Skip to content
Nina Mirza
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

  • Home
  • Lifestyle
  • Resepi
  • Parenting
  • Review
  • Tips
  • Travel
  • Drama Movie
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

10 Reka Bentuk Dapur Rumah Di Malaysia Yang Pasti Akan Buat Anda Kagum
October 27, 2017

10 Reka Bentuk Dapur Rumah Di Malaysia Yang Pasti Akan Buat Anda Kagum

10 Reka Bentuk Dapur Rumah Di Malaysia Yang Pasti Akan Buat Anda Kagum

Isi Kandungan hide
1 10 Reka Bentuk Dapur Rumah Di Malaysia Yang Pasti Akan Buat Anda Kagum
1.1 Related posts:
2 KASUT SEKOLAH PALLAS BELI ONLINE JE MUDAH
3 MISTERI NONA penuh suspen! Siapa sebenarnya Mona? Full Sinopsis episod akhir
4 Part 2 - Habis tu tak de duit camner nak bayar?!
5 TIPS CONTOH SOALAN UJIAN PKSK UKKM MRSM SBP RMC PENGALAMAN EILMAN

Ruang dapur merupakan ruang yang sangat penting terutama sekali bagi kaum wanita yang bergelar isteri. Tetapi tidak dinafikan, ada juga sesetengah kaum lelaki yang gemar ke dapur. Jadi, bagi sesebuah rumah, reka hias ruang dapur adalah sama penting dengan reka hias ruangan lain.

Terdapat banyak ciri yang perlu diambil kira dalam menghias ruang dapur, antaranya ialah pencahayaan, pengudaraan, ruang penyimpanan, ruang kerja yang mencukupi dan yang paling penting, keselamatan. Jadi, sebelum anda membuat keputusan untuk memberi suasana baru untuk ruang dapur anda, pastikan semua ciri ini telah diambil kira agar anda tidak menyesal di kemudian hari.

Jika anda masih mencari idea menarik untuk renovate dapur renovate dapur rumah anda, berikut adalah contoh reka bentuk dapur yang sangat menarik dan direka hias sepenuhnya oleh pakar pereka dalaman di Malaysia.pakar pereka dalaman di Malaysia.

1. Kondominium di Ukay Heights, Ampang
Perkataan yang sesuai untuk menggambarkan dapur ini adalah – ceria. Pereka hias yang diupah telah memilih warna biru muda untuk dinding dan putih untuk kabinet dapur. Bagi permukaan kaunter, kepingan Quartz berwarna putih menjadi pilihan dan jubin putih berkilat pula digunakan untuk backsplash. Tombol berwarna gangsa ditambah pada pintu kabinet dapur untuk memberikan sedikit sentuhan klasik pada ruang ini.

10 Reka Bentuk Dapur Rumah Di Malaysia Yang Pasti Akan Buat Anda Kagum

Projek oleh La Conception Hauz

2. Kondominium di Serene Residence RT2, Rawang
Penggunaan ruang di dapur kecil ini telah dimaksimumkan dengan ruang simpanan yang menggabungkan unsur moden kontemporari. Pakar renovate dapur yang diupah telah menggunakan kombinasi warna putih dan warna kayu asli untuk pintu almari dan laci kabinet dapur ini. Bagi memastikan ruang dapur yang kecil ini mendapat pencahayaan yang cukup, tingkap dibiarkan tidak terhalang dan bidai berwarna putih digunakan untuk mengurangkan silau.

10 Reka Bentuk Dapur Rumah Di Malaysia Yang Pasti Akan Buat Anda Kagum

Projek oleh Nice style Interior Design

3. Kondominium di Taman OUG
Kabinet berwarna kelabu yang ditempah khas dengan custom cabinet membuatkan dapur ini kelihatan mewah dan anggun. Pintu kabinet berwarna kelabu yang ditambah dengan kemasan kayu timbul bercorak pula telah memberikan sentuhan Eropah tradisional pada ruang ini. Island counter dengan kemasan yang sedondon dengan kabinet telah dipadankan dengan permukaan kaunter berwarna putih yang tahan lasak. Untuk sentuhan yang lebih moden, lampu gantung telah dipasang di bahagian atas kaunter.

10 Reka Bentuk Dapur Rumah Di Malaysia Yang Pasti Akan Buat Anda Kagum

Projek oleh Double Art Design Studio

4. Rumah Semi-D di Ecohill, Semenyih
Dapur kering kompak dengan dinding tunggal ini telah menggabungkan pelbagai karakter yang membuatkan ruang ini tampak selesa dan menarik. Pereka hias dalaman yang diupah telah membuat tindakan bijak dengan menggunakan pelbagai jenis lampu untuk memastikan ruang yang kecil itu mempunyai pencahayaan yang baik walaupun tidak mempunyai tingkap. Selain itu, gandingan elemen asas dapat dilihat pada pintu kabinet bercorak kayu asli dan island counter dengan kaki meja yang dibuat daripada blok konkrit. Pintu kaca gelangsar pula digunakan untuk memisahkan ruang dapur basah dengan dapur kering.

10 Reka Bentuk Dapur Rumah Di Malaysia Yang Pasti Akan Buat Anda Kagum

Projek oleh Amorphous Design

5. Kondominium di Vina Residence, Cheras
Dapur yang bertema moden kontemporari ini tampak sangat kemas dan menarik. Jubin tahan lasak bercorak seakan kayu yang dipadankan dengan kabinet serba putih membuatkan ruang dapur ini terasa lebih lapang dan selesa. Selain itu, custom cabinet maker yang diupah juga telah mengambil kira ruang khas untuk peralatan elektrik jenis built-in yang akan digunakan. Aksesori berwarna hitam dan emas pula ditambah untuk memberikan sentuhan yang lebih elegan pada ruang ini.

10 Reka Bentuk Dapur Rumah Di Malaysia Yang Pasti Akan Buat Anda Kagum

Projek oleh Meridian Inspiration

6. Kondominium di Bangsar Puteri
Bertema earthy dan industrial, dapur ini tampak menarik dengan caranya yang tersendiri. Kombinasi warna putih pada dinding dan permukaan kaunter dengan kabinet berwarna kayu asli sangat sesuai dengan tema yang dikehendaki. Walaupun dapur dengan pelan reka bentuk L ini kelihatan ringkas, ia mempunyai banyak ruang kerja dan ruang simpanan yang praktikal. Lampu gantung dengan terendak berwarna tembaga membuatkan ruang tersebut kelihatan lebih anggun dengan serta merta.

10 Reka Bentuk Dapur Rumah Di Malaysia Yang Pasti Akan Buat Anda Kagum

Projek oleh MIL Design Construction

7. Kondominium di Bukit Jalil
Reka bentuk dapur kompak berbentuk L ini amat mementingkan ciri praktikal. Susun atur kabinet telah mengambil kira ruang kerja dan simpanan, serta ruang untuk meletakkan mesin basuh. Gandingan pintu kabinet berwarna kelabu muda dan permukaan kaunter granit berwarna kelabu gelap mambuatkan dapur kecil ini kelihatan moden dan bergaya. Pilihan warna putih untuk jubin lantai, backsplash dan roller blind pula telah berjaya membuatkan ruang dapur ini kelihatan lebih luas.

10 Reka Bentuk Dapur Rumah Di Malaysia Yang Pasti Akan Buat Anda Kagum

Projek oleh MIL Design Construction

8. Kondominium di Ara Damansara
Suasana ruang dapur kering ini terasa sangat warm and cosy dengan hiasan dalam bertema moden kontemporari. Island counter tinggi dengan permukaan berwarna putih yang tahan lasak sangat sepadan dengan kabinet berwarna coklat gelap dengan pintu jenis 3G dan kerusi bar berwarna kelabu. Pereka hias dalaman juga telah memaksimumkan penggunaan ruang dengan membina kabinet dari lantai ke siling rapat ke dinding dan kabinet gantung dengan pintu kaca di bahagian atas island counter.

10 Reka Bentuk Dapur Rumah Di Malaysia Yang Pasti Akan Buat Anda Kagum

Projek oleh La Conception Hauz

9. Rumah Semi-D di SD Villa, Shah Alam
Ruang dapur kompak ini tampak sangat maskulin dengan kabinet dapur yang menggandingkan warna kayu gelap dan hitam. Granite hitam yang tahan lasak telah menjadi pilihan tuan rumah untuk permukaan kaunter. Bagi memastikan suasana dapur ini sentiasa terang dan selesa, tingkap dibiarkan tanpa halangan dan dilengkapkan dengan Zebra blind berwarna putih.

Reka Bentuk Dapur Rumah Di Malaysia Yang Pasti Akan Buat Anda Kagum

Projek oleh Furlab Enterprise

10. Kondominium di Putra Prima, Puchong
Reka bentuk dapur kering ini sangat unik dan praktikal. Ruang di bawah tangga telah digunakan sepenuhnya sebagai ruang simpanan dan ruang untuk peti sejuk. Kaunter sarapan pula dibina rapat ke dinding agar tidak menghalang laluan untuk ke dapur basah. Gandingan warna kelabu, hitam dan putih pada kabinet, permukaan kaunter dan kerusi bar membuatkan ruang ini tampak sangat kemas dan anggun.

Reka Bentuk Dapur Rumah Di Malaysia Yang Pasti Akan Buat Anda Kagum

Projek oleh Young Concept Design

Saya berpendapat, Malaysian interior designer yang diupah oleh pemilik rumah-rumah di atas sangat berbakat dalam menghasilkan reka bentuk dapur yang praktikal dan mengikut citarasa tuan rumah. Tidak melampau sekiranya saya katakan hasil kerja mereka setanding dengan hasil kerja pereka hias dalaman antarabangsa yang sering kita lihat dalam majalah dan di kaca TV.

Jika anda inginkan suasana baru untuk dapur rumah anda, dapatkan khidmat renovate dapur yang berpengalaman di Recommend.my. Dalam tempoh beberapa jam, anda akan terima lebih daripada satu sebut harga untuk dibandingkan.

Related posts:

KASUT SEKOLAH PALLAS BELI ONLINE JE MUDAH

MISTERI NONA penuh suspen! Siapa sebenarnya Mona? Full Sinopsis episod akhir

Part 2 - Habis tu tak de duit camner nak bayar?!

TIPS CONTOH SOALAN UJIAN PKSK UKKM MRSM SBP RMC PENGALAMAN EILMAN

Lifestyle Parenting Review Tips 10 Reka Bentuk Dapur Rumah Di Malaysia Yang Pasti Akan Buat Anda Kagumcontoh kabinet dapur rumahInfo - Semasakabinet dapur cantikkhidmat revovate dapurkitchen cabinetpereka hiasan dalamanTipstips dari dapur

Post navigation

Previous post
Next post

Comments (15)

  1. Sal says:
    October 27, 2017 at 8:52 am

    Hampir² nak tergoda dah ni k.nina…mmg cantik dan mendatangkan mood nak masak gini…huhuhu

    Reply
  2. Athirahassin says:
    October 27, 2017 at 8:52 am

    Berkenan no 2&5 tuuuuu

    Reply
  3. Qaseh says:
    October 27, 2017 at 8:53 am

    Fuh lawaaaaanyaaaa ..

    Reply
  4. YB Shehan says:
    October 27, 2017 at 8:53 am

    bestnya kalau ada bajet. adoih. sobs sobssss

    Reply
  5. Mama Kembar Tiga says:
    October 27, 2017 at 8:55 am

    Cantik cantiknya design..bestnya kalau dapat dapur lawa camtu

    Reply
  6. mas saari says:
    October 27, 2017 at 11:52 am

    Wahhh semua design cantik².

    Reply
  7. Azlan says:
    October 27, 2017 at 12:54 pm

    Menarikkkk ni….

    Reply
  8. titan says:
    October 27, 2017 at 1:46 pm

    peh..

    not bad.

    cantek-cantek gak semua dapur ni.

    Reply
  9. Moha says:
    October 27, 2017 at 7:31 pm

    InsyaAllah murah rezeki nak buat dapur cantik macam tu.. dapur cantik, mood masak pun jadi cantik

    Reply
  10. Azni says:
    October 27, 2017 at 7:36 pm

    Lawo- lawo… aduii tgk dapor sendiri x sanggup hahaha

    Reply
  11. Leyla Nurjatiey says:
    October 27, 2017 at 7:50 pm

    cantik nya..dah lama tak berangan..huhuhu

    Reply
  12. Norliza Nordin says:
    October 27, 2017 at 8:09 pm

    Cantik! Berkenan nengokk

    Reply
  13. NORIZA ABDUL RAHMAN says:
    October 28, 2017 at 4:16 pm

    Cantik semua designya, entah bila rumah kami ni nak ada design kitchen cabinet macam ni

    Reply
  14. Mamapp says:
    October 29, 2017 at 11:09 am

    Cantik Dan save space. Boleh buat rujukan ni

    Reply
  15. nadia johari says:
    November 8, 2017 at 2:11 am

    cantiknya..idamn kalbu

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CATEGORIES

  • Drama Movie
  • Lifestyle
  • Parenting
  • Resepi
  • Review
  • Tips
  • Travel

ABOUT ME

Nina Mirza

Lifestyle & Parenting Blogger since 2011.

Mendapat pendidikan dalam Business Management dan berpengalaman lebih 10 tahun dalam Banking, Property dan bidang Oil & Gas.

Blog NinaMirza.com adalah satu medium dimana Nina kongsikan segala resipi dan tips tentang masakan, kecantikan, parenting, travel dan review produk dan event.

Hubungi Nina untuk lebih lanjut
Email : nina.azlan1@yahoo.com

AWESOME BLOG

©2026 Nina Mirza | WordPress Theme by SuperbThemes