Ayam Goreng RM1 Singgit viral di mana-mana. Ayam Goreng RM1 Sedap kat mana?
🍗Ayam Goreng RM1
🍗Ayam Goreng RM1
🍗Ayam Goreng RM1
.
🗣 Singgit jerr awak…
Ayam Goreng ni..!!
Sedap lak tu… 👍🏻👍🏻👍🏻
Area Batu Caves Gombak banyak pilihan Ayam Goreng RM1
Kat kawasan rumah Nina ni, sana sinin sinun dok jual Ayam Goreng singgit. Jalan-jalan merata sekitar sini gerenti nampak stall atau pun food truck yang jual menu Ayam Goreng Singgit. Kat sekitar Taman Samudra ni aje rasanya dah ada lebih dari 4 orang jual menu yang sama. Nina dah rasa! hehe
Macam-macam style ada. Ada yang isi ayam saja, ada yang drummet saja, part wings aje dan ada yang pelbagai part ayam. Pastu tepung nya plak, ada yang style goreng pisang crispy crunchy, tepung banyakkk dah macam cucur cekodok, dan tak lupa yang tepung nya pedas yang amat! Huhuuu . . .
Akhirnya Nina dah jumpa yang menepati selera
Jalan-jalan menyusuri jalan besar Greenwood tertoleh belah kiri. Ternampak deretan penjual pelbagai makanan area situ. Ada Donut Viral, ada Popia Basah, Air Jagung viral dan macam-macam lagi laa… Tapi anak mata ni tertumpu kat Ayam Goreng RM1.
Hati meronta-ronta nak cuba. Tak pernah serik! Mana lah tau kali ni sedap dan menepati selera Nina yang agak sangat cerewet walaupun singgit. Hakak sekali beli seploh hinggit tau! Anak bederet you…
Perghhhh … Ayam Goreng RM1 Uncle Boss sedap!
Ok Lulus dengan cemerlang! Sedap menepati selera dan Nina berpuashati. Anak-anak Nina pun dok puji kata kali ni punya sedap! Ayam nya sedang elok masak sampai ke tulang, kalau over cook isinya keras tak best! Tepung nya pun ranggup crunchy crispy. Tak pedas! Boleh makan berketul-ketul. Macam tak cukup ni… Amboi .. Perangai sapa lah korang ikut ni. Dah macam pengkritik juri tetap Akademi Fantasia gamaknya ulasan derang. Eerkk . . .
Apa yang BEST ngan Ayam Goreng RM1 Uncle Boss ?
Ahaa …!! Kalau kita tengok orang jual kat tepi jalan , kita akan fikir ” Alaaa… sama jer kot, Ayam Goreng singgit. Kecik pastu tepung jer lebey” Kann…?? Ok, Nina laa tu! sedar diri
Tapi rupanya meleset belaka tekaan Nina. Ayam Goreng RM1 Uncle BOSS ni special. Korang boleh request nak rasa Original 😋 tak pedas tapi Wallaaaa sedap dia atau Pedassss 🔥 terangkat! Senang laaa anak beranak mak pak atok nenek pun boleh makan.
Bukan apa, Nina pernah beli sebelum ni kat tempat lain. Dia punya pedas… SubhanaAllah, Nina sendiri pun tak tertahan kepedasannya ! Dah laaa seploh hinggit. Jawabnya mama kena perabih sorang… Huhuuu
Ini kali, Uncle Boss punya air tangan sememangnya menepati selera Nina sekeluarga. Agak-agak terdesak termalas tak tau nak masak apa, gerenti berdesup nina terjah sini aje. Settel 0.07% urusan surirumah tuk hari tersebut. Hehee . . .
Ayam Goreng RM1 Sedap
Sebelum balik sempat lagi Nina tanyakan page facebook atau instagram derang. Support peniaga kecil gitu… Manalah tau, setakat sokongan gini akan melimpah lagi rezeki untuk kita semua. Aamiin…
Nah … Korang follow derang ehh..
IG : @uncle_boss_
FB : Uncle BOSS Fried Chicken
Untuk tempahan
Manalah tau kot korang nak order tuk sebarang majlis keramaian, cukur jambul, birthday atau apa aje, korang boleh lah hubungi whatsapp derang ehh…
019-222 1746
011-3905 1337
Lokasi
Dekat Stesen Shell Greenwood
Waktu Perniagaan
Time : ⏰
3pm – 7pm
Selasa cuti
Nanti korang pi laa cuba ehh…
Memang nampak sedap! Nak cuba jugak!
Apesal tak pernah jumpa lagi ek..tak sampai tempat saya lagi kot uncle boss ni 😀
x nmpk lg nama ni. leh la usha2 nt..
I like cooking these incredibly tasty dish myself. Moreover, when purchasing this meat in this place, you will never know if it wasn’t cooked by yourself. I love it. Great post, thanks a lot for sharing!
setuju sangat….kami yg buat bunting ni,,,memang ayam goreng rm1 yg paling best setakat ni…champion