap bulan. Tak susah pun, korang tak perlu kira manual berapa yang perlu di tolak dari gaji, pengiraan di lakukan melalui web. InsyaAllah… Dengan kongsi rezeki gaji yang kita terima selepas ni lebih berkat. Aamiin…

Tak akan jatuh miskin dengan membayar zakat.

Nina ada terbaca, ada yang fobia akan jatuh miskin jika berzakat atau bersedekah ketika mana mereka diuji dengan kesempitan hidup. Sedangkan Allah SWT berfirman yang maksud-Nya:

Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah ibarat sebutir benih yang menumbuhkan tujuh tangkai, pada tiap-tiap tangkai 100 biji. Allah melipat gandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki. Dan Allah maha luas (kurnia-Nya) lagi maha mengetahui. (al-Baqarah: 261)

KEBERKATAN REZEKI Berbahagia Dengan Memberi ZAKAT SELANGOR SKIM BERKAT

Syarat -syarat penyertaan

Untuk maklumat lebih lanjut korang layari www.zakatselangor.gov.my

Tempoh Kempen : Terlah bermula dan berakhir 31 Disember 2018

Atau kot korang yang baca ni nak syarikat tempat korang bekerja buat SKIM BERKAT ni, kot laaa HR tak faham ker kannnn, korang boleh hubungi Zakat Selangor datang bagi taklimat pada syarikat korang bekerja. Senang citer korang hubungi pegawai yang bertugas
Puan Nazirah 012-6296791
Encik Hatta 019-3880573

ZAKAT SELANGOR KEMPEN BERBAHAGIA DENGAN MEMBERI

KEBERKATAN REZEKI Berbahagia Dengan Memberi ZAKAT SELANGOR SKIM BERKAT

Berbahagia dengan memberi , InsyaAllah diberi oleh YAng Esa keberkatan untuk kita yang menunaikan Rukun Islam Ke-4. Paling penting, tanggungjawab menunaikan zakat ni dengan Skim Berkat ni boleh mengurangkan Potongan Cukai Tahunan korang nanti. Mudah kan? Renung-renungkan laaa…

Perkongsian ikhlas,
Nina Mirza

Related posts:

Orange Cake lagi ~~~~ sempena CNY. Hehehe . . .

Terkini! UTC dah tukar waktu operasi 2019 seluruh Malaysia

Ayam Masak Pedas Bergajus Chinese Style ... tapi tak pedas pun~

Menganggur? Nak tukar keje atau cari keje lain? Meh apply ada lebih 10,000 jawatan kosong kerajaan t...

Lifestyle Tips Berbahagia dengan memberiCara bayar Zakat potongan gaji bulananInfo - IslamicInfo - SemasaKongsi RezekiLembaga Zakat SelangorLZSmencarum zakatSKIM BERKAT

Post navigation

Previous post
Next post

Comments (33)

  1. Huda says:
    December 19, 2018 at 11:20 pm

    Nice sharing kak nina. semoga mereka yang dapat gaji dan bonus berkepuk2 tu ada kesedaran nak membayar zakat.

    Reply
  2. Ai says:
    December 20, 2018 at 10:38 am

    Indahnya dunia bila dapat bonus. Lebih indah lagi bila tunaikan kewajipan dan berkongsi rezeki dengan mereka yang memerlukan.

    Reply
  3. Sueizza says:
    December 20, 2018 at 10:38 am

    Betul tu kak,zakat la pembuka rezeki dlm hidup,biar hidup dlm keberkatan.

    Reply
  4. ciklilyputih says:
    December 20, 2018 at 11:01 am

    pentingnya zakat ni kannn, kite kena banyak memberi jadi selalulah kita menerima kan

    Reply
  5. Abby Onety says:
    December 20, 2018 at 11:06 am

    Berzakat itu wajib bagi kita sebagai umat islam sama halnya membersihkan diri dan harta kita dengan zakat. Banyak orang yg butuh dan harus kita paham bahwa dari harta yg kita miliki, ada hak orang lain disana

    Reply
  6. YB Shehan says:
    December 20, 2018 at 11:55 am

    terbaik penerangan… kna join la kempen nih..

    Reply
  7. Sherry says:
    December 20, 2018 at 12:17 pm

    yeah, good that you mention of this as it’s awareness for everyone to know of it. Can visit the link in your post to know about the zakat Selangor. Shall let my friends to know of this too.

    Reply
  8. mamatisya says:
    December 20, 2018 at 1:16 pm

    dlm rezeki kita , ada rezeki org lain..berzakat adalah wajib utk setiap org islam..di samping membantu golongan-golongan yang memerlukan bantuan. smoga kita dimurahkan rezeki apabila byk memberi dan bersedekah kan

    Reply
  9. Chaza Xiaojie says:
    December 20, 2018 at 1:28 pm

    Alhamdulillah nice sharing sis. Zakat is wajib dalam Islam . Suami cx pon dah buat potongan zakat pendapatan melalui gaji bulanan. Senang. Siap² potong. Alhamdulillah mudah²an Allah lipat gandakan rezeki buat kita semua. Amin.

    Reply
  10. lisa nurulain says:
    December 20, 2018 at 1:32 pm

    bayar zakat ni boleh dapat pahal lepas tu limpahakn rezeki kita lak

    Reply
  11. yanieyusuf says:
    December 20, 2018 at 2:01 pm

    Terima kasih kaknina.. perkongsian yang bagus.

    Reply
  12. PencariMakan says:
    December 20, 2018 at 2:06 pm

    Zakat oh zakat.. Itu sebenarnya… Kadang-kadang kita lupa dan terlupa.. APa pun mantop kak nina..

    Reply
  13. SalinaJohari says:
    December 20, 2018 at 2:07 pm

    Selagi tak bayar zakat.. seriously tak tenang hati .. ade je yg tak kena . Dan percayalah yg rezeki tu akan berganda lepas tunaikan zakat

    Reply
  14. farah wahida says:
    December 20, 2018 at 2:15 pm

    tq info yang bermanfaat..kadang2 kita lupa tentang zakat pendapatan ini

    Reply
  15. mas saari says:
    December 20, 2018 at 3:06 pm

    Saya bayar zakat melalui potongan gaji, mudah!

    Reply
  16. amirnawawi says:
    December 20, 2018 at 4:31 pm

    Ya zakat sememangnya penting. Sebab itulah dimasukkan dalam rukun Islam juga.

    Dalam rezeki kita ada rezeki orang lain.
    Allahu indahnya ajaran Islam.

    Reply
  17. Syafiera Yamin says:
    December 20, 2018 at 5:23 pm

    haritu terdetik nak dengar ceramah, bila dengar ceramah tu ustaz kata semua harta kita ni bukan milik kita keseluruhannya memang 2.5% rezeki orang lain… walaupun i tak cukup haul nak berzakat… tapi duit bulanan i calculatelah kalau sebulan tu rezeki dapat around 900 i tolak 2.5% i kasi je sape sape i nak kasi hahahhaha… tapi orang yang betul betul memerlukanlah.. tu je la cara nak clear rezeki orang len… huuuu….

    Reply
  18. Syamimi says:
    December 20, 2018 at 6:31 pm

    Bagi yang berpendapatan lebih, boleh la kira balik tentang zakat tu kan.
    Mcm kita surirumah je. Pendapatan pun ala alaaa ada je la.
    Selalunya hulur juga. Hulur dalam memberi rezeki secara bersedekah la.

    Reply
  19. Mahamahu says:
    December 20, 2018 at 11:09 pm

    Mungkin kakitangan awam Selangor kena bayar lebih sebab dapat bonus 1 bulan gaji wakakakaka. tak kisah sapa kita kalau dah sampai tahap yang ditetapkan kena keluarkan zakat dan cara sangat mudah sekarang… Tiada alasan untuk tidak berzakat..

    Reply
  20. Ruby says:
    December 21, 2018 at 2:26 am

    Zakat wajib yang biasa kita mampu buat adalah Zakat Fitrah pada bulan Ramadan. Untuk Zakat Harta ni ramai tak faham, nak berzakat camana kalau gaji cukup makan. Sebenarnya bleh je buat setahun sekali. Bulan Disember la paling selalu org bayar. Sebab dapat bonus dan dah kira hasil untung rugi perniagaan. Bayar zakat juga boleh dapat rebat cukai pendapatan bagi individu. Utk yang ada perniagaan, boleh mengurangkan cukai korporat mereka. So marilah belajar tentang zakat ni. Ruby nampak ramai post berkenaan entry zakat. Semua ruby tanya soalan. Hahaha

    Reply
  21. Hanny Abdullah says:
    December 21, 2018 at 2:36 am

    Syioknya dapat bonus hujung tahun. Tapi sis ni tak bekerja so merangkak le cari rezeki sendiri. Walau mcm mana pun jika ada rezeki lebih memang bayar juga zakat ikut kiraan. Buat sesiapa yang bekerja tu, Alhamdulillah senangnya nak bayar zakat sekarang sebab adanya potongan gaji..jadi tak ada alasan dah tak nak bayar zakat

    Reply
  22. Shazillah Sani says:
    December 21, 2018 at 8:13 am

    Gaji sha mmg dah potong zakat sekali.. Hihihi

    Reply
  23. afeefah says:
    December 21, 2018 at 8:18 am

    thank you sbb share kak nina

    Reply
  24. henrytan says:
    December 21, 2018 at 8:53 am

    i remember learning how to calculate zakat in during my class for shariah registered financial planner course. nowadays most of their website comes with the calculator to ease muslims to calculate zakat.

    How to deal with markets ups and downs?

    Reply
  25. Zharif Azis says:
    December 21, 2018 at 9:44 am

    betul tu. sesetengah masyarakat rasa membazir kalau berzakat walhal zakat adalah utk penyucisan harta dan malam menambahkan lagi keberkatan rezeki kita. nice sharing kak Nina. harap dengan adanya perkongsian seperti ini, masyarakat akan berzakat.

    Reply
  26. Nadia johari says:
    December 21, 2018 at 9:46 am

    Oramg tak ramai tahu pasal zakat yan ni kan.. Bagus kak nina terangkan. Senang sekrg nk byar zakar. Macam2 cara… Ni lgi potongan gaji.. Swllau bayar zakat suami, tapi nad selalu amik tau berkenaan zakat nibsebab ramai yangvpost. Bgusla. Kak nina dan lain-lain sharing

    Reply
  27. Wui Kathy says:
    December 21, 2018 at 10:32 am

    Support charity force always for a better world.

    Reply
  28. innanie says:
    December 21, 2018 at 10:37 am

    Alhamdulillah peringatan yang baik utk kita semua. Bila ada rezeki lebih, why not untuk memberi lebih kepada orang lain kan. Mana tahu boleh tambah lagi pendapatan dan rezeki kita. Insya Allah

    Reply
  29. Mama Kembar Tiga says:
    December 21, 2018 at 7:55 pm

    Sekarang senang ja bayar zakat pendapatan melalui potongan gaji, tak yah pening kepala risau bila dah tunaikan tanggungjawab

    Reply
  30. Saidila Rahman says:
    December 22, 2018 at 1:11 am

    setuju dengan nina…tak akan miskin dengan berzakat…banyak dah cara yang diberikan oleh lzs supaya umat islam peka dengan zakat..tak ada masa pergi pejabat online pun boleh…semoga apa yang nina tulis sampai kepada pembaca2 yang lain dan timbulkan kesedaran tentang berzakat

    Reply
  31. Alia says:
    December 22, 2018 at 10:58 am

    Betul… Dalam rezeki kita.. Ada rezeki org lain.. Kena pakat beringat. Allah dah janji orang yang rajin bersedekah banyak ganjarannya. Kat bumi Allah gandakan rezeki dia. Kat akhirat pun lgi la besar ganjaran dia

    Reply
  32. Racheal says:
    December 26, 2018 at 9:09 am

    This is a good reminder to all Muslim friends. I just shared your post to my friends

    Reply
  33. Vex 3 says:
    January 4, 2019 at 11:25 am

    This article is really fantastichttp. thanks for sharing the valuable post.

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CATEGORIES

  • Drama Movie
  • Lifestyle
  • Parenting
  • Resepi
  • Review
  • Tips
  • Travel

ABOUT ME

Nina Mirza

Lifestyle & Parenting Blogger since 2011.

Mendapat pendidikan dalam Business Management dan berpengalaman lebih 10 tahun dalam Banking, Property dan bidang Oil & Gas.

Blog NinaMirza.com adalah satu medium dimana Nina kongsikan segala resipi dan tips tentang masakan, kecantikan, parenting, travel dan review produk dan event.

Hubungi Nina untuk lebih lanjut
Email : nina.azlan1@yahoo.com

AWESOME BLOG

©2025 Nina Mirza | WordPress Theme by SuperbThemes