Skip to content
Nina Mirza
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

  • Home
  • Lifestyle
  • Resepi
  • Parenting
  • Review
  • Tips
  • Travel
  • Drama Movie
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

CARPUT Bateri Kereta Online
September 16, 2021September 13, 2022

ALAMAK BATERI KONG! NASIB BAIK ADA Carput BATERI ONLINE MUDAH SANGAT

CARPUT Bateri Kereta Online Terbaik!

Isi Kandungan hide
1 Pengalaman Bateri Kereta Kong ! Apa nak buat?
2 CARPUT Bateri Kereta Online Mudah Senang Cepat !
3 Kelebihan CARPUT
3.1 CARELINE CARPUT 1800 1800 10 SAVE !
3.2 TESTIMONI CARPUT Review
4 CARPUT BATERI KERETA ONLINE MUDAH CEPAT PANTAS MURAH
4.1 Related posts:

 

Sejak PKP Nina memang jarang keluar rumah. Rasanya dalam setahun boleh di kira kot berapa kali je Nina keluar. Kalau tengok history kat MySejahtera tu sikit je check in check out. Dah macam dok dalam gua gamaknya! HAhaaa.. Kalau keluar pun atas urusan penting atau beli keperluan jer. Gitu laaa Nina. Senang citer orang kata stay save!

 

Bila dah lama tak keluar maka kereta pun agak lama laaa tak start. Kematu membatu aje dia di situh! Paling lebih pun kekadang Geng bawak ke depan rumah untuk dimandikan atau pusing-pusing taman saja tuk panaskan engine. Orang kata tu laa TIPS untuk panjangkan jangka hayat bateri kete so kita follow jer laa…

Pengalaman Bateri Kereta Kong ! Apa nak buat?

 

Nak dijadikan cerita, kelmarin saja ajak Geng nak pi Giant nak beli keperluan rumah. Nak top up stok makanan kat rumah. Wajib ada stok makanan dikala sekarang ni. Risau kot tetiba kena kuarantin, naya je kalau takde makanan kat rumah. Memang jiran tetangga sedara mara ada disekeliling. Kita bukan tahu sapa akan bantu kita dikala susah. So jalan terbaik, dan sebaiknya kita sendiri sediakan keperluan supaya tidak membebankan sesapa kelak.

 

Ok sambung story, dah siap laa cecantik kononnya sekali kereta buat hal laa plak. Tak boleh start!
kata Geng ni sah laaa punca bateri kereta kong sebab ikut jangka hayat bateri kereta dah 2 tahun bateri belum berganti. So ni laa tanda bateri kereta kong. Tak boleh start. Hurmm . . . Dah sampai masa kena tukar ganti bateri kereta yang baru.

 

Aduh! Acaner ni? Dah target dah nak beli ayam, ikan, susu Eicha, kopi, koko krunch kat Giant. Sale tu last day hari ni jer.. Masalah ni kalau tak dapat grab harga promo! Gini laa typical MakMak. Di mana harga murah wajib grab peluang yang ada, kalau tak memang rugi. Korang pun gini kannnn?

 

Adududuhhh . . . tetiba stress!
Masa kejadian terjadi kedai kereta belum ada yang buka dan masa tu pun dah jam 6pm. Mana mau cari bateri kete online?
Huwaaa… Tak suka, taksuka!

 

CARPUT Bateri Kereta Online


Pernah tak jadi kat korang? Bikin stress kannn?
Pastu Nina pun tanya laa kengkawan dalam group dan ada yang rekemen Nina try CARPUT. Katanya Carput – Car Breakdown Service Malayisia dan mereka ni akan datang ke rumah dan tukarkan bateri kereta kita dalam tempoh 30 minit, just call aje. Wow! Ini sudah bagus. Terus Nina download apps dan call 1800 1800 10 .

 

CARPUT Bateri Kereta Online Mudah Senang Cepat !

 

CARPUT Bateri Kereta Online

Yeayyy..!! bateri baru dah tukar! Siap tulis date sekali untuk lebih alert jangka hayat seterusnya bila kena tukar kelak.

 

Ya ampun . . . Suka sangat servis Carput ni..!!
Memang bagus seperti yang war-warkan. Cepat pantas respon. Paling best dalam tenpoh masa 30 minit, orang Carput sampai kat rumah Nina.
Sampai aje terus technician carput jalankan kejenya. Ada beberapa pilihan bateri dan kita boleh pilih ikut keperluan kereta. Bagusnya lagi semasa pemasangan, technician akan berkongsi tips-tips penjagaan bateri. Seronok dengar! Ilmu ni . . .

 

Bagusnya CARPUT Bateri Kereta Online ni. Harga pun murah, tanpa cas pemasangan dan penghantaran . YA FREE installation awak!

 

CARPUT Bateri Kereta Online

 

Kelebihan CARPUT

CARPUT ni kan bukan jer buat servis tukar bateri je tau! Ada banyak lagi servis yang disediakan. Antaranya

  • Kereta tak boleh start – call CARPUT
  • Kereta breakdown tengah jalan raya atau rosak di rumah – call CARPUT
  • Bateri kereta kong – call CARPUT dan bantuan sampai dengan bateri baru, sekali pemasangan dan ujian bateri baru dan bateri lama di buat.
  • Bengkel & pusat servis kereta tak beroperasi – call CARPUT bila-bila masa servis sampai.
  • Boleh track perjalanan staf CARPUT sampai ke lokasi kita melalui apps CARPUT
  • Promosi berkala bateri kereta di FB & IG rasmi CARPUT
  • Towing di sediakan – call CARPUT
  • Tayar pancit – call CARPUT
  • Boleh kata apa sahaja kisah pasal kenderaan anda, call CARPUT. Mereka melayani kita dengan sebaiknya.

 

See! Sampai ke penghantaran petrol pun CARPUT ada. Yelah… Kot tengah syok pi jalan sampai lupa nak isi minyak kete , korang call aje CARPUT nanti sampai lah mereka kat lokasi korang. Settel kannn?

 

CARELINE CARPUT 1800 1800 10 SAVE !

So kengkawan, sila laa download apps Carput kat smartphone korang atau save no careline CARPUT 1800 1800 10
Kita tak tau bila kejadian yang tak diingini bakal terjadi. Paling risau kaun wanita kannn? Tak pasal panik, risau, stress pastu lak nanti entah sesapa berhenti nak beri bantuan bukan boleh sebarangan terima waktu sekarang ni. Bahaya! Haishhh . . . Kaum lelaki pun patut save dan download CARPUT – Car Breakdown Sercive Malaysia !

 

TESTIMONI CARPUT Review

Bukan Nina je kata CARPUT bagus tau! Tak caya korang pi intai kat Google review. Ramai dah testimoni yang bersetuju CARPUT apps terbaik membantu menyelesaikan masalah kenderaan di kala kecemasan. Manalah tahu kann, ramai je manusia yang bila kawan yang citer depa tak percaya tapi lagi percaya orang luar yang cerita. So pepandai laa korang baca sendiri orang unknown yang cerita.
Google Reviews: http://bit.ly/carputreview-g
Facebook Reviews: http://bit.ly/carputreview-fb

 

Carput bekerja 365 setahun, dari pukul 7 pagi sehingga 11.30 malam. Ini bermakna setiap kali berada di jalanraya, dimana sahaja berlaku masalah tak perlu bimbang sebab Carput sentiasa bersedia 24 jam untuk bantuan.

 

Sebelum pasang bateri baru dan selepas pemasangan yang baru mereka akan check dulu level kesihatan bateri. Puashati baru settel keje.
Yang ni bateri baru, opkos level tiptop. Technician pun ada kasitau, kereta kapasiti besar sebaiknya pakai bateri size besar. Hok dulu tu rupanya size dia tak molek untuk kapasiti kereta. Huhuuu . . . .

 

CARPUT BATERI KERETA ONLINE MUDAH CEPAT PANTAS MURAH

 

CARPUT cover area mana ?

Sehingga kini Carput menawarkan servis perkhidmatannya di lokasi Lembah Klang. Johor Bahru, Penang, Ipoh, Melaka dan Seremban. Harapnya nanti CARPUT akan perluaskan lagi jajahannya! Yelah . . . Baru confident nak travel sana, travel sini kannn? Kot laa nanti situasi dah reda, kita terkah aje percutian last minute ke mana-mana. Time terdesak nanti dah tahu sapa akan bantu bila emergency kereta buat hal.

Selain dari save no CARPUT Bateri Kereta Online ni, korang jangan lupa pasang dashcam kereta penting sebab ianya sebagai bukti pemanduan, bukti tatkala terjadinya kemalangan atau kes kes lain yang berkaitan. 

 

Cara Pembayaran

Ya opkos korang tertanya-tanya bab bayaran kann?
Mudah senang sangat! Korang boleh bayar secara tunai, kad debit/kredit. Bukan tu aje, sekarang ni ramai jugak suka park duit dalam apps ewallet seperti TnG, GrabPay, Boost dan MaybankQR kannn? Pun boleh jugak! Mudah kannn?

 

CARPUT Bateri Kereta Online

 

So amacam? Penat dah bebel tau! HAhaaa
Benda baik gini Nina memang seronok nak share ngan korang. Pengalaman adalah cikgu terbaik dan dengan pengalaman lah kita berkongsi dengan kengkawan agar ianya menjadi pengajaran dan ikhtibar bersama. Untuk korang yang suka informasi lebih, pi laa mentelaah di
Website: www.carput.my
Facebook : https://www.facebook.com/pg/carputapp/
Twitter : https://twitter.com/carputapp
Instagram : https://www.instagram.com/carputapp

 

Download
Android Appstore – http://bit.ly/cptweb1
Apple Playstore – https://itunes.apple.com/us/app/carput/id1162534346
Call centre : 1800 1800 10

Ingat tau! Download dan Save no careline CARPUT
Pi jengjalan tu nanti, jaga diri dan keluarga, jaga SOP. Semoga di kala endamik ini kita dijauhkan wabak covid19 dari kita sekeluarga. Aamiinnn . . .

Oh ya, korang korang!
Ambil tahu jugak tau pasal cermin kereta pecah retak seribu tiba-tiba ada pelbagai sebab dan punca. Pastu apa kena buat kalau tengah memandu tetiba je cermin kereta pecah?! Pernah jadi kat Nina sebelum ni. Seram! So hati-hati korang ehh . . .

Related posts:

SYSTEMA Kempen GUMBATTE Towards Healthy Gums and Teeth
Alamak... Dah overdue 40 minggu..!! Apa nak buat..?? Bahaya ke ..
Mmmm... Sedap nya PUDING ROTI SOS KASTARD ni
Teman
Lifestyle Review Tips Bateri Kereta Online DeliveryCar Breakdown Service MalaysiaCARPUTCARPUT ReviewHarga Bateri KeretaJangka hayat Bateri KeretaPengalaman Bateri Kereta KongPunca Bateri Kereta KongTanda Bateri Kereta KongTukar Bateri Kereta

Post navigation

Previous post
Next post

Comments (16)

  1. Cikza Mohmad says:
    September 16, 2021 at 10:09 am

    Dah pakai lelawaaa lepastu batry buat hal terus jadi haruuuu

    Reply
  2. Lea Azleeya says:
    September 16, 2021 at 10:17 am

    Bagus ada perkhidmatan macam ni sekarang ni… Takde la kelam kabut kalau apa² hal jd tengah jalan..

    Reply
  3. Fadima Mooneira says:
    September 16, 2021 at 3:19 pm

    I like this service. It is easy and fast. Will check it out later. Thank you for sharing this information and review with me. Take care.

    Reply
  4. Fafa says:
    September 17, 2021 at 1:43 am

    Betul kata makanik tu memang bateri kereta kene ikot saiz kereta tauuu. Kang problem je kereta tu. Lepas ni boleh la fafa guna servis ni pulak.

    Reply
  5. Sis Lin says:
    September 17, 2021 at 11:13 am

    Bagus ni, selain bateri.com ada juga servis lain yang boleh kita guna.. boleh share nombornya nanti, sis nak kasi kat anak juga..

    Reply
  6. Ruby says:
    September 17, 2021 at 11:36 am

    Bagus kan kak semua ni ada. Dah boleh jadi nombor kecemasan bila bateri kong. Nak lg mudah masuk je website atau apps. Saya ada pengalaman bateri kong, memang seram bila kenang balik. Wuwuwu.

    Reply
  7. ayk says:
    September 17, 2021 at 11:44 am

    menarik

    Reply
  8. Saidila Abdul Rahman says:
    September 20, 2021 at 5:39 am

    Yeahhh ai pun guna servis CARPUT juga, cuak betul hari tu bila kereta mula semput sebab bateri. Terus tak jadi nak pergi mana2 selagi tak tukar bateri

    Reply
  9. shariff says:
    September 23, 2021 at 11:37 pm

    suka baca blog ni.. banyak kongsikan benda best.. terbaikkk

    Reply
  10. Perunding Great Eastern Takaful says:
    October 5, 2021 at 3:43 pm

    Tak tahu pulak ada servis ni. Sangat bagus dan recommended untuk mereka yan menggunakan kereta secara harian. Apps yang membantu mudahkan orang tak perlu ada lagi kerisauan kalau kereta breakdown.

    Reply
  11. Ace Divino says:
    October 14, 2021 at 2:10 pm

    Its a very good thought to share a article. Its a very nice way to present your thoughts.

    Reply
  12. Pingback: Cermin kereta pecah retak berderai tiba-tiba tak tahu punca
  13. Penny Davila says:
    December 30, 2021 at 8:17 pm

    Found your post interesting to read. I cant wait to see your post soon. Good Luck with the upcoming update. This article is really very interesting and effective.

    Reply
  14. Pingback: Dashcam kereta penting sebab - Nina Mirza
  15. perodua says:
    July 16, 2023 at 12:07 am

    semoga bermanfaat.. terima kasih.

    Reply
  16. proton says:
    July 16, 2023 at 12:39 am

    terima kasih atas perkongsian

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CATEGORIES

  • Drama Movie
  • Lifestyle
  • Parenting
  • Resepi
  • Review
  • Tips
  • Travel

ABOUT ME

Nina Mirza

Lifestyle & Parenting Blogger since 2011.

Mendapat pendidikan dalam Business Management dan berpengalaman lebih 10 tahun dalam Banking, Property dan bidang Oil & Gas.

Blog NinaMirza.com adalah satu medium dimana Nina kongsikan segala resipi dan tips tentang masakan, kecantikan, parenting, travel dan review produk dan event.

Hubungi Nina untuk lebih lanjut
Email : nina.azlan1@yahoo.com

AWESOME BLOG

©2023 Nina Mirza | WordPress Theme by SuperbThemes