MAHARAJA STEAMBOAT SELAYANG BEST
Dah kenapa plak bertalu call, whatsapp Nina ehh….??
Paling dasat masa bulan puasa yang lalu, boleh dikatakan setiap hari Nina terima call untuk booking. Puas laaa Nina explain yang Nina hanya blogger yang kongsikan pendapat dan pengalaman makan kat sana. Ada tuu Nina siap terangkan landmark ke sana. baikhati konon hehee . . .
Sampai Nina jadi hafal dah no telefon booking dia. hahaha…!!
Tapi tak de commission punnnn Tak pe, ikhlas bantu dan memberi info. Pahala tuuu…
Check punya check rupanya blog Nina berada paling atas dipencarian Google untuk Buffet Steamboat best Selayang – Maharaja Steamboat. OOooooooo…….. Padan laaa..!!!
Depa dok call Nina selama ni. Tetiba bangga you! Giler tak bangga? Kembang vontot kita awakkk… Chewahh~
Sila rujuk Steamboat BEST Selayang entry Nina terdahulu. Sebab sedap tuu datang lagi tuu…
Hah…!! Tengok ni jangan tak tengok…!!
Special sebab ada tambahan seafood dan ada grill. Kalau yang biasa tuu tak de grill dan tak de seafood. Anak-anak Nina memang hantu seafood. Udang sotong tuu semua depa yang belasah. hehee . . . .
Kuah pula Nina pilih Kuah TomYam dan rasanya juga masih sama. Sedap!
Kemudian Nina order Nasi Goreng Pattaya. Tak mau pedas!
Mmmm…. sedap! Banyak rencah.. Dah serupa macam masak kat rumah punya Nasi Goreng. Puashati…!!
Tak sangka setelah beberapa purnama, owner Maharaja Steamboat – Pak Din masih kenal Nina. Dan beliau maklumkan ada beberapa perubahan info terkini terutama mengenai harga buffet dan beberapa menu tambahan yang ada.
Harga buffet ada perubahan iatu RM23.90/perpax terkini. Ahaa… pasni jangan cakap hakak tak kasitau lak ehh….
Walaupun ada kenaikkan harga, ianya masih berpatutan dan berbaloi-baloi berbanding tempat lain. Selain tu, pelanggan punya lebih banyak pilihan bebola dan menu lain yang menepati citarasa. Ada ice-cream, buah-buahan, dadih dan jajan untuk kanak-kanak. Menarik kann..??
Tengok tuu…. berselera Eilman. Berulang dok tambah. simpankan sikit tuk mama ya…. Mama lagi buzy snap picture. hehe . . .
Walaupun malam semakin meninggalkan waktu, suasana kemeriahan di Maharaja Steamboat semakin terasa. Leka dok makan, tetiba tengok dalam pelanggan semakin ramai. Wahh….!! Patut laaa kena booking dulu sebelum datang. Full house rupanya! Fuhh~ Nasib baik Nina sampai sebelum waktu kemuncak. Kalau tak alamatnya Nina tak de tempat duduk nanti.
Berminat nak makan steamboat di sini…?? Ini Nina kongsikan info yang ada.. Atau hubungi saja restoran >> 03-6138 6664 untuk sebarang pertanyaan.