Enjoy! OneDay Trip Tour de Singapore
Yessszaaaaa …!!
Dah sampai Singapore. Selfie depan USS dulu… Sampai sini memang wajib selfie seketul kannn? Tanda aku dah sampai! Gitu … Setuju tak?
Cantik laaa makeup Nina kat Singapore! Pakai makeup apa?
“Nina, tu ari you gi OneDay Trip Singapore kannn cantik lawa laaaa you masa kat sana. Nampak berseri your makeup dalam gambar. You pakai apa?”
Sebenarnya kannn lepas Nina upload beberapa gambar Trip Singapore tu ari, ramai juga kawan dok pm Nina tanya jenama makeup yang Nina guna kat sana. Katanya nampak berseri glowing gitu… Itu kata depa, kalau depa tipu, depa laaa yang tipu.
Cehh … Rabak seyhhh seluar kita bila orang dok puji. Bohong laa kata tak seronok iyer tak. Berkali-kali ku lompat bintang tau! HAhaaa. . . . Senyuman ni sokmo meleret tersimpul mati usah cakap laaa..
Ok di ringkaskan cerita , menjawab segala persoalan korang tu lagi senang dan memudahkan Nina share sini eh..
Korang pun sedia maklum, trip Singapore Nina ni sehari jer so masa seharian yang ada di pulun kaw kaw tuk jelajah Negara Kota Singa. Masa amat padat sangat sebab Nina dan kengkawan ikut trip travel agen. Pepaham jer bila follow tour guide. Kita kena laaa beri kerjasama yang pegi sama tu kann . . . Setiap tempat tak leh nak santai posing lelama. Berpeloh lencun dek panas terik . Huhuu . . .
Nak bersiap kat RnR bukan mudah okey! Dengan mandi, ber skincare, ber makeup memang tak leh lama . Senang citer kena bawak makeup set yang on the go jer.
Makeup Set On The Go ZV Beauty melengkapkan Tour de Singapore trip MakMak
Disebabkan travel sehari jer, Nina bawak satu jer backpack. Dan masa yang diperuntukkan untuk bersiap sangat limited maka Nina bawak yang penting-penting aje termasuk peralatan makeup. Travel kena laaa melawa berseri sikit, nak ambik gambar kenangan kann.. Tak mo laa nampak pucat lesu.
Precision Treatment Face Base Primer
Lepas siap mandi, basic skincare moisturizer Nina oleskan sikit Precision Primer ZV Beauty Collection. Disediakan dalam bentuk pump. Bagus! Mudah nak tekan. Tidak laaa membazir. Untuk muka size comel cam Nina ni, satu pump dah cukup cover seluruh muka. Cepat meresap
Bercahayakan kesuraman penuh romantik dalam surau masa tu, Nina agak-agak jer sapu sampai rata. Pastu tengok cermin muka nampak glowing! Uniknya Primer ZV Beauty Collection ni dia ada salutan gold yang memberi efek lutsinar glowing gitu… Suka!
ZV Beauty Precision Treatment Foundation
Yang ni paling Nina suka! Foundation dia best awak … 24hrs UV Protection, ada Argan Oil dan Marula Oil. Bagus sekaligus merawat kulit. Ada pump jugak. Nina pakai warna light mix sikit medium mintak Nani punya sikit. Kengkonon contour. Konon jerr Bukan reti sangat pun. HAhaa . . .
Apa yang Nina suka ngan Foundation ni sebab bagi Nina dia full coverage. Kerr muka Nina tak de apa sangat nak cover. Entah ler… Warna dia mudah diratakan dan meresap dalam kulit. Kiranya selesa pakai, kulit muka ni dapat bernafas dan tak rasa macam pakai bertopeng. Ada 3 pilihan warna – light, medium, dark
ZV Beauty Precision Loose Powder
Lepas pakai foundation wajib ratakan wajah dengan loose powder. Serbuknya halus, ringan, translucent. Bertindak maintain kan makeup. Memang makeup kita maintain awak ..!!
Bekas nya kecik comel, disertakan puff dan siap ada cermin lagi. Suka! Senang masuk dalam handbag dan bebila masa kot nak touch up pun senang. Cermin dan wanita tak dapat dipisahkan. Mirror mirror… Cantikkan aku lepas makeup? Poyo perasan HAhaa . . .
ZV Beauty Eyeshadow
Tak lupa menaikkan seri wajah, nampak mata tu berseri segar fresh Nina oleskan eyeshadow ZV Beauty. Suka tau basic warna dia natural, tak over! Pigmented warna dia.. Cantik kannn…? Beginner macam Nina sesuai laa warna gini. Tak takut nak tenyeh. Hehee .. . .
Disediakan dengan 4 warna dalam satu palette. Warna natural gini senang nak match ngan apa jua warna tudung, baju, event apa pun majlis mahupun lokasi. Nak pegi jemput anak sekolah pun boleh pakai, pi travel pun boleh, pi majlis keramaian pun boleh. Jimat kannn..??
Dah cuba ZV Beauty Collection, apa kata Nina ?
Masa kat Singapore cuaca panas terik. Berpeloh usah cakap, lencun muka kita awakk.. Betul awakk… Serius tak sangka, makeup tahan kekal lama. Tak crack! Impress dengan Makeup Set ZV Beauty ni, makeup Nina maintain beb!
Seharian tau makeup bertapa kat muka Nina. Kita cuti tu ari. Paling best sebab makeup tak bercapuk! Hastag #AkuSuka . Bukan nak sanjung sangat tapi memang suka sebab result dia ni payah Nina nak jumpa dalam produk local kita. Terbaik laa… Tahniah ZV Beauty Collection.
ZV Beauty Collection Makeup BEST
Masa ni dah petang tau, dalam jam 6.30pm. Penat usah cakap. Kaki ni rasa dah tertanggal lutut buku lali kot. HAhaa.. Tapi bila tengok cermin kat loose powder ZV Beauty , Eh ehh … Masih lawa laaaa, automatik terus senyum bersemangat nak snap gambar!
Kot korang pun TERsuka , pi laaa order whatsapp depa
Order : http://www.wasap.my/+601128703549/HiZVBCIWanttoknowaboutyourproducts
Untuk yang rajin nak pi usha usha, pi intai FB IG depa
FB : ZV Beauty Collection
IG : https://instagram.com/zvbeautycollection
Web : http://www.zvbc.my
So amacam? Dah terjawab segala persoalan korang kann… No more rahsia. Kita pakai ZV Beauty Collection jer awak ..
ZV Beauty Collection Makeup BEST
Suka dia punya eye shadow?..colors lawa. Memang warna yang sesuai pakai harian gitu.
Tu laa senang kan guna ZV Beauty ni, makeup tahan lama tak yah dok ulang touch up. I like! Hehe
Macam smooth je kan make up kak nina
yeahh..memng cantiksnagt u alls..ehehe..ok..nnti usha makeup ni sat..mcm best pulak tgk
Eh betul la..color eyeshadow tu sesuai sangat untuk makeup kerja seharian. Nanti Sal nak try usharrr …
memang best kalau makeup jenis travel friendly/travel pack sebab kalau boleh nak yg simple tapi cover menyeluruh dan mudah dibawa..
yang penting x kena rampas masa lalu kastam kat airport.hahahaha.adohai..
Belum pernah cuba ZV Beauty Collection ni… packagingnya nampak menarik dan standard antarabangsa… akan usha nanti… berapa harganya agaknya?
Nanti boleh cubalah produk ZV Beauty ni. Sis dah terbekenan dekat primer dia tu. Eye shadow dia pun nampak boleh dijadikan shading tu.
alamak nina. mek dah macam berkenan ni. make up set on the go tapi cantik cun bila bergambar. sat g mek pulak cantik. kahkah.
Bestnya dapat makeup dan juga dapat travel sekali hehehehe orang perempuan suka lah ada produk macam ni senang nak guna dan kalau tahan laman senang nak cuci ker nanti hehehehe Untuk orang lelaku tak ada ker wakakakaka…
Time travel kena cantik dan muka camera ready. Pallette eye shadow tu sesuai sgt utk natural look.
Nanti nak try la loose powder zv beauty. Macam best je. Eyeshadow pon macam cantik je
Bagusnya produk ni. Pertamanua sbb ianya produk lokal so ramuan kita tak rasa was-was. Then sgt cantik bila mekap utk org asia
Cantiknya! I sangat suka compact punya benda! This is like everything I suka!
Once saya punya foundation dah habis~will consider changing to ZV~
Thanks for sharing!
Cantiknya eye shadow dia. Memang kena dgn kulit nina. On point gitu. Nampak fresh je seharian dekat Singapore
Travel friendly ye produk ni… one whole day but still nampak okay gitu… banyak juga pilihan produknya… thanks for the info sis…
a’ah la makeup stay je. macam best je produk ni. Iza tak pernah try lagi. nanti nak try la.
AM juga salah Seorg pengguna produk ZV.. Mmg puas hati terutama Foundation ZV.. Hujung bulan nie nak purchase lg..
Miss juga universal studio ni!nak pergi lagi
cantik tu must have collection
Rasanya kali terakhir I pergi Singapore 10 years ago. Amazing trip and your photos are so lovely.
bestnya pergi singapore. berapa ya utk pakej daytrip tu? teringin nak pergi jugak sebenarnya. btw first time tau produk ni. nampak meyakinkan. terima kasih share ya
sue suka foundationnya,besttt try kak dila punya hari tu
Suka betul tengok koleksi ZV Beauty ni. Qiss boleh cuba nanti sebab kebetulan Qiss sukakan mekap. Boleh buat koleksi tambahan ni
Find out the best quality of cosmetic product manufacturers and suppliers at ExportHub.