Skip to content
Nina Mirza
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

  • Home
  • Lifestyle
  • Resepi
  • Parenting
  • Review
  • Tips
  • Travel
  • Drama Movie
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

Ukhwah persahabatan
December 1, 2020October 3, 2023

Allahu.. Betul lah! Tak susah pun menjemput rezeki datang. Amalkan ..

Ada seseorang memberitahu, bahawa rezeki seseorang itu terletak pada kebahagiaan dan kegembiraan orang lain. Betul ke? Cara mudah menjemput rezeki datang 

Isi Kandungan hide
1 Cara mudah menjemput rezeki
2 Related posts:

Pagi tadi Nina terbaca satu status di fb pasal ni. Dan teringat

Lama dulu masa Nina memula keje, semuanya benda baru terpaksa Nina terima, nak atau tak nak terpaksa hadam dan hadap nya sendiri. Memasuki alam pekerjaan bukan mudah! Emosi up and down bertalu-talu. Pelbagai dugaan kena tempuhi. Masa tu rasa macam nak marah kat semua orang!

So pada awalnya dulu tak begitu faham. Bagaimana rezeki kita boleh bergantung kepada orang lain? Bukankah rezeki masing-masing sudah ditetapkan oleh Allah sejak dari dalam kandungan lagi? Kenapa pulak rezeki seseorang itu terletak pada kebahagiaan dan kegembiraan orang lain?

Rezeki Nina, rezeki bila suka membaca
Dulu bila ada masa terluang Nina suka singgah kedai buku. Pastu minta izin owner nak tumpang baca buku ilmiah kejap. Nak beli mahal . Yelah . . . Masa dulu mana ada internet bagai macam sekarang. Mudah senang nak cari. 

Terbaca satu buku kecik. Mudahnya menjemput rezeki. Sesekali Nina masih dok ulang baca untuk ambik mood positif.

Banyak lagi buku adanya tercatat berkaitan pertolongan dan hubungan baik sesama manusia ini, mula faham bahawa rezeki itu boleh sampai kepada kita dengan banyak jalan. Adakala kerana usaha yang kita lakukan dengan bersungguh-sungguh dan sebaliknya.

Adakala kerana kita memenuhi hajat orang lain. Adakala kerana sedekah dan ada pula kerana tindakan semudah memberi makan kepada orang. Dan juga bagaimana kita menjaga silatulrahim.

Cara mudah menjemput rezeki

Perkara-perkara ini menjadi asbab atau boleh diibaratkan sebagai ‘minyak pelincir’ untuk rezeki lebih mudah sampai kepada kita. Sesungguhnya rezeki tu amat luas! Ianya datang pelbagai bentuk dan cara. 

Rasulullah SAW malah pernah memberitahu bahawa Allah akan mencintai orang yang memberi manfaat kepada orang lain – yang selalu membuat orang lain senang dan bahagia.

Dan apa yang berlaku kepada orang yang telah dicintai Allah?
Hidupnya menjadi lapang dan penuh dengan keberkatan, malah dia juga dicintai oleh penduduk langit dan bumi.

Jadi, kita audit balik diri dan kehidupan kita hari ni.
Adakah kita sedang dalam kesusahan, kesempitan?

Kita tanya diri kita, ada tak part yang mana-mana kita susahkan orang lain? Ada tak pernah kita sukarkan urusan orang lain? Atau pernah hurt / lukakan perasaan orang lain? kadang tanpa sedar atau sengaja.

Ukhwah persahabatan

Ingat… Apa yang kita buat, itulah yang kita akan attract. Apa yang kita ada hari ni, adalah berdasarkan apa yang kita telah beri sebelum ini.

Jadi secara ringkasnya  bahagiakan lah orang lain, maka Allah akan mencintai kita. Mudahkan urusan orang, maka Allah akan mudahkan urusan kita. Walau siapa pun dia. Sentiasa ucapkan yang baik-baik dan DOA untuk orang lain tanpa batasan, ikhlas dari hati.

“Bahawa Abdullah bin Umar R.anhuma mengkhabarkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: Seorang muslim adalah saudara terhadap sesama muslim, tidak boleh menganiaya dan tidak akan dibiarkan dianiaya orang lain.

Siapa yang menyampaikan hajat saudaranya, maka Allah akan menyampaikan hajatnya. Siapa yang melapangkan kesusahan seorang muslim, maka Allah akan melapangkan kesukarannya di hari kiamat, dan siapa yang menutupi aib seorang muslim maka Allah akan menutup aibnya di hari kiamat. (HR Bukhari, no.2262 – Status Hadis Sahih)

Sesungguhnya rezeki dari Allah tu amat luas! Ianya datang pelbagai bentuk dan cara. Kesihatan, pendapatan, anak isteri suami keluarga, persahabatan, harta benda mahupun jiwa kita juga rezeki.
Ketenangan kebahagiaan setiap insan tak sama. Syukur Alhamdulillah sentiasa bersyukur akan buat rasa bahagia dan rasa serba cukup. 

Sekadar perkongsian ikhlas sesama mengingati, bila hati ini terdetik ingin berkongsi. Bukan selalu dan mudah untuk seketul Nina nak berkongsi entry macam ni kannn? HEhee . . . .

Sebab Nina selalu sedarkan diri yang Nina bukanlah baik mana, aku bukan malaikat dan pernah melakukan kesilapan. Moga silatulrahim sesama kita dikurniakan keberkatan dan memberi manfaat bersama didunia mahupun di akhirat. Aamiinnn . . . Ya Allah, jaga lah hati ini

Salam ikhlas,
Nina Mirza

Related posts:

20 TIPS PENJAGAAN PAKAIAN LAMBAT LUSUH
Anak Demam Sawan Tarik.. Bukan sekadar demam biasa. Info penting yang harus ibubapa perlu tahu.... P...
STUNNING | Wangian Terbaru ENCHANTEUR Aroma yang memukau ...
Resepi Ayam Masak Halia mudah ringkas cepat
Lifestyle Tips AlhamdulillahCeritera NinaJaga hatikisah akuMenjemput RezekiMudahnya menjemput Rezeki

Post navigation

Previous post
Next post

Comments (5)

  1. Azni says:
    December 2, 2020 at 6:57 pm

    Yerr … betul nina.. sama2 kita baiki diri yer

    Reply
  2. Nadia johari says:
    December 3, 2020 at 10:59 am

    Betul kak.. Perbaiki diri sendiri ke arah lebih baik

    Reply
  3. saidila says:
    December 9, 2020 at 3:12 pm

    Bagi ai , rezeki kebahagiaan ketenangan jiwa itulah yang paling berharga dan yang semua orang nak…kalau tak masakan orang yang sudah kaya pun kadang hati ya tak bahagia dan tenang malahan cemburu sama yang tak punya apa2 harta ….
    Tapi yang tidak berapa nak ada walaupun serba kelurangan tapi masih boleh merasa bahagia dan hidup tenang seadanya…

    Reply
  4. Aisya Ismail says:
    December 13, 2020 at 8:02 pm

    Sama. Ai pun suka baca buku kat kedai buku gak. Tapi ai baca kat popular atau mbh. Dulu boleh membaca kat situ. Sekarang ai tak pasti masih boleh atau tak. Semoga sama-sama kite dimurahkan ezeki. Aamiin.

    Reply
  5. Pingback: INFAQ RAMADHAN DAPUR LAPOWEY Cara Mudah Bersedekah

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CATEGORIES

  • Drama Movie
  • Lifestyle
  • Parenting
  • Resepi
  • Review
  • Tips
  • Travel

ABOUT ME

Nina Mirza

Lifestyle & Parenting Blogger since 2011.

Mendapat pendidikan dalam Business Management dan berpengalaman lebih 10 tahun dalam Banking, Property dan bidang Oil & Gas.

Blog NinaMirza.com adalah satu medium dimana Nina kongsikan segala resipi dan tips tentang masakan, kecantikan, parenting, travel dan review produk dan event.

Hubungi Nina untuk lebih lanjut
Email : nina.azlan1@yahoo.com

AWESOME BLOG

©2023 Nina Mirza | WordPress Theme by SuperbThemes