Skip to content
Nina Mirza
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

  • Home
  • Lifestyle
  • Resepi
  • Parenting
  • Review
  • Tips
  • Travel
  • Drama Movie
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

Buka Puasa di The Joke Factory Publika BEST
May 10, 2019May 10, 2019

Buka Puasa kat The Joke Factory satu kelainan. Enjoy terhibur Live Stand-Up Comedy

The Funniest Man in Asia – Harith Iskander!

Isi Kandungan hide
1 The Funniest Man in Asia – Harith Iskander!
2 The Joke Factory
3 Satay
4 Kuih Muih Tradisional
5 Sambal Paru Goreng
6 Bubur Keledek sagu
7 Asam Pedas Ikan Tenggiri
8 Kari Kambing
9 Sambal Ikan Bilis Goreng Belada
10 Kerabu
11 Labu masak lemak pucuk paku
12 Pecal
13 Air
14 Stall lok-lok
15 Persembahan Live Stand-Up Comedy di The Joke Factory
16 Buka Puasa di The Joke Factory Publika BEST
17 Harga Buffet Ramadhan 2019 The Joke Factory
17.1 Rm68 – dewasaRm40 – kanak-kanak Tarikh mula buffet : 6 May 2019 – 5 Jun 2019
18 Related posts:
19 APA MENU BEST JUADAH HARI RAYA SIMPLE OPEN HOUSE?
20 Sotong Masak Hitam Berempah Ala-Ala Mamak Style .....
21 AKU YANG KAU SAKITI Antara Dendam dan...
22 Nak ringkas.... Ikan Sambal Berlado. Anak-anak tak makan pedas sila makan ikan goreng aje ehh....

Sapa tak kenal dia weyh… Satu nama yang membanggakan Malaysia. Memang lawak santai bersahaja orangnya dan sekarang Harith dah ada restaurant tau. Restaurant yang diterapkan elemen comedy gak. Cam best kannn…? Buka Puasa di The Joke Factory Publika BEST

The Joke Factory

Ini lah restaurant milik Harith Iskander. Berkonsepkan cozy, simple, minimalis dan santai. Terletak di Publika area Solaris Dutamas. Sebuah lokasi yang statergik di tengah ibukota. Dalam restaurant beliau ada di tempatkan sebuah ruang khas untuk sebarang event dan kat sini gak setiap malam adanya persembahan live stand-up comedy. Hah.. Menarik kann?

The Joke Factory

Hadoi … Tak senonoh rupa Nina. Nak tiru tapi tak jadi langsung. Huhuu… Ok tak lawak. HAhaa…
Ok, meh Nina nak share pasal Buffet Ramadhan yang ada kat The Joke Factory ni dulu…

Menurut Harith Iskander , hidangan Buffet Ramadhan 2019 di The Joke Factory menggunakan resepi turun temurun dari neneknya dan kini resepi itu telah di turunkan kepada makciknya iaitu Kak Limah yang juga telah dilantik Harith Iskander sebagai ketua dapur yang bertanggungjawab menyediakan hidangan untuk Buffet Ramadhan di The Joke Factory.

Buka Puasa di The Joke Factory Publika BEST

Tengok … pelbagai juadah ! Meriah seyh… Ni kat bahagian luar. Korang boleh ambik dan makan kat dalam pun boleh.  Ikut suka… Cuma jangan makan kat kedai orang lain udah lerrr yaa

Selesa dengan citarasa Harith Iskander, katanya I’m Kampung Boy Johorean so menu lebih pada selera anak Johor sambil mengimbau kenangan masa kecil. 

Antaranya hidangan yang ada pada hari itu ialah, Nasi Briyani Kambing , Kari Daging , Masak Lemak Nangka Muda , Pecal Pengantin Soto Ayam Tradisi , Sambal Goreng Kering Paru , Asam Pedas Ikan Tenggiri , Masak Lemak Pucuk Manis Labu dan macam-macam lagi ada InsyaAllah.

Satay

Pi mana pun Buffet Ramadhan satay antara menu pilihan. Sedap nya satay maka sedap lah yang lain-lain. Ok, satay kat The Joke Factory ni memang sedap. Dagingnya lembut cukup perapan. Hastag #AkuSuka 

Kuih Muih Tradisional

Kuih muih kat sini Nina bagi 5 bintang! Serius memang sedap! Kena sangat kat selera tekak OCD Nina ni. Paling sedap Nina suka kuih kole kacangnya. Lembut Ya Ampun….

Kuih Nona Manis jatuh tempat kedua. Lembut cukup lemak! Ketiga suka kuih lapis yang terasa Ros nya. Tak lupa Seri Muka tu…. Warna Hijau tu bukan pewarna tapi pandan asli. Pulut lembut syoknya makan! Terbaik laaa … Kek Pandan Gula Melaka tu WIN!

Ini hidangan yang Nina dan Kak Long Saidila ambik.. Meriah kann..??
Semua tu sedap belaka. Memang terasa masakan dari rumah yang dimasak dengan punuh kasih sayang. 

Sambal Paru Goreng

Tak tau nak kata apa, sedap! Dah laaa menu ni favorite Nina. Memula dok makan dengan nasi beriani, pastu luh lagi kat Lontong pastu Nina dok ratah lak sambal paru goreng ni. Asyikkkk…!!

Bubur Keledek sagu

Bubur bukan sebarang bubur. Serius, datang sini korang kena rasa tau! Cukup lemak, tak manis dan keledeknya just nice tak lembik. Boleh rasa santan yang digunakan santan asli bukan santan kotak. MakMAk sangat tekak Nina ni. HEhee..

Asam Pedas Ikan Tenggiri

Ikannya fresh beb! Korang kena rasa. Kuahnya memang style Johor. Dah rasa macam Mak Long Johor Nina yang masak. NI kalau ada roti mau sebuku roti Nina mampu habiskan. HAhaa..

Kari Kambing

Memang kena dengan Nasi Beriani. Lembut dan tak de bau pun. Kuahnya pekat kaww… Nina suka!

Sambal Ikan Bilis Goreng Belada

Ikan bilis rangup! Sambal terangkat. Ni kalau ada bubur lambuk lagi laaa sodappp! Rasa nak tapau bawak balik sikit tuk bekalan sahur jerr… HEhee.. Malunya

Kerabu

Ini pun antara menu yang Nina dok ratah saja. Tak tau nak kata, sedap kak Limah ooii… Mintak resipi buleh? Oopss… HEhee

Labu masak lemak pucuk paku

Nina suka! Lauk ni makan dengan nasi putih, ikan goreng garing memang antara favorite Nina. Kuah nya memang lemak sedap!

Labu Masak Lemak PUcuk Paku

Pecal

Orang Johor kan… memang dalam menu depa selalu ada pecal. Kuah kacang kena sedap baru lah kombinasi pecal ni jadi uummphhh!! nanti datang rasa tau…

Air

Air ada dua pilihan.

Stall lok-lok

Makan panas-panas memang uumphhh! Kuah ada 2 rasa. Korang boleh pilih samada nak sup atau tomyam. makan hujung hujung buka sambil borak santai sementara tunggu Live Stand-Up Comedy Show asyikkk ooo… Bercucuk-cucuk leh makan tanpa sedar. HAhha

Persembahan Live Stand-Up Comedy di The Joke Factory

Macam Nina citer awal tadi, kat The Joke Factory ni akan adanya persembahan live stand-up comedy dan pelawak yang buat show kat sini kebanyakkkannya yang baru nak up so Harith Iskander berbesar hati bagi diorang peluang untuk bina konfiden buat persembahan open mic di teater The Joke Factory.

Kot korang nak try asah bakat pun boleh. Mana lah tahu korang ni sebenarnya dilahirkan untuk menghiburkan. Kot dari sini lah bintang korang terserlah. Masa depan, rezeki kita sapa yang tahu kann…?

Buka Puasa di The Joke Factory Publika BEST

Nina sempat laa join tengok show pada hari tu… Bulan Ramadhan start dalam jam 9pm. Memang lawak dan menghiburkan. Tetiba rasa hilang semua stress yang ada. Rekemen laa korang datang sini sesekali release tension ker kann…

Eh.. Lupa lak nak kasitau harga buffet. Semenjak dua menjak ni kebizian buat Nina cepat lupa. Mungkin banyak benda nak fikir selesaikan. Nak kena ajak Geng temankan Nina pi tengok show kat The Joke Factory releasekan stress gamaknya… ok done alasan. HAhaa..

Harga Buffet Ramadhan 2019 The Joke Factory

Rm68 – dewasa
Rm40 – kanak-kanak
Tarikh mula buffet : 6 May 2019 – 5 Jun 2019

Ok, untuk maklumat lanjut korang pi laa terjah :-
Facebook : https://www.facebook.com/thejokefactory.com.my/
Instagram : https://www.instagram.com/jokeandlok/
Untuk tempahan korang call 013-5231491 yaa…

Salam Ramadhan , maaf zahir batin

 

Related posts:

APA MENU BEST JUADAH HARI RAYA SIMPLE OPEN HOUSE?

Sotong Masak Hitam Berempah Ala-Ala Mamak Style .....

AKU YANG KAU SAKITI Antara Dendam dan...

Nak ringkas.... Ikan Sambal Berlado. Anak-anak tak makan pedas sila makan ikan goreng aje ehh....

Lifestyle Review Tips Buffet RamadhanBuffet Ramadhan 2019Buffet Ramadhan KLBuka Puasa KLHarith IskanderIftar RamadhanKuala LumpurPublikaSolarisThe Joke Factory

Post navigation

Previous post
Next post

Comments (19)

  1. Racheal Loh says:
    May 10, 2019 at 2:06 pm

    good to know that now can buka puasa at Joke Factory.. May I know what kind of menu they have so i can share with my partner as we are looking forward to go there.

    Reply
  2. Zharif Azis says:
    May 10, 2019 at 2:27 pm

    ya Allah meriahnya hidangan2 buffet ramadhan di the joke factory nie ya. macam2 ada, serious rasa rambang mata tak tahu nak mulakan dengan yg mana satu. kalau bawa family best nie, mesti dorg suka berbuka kat sini

    Reply
  3. ciklilyputih says:
    May 10, 2019 at 2:42 pm

    best tuh sambil makan, sambil dihiburkan. Harga pun tak delah mahal sangat, affordable lah kan. Menu sambal ikan bilis berlada tuh one of kak lily punye favourite tuh. Nampak sedapnya

    Reply
  4. Qeela says:
    May 10, 2019 at 4:56 pm

    waa seronoknya tgk mcm2 juadah makanan dan kuih muih ada kat sana kan! semuanya nampak sedap2 belaka pulak tu, lagi2 bila nina kata santan semua tu rasa asli mmg wow. nnt nk try jugaklah pergi mkn kat sana, mcm2 my fav dish ada tuu haha.

    Reply
  5. Julia Johari says:
    May 10, 2019 at 9:16 pm

    Berbaloi la harga dia kak nina…ju ingat mahal tp harga dia murah juga tu. Ishhh best la

    Reply
  6. Mahamahu says:
    May 10, 2019 at 10:25 pm

    Hehehehe samalah kita tengok gambar yang pertama tu wakakakaka.. Tempat ni bestnya dapat jumpa dan tengok Harith Iskander buat lawak sambil makan semua menu yang ada sini…

    Reply
  7. ajumohit says:
    May 10, 2019 at 10:34 pm

    aduh sedapnya semua menu, memang kene dengan tekak dan selera akak. tak rugilah bayar untuk harga tu sebab memang berbaloi-baloi. pencuci mulut tu yang tak boleh dilupa tu, memang terkenang selepas makan

    Reply
  8. farhannajafri says:
    May 11, 2019 at 12:10 am

    Unik jugak The Joke Factory ni, sambil berbuka sambil dengar stand up comedy. Tempat lain hiburkan customer dengan nyanyian. Menu pun best belaka

    Reply
  9. Fadzi Razak says:
    May 11, 2019 at 6:22 am

    Ingatkan dieorang buat buffer ramadan dengan makanan western semata mata, Tapi ada jugak makanan melayu dan kuih muih melayu. Tempat makan dia pun nak cozy sangat

    Reply
  10. Julia Mahir says:
    May 11, 2019 at 8:10 am

    Makanan dia nampak enak sgt. Yg sambal ikan bilis tu ada tempe ke tu. Mmg menambah la haiii.. Bagus nya Harith bagi peluang kat org-org baru ni.

    Reply
  11. budak bandung laici says:
    May 11, 2019 at 10:16 am

    ni lain dari yang lain betul, sambil berbuka dengar lawak. jangan tersembur sudah sate tu. hehehe menarik jugak konsep macam ni untuk peminat joke factory terutama orang sekitar publika tu. sedap-sedap semua menu terhidang untuk bulan puasa ni

    Reply
  12. Bonde Zaidalifah says:
    May 11, 2019 at 10:22 am

    Saya pernah pergi dekat Joke factory nih ! tak tau ada pakej buffet ramadhan macam nih, best juga ni saya suka sebab ada lauk-lauk kampung yang sedap sangat hu hu hu terliur tengok.. opss puasa

    Reply
  13. Nadia Johari says:
    May 11, 2019 at 10:57 am

    syokla dapat jumpa harith..heheee..bestla tempat dia..siap ade lawak lagi..makanan pun makana kampung..memang menyelerakan ni..

    Reply
  14. Lia Hasty says:
    May 11, 2019 at 11:03 am

    Wah lia baru tahu ni Harith Iskander ada buka restoran sendiri. Nak rasa masakan turun menurun dari nenek dia. Mesti sedapkan. Harga pun berpatutan

    Reply
  15. mawardiyunus says:
    May 11, 2019 at 10:17 pm

    wah seriously siap ada live stand up comedy. Btw tengok makanan dia memang semuanya menyelerakan sis. rasa macam nak pergi sekarang je cuba. hehe

    Reply
  16. Chaza Xiaojie says:
    May 12, 2019 at 5:54 am

    Bestnya berbuka sambil layan stand up comedy. Tak kering gusi dibuatnya bila the funniest harith iskander yang buat show. Jangan tersedak air dahlah time buka sambil nak gelak. Hehe

    Makanan dia pon best³ belaka. Terbaiklah

    Reply
  17. Hanny Abdullah says:
    May 13, 2019 at 2:03 am

    Wowww…satu kelainan berbuka kat sini, sambil menjamu selera boleh tgok standup comedy..bestnya, sure terhibur gan jenaka diorg. Makanan pun not bad, bolehlah nanti try berbuka kat sini

    Reply
  18. Rawlins GLAM says:
    May 13, 2019 at 12:32 pm

    Dah kenapa harganya murah pula nie? Dah la juadah yang Nina letak semua buat jiwa lara, liur kecur.
    Nie macam nak kena pergi pula rasanya.
    Takpe. Baru puasa ke-8. Masih boleh selit lagi nie.

    Reply
  19. Sunshine Kelly says:
    May 13, 2019 at 3:06 pm

    Wah best nyer, sambil makan dihiburkan dengan banyak jokes. And their food also looks very appetizing, yumsss.

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CATEGORIES

  • Drama Movie
  • Lifestyle
  • Parenting
  • Resepi
  • Review
  • Tips
  • Travel

ABOUT ME

Nina Mirza

Lifestyle & Parenting Blogger since 2011.

Mendapat pendidikan dalam Business Management dan berpengalaman lebih 10 tahun dalam Banking, Property dan bidang Oil & Gas.

Blog NinaMirza.com adalah satu medium dimana Nina kongsikan segala resipi dan tips tentang masakan, kecantikan, parenting, travel dan review produk dan event.

Hubungi Nina untuk lebih lanjut
Email : nina.azlan1@yahoo.com

AWESOME BLOG

©2025 Nina Mirza | WordPress Theme by SuperbThemes