Kek Pisang
Korang suka makan Kek Pisang tak? Alahai … kek bodo orang kampung kata. Kek yang tak pernah cantik, memang gitu jer rupa paras dia tapi bila dah makan memang payah nak berhenti. Nak nak pekena lak ngan kopi O kaw! Siannn dia cakap tak cantik
Tentu korang tertanya awat kata kek bodo, kek tak cantik kann…?? Yelah, jarang sekali kita tengok kek pisang ni di deco krim ising ala Kek Harijadi, buh cream cheese pastu ada bunga cecantik atasnya, siap ada lilin dan tulisan Happy Birthday! Pernah korang nampak?? Kalau ada pun mungkin 1 dalam 2.6 billion kot ..
Sebab kebiasaannya kek pisang ni dihidangkan gitu aje. Lebih – lebih pun depa buh pisang atasnya sebelum bakar atau tabur kekacang sikit. Walaupun tak cantik, kek pisang ni memang menu yang rare!
Kek Pisang – kek evergreen tak lapuk dek zaman
Walau kekal togel sebegitu, kek pisang ni evergreen, tak lapuk dek zaman. Kat mana-mana majlis atau kenduri kendara kek pisang selalu ada! Sebab ianya menepati selera rasa pelbagai peringkat usia. Nak nak kek pisang nya homemade. Lagi lah terasa kenikmatan air tangan si pembuat lalu tersebar lah meluas sok sekk sokk sekkk makcik bawang akan kejadian dan kegebuan kek pisang tersebut. Kannn….??
Ok, sebelum Nina pun dah macam makcik bawang dok membebel… meh Nina kongsikan Resepi Kek Pisang Viral Moist Gebu Sedap Mudah Blend je jerr yang masih mengekalkan tahta carian kat blog Nina dan masih tak henti depa dok follow kat page masak-masak femes nun sana tuu
Resipi Kek Pisang Viral sukatan cawan gerenti jadi yang orang dok cuba sana sini. Resipi sukatan cawan tak perlu mixer, blend aje! Paling senang sedap lak tuuu…
Style Gambar Food Flatlay ! Cantik tak?
Apa pendapat korang… Cantik tak kek pisang ni Nina cuba snap style flat lay gini? Nampak macam gambar foodies omputeh sikit kann..? Mohon korang jangan nyampah ehh, Nina tau korang akan cakap ek elehhh… perasan! Ok laa… sedar diri. Nina baru nak belajar-belajar cuba snap dari angle lain. Ada rezeki nanti nak pi kelas photophone.
Beza nya kali ni Nina bakar dalam bekas muffin foil. Saja bikin kecik-kecik. Tak payah anak Nina dok suruh mama potongkan kek tiap kali nak makan. Sila layan diri. Senang mak! Hehe . . .
Resipi Kek Pisang Viral sukatan cawan – Blend aje!
Resipi oleh Nina Mirza
Bahan-bahan
2 cawan tepung gandum
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikarbonat
**ayak semua dan satukan**
4 biji pisang berangan (kalau tak de, gantikan dengan pisang emas dalam 7-8 biji) Atau secawan penuh pisang lenyek
1 cawan minyak (nina guna minyak jagung)
1 cawan gula (nak lagi sedap separuh gula putih, separuh gula perang)
3 biji telur
** blend semua**
Cara penyediaan Resepi Kek Pisang Paling Mudah Sukatan Cawan
1-. Bahan tepung disatukan lalu diayak dan dimasukkan dalam bekas besar. Kemudian tuang bahan yang dah diblender ke dalam bekas tepung tadi.
2-. Kaup balik tepung dan bahan blender hingga sebati.
3-. Alaskan loyang dengan kertas minyak,(Nina pakai loyang petak size 8inch). Tuangkan adunan dan bakar pada suhu 170c selama 1jam atau sehingga kek masak. Cucuk tengah dengan lidi (kalau lidi bersih tanda kek dah masak) . Kalau kukus, dalam 45 minit. Kalau bakar dalam muffin foil macam Nina tuu, bakar dalam 20-25 minit.
4-. Dah sejuk sedia dihidangkan…
Senang aje kan..?? Sap sap suiii aje! Yang penting, dari air tangan orang tersayang pasti lagi sedap, bersih dan halal toiyibban…
Korang try laa… Nanti mana-mana makcik bawang Mak Jemah yang dok sokk sekk sokk sekkk ngumpat korang tuu, gerenti senyap lepas rasa air tangan Resepi Kek Pisang gebu moist korang. Silap-silap depa dok bodek korang mintak Resipi Kek Pisang viral sukatan cawan ni. Atau pun korang boleh laa bukak order! HAhaa
Wowwww wowww wowww tunjuk ajar ku sifu
Kita suka kek pisang tapi tak pernah cuba buat, nanti nak cuba jugaklah.
wahh nampak sedapnya.. kaknina plz buatkan untuk yanie ye.. nak buat sendiri mood tgh malas ni huhuh
sedapnyaaaa wat minum petang,hari tu buat kek pisang guna resepi kak nina,eddy suka dah sekarang asal ada pisang je sibuk suh buat hehehhe…
Sedapnya kek pisang tuuu
Dari dulu meniaga tepi jalan kebanyakan yang suka kek pisang ni orang perempuan. Saya dengan biras lelaki saya tak suka kek pisang tapi orang rumah dengan adik ipar perempuan dengan kakak ipar suka betul makan kek pisang.
wahh bole cuba resepi kak nina nie.nampak mudah semua bahan dah ada kecuali pisang hehe. kna gie cari kedai nanti
pandainya nina wat kek pisang. Ina kalo kek memang takreti..tengoklah banyak mana resipi sekalipon, gerenti fail.. emm, ntahlah nina, tangan ina ni.. macam taksesuai buat kek
Cantiknya rupa kek pisang kak nina buat…nampak ada rongga2 tu tambah nikmat plak tgk…selalu kalau kek terlampau padat sangat buat rasa muak nak mkn sebenarnya…ish2 nak buat la oven dah ada ni hehe
petang-petang begini memang sedap makan kek pisang. terima kasih atas perkongsian ini admin
You always feel that the pleasure from the hands of the master applies to your mood that you get on time when you eat this dish.
Assalamualaikum. Sy dah cuba resepi puan. Alhamdulillah naik elok. Cuma knapa bhgian ats jd garing ye??. Dah bkr dlm 40mnit. Pastu stop bila tgk kek jd gitu.
Wa’alaikumussalam ila,
Maybe faktor suhu oven. Sebab suhu oven kita tak semestinya sama. Altenatif lain, boleh cover atas dengan aluminium foil. Kurang sikit burn dia.. Makaseh sudi cuba ehh
Alhamdulillah nina.. Resepi nina menjadi… Cuma akak silap tgk api atas bukan api bwh hahahah… Tqqq
Saya dh cuba guna resepi ni. Tapi knp tekstur tak sama ya.
Saya telah ikuti resepi ni tapi kek jadi bantat, kenapa?