Day 15 #MenuBukaPuasa 2020 | Tadi teringin nak makan bubur nasi berlauk tapi badan ni macam tak larat. Rasa nak demam pun ada. Bila dah tak larat gini, memang lerrr rasa lesu nak masak. Walaupun sekadar masak Bubur Nasi yang senang mudah yang amat tuu..!! Yelah… Masak bubur nasi senang, nak masak berlauk yang hurmmmm… Sengal! Bubur Nasi Berlauk Sedap JIM’S PORRIDGE
Kat mana Bubur Nasi Berlauk Sedap area KL Selangor ni ?
Pastu dalam kesengalan, Nina dok search laaa kat fb #buburnasiberlauk. Sambil search sambil baring-baring pastu terlelap. Hampir laaaa sipi jer handphone gedebuk jatuh atas muka ni. Padan muka sendiri! Huhuuu . . .
Tengah-tengah scroll. Huh??
Bubur Nasi Berlauk Sedap JIM’S PORRIDGE
Amboi amboi amboi….!! Terus terliur nengok Bubur Nasi Jim’s Porridge. Awat laaa menyelerakan tengok. Cepat-cepat lap air liur. Ok tipu. HAhaa.. Tapi serius Bubur Nasi Berlauk dia nampak sedap weyhhh… Tak caya pi tengok sendiri . Tekan link ni :- Facebook JIM’S PORRIDGE
Fullamak…!! Ada pakej diskaun lak tu.. 15% off ..!!
Apa lagi . . . . Ku order 7 set. Sorang sebekas.
Sampai jer kat rumah tengok
Wah…. Besar rupanya bekas dia. Portion gini mau kenyang sungguh makan sorang satu.
Bagusnya packaging dia, dia asingkan topping. So lauk atasnya kekal rangup semasa berbuka puasa. Lauk pun puashati portion meriah. Selambak beb!
Korang tengok atas tuuu… Bubur plain tanpa lauk pun dah sedap. Ada pilihan, korang nak rasa ayam atau daging. Isi ayam / daging kisar nya banyak. Bagusnya tak kedekut!
Masa berbuka puasa, anak-anak dok cop cop pilih favorite menu depa. Semuanya menyelerakan.
Suapan pertama . . . .
Ya ampun! Asyiknya kunyah kerangupan ikan bilis, kacang, tempe, kriuk kriukkkkk..
See!
Aduyai . . . Paru goreng dia ohsem! Sedap giler . . . Korang wajib order tau. Pasni rasa macam nak order sebekas lauk paru saja.
Kenapa Bubur Nasi Berlauk JIM’S PORRIDGE BEST ?
Sambil makan berbuka tadi, belek belek page fb Jim’s Porridge. Meh share ngan korang. Benda bagus kannn… Opkos laaa share! Dasar blogger semua yang best nak share
RAMADHAN COMBO PROMO! diskaun 15%
– 15% discount dari total harga untuk setiap pembelian minima 3 unit mana-mana Bubur Berlauk Set. Jimat ! Rugi laaa tak grab kannn…
Ada banyak pilihan! Harga sangat berbaloi-baloi
BUBUR BERLAUK MIX N MATCH
✅ Basic Bubur – RM 6
– ayam / daging
✅ Add On Ingredient – RM 1 / scoop – murah kannn?
>> Ikan Masin Lobak Manis
>> Sotong Lobak Manis
>> Lala lobak Manis
>> Sambal Paru – wajib wajib order! Di ulangi wajib order tau!
>> Kerepek Peria
>> Udang Goreng Rangup
>> Tempe goreng
>> Halia goreng
>> Telur Masin
>> Kacang
>> Ikan Bilis
>> Kentang Goreng
Servis tip top! Simple jelas
Tak perlu pre-order. Hari ni order , hari ni jugak dapat. .. Best kannn?
Arahan yang cukup jelas ada dinyatakan kat page Facebook JIM’S PORRIDGE.
➡️ Waktu Tempahan
Isnin – Ahad
11am – 4pm
* Di luar waktu ni, sebarang penghantaran akan di bawa ke hari keesokannya. Jelas dan senang faham kann…? So senang laaa korang nak uruskan time management korang. Kot macam Nina nak cuti masak hari ni, order before 4pm. Terlewat, besok laaa cuti masak. Gitu . . .
Food Delivery atau ambik sendiri pun boleh
Macam Nina , depa hantar sampai depan pintu rumah. Ada laaa charge sikit. Normal laaa… Dah pemalas , nak santai rehat kat rumah saja, maka keluarlah duit penghantaran.
Tapi kalau korang berada kat tengah kota metropolian, korang boleh jer pi kat Kiosk JIM’S PORRIDGE dan collect kat sana. Jimat laaa duit Delivery.
Ada KIOSK!
Yes ada kiosk. Korang boleh pi sendiri Koisk dan pilih sendiri, tengok live pilihan menu-menu yang ada. Lagi laaaa bukin terliur gamaknya.
Kiosk 1 : Ground Floor Busana @ Menara MARA
Kiosk 2 : Walkway Jakel (sebaris dengan kiosk chatime)
Kiosk buka dari
⏰ 11am – 8pm
⏰ Dibuka setiap hari
Cepat-cepat tau, lambat datang nanti habis jangan nangis lak yaa
Camner Nina order JIM’S PORRIDGE ?
Senang jer.. Korang hanya perlu click link bawah ni, pilih menu pilihan dan nanti mereka akan hantar sampai ke depan pintu rumah korang.
Link Order JIM’S PORRIDGE : https://jimsporridge.oddle.me/en_MY
Waktu Tempahan :-
Isnin – Ahad
11 pagi – 4 petang
Area penghantaran : Selayang, Gombak, Setapak, Wangsa Maju, Setiawangsa, Keramat.
Untuk keterangan lebih lanjut, korang boleh laaa cuci mata dan mentelaah info di
FB : Jim’s Porridge
IG : @jimsporridge
Kalau korang teringin nak makan yang simple² tapi cukup puashati hantar sampaj ke rumah, harga cun berbaloi-baloi.. Rekemen korang order ngan Jim’s Porridge.
Bubur Nasi Berlauk Sedap JIM’S PORRIDGE
sedapnya tgk bubur berlauk dr Jim’s Porridge..bole cuba ni utk berbuka puasa ..nk plak ada promo diskaun tu..tq for sharing
Gile tak sedap, sekali nengok mak aii penuh semangkuk tu, nampak sedap…Johor takde ke ekk..alaaaa nak jugaa…
Serius nampak sedap..bekas dia besar. Topping melimpah. Puas hati kalau order ni.
sedapnya terliur tengok gambar tu. lama tak makan bubur berlauk camni
Terliur dibuatnya tengok bubur berlauk dari Jim’s Porridge ni. Penuh mangkuk bubur tuh dengan lauk. Berbaloi beli. Nasib baik jauh dari kawasan rumah saya kalau dekat memang dah order online je ni
Tengok post bubur berlauk nii, terus teringat moi kt psr malam. Biasa setiap minggu beli. La ni dah 2 bulan tak merasa. Nak kena try bubur viral ni plak
nampak sedap gambar porridge ni.rasa pun mesti sedap. Boleh lah cuba nanti 🙂
Wah bestnya. Dah la banyak. Bahan-bahan tambahan pun sedap. Bleh cuba nanti.
bila ramadan rindu nak makan macam2 kan.. kena plak kali ni xda pasar, sungguh terasa kelainannya.. semua dok pakat order online aje. Rasa plak x tau macma mana lagi selagi belum rasakan? huhu..
Tapi porridge ni memang nampak sedap n banyak lauk dia.. sayangnya penghantaran plak limited tempat. Anyway thanks share and nanti boleh la cuba plak