Ayam Goreng ohhh Ayam Goreng! Sinonim sangat ayam goreng dan kanak-kanak. Boleh dikatakan asal nama budak jer akan suka makan ayam goreng. Anak korang pun sama tak? Resepi AYAM GOREN RANGUP
Ayam goreng ni ada banyak versi. Macam anak Nina, tak kisah laaa ayam goreng tu sekadar disalut dengan serbuk kunyit dan garam pun depa suka. Tapi kalau Nina TER rajin sikit maka ayam goreng tu dimasak kasi sedap sikit. Versi terhebat acah-acah ala Ayam Goreng KFC hok yang Crispy Cruncy Rangup Krap Krup Krap Krup gitu … Sekejapan licin!
Okies, terpulang samada korang nak buat style yang paling mudah atau ada sikit one more step tapi lagi uumpphhhh rasanya! Kedua-dua pun sedap. Confirm anak makan habis punya laaa..
Resepi AYAM GORENG RANGUP MUDAH SEDAP
Menu Bekal Anak Sekolah
Bahan-bahannya
Ayam – ikut suka nak part mana atau potong macammana
Tepung Goreng Ayam jenama Bestari. Suka pedas pilih yang pedas atau original pun sedap
Tepung gandum sikit
Tepung beras sikit
Minyak tuk menggoreng secukupnya. Deep Fried tau!
Cara Masak Ayam Goreng Rangup
1.- Mula-mula perap dulu ayam ngan tepung bestari. Perapan tu tak terlalu pekat atau terlalu cair. Adunan melekat cantik sekata kat seluruh ayam . Perap dalam 15-30 min. Simpan dalam fridge bahagian bawah jer. Masa ni boleh korang masak nasi ke, mandi ke, sapu dapur ke, lap susun pinggan mangkuk ke.. MakMak kann multitask gitu..
Kalau ada extra masa, korang boleh laaa cuba perap ayam dalam susu UHT + 1/2 biji air perahan lemon dalam 30 minit. Kemudian toskan dan baru perap dengan adunan tepung bestari pulak. Akan ada beza dari segi rasa isi ayamnya. Lebih juicy gitu! Rekemen to try..
2.- Kemudian sediakan tepung untuk salutan kering. Tepung bestari + tepung gandum + tepung beras. Sukatannya Nina agak-agak jer.
3.- Panaskan minyak secukupnya. Janji ayam akan tenggelam dalam minyak semasa menggoreng. Memang kena minyak yang banyak! Lagi senang guna periuk. Pastikan minyak betul-betul panas sebelum masukkan ayam. Minyak dah panas pelankan sikit apinya sebab kita nak salut ayam dalam tepung kering. Biar lelama karang berasap lak rumah!
4.- Celop ayam tu satu per satu dalam tepung kering. Salut sampai betul-betul rata. Jangan masuk semua. Nanti tepung kering akan basah. Kena sabar tau! Buat sesatu baru lah cantik kejadiannya dan rangup krup krap krup krappp
5.- Pastu terus goreng dalam minyak panas tadi. Pastikan ayam tenggelam ke ala-ala ayam tu sedang scuba driving gitu. Jangan masuk banyak sangat. Kasi ada ruang baru masak sekata dan crispy.
6.- Ok bila dah masukkan ayam dalam periuk, automatik suhunya turun. So korang besarkan semula apinya. Balik-balikkan ayam supaya masak sekata cantik warnanya. Idok ler sunburn sebelah part jer… Tempoh masa menggoreng dalam 20 minit gitu. Bergantung gak pada korang punya kuali, kuantiti dan size ayam. Kalau size cecomel cute dalam 15 minit ok dah masak.
7.- Toskan dan sedia dihidangkan bersama sos kegemaran.
TIPS Ayam Goreng Rangup
1.- Tepung yang berkualiti. Paling senang korang pakai tepung serbaguna khas untuk goreng ayam. Banyak ada kat pasaran. Tapi selain tu korang boleh gabung tepung gandum dan tepung beras sikit .
2.- Step terakhir sebelum ayam tu digoreng, ayam wajib disalut dengan tepung kering. Step ni laaa untuk kasi ayam tu rangup.
3.- Tangan kena kering semasa proses salutan tepung kering yang terakhir. Atau korang guna penyepit. Sebab kalau tangan basah, tepung kering tadi akan basah dan akan ada ketulan lembab so nanti kulit ayam tak rangup
4.- Minyak mau kena banyak! Jangan laaa kedekut minyak. Kasi betul-betul deep fried gitu. Tenggelam ayam tu dalam minyak semasa menggoreng.
5.- Jangan masukkan terlalu banyak ayam semasa menggoreng. Nanti suhu api automatik akan turun dan akan terjadinya serap minyak. Ayam pun masak tak cantik, tak cukup sempurna sebab padat sangat. Ruang yang sedang elok ayam tu dok dalam minyak. Bukan apa kalau padat sangat nanti masa korang balik-balikkan ayam risau tertanggal lak tepung yang membaluti ayam tadi.
6.- Toskan ayam sesusah masak. Pakai jaring supaya minyak betul-betul turun so tak terjadi laa adanya minyak dok bertapa kat sesetengah bahagian bawah ayam. Cara ini ayam akan garing tanpa berminyak!
Tapi . . .
Tapi . . . Kalau goreng ayam pun cam Hurmmmm . . . .
Better korang pi jer laaa beli Ayam Goreng Singgit! Cuba lah semua gerai yang ada sekitar rumah korang. Gerenti korang akan jumpa satu gerai Ayam Goreng Singgit Paling Sedap yang menepati selera korang. Kat area Gombak ni Nina paling suka Ayam Goreng RM1 Uncle Boss dan Ayam Goreng Handal Singgit yang terletak depan Food Truck Alia Corner Laksa Paling Sedap KL tepi Banjaria Court.
Asyik masak jer kannn…. So why not sesekali beli support peniaga kecil. Kena ingat jugak, dalam rezeki kita ni adanya rezeki untuk mereka jugak. DAN rezeki ni luas bukan sekadar duit semata.
InsyaAllah akan dilimpahi rezeki yang berkat tak putus-putus bak air ZamZam yang mengalir tanpa henti untuk kita sekeluarga. Aamiinnn . . .
Aduh sedapnya ayam goreng rnagup2..Suka makan
Ai goreng ayam pun suka guna tepung bestari. Tapi lom pernah cuba campur tepung2 lain.