Skip to content
Nina Mirza
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

  • Home
  • Lifestyle
  • Resepi
  • Parenting
  • Review
  • Tips
  • Travel
  • Drama Movie
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

Resipi Sup Tepung Viral Mian Fen Gao
April 18, 2020July 5, 2021

ResEpi Viral SUP TEPUNG aka MIAN FEN GAO. Sedap mudah WAJIB CUBA!

Sarapan apa pagi ni? Korang dah try ke belum menu #PKP yang dok viral dah ni.. Awal PKP ari tu lagi dah dok canang sana sinin sinun menu ni.  Ramai dah cuba dan ramai kata sedap.  Menu nya simple ringkas dan mudah disediakan . Maka Nina pun sama lah terjebak cuba Resepi Sup Tepung Viral Mian Fen Gao ni. Eh awat nama cam nama cina jer..?? HAhaa . . . 

Isi Kandungan hide
1 MIAN FEN GAO aka SUP TEPUNG
2 Resepi Sup Tepung Viral aka Mian Fen Gao
3 Cara Masak Sup Tepung VIRAL Mian Fen Gao
4 Related posts:
5 Sinopsis CURI CURI CINTA - Astro
6 EDWIN VAN DER SAR ADA DI AEON MALL! CEPAT REBUT PELUANG MEET & GREET
7 Soft Launching di DolceRyna Cafe & Boutique ... ppssttt >>>> Best shopping sini. Semua ada~
8 Rupanya selama ni anak rabun jauh!

 

Ha laa . . . Memang pun Menu ni Chinese Style Food. Masyarakat Chinese memang gemarkan makanan sup berkuah. Kita jer malay style suka sambal sambal sambal kannn? HAhaa . . . Okies jom sambung!

MIAN FEN GAO aka SUP TEPUNG

Ya, nama dia Mian Fen Gao – menu masakan chinese dan orang melayu kita panggil dia Sup Tepung. Sebab berasaskan tepung kot . Entah laaa…  Nina belum sempat nak pi search sejarah menu ni kat Wikipedia.  HEhee…

 

Resepi Sup Tepung Viral Mian Fen Gao

Menu ni simple jer.. Bahan asasnya tepung yang dijadikan doh sebagai bahan utama. Lebih kurang  macam buat mee homemade,  tapi kalau mee kena ada mesin acuannya.  Payah kannn…  Yang ni teknik cubit-cubitan,  senggol-senggolan aku menyanyi kau petik bintang..  Eh!  Ternyanyi lak 😂😂

Ok sambung citer Sup Tepung ni,  kuahnya jernih, ringkas jer buatnya dan rencahnya terpulang ada yang ada dalam gobok korang. Biasanya sayur dia adalah sawi. Lelain terpulang samada nak buh ikan bilis atau ayam atau daging.

Okies, Nina sharekan sini step by step cara Nina. Kitaorang suka menu simple ringkas gini.. Bagi Nina ianya #MenuJimat, berkhasiat dan mengenyangkan.

Resepi Sup Tepung Viral aka Mian Fen Gao

Bahan-bahannya

Ini untuk buat doh
2 cawan tepung gandum
1 cawan air
1 sudu minyak masak
1/2 sudu garam

Semuanya disatukan, di uli hingga menjadi doh tak lekat kat jari. Pastu tutup dan ketepikan.

 

Bahan Kuah Sup Tepung
Bawang Putih – ketuk jer
Halia – ketuk jer
Isi Ayam – Nina perap dengan Sos Tiram
Garam secukup rasa
Kiub pati ayam
Fish Cake
Fish Ball
Carrot
Sawi
Bunga Kobis

Sampingan 
Bawang Putih Goreng
Ikan Bilis Goreng
Cili Potong atau Cili Kicap
Daun Sup

 

Cara Masak Sup Tepung VIRAL Mian Fen Gao

 

1.  Memula buat doh dulu. Satukan kesemua bahan doh, uli rata sampai jadi doh tak melekat kat jadi. Pastu tutup dan ketepikan.
2. Panaskan minyak, goreng hirisan bawang putih dan ketepikan. Goreng ikan bilis dan ketepikan.
3. Minyak yang sama, tumis bawang putih dan halia hingga keperangan. 
4. Kemudian masukkan isi ayam yang diperap sos tiram. Goreng hingga masak. Masukkan fish cake, fish ball.  Masukkan air, masak hingga mendidih

 

Resipi Sup Tepung Viral Mian Fen Gao

 

5.  Kemudian cubit-cubit doh, leperkan dan masukkan dalam kuah yang mendidih tadi. Buat sampai habis. Nak makan ni, memang makan masa! HAhaa…  So bertabah laaa.. Sila ajak suami , anak-beranak, adek-beradek join sama buat proses ni eh… Cepat sikit habis. Sebaiknya tidak tebal dan size tidak gabak. Besar sangat tak syok makan, lagipun tak lawa penuh mangkuk nanti. 
6. Kemudian masukkan carrot, sayuran lain. Perasakan dengan garam dan kiub pati ayam secukup rasa. Kacau rata hingga mendidih, tutup api.
7. Tuang dalam mangkuk. Nina hidangkan bersama bawang putih goreng, ikan bilis goreng, cili api potong dan limau kasturi. Siap!

Amacam..? Menarik tak? Rare ni..
Bahan rencah kuah dan bahan sampingan tu ikut laaa selera dan citarasa korang. Korang yang nak makan. Nina sekadar kongsikan cara Nina. Pepandai laaa adjust eh.. 

 

Resipi Sup Tepung Viral Mian Fen Gao

 

Korang kot kurang faham  nak kan video boleh tengok di  Video Tutorial Cara Masak RESEPI SUP TEPUNG 
Nanti korang dah try khabar kat kita best ke tak menu ni ehh ..

 

Related posts:

Sinopsis CURI CURI CINTA - Astro

EDWIN VAN DER SAR ADA DI AEON MALL! CEPAT REBUT PELUANG MEET & GREET

Soft Launching di DolceRyna Cafe & Boutique ... ppssttt >>>> Best shopping sini. Semua ada~

Rupanya selama ni anak rabun jauh!

Lifestyle Resepi Chinese Food Sedapchinesse style menuJuadah Buka Puasa MudahKids Menumenu buka puasa simplemenu jimatMenu PKPMian Fen Gaoresepi mudahresepi viralresipi viralSup Tepung

Post navigation

Previous post
Next post

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CATEGORIES

  • Drama Movie
  • Lifestyle
  • Parenting
  • Resepi
  • Review
  • Tips
  • Travel

ABOUT ME

Nina Mirza

Lifestyle & Parenting Blogger since 2011.

Mendapat pendidikan dalam Business Management dan berpengalaman lebih 10 tahun dalam Banking, Property dan bidang Oil & Gas.

Blog NinaMirza.com adalah satu medium dimana Nina kongsikan segala resipi dan tips tentang masakan, kecantikan, parenting, travel dan review produk dan event.

Hubungi Nina untuk lebih lanjut
Email : nina.azlan1@yahoo.com

AWESOME BLOG

©2025 Nina Mirza | WordPress Theme by SuperbThemes