Doa yang terbaik untuk dia

Cara BERDOA Yang Betul. Minta laaa , amalkan dan InsyaAllah . . . Dikurniakan Dimakbulkan!

Cara BERDOA yang betul | Tukar  Cara BERDOA

Bismillah . . . Tergerak hati untuk kongsikan info ilmiah yang amat bermanfaat buat semua yang sudi singgah baca blog Nina. Dah lama juga dapat info ini cuma entah kenapa baru hari ni tergerak untuk berkongsi…

Perkara baik why not kita kongsikan kannn? Manalah tahu sedikit sebanyak ianya memberi manfaat untuk kita semua. Kadang kala ada benda yang kita rasa ianya remeh dan kita dah sedia tahu, rupanya lagi banyak yang kita tak tahu dari tahu. Eh! Berapa banyak tahu daaaa, yang pasti bukan tauhu yang untuk di makan tu . . .

Okies, Nina tak de edit atau tukar apa jua info yang ada, Nina just copy paste ilmiah ini untuk korang.

Cara BERDOA yang betul | Tukar  Cara BERDOA

INSYA ALLAH siapa yang betul-betul amalkan, The Power of Doa ini, boleh mengubah hidup kita menjadi yang lebih baik. Biiznillah.

FORMULA 1

Sebelum ini kita selalu berdoa, ” Ya ALLAH berikanlah aku kekuatan.” Jika kita berdoa begitu, maka ALLAH akan sentiasa uji untuk test kekuatan kita. Faham ke faham ?

Jadi doa yang kita boleh betulkan ialah,

” Ya ALLAH lapangkan kesulitan apa yang aku hadapi ini, Ya ALLAH keluarkan aku dari kesulitan ini, Ya ALLAH bantulah aku.”

FORMULA KE 2

Selain daripada itu, kita sebelum ini mungkin selalu berdoa, ” Ya ALLAH berilah aku…”. Jadi, selepas ini kita tukar sikit doa iaitu,

” Ya ALLAH kurniakanlah aku…”

Kerana apa ? Jika kita sebut beri maka bila-bila masa ALLAH boleh ambil balik. Namun, jika sebut kurnia, maka ALLAH akan kurniakan kita sesuatu sampai bila-bila INSYA ALLAH.

FORMULA KE 3

Satu lagi, selalu saya dengar dan nampak orang doa begini, ” Semoga DIMURAHKAN rezeki “. Selepas ini, latihkan baca doa begini,

” Semoga DILIMPAHKAN rezeki yang berpanjangan dan berkat.”

Nampakkan dua perbezaan doa itu ? Doa kena betul, sebab setiap doa kita ALLAH dengar dan yakin ALLAH makbulkan doa kita. Jadi dengan doa ini saya nampak betapa pentingnya untuk kita praktikkan dalam kehidupan seharian.

FORMULA KE 4

Selain itu, selalu kan kita berdoa seperti ini, contohnya, “ Ya ALLAH, kurniakanlah kami zuriat, anak yang soleh dan solehah.” Dan setiap kali itu jugalah kita akan berasa kecewa, stress bila doa tidak dimakbulkan ALLAH.

Kalau selama ni kita hanya minta pada ALLAH sekadar nikmat sahaja. Kita tak benar-benar ikhlas meminta padaNya supaya diberikan nikmat yang lebih bernilai. Maka hari ini, ayuh kita tukar cara berdoa seperti ini, contohnya,

” Ya ALLAH, sekiranya dengan mempunyai zuriat dapat mendekatkan aku dengan diriMu maka makbulkan ya ALLAH..

Sekiranya dengan mempunyai anak membuatkan Engkau lebih memandangku Ya Allah, maka kurniakanlah..

Sekiranya dengan mempunyai anak membuatkan ibadahku lebih bertambah dan solatku lebih khusyuk maka izinkanlah nikmat ini Engkau pinjamkan padaku Ya ALLAH..

Kerana Engkau sahajalah sebaik-baik perancang dan Engkaulah Rabb Yang Maha Mengetahui atas segala sesuatu yang terbatas bagiku. “

Aamiiinn Ya Mujib.

Sebabnya, bilamana kita berdoa seperti di atas ini, matlamat dan objektif dalam doa itu bukan terfokus pada nikmat semata, tapi lebih ikhlas kerana hubungan kita pada ALLAH yang memberikan nikmat itu.

FORMULA KE 5

Selalu juga, bila kita berdoa kita minta macam-macam pada ALLAH.. Hingga kita lupa nak bersyukur atas segala nikmat yang telah ALLAH beri.. Kita lupa nak bersyukur dengan rezeki yang sudah ada di hadapan kita..

Jadinya, bersyukur dulu atas apa yang ALLAH dah beri, maka ALLAH akan tambahkan lagi.. Sebagai contoh,

” Ya ALLAH, aku bersyukur umurku masih panjang lagi pada hari ini, maka Engkau jadikanlah hariku sebagai ibadah kepada Mu. Dan redhalah kepadaku Ya ALLAH..”

Cara BERDOA Yang Betul DOA TIPS makbul

Oh ya, nak selitkan sikit info
Ada suatu waktu yang mustajab untuk berdoa, dimana doa tersebut tidak akan ditolak oleh Allah SWT, yaitu berdoa saat menjelang berbuka puasa dan menjelang makan sahur, Tetapi sayangnya banyak kaum muslimin tidak mengetahuinya atau tahu tapi mengabaikannya.

Baca :  Mustajab DOA sebelum Berbuka Puasa dan Sahur

FORMULA KE 6

Satu lagi cara berdoa adalah dengan mendoakan orang lain. Kerana bila mendoakan orang lain, seluruh malaikat di arasy akan turut mengaminkan doa kita.. satu contoh,

” Ya ALLAH, sahabatku ini dalam kesulitan dan kesempitan Ya ALLAH.. bantu lah dia Ya ALLAH, lapangkan kesulitannya.. permudahkan perjalanan hidupnya Ya ALLAH..”

Moga Allah makbulkan setiap permintaan kita. Aamiin Ya Rabbal ‘Alamiin.

Kredit : Tanyalah Ustaz

DOA untuk dia . Ketahui Surah Al Fatihah Jawi agar kita lebih faham dalam setiap apa yang kita baca.
Sedikit rujukan Amalan Surah-Surah Harian yang korang boleh amalkan. 

Salam ikhlas,
Nina Mirza

Related Post
Harta Pusaka Nenek
Harta Pusaka Nenek

Setelah sekian lama di perantauan akhirnya Rahmat pulang ke kampung untuk berjumpa dengan neneknya.Nenek : "Rahmat, nenek sudah tidak kuat Read more

Chicken Pox
Chicken Pox

Chicken Pox -  demam cacar  / demam campak Chicken pox yang dikenali dengan nama cacar air, jintungan atau bertih dalam Read more

Shaken Baby Syndrom (SBS)
Shaken Baby Syndrom (SBS)

Kisah yang ingin dikongsi buat semua ....Pesakit terakhir yang kami 'tidurkan' ialah bayi berusia 4 bulan. Bayi tersebut telah disyaki Read more

Paku Di Hati …
Paku Di Hati …

PAKU DI HATI...Ada seorang pemuda yang sangat pemarah. Dia tidak dapat mengawal kemarahannya walaupun ianya hanya satu masalah kecil sahaja. Read more

Please follow and like us:
6 Comments

Post A Comment

Follow by Email
Instagram