Tak tentu arah dibuat nya bila TERtonton lalu terlayan Drama yang tengah trending sekarang ni. Dah episod entah keberapa baru nak follow. Drama HATI TERCARIK LUKA adalah sebuah naskah hebat yang banyak bermain dengan penuh emosi. Kita yang menonton pun sama naik darah tinggi, stress dibuatnya! Drama HATI TERCARIK LUKA lakonan mantap Zara Zya bergandingan dengan Syarul Ezani dan Ryun Ryry. Walaupun nama Syarul Ezani dan Ryun Ryry tidak se level dengan Zara Zya namun lakonan mereka berdua memang onz!
Rasa nak lenyek-lenyek je, korek biji mata si Ryun Ryry dan hantukkan kepala Syarul Ezani tuh mereka berdua. Serius tak sangka, rupanya acting mereka berdua superb! Betapa gediknya penyondol dan si Romeo yang tak pernah nak berubah walaupun dikurniakan seorang isteri terbaik untuknya. Bongok bethol! Kita pulak beremosi rasa nak marah. HAhaa
Drama HATI TERCARIK LUKA

See! Tengok poster pun dah nampak betapa watak Zara Zya menanggung derita yang amat mendalam. Watak Eyda yang kurang cakap, matang, penyayang, isteri mithali yang sanggup menerima baik buruk suaminya untuk dunia akhirat. Buat yang terbaik, jaga aib keluarga nya dan cuba memenangi hati ibu mentua semampunya. Namun, hati Dani yang rapuh kalah dengan godaan penyondol paling gedik yang sanggup lakukan apa saja untuk mendapatkan Dani. Hurmm… Jom baca Sinopsis Drama HATI TERCARIK LUKA
Sinopsis Drama HATI TERCARIK LUKA
Mengisahkan kisah kehidupan rumah tangga antara Dani Zairie (Syarul Ezani) dengan Eyda Amanda (Zara Zya) bahagia dengan kurniaan seorang anak perempuan, Farra. Dani Zairie dan Eyda Amanda bagaikan lambang pasangan yang bahagia. Perkahwinan mereka berdua dijodohkan oleh Puan Safina, ibu kepada Dani.
Walaupun Eyda turut bekerja, dia tidak lupa tentang peranan dan tanggung jawabnya sebagai seorang isteri dan ibu. Eyda selalu alpa yang dia perlu dahulukan suami dan anaknya. Dani pula menjadi suami yang memahami dan turut ringan tulang untuk membantu melakukan kerja rumah. Ok, family bahagia idaman semua orang! Tapi sebenarnya ibu Dani ni tak suka bila nampak Dani bantu Eyda buat kerja rumah sebab ibu Dani spesis MakMak zaman dulu yang sepatutnya isteri kena buat semua kerja rumah dan harus melayan suami sehabis baik.
Namun, Puan Safina sering masuk campur dalam rumah tangga anaknya sehingga merunsingkan Eyda. Puan Safina menganggap Eyda mahu menjadi ‘Queen Control’. Puan Safina turut memberikan tekanan kepada Eyda untuk mendapatkan anak lagi, khususnya cucu lelaki memandangkan Farra sudah pun berumur 5 tahun. Bagi Puan Safina cucu lelaki adalah penyambung keturunannya yang baik-baik.
Akhirnya Eyda mengandung anak lelaki
Tidak lama kemudian, Dani dan Eyda menerima khabar gembira apabila Eyda disahkan mengandung lagi. Puan Safina sungguh teruja dan mengharapkan kandungan kali ini ialah bayi lelaki. Pada masa yang sama, Eyda mula perasan Dani telah berubah tetapi Dani pandai berkata-kata untuk menenangkan Eyda. Eyda mengharapkan agar kebahagiaan di sisi Dani akan kekal selagi hayatnya. Semua isteri pun akan mengharapkan sedemikian kann?
Anak mereka Farra yang bijak ni, amat mengagumi mamanya. Farra suka merakam gambar, video dan moment yang ada diselilingnya. Biasalah budak sekarang memang tak lepas dengan handphone kannn? Nanti dah rakam Farra akan tonton semula dan suka cakap “Mama cantik laa, Farra sayang mama..”
Biarpun pelbagai dugaan dan cabaran yang terpaksa ditempuhi, akhirnya mahligai bahagia terbina jua. Eyda Amanda mengharapkan agar kebahagiaan di sisi Dani Zairie akan kekal abadi selagi hayatnya. Namun sayang, cinta sucinya dikhianati. Badai melanda lantaran kehadiran orang ketiga.
Hadirnya penyondol merosak kebahagiaan
Namun, konflik mula membelenggu kehidupan mereka berdua dengan kehadiran Maya Maria (Ryun Ryry). Dalam diam, Dani ada scandal dengan pembantu peribadinya walaupun ketika itu Maya masih berstatus isteri kepada Mazli. Maya yang selalu kesepian kurang kasih sayang menagih kasih daripada Dani kerana Mazli selalu bekerja jauh (outstation) dan lebih pentingkan keluarga sendiri berbanding Maya.

Kekosongan kesepian hidup Maya rasa terubat bila Dani melayan Maya dengan penuh perhatian. Hurmm.. Tapi, tepuk sebelah tangan tak akan berbunyi kannn? Dani Zairie tidak pernah berubah. Jejaka macho dengan trademark playboy ini mudah hanyut dalam pujuk rayu perempuan-perempuan yang menggilainya. Orang dilamun cinta semuanya indah!
Demi memiliki Dani, Maya berani melawan dengan suaminya dan meminta cerai. Maya memfitnah Mazli dengan mengatakan Mazli memukulnya. Maya menagih simpati Dani, sanggup buat laporan kesihatan palsu untuk menyokong penipuannya. Play victims punya penyondol! Rakan sekerja mereka Rykal (Fiza Omar) , dapat rasakan sesuatu dan telah menasihati Dani namun tidak dihiraukan.
Dani asyik berasmaradana melayan penyondol, Eyda terpaksa bersalin awal sendiri
Setelah Maya bercerai, perangai ‘Queen Control’ Maya terhadap Dani semakin menjadi-jadi malah Maya sanggup menggunakan ilmu hitam untuk merampas Dani. Saat Eyda bertarung nyawa melahirkan anak , Dani tiada disisi. Sibuk berkepit dengan Maya sehinggakan Rykal terpaksa ke rumah Maya untuk menjemput Dani ke hospital kerana Eyda terpaksa bersalin awal akibat tekanan dan gangguan ilmu hitam yang dihantar oleh Maya. Kesiannya Eyda! Huhuu . . .
Angkara ilmu hitam, Dani rasa bagai lembu dicucuk hidung, sentiasa akur ikut je segala cakap Maya. Sanggup Dani tidak pulang ke rumah , mengabaikan Eyda berpantang sendirian. Satu kejadian berlaku dimana anak mereka Farra sempat merakam video Dani dan Maya berselingkuh berduaan dalam toilet semasa majlis kesyukuran sambut baby dirumah Dani. Kedua kalinya, Farra merakam Dani video call memujuk Maya tidak dapat menemani Maya kerana Eyda baru sahaja bersalin. Dan bukti tersebut Farra tunjuk pada Eyda dan neneknya Puan Safina (ibu Dani).
Farra dedahkan bukti Dani berselingkuh pada Ibu Dani
Sejak awal, ibu Dani selalu menekankan pada Eyda perlu sentiasa bersangka baik pada Dani yang selalu tiada di rumah kononnya Dani sibuk bekerja untuk keluarga. Typical MakMak zaman dulu, semua benda isteri yang buat
Keadaan menjadi lebih rumit, amarah Dani pada Eyda semakin meluap-luap apabila ibu Dani menasihati Dani supaya menghentikan hubungan sulit Dani dan Maya. Dani menuduh Eyda yang mengadu pada ibunya padahal sebenarnya Farra yang kongsikan video rakaman perbualan Dani dan Maya pada ibu Dani. Maya mengapi-apikan Dani supaya menceraikan Eyda. Boleh pulak Maya ni tuduh Eyda yang sihir Dani!
Maya dan ilmu hitam
Hidup Eyda berterusan tidak tenang, diganggu ilmu hitam Maya sehingga Eyda histeria dalam pantang. Kemuncak gelora Eyda ingin menyelamatkan perkahwinannya, Eyda tekad pergi ke rumah Maya memujuk Dani untuk pulang ke pangkuannya, sanggup memaafkan Dani dan tinggalkan Maya. Namun keesokan harinya, polis datang ke rumah Eyda kerana Maya membuat laporan Eyda menceroboh rumah Maya.
“Hei perempuan! Kau dengar sini baik-baik! Kau menangis air mata darah sekalipun, kau takkan dapat balik laki kau! Ha! Ha! Ha!” – Maya Maria
Apakah yang akan berlaku seterusnya?
Mampukah Eyda Amanda menyelamatkan rumah tangganya?
Dasar penyondol memang tak pernah menyerah kalah!
“Ingat Eyda! Sekali kau melangkah pergi. Akan aku pastikan kau kembali melutut ke pangkuanku lagi! Aku bersumpah tujuh keturunan kau tak akan hidup senang!” – Dani Zairie
“Demi ALLAH! Dunia akhirat aku akan menunggu setiap detik dan waktu saat pembalasan dan pengadilan ALLAH terhadap kau, Dani. Biarpun aku tidak mampu membalas dengan kudratku atas segala kekejaman dan kezaliman kau. Namun, aku pasrah dan berserah serta yakin bahawa suatu saat dan ketika, pasti balasan ALLAH akan kau terima di dunia atau di akhirat nanti!” – Eyda Amanda
Episod akhir HATI TERCARIK LUKA Ending
Pengorbanan cinta Eyda Amanda hanya sia-sia. Percintaan yang tiada penghujungnya. Lantaran perbuatan durjana syaitan bertopengkan manusia. Permainan cinta dan kecurangan Dani Zairie akhirnya mencetuskan derita dan sengsara buat Eyda Amanda.
Di mana noktah kehidupan yang harus Eyda Amanda tempuhi?
Mampukah Eyda Amanda mempertahankan rumah tangga yang dibina bersama Dani Zairie?
Bagaimanakah pengakhiran kisah cinta mereka? Korang rasa ..?
Drama adaptasi novel Hati Tercarik Luka karya Aida Asmida di slot Samarinda TV3. Drama terbitan Creative Skill Solution dibawah arahan Emi Suffian dan skrip oleh Nieza Nahar. Mengandingkan Zara Zya, Syarul Ezani dan Ryun Ryry sebagai pelakon utama.

Info Drama
Hati Tercarik Luka
Episod: 15
Tarikh Tayangan: 21 Disember 2023
Waktu Siaran: Isnin – Khamis, 10:00 malam
Rangkaian: Samarinda TV3 / Tonton
Penulis Skrip: Nieza Nahar
Pengarah: Emi Suffian
Produksi: Creative Skill Solution Sdn Bhd
Lagu Tema (OST) Hati Tercarik Luka
Tajuk: Bayang-Bayang Sayang
Artis: Suara
Komposer & Lirik: Hanis Rafi, Firdaus Rahmat & Omar K
Watak Pelakon
Zara Zya sebagai Eyda Amanda
Syarul Ezani sebagai Dani Zairie
Ryun Ryry sebagai Maya Maria
Halim Radzi sebagai Mazli
Fizo Omar sebagai Rykal
Mia Nasir sebagai Anies
Jasmin Hamid sebagai Puan Safina
Aleza Shadan sebagai Hajah Ummi
Haeriyanto Hassan
Drama HATI TERCARIK LUKA ni menarik! Penceritaan lebih kurang drama meletop trending HATI YANG TERSAKITI namun yang ini lagi sakit jiwa nontonnya! Kupasan Drama ini menerapkan bagaimana seorang isteri perlu kuat, tabah, bertindak tidak mengikut emosi dan keluar dari orang toxic . HAhaa..
Tonton Online HATI TERCARIK LUKA
Saksikan Hati Tercarik Luka disiarkan bermula 21 Disember 2023, setiap Isnin hingga Khamis pada jam 10 malam di TV3 dan juga strim melalui Tonton di www.tonton.com.my, muat turun aplikasi Tonton melalui Google Play atau App Store.
sakiiiiitt je hati kan dengan penyondol ni.. penyondol ade d mana2..
Alhamdulillah mertua ldy x cenggitu wlpun menantunye cenggini..
tu la ldy xsuke tgk citer, banyak emosi sungguh.. Alhamdulillah ldy x tgk tv.. kalu x mesti ldy terjebak sama tgk citer ni 😛
ramai yang sakit hati dgn drama ni..mak saya ada juga cuba nak tengok tp say atak bagi sbb risau nanti teremosi hehe
Kak Nina, kita suka baca review kak nina pasal drama. Tak akan sama macam blog website lain.
Memang sakit hati geram tengok Maya tu
Saya ada juga tertengok drama ni. nampak menarik. tapi tak follow rapat. so tak tahu sangat jalan cerita dia