Skip to content
Nina Mirza
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

  • Home
  • Lifestyle
  • Resepi
  • Parenting
  • Review
  • Tips
  • Travel
  • Drama Movie
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

Sinopsis Drama BUKAN GADIS BIASA
April 23, 2020April 24, 2020

Sinopsis Drama BUKAN GADIS BIASA lakonan AYDA JEBAT dan Remy Ishak

Setelah tamatnya Drama Ironi Kasih  lakonan sicantik Omel Intan Najuwa bergandingan Akasha, Ramadhan ini drama dari Ayda Jebat dan barisan pelakon lain yang hebat-hebat menemani petang korang.  Drama BUKAN GADIS BIASA

Isi Kandungan hide
1 Sinopsis BUKAN GADIS BIASA
2 Related posts:

Cuma nya kalau Nina biasanya akan tonton online memalam nanti, sebab petang waktu sitayangkan Nina lagi sibuk. Huhuuu . . .  Kan best kalau ditayangkan malam selepas waktu terawih ker kannn..? EH! Macam laaa kita ni empunya TV3 . HAhaa

Lakonan Ayda Jebat kali ni di temani Aktor Remy Ishak. Rasanya yang ni gandingan pertama derang kot. Nampak macam best laaa… Orang pandai berlakon bakat semulajadi ni dengan sapa pun in saja. kannn..?

Sinopsis Drama BUKAN GADIS BIASA

Sinopsis BUKAN GADIS BIASA

Johana bukan gadis sembarangan. Rambutnya dicukur pendek. Kalau ada yang cuba mencari fasal, dia tidak teragak-agak melayangkan penumbuk. Jean dan kemeja menjadi teman akrabnya. Misinya hanya satu, memberi masa depan yang lebih baik untuk si kecil Aisya yang memanggilnya ‘emak’.

Cinta adalah sesuatu yang asing baginya. Pertemuan semula Amirul dengan Johana membuatkan Amirul yakin tentang perasaannya. Hidup Johana sering kali bersimpang-siur dengan Rayyan, sepupu Amirul yang degil tetapi berprinsip.

Kemunculan adik Rayyan, Amer membuatkan Jo rasa terpukul. Si mata keranjang itu cuba mencari jalan fast track ke hatinya sedangkan Amirul yang terlebih dahulu ada masih setia menanti. Takdir memerangkap dirinya di antara tiga hati yang bersaudara. Mampukah dia terus menipu diri? Atau haruskah dia pulang kepada fitrah, memilih jalan bahagianya bertemankan sekeping hati yang lain?

Drama adaptasi novel Bukan Gadis Biasa karya Liza Nur di slot Samarinda TV3. Menampilkan gandingan Remy Ishak dan Ayda Jebat. Drama terbitan JS Pictures, arahan Azman Haji Yahya. Akan ditayangkan pada bulan Ramadan tahun 2020.

Pelakon Sinopsis Drama BUKAN GADIS BIASA

JUDUL : BUKAN GADIS BIASA
EPISOD : 28 episod
TARIKH TAYANGAN : 2020
SIARAN TV : Slot Samarinda TV3
PENULIS NOVEL : Liza Nur
PENGARAH : Azman Hj Yahya
PRODUKSI : JS Pictures Sdn Bhd
PELAKON : Ayda Jebat, Remy Ishak, Nazim Othman, Maskhan, Lia Natalia, Sheila Rusly, Ako Mustafa, Shajiry, Heryanto Hassan, Ozlynn, Zarul Husin, Idzham Ismail, Chacha Maembong, Zalfa Zin, Ashhry Atan

WATAK PELAKON
Ayda Jebat sebagai Johana
Remy Ishak sebagai Rayyan
Nazim Othman sebagai Amer
Maskhan sebagai Amirul
Lia Natalia sebagai Ujah
Sheila Rusly sebagai Opah Aminah
Ako Mustafa sebagai Pak Ya
Shajiry sebagai Bruno Din
Ozlynn sebagai Juliana
Zarul Husin sebagai Suffian
Idzham Ismail sebagai Bun
Chacha Maembong sebagai Hanim
Ashhry Atan sebagai Azim

Kot terlepas episod, moh lerr kita sesama nonton online jer… Tonton Drama BUKAN GADIS BIASA Online Youtube TV3 Malaysia Official

Related posts:

Keseronokkan cuti sekolah di Kidzania Go Quill City Mall
Yeahhh..!! Grandmama's ada Online Delivery Set Buka Puasa. Terbaik laaa
REVIEW KASUT LUCCA VUDOR BEST SELESA GILER PAKAI. PUASHATI
Durian Oh Durian ...... SERAWA DURIAN !!!
Lifestyle Review Ayda JebatBUKAN GADIS BIASADrama Adaptasi NovelDrama bestDrama sangatNazim OthmanRemy IshakSheila RuslySinopsis

Post navigation

Previous post
Next post

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CATEGORIES

  • Drama Movie
  • Lifestyle
  • Parenting
  • Resepi
  • Review
  • Tips
  • Travel

ABOUT ME

Nina Mirza

Lifestyle & Parenting Blogger since 2011.

Mendapat pendidikan dalam Business Management dan berpengalaman lebih 10 tahun dalam Banking, Property dan bidang Oil & Gas.

Blog NinaMirza.com adalah satu medium dimana Nina kongsikan segala resipi dan tips tentang masakan, kecantikan, parenting, travel dan review produk dan event.

Hubungi Nina untuk lebih lanjut
Email : nina.azlan1@yahoo.com

AWESOME BLOG

©2023 Nina Mirza | WordPress Theme by SuperbThemes