Skip to content
Nina Mirza
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

  • Home
  • Lifestyle
  • Resepi
  • Parenting
  • Review
  • Tips
  • Travel
  • Drama Movie
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

Best nya shopping kat Himalaya Wellness Boutique Mid Valley
October 22, 2017October 22, 2017

Baru tahu rupanya Himalaya Wellness ada Boutique kat Mid Valley!

Korang gi mana hujung minggu ni?

Isi Kandungan hide
1 Korang gi mana hujung minggu ni?
2 Apa yang ada kat Himalaya Wellness Boutique
3 Apa bagus nya produk Himalaya ?
3.1 100% herbal aktif
3.2 Dijamin Halal
4 Best nya shopping kat Himalaya Wellness Boutique Mid Valley
4.1 Set produk Himalaya yang lengkap dan lebih banyak pilihan tiada kat kedai lain
4.2 Juru Penasihat yang ceria, peramah dan sedia membantu
4.3 Harga promosi istimewa hanya di Himalaya Wellness Boutique
4.4 Susun atur kedai yang kemas, memudahkan !
5 Apa yang best ngan membership Himalaya Wellness ?
6 Kelebihan membership Himalaya Wellness Malaysia
6.1 Membership Himalaya Wellness
6.2 Diskaun
6.3 Point – cash rebet redeem! Tak de tarikh luput
6.4 Best nya shopping kat Himalaya Wellness Boutique Mid Valley
6.5 Related posts:
7 Nasi Lemak Sambal Udang Serai style Nina
8 Resepi Bubur Lambuk Bonda | menu wajib tiap kali Ramadan Resepi Rahsia Arwah Makcik tersayang
9 EM DRINK PLUS khasiat kebaikkan bantu tingkatkan imuniti badan semua usia
10 Day 3 - Eilhan tadika, Mama lak yang syahdu. Huwaaa . . . .

Minggu lepas Geng bawa Nina jengjalan cuci mata kat Mid Valley . Dah hampir 10 tahun kot tak jejak kat sini. Huishh … Lama sungguh! Dolu-dolu lepas baru kawin, suka dating kat sini. Eh! Tercerita lak.. Ssyyhhh …..

Sambil jalan-jalan santai lenggang kangkung sambil kira tapak kaki, tetiba eh eh! Ada butik Himalaya lah… Betul-betul depan farmasi Guardian Lover Ground Floor. Sejak bila Himalaya dah ada butik? Selalunya Nina nampak produk Himalaya ni kat farmasi jer.. Tak sangka Himalaya ni ada butik nya sendiri. Ker korang dah tahu, Nina yang ketinggalan zaman baru tahu… huhuu

Apa yang ada kat Himalaya Wellness Boutique

Korang… Rupanya macam-macam ada rejimen produk Himalaya ni! Penjagaan dari atas kepala hingga lah ke hujung kaki. Supplement pun ada tau! Banyak giler rupanya supplement mereka.

Best nya shopping kat Himalaya Wellness Boutique Mid Valley

Nina paling suka produk Himalaya ni adalah mask dia. Himalaya Neem Face Pack Mask dia – memang best! Bagi Nina Himalaya ni jenama yang dipercayai. Tiada paraben, SLE, SLES dan pastinya selamat!

Selain tu Nina pun suka supplement dia. Nina makan Milk Booster Himalaya – Shatavari. Alhamdulillah berkesan ! Dan Nina memang yakin dengan produk Himalaya.

Apa bagus nya produk Himalaya ?

100% herbal aktif

Kalau korang tak tahu, produk Himalaya ni ianya 100% berasaskan herbal aktif!“. No no no chemical, bahan terlarang contohnya Paraben, SLE, SLES . Haa.. bagus kan? Produk yang selamat digunakan!

Dijamin Halal

Lagipun, produk Himalaya ni dijamin halal. Jadi boleh lah digunakan tanpa was was. Harga pun berpatutan, Mampu milik beli gitu. Pastu produk nya berbaloi dengan kualitinya.

Best nya shopping kat Himalaya Wellness Boutique Mid Valley

Set produk  Himalaya yang lengkap dan lebih banyak pilihan tiada kat kedai lain

Sebab Nina baru tahu yang Himalaya Wellness ada butik nya  sendiri, lepas ni Nina memang akan terus ke butik aje.  Lebih banyak kelebihan bila shopping kat sini berbanding kat farmasi lain.  Rupanya produk Himalaya ni ada banyakkkk !!  Rupanya ada ubat gigi yang lengkap untuk seisi keluarga, set shampoo, produk untuk baby, sabun mandi untuk yang ada masalah kulit, dan ….. Supplement juga pelbagai pilihan mengikut keperluan. Rejimen produk ni tak semua ada kat farmasi lain.

Best nya shopping kat Himalaya Wellness Boutique Mid Valley

 

Juru Penasihat yang ceria, peramah dan sedia membantu

Ahaa… Korang tengok ni!

Masa Nina jalan-jalan tengok produk Himalaya, kedengaran “ Selamat Datang ke Himalaya Wellness Boutique” . Amboi … Ramahnya! Lagi best kann, Nina memang dok cari krim anti aging (anti-penuaan) Ok. Sedar diri tak lama lagi 4 series. Dengan itu kena lah siap sedia jaga muka.

Best nya shopping kat Himalaya Wellness Boutique Mid Valley

Juru penasihat Himalaya ni best! Nina suka cara penerangan nya yang lengkap, tepat, jelas dan mudah difahami. Mereka juga arif bab setiap produk yang ada. Good job! Teruskan khidmat cemerlang…

Best nya shopping kat Himalaya Wellness Boutique Mid Valley

Harga promosi istimewa hanya di Himalaya Wellness Boutique

Nina tertarik berminat nak cuba Shampoo Himalaya pasni. Promosi harga menjunam gini tak ada kat farmasi lain. Hanya di Boutique Himalaya Wellness aje ada! Korang kena pi intai butik depa… Rugi tak tahu!

Susun atur kedai yang kemas, memudahkan !

Nina suka susun atur kedai yang tersusun rapi, di asingkan setiap rejimen produk dan mempercepatkan masa shopping !! Walaupun gerenti tiap kali masuk farmasi paling tidak 2 jam dok belek-belek kat dalam tu.. Korang sama tak macam Nina? Hahhaa . . .

Apa yang best ngan membership Himalaya Wellness ?

Best nya shopping kat Himalaya Wellness Boutique Mid Valley

Kelebihan membership Himalaya Wellness Malaysia

Membership Himalaya Wellness

MasyaAllah …!! Korang tau tak betapa beruntung nya shopping kat Himalaya Wellness Boutique sebab dengan setiap pembelian bernilai RM100 ke atas, secara automatik kita jadi membership Himalaya Wellness seumur hidup. Tak perlu renew pun!

Diskaun

Dah tentu member dapat diskaun! Sapa tak suka weyy … Korang boleh dapat 15% diskaun dengan setiap produk normal item. Pengguna yang bijak kann…?? Bukan kena bayar apa-apa pun jadi member. Tak susah pun, masa bayar hanya sebut aje no IC atau no telefon dan korang layak dapat diskaun. Mudah kan…?

Point – cash rebet redeem! Tak de tarikh luput

Ada lagi manfaat membership Himalaya Wellness ni, dengan setiap pembelian RM100, korang dapat point bernilai RM10. Selepas 3 hari, korang boleh laa shopping lagi dan tebus point tu as cash! Berbaloi dan jimat kan… Lagi best, point ni tak de tarikh luput. Selagi korang tak claim, selagi tu laaa point tu tetap ada. Bagus kann..?? Kumpul banyak banyakkkkk sampai ratus-ratus, pastu redeem point semua cash beli set skincare muka ke, set penjagaan rambut ke, supplement ke… Wahh … menguntungkan sungguh!

Best nya shopping kat Himalaya Wellness Boutique Mid Valley

Korang nak tahu lebih lagi, korang pi lah mentelaah kat

Address : Mid Valley Megamall
Lower Ground Lot 72 & 73, (Opposite Guardian Pharmacy)
Lingkaran Syed Putra, 59200 Kuala Lumpur

Web : Himalaya Malaysia
Facebook : http://www.facebook.com/HimalayaHealthcareMalaysia/
Instagram : http://www.instagram.com/himalayamalaysia/

#HimalayaMalaysia #HimalayaMalaysiaBoutique

Related posts:

Nasi Lemak Sambal Udang Serai style Nina

Resepi Bubur Lambuk Bonda | menu wajib tiap kali Ramadan Resepi Rahsia Arwah Makcik tersayang

EM DRINK PLUS khasiat kebaikkan bantu tingkatkan imuniti badan semua usia

Day 3 - Eilhan tadika, Mama lak yang syahdu. Huwaaa . . . .

Lifestyle Review Tips HIMALAYAHimalaya MalaysiaHimalaya WellnessHimalaya Wellness Boutiqueinfo - kecantikanInfo - kesihatanInfo - SemasaKelebihan membership Himalaya Wellness MalaysiaMid ValleyTempat Best Jalan-jalan

Post navigation

Previous post
Next post

Comments (20)

  1. Mama Kembar 3 says:
    October 23, 2017 at 11:27 am

    Rasa nak pi beli laa protein shampoo tu, mcm best ja

    Reply
  2. fizafantagiro says:
    October 23, 2017 at 11:31 am

    Bestnya kak nina . Fiza masuk kedai dia yang kat dpulze Cyberjaya, tapi kecik je yang kat situ

    Reply
  3. Mieza S says:
    October 23, 2017 at 11:46 am

    Pernah dulu lalu dekat kedai Himalaya ni. aduhhh rambang mata. tu baru tgok dr luar.

    Reply
  4. Huda says:
    October 23, 2017 at 11:48 am

    huda pun baru tahu himalaya ada butik sendiri, siap ada membership benefit lagi. memang best shopping di himalaya butik, dpt jimat sbb ada diskaun dan kumpul point sekali.

    Reply
  5. Leyla Nurjatiey says:
    October 23, 2017 at 11:53 am

    wah..LN pon guna Himalaya Neem Face Pack Mask ..

    Reply
  6. Papa Amyzal says:
    October 23, 2017 at 11:53 am

    Produk Himalaya memang tak boleh disangkal lagi akan kebaikan dan keberkesanannya. Tak rugi membeli

    Reply
  7. YB Shehan says:
    October 23, 2017 at 11:53 am

    Tak pernah try lagi produk ni. Mask tu mcm menarik lak

    Reply
  8. azni says:
    October 23, 2017 at 11:54 am

    anti wrinkle cream… antri wrinkle cream… huhuhu tgh aim yg ni

    Reply
  9. Lya says:
    October 23, 2017 at 11:55 am

    Produk Himalaya mmg best dan berkesan .. macam2 ada kan ..

    Reply
  10. SalinaJohari says:
    October 23, 2017 at 11:57 am

    tq share K.Nina. Sal nak try jugakla mask tu . NO PARABEN yang membuatkan Sal tertarik dengan produk HIMALAYA

    Reply
  11. IQ aka Izyan Balqis says:
    October 23, 2017 at 11:58 am

    Suka jugak dengan produk himalaya. Mesra keluarga!

    Reply
  12. Qaseh says:
    October 23, 2017 at 12:29 pm

    Himalaya best !!!

    Reply
  13. Mohd shahrir Mohd arshad says:
    October 23, 2017 at 1:04 pm

    Kene masuk Himalaya ni baru tahu ade apa

    Reply
  14. Lynda Che Lah says:
    October 23, 2017 at 2:55 pm

    Dah aim set untuk rambut…

    Reply
  15. Sofinah Lamudin says:
    October 23, 2017 at 8:22 pm

    Alamak… best la pula… huhu…Nasib baik kat sini tak ada. hahaha. nanti jadi kak Nina 2 jam kat dalam tu.

    Reply
  16. Ana Suhana says:
    October 23, 2017 at 10:55 pm

    Ana pun terjebak guna produk Himalaya ni. Best sgt. Yg penting chemical free. Br boleh guna tanpa was was.

    Reply
  17. MRSZACOM says:
    October 24, 2017 at 10:22 am

    terjebak guna syampu himalaya, best lah! rasa lepas ni nak beralih kepada produk himalaya..

    Reply
  18. Noriza Rahman says:
    October 25, 2017 at 6:04 pm

    Oh dah ada butik ala-ala macam body shop gitu yer..kalau masuk memang sukar nak keluar kan?

    Reply
  19. nadia johari says:
    November 8, 2017 at 2:12 am

    nkcari brg utk bby la

    Reply
  20. bad ice cream says:
    April 24, 2023 at 5:22 pm

    Himalaya Wellness Boutique adalah tempat yang harus korang tuju. Pasti korang pernah dengan bukan pasal produk himalaya ini.

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CATEGORIES

  • Drama Movie
  • Lifestyle
  • Parenting
  • Resepi
  • Review
  • Tips
  • Travel

ABOUT ME

Nina Mirza

Lifestyle & Parenting Blogger since 2011.

Mendapat pendidikan dalam Business Management dan berpengalaman lebih 10 tahun dalam Banking, Property dan bidang Oil & Gas.

Blog NinaMirza.com adalah satu medium dimana Nina kongsikan segala resipi dan tips tentang masakan, kecantikan, parenting, travel dan review produk dan event.

Hubungi Nina untuk lebih lanjut
Email : nina.azlan1@yahoo.com

AWESOME BLOG

©2025 Nina Mirza | WordPress Theme by SuperbThemes